Ingat lagi tak posting rumah sewa yang pernah disiarkan dalam blog ini DI SINI dan DI SINI?
Iklan tu dibuka pada Januari 2009, dapat penyewa tak sampai sebulan selepas itu. Tetapi malangnya beberapa hari lepas penyewa memberitahu mereka terpaksa berpindah ke Kota Baru kerana diarahkan bertukar tempat kerja ke Kelantan berkuat kuasa 1 September ini.
Maknanya, saya kena cari penyewa baru. Ada sesiapa yang berminat hendak menyewa rumah teres setingkat di Puncak Jalil?
Lokasinya menarik kerana terletak di tengah-tengah antara Putrajaya, Subang Jaya, Seri Kembangan, Bangi, Cheras, Sepang, Dengkil, Banting dan sebagainya. Kalau hendak lebih tepat boleh tengok di google map.
Sewa sebulan RM550, masuk bawa deposit 2+1 iaitu sebulan sewa dan dua bulan deposit, dan deposit air elektrik RM250 sahaja.
Berkenaan penyewa sekarang hendak berpindah, saya tiada apa-apa halangan tetapi agak pening sebab dua syarat dalam perjanjian penyewaan tidak dipatuhi, iaitu:
1) Perjanjian mengatakan penyewa perlu memberi notis sekurang-kurangnya dua bulan sebelum berpindah.
2) Perjanjian adalah kontak setahun.
Kegagalan mematuhi syarat-syarat akan menyebabkan wang deposit tidak dikembalikan. Surat perjanjian black and white ditandatangani penyewa dan saya masa mula awal2 dulu.
Masalah timbul ialah penyewa minta agar wang dikembalikan walaupun dua syarat itu tidak dipatuhi. Kalau fikir balik kesian juga kepada penyewa ini sebab bukan totally salah dia kerana majikan dia pun beri short notice suruh pindah.
Bagaimanapun, hendak beri balik sejumlah wang deposit itu pada waktu tiba-tiba seperti sekarang, ditambah pula hari raya makin hampir tidak lama lagi yang tentu lah memerlukan wang perbelanjaan keluarga lebih sikit daripada biasa, lagi pulak kalau ikut perjanjian maka wang deposit tidak perlu diberikan - maka saya akan keberatan memulangkan wang tersebut.
Apa pandangan saudara saudari sekelian?
Tapi rasa kesian juga dengan penyewa itu, pertama, bukan salah dia sepenuhnya perkara ini, kedua, dia pun menunjukkan penyewa yang bertanggungjawab, berdedikasi dan jujur sebelum ini dan yang penting dia membayar sewa tepat pada masanya, tak pernah lewat.
Jadi atas budi bicara, setakat ini saya bercadang hendak memberi separuh wang deposit tu kepada penyewa.
Apa pandangan anda? Adakah saya telah merugikan diri sendiri? Atau anda ada idea lebih baik untuk dikongsi? Mana lah tahu boleh bantu saya? Kalau anda berminat hendak menyewa boleh bagitau saya di ruang komen posting ini atau chatbox.
Jazakumullah khair.
Wednesday, August 26, 2009
Iklan rumah sewa dibuka semula
Labels:
keluarga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
salam,
saya dh biasa menghadapi karenah penyewa2 ni. ada yg berkira, ada yg x kisah. begitu juga bila saya menyewa rumah orang. cuba tanya diri sendiri 'adakah aku berhak mengambil deposit ini?' kalau ya, ambillah, jika tidak, pulanglah. jika nk pulangkan kena pastikan rumah tu tiada kerosakan. jika ada kerosakan, kos baiki akn ditolak dari deposit tersebut. itu yg saya buat pada penyewa2 rumah saya. kalau penyewanya bagus saya pun tak berkira sangat..hrp dpt membantu.
apa masalah, tanya ulama..
dan rujuk sini.
ok ke?
anna,
terima kasih, memang membantu pandangan/pengalaman tu.
azhar,
ok le tu, terima kasih
kalau boleh tunggu sampai ana nikah hujung tahun nih... boleh la ana sewa... hehehe
eksp, nikah hujung tahun? tahniah la.. alhamdulillah
Assalamualaikum... sebenarnya saya nak tengok rumah ni... dalam jun ni saya akan bernikah... so nak cari rumah sewa bawah rm500.. more than that i tak nak... nak try tanya tuan rumah.. if u still available nak sewakan rumah ni lagi... maybe saya nak sewa dalam mei 2010.. if still kosong... i pun x tau mcm mana nak contact u... blh tak u contact me at aryien_11@yahoo.com plzz.....
Assalamualaikum... sebenarnya saya nak tengok rumah ni... dalam jun ni saya akan bernikah... so nak cari rumah sewa bawah rm500.. more than that i tak nak... nak try tanya tuan rumah.. if u still available nak sewakan rumah ni lagi... maybe saya nak sewa dalam mei 2010.. if still kosong... i pun x tau mcm mana nak contact u... blh tak u contact me at aryien_11@yahoo.com plzz.....
Kosong x rumah ni? Nak sewa la..Ciara3103@gmail.com
masih available ke?
hubungi saya 0133939436/0126411200 kemasukan segera
Halo, Maklumat hebat yang anda kongsi tentang iklan rumah sewa . Terima kasih banyak-banyak
Post a Comment