Friday, August 28, 2009

Bolehkah kamu menemuinya?

Kamu mencari kenikmatan di dunia,
Bolehkah kamu menemuinya?
Sedangkan Allah berikan kenikmatan di syurga.
Kamu mencari ketenangan di gunung ganang, pulau, pantai di sana sini,
Bolehkah kamu menemuinya?
Sedangkan Allah memberikan ketenangan dalam hati yang mengingati-Nya.
Kamu mencari jalan-jalan hidayah dalam kesenangan dan keselesaan,
Bolehkah kamu menemuinya?
Sedangkan ia tersembunyi dalam bermujahadah di jalan Allah.
Kamu mencari ilmu dan hikmah dalam keselesaan,
Bolehkah kamu menemuinya?
Sedangkan Allah berikan hakikat ilmu dan hikmah dalam susah payah.
Dahulu kamu hina dalam jahiliyah...
Tapi Allah telah memuliakan kamu dengan Islam dan amalan agama,
Jadi kenapa kamu mencari dunia dan yang lain,
lalu berharap agar menjadi mulia?
Kamu berharap masalah umat Islam seluruh negara, dunia selesai,
Tapi perintah Allah ke atas kamu sendiri tak kamu selesaikan.
Kamu faham kata-kata hikmah,
bahawa mengubah diri sendiri lebih mudah
berbanding mengubah orang lain,
Tetapi kamu mahu mengubah orang lain, negara bahkan dunia
sedangkan diri sendiri tak berubah kepada agama
Kamu mencari pertolongan Allah dengan harta benda dan keduniaan,
Mana bisa ditemui....
Kerna pertolongan Allah tersembunyi dalam amalan agama.
Ya Allah bantu lah hamba-Mu ini.
.
.
NOTA: Sajak di atas ditujukan kepada diri saya sendiri dan kepada sesiapa yang berasa dirinya sesuai dengan isi kandungannya.

1 comment:

Unknown said...

Saya pun perlu kepada sajak ini juga...

***********************************
Sumber Alternatif Untuk Maklumat, Tips, Promosi dan Pengiklanan
[KAUSAR KREATIF INFOMEDIA]
Ruang alternatif untuk kongsi suara anda di Mini Forum Google Group [WARONG KOPI KAUSAR KREATIF]
***********************************

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails