Friday, August 21, 2009
Selamat berpuasa
BILA Ramadan menghampiri penghujung pada tahun lepas, timbul risau dan bimbang sama ada bakal berpeluang atau tidak untuk melalui madrasah Ramadan tahun seterusnya.
Hari ini alhamdulillah kerana Ramadan bakal menjelang beberapa jam sahaja lagi, dan tidak tahu pula sama ada dapat menjalaninya lagi pada masa lain atau adakah ini yang terakhir untuk kita?
Semoga Allah terima amalan kita yang sedikit ini dan dijadikan asbab diberi ganjaran dan diampunkan dosa-dosa kita yang banyak.
Justeru saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam khususnya kepada semua follower dan visitor blog ini.
Dengan ucapan 'Marhaban Ya Ramadhan', saya mengucapkan saudara saudari sekelian selamat berpuasa dengan iman dan ikhtisab.
Labels:
ucapan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam, teringat saya semasa menyambut awal ramadan di sebuah masjid di teluk intan semasa mengikuti jemaah 40 hari sekitar 1987...salam ramadan...
Setting NIAT, Up Grade IMAN, Download SABAR, Install TAUBAT, Approve MAAF, Search for PAHALA....Selamat Berpuasa!!!
kakongJB,
fuh... lama dah tu, sekrang duk halqah mana?
Selaluperbaikidiri,
dapat ke buat tu? insya-Allah
Post a Comment