Monday, August 10, 2009

Bercuti di Desaru...

JUMAAT dan Sabtu baru ni, bawak lah family jalan-jalan makan angin atau honeymoon kononnya di BBNJ (Balik-Balik Negeri Johor) bukan BBNJ (Belanja Besar Negara Jauh). Jadi ke Desaru lah kami untuk beriadah yg dibenarkan syariat. Mmg la menyeronokkan bagi kami, lebih2 lagi bebudak tu asyik mandi je la kerja nye.
Pantai Desaru...angin, ombak mmg kuat, gua terpelanting brapa kali pun tak ingat dah. Balik2 telinga masuk pasir, tp pantai ni rasanya jauh lebih baik drpd PD, airnya biru, tapi curam sikit berbanding PD yg landai.

Untuk makluman saudara2 sekelian, pantai Desaru yang menghadap Laut China Selatan ni sewaktu ketika dahulu mmg popular tapi sekarang ni mcm kureng sikit walhal tarikan pantainya boleh katakan kekal menarik seperti dulu. Cuma mungkin sebab persaingan lokasi pelancongan pantai lain menjadikan desaru lemau skit. Apapun, Desaru mmg bebaloi utk dijadikan lokasi percutian atau berehat bersama family. Antara alasannya:

1) Pantainya cantik beb! Laut membiru, tiupan angin menyegarkan! Ini semua kurniaan Allah.
2) Soal makan, jangan risau yg murah pun ada, yang mahal pun ada. Tempat makan byk di Sungai Rengit dan kalau nak dekat pergi ke Bandar Penawar. Ikan bakar? seafood? masakan kampung? Semua ada, semua best2.
3) Nak bantu rakan seusaha tempatan usahakan 5 amal masjid pun boleh di Masjid Bandar Penawar, dekat je dgn Desaru.
4) Banyak pilihan penginapan, nak chalet, villa, bilik..., public beach ada, private pun ada, semua ada lah.
Ini permandangan dari tingkap villa kami, yang menghadap pantai. Udara menyegarkan, ditambah pula dengan cuaca baik dan angin pantai yg mendamaikan.


Sumaiyah first time di pantai selepas lebih setahun dilahirkan.

Sentuhan pertama terkena air laut..

Comotnya kaki..

Desaru ni sekrang jadi tumpuan/digemari warga Singapura kerana mereka boleh datang terus dari Singapura menggunakan feri di jeti Belungkur, yg hanya beberapa minit untuk ke Desaru.
Maka, akibatnya warga asing banyak lah kat Desaru pada waktu2 tertentu tapi orang tempatan kurang. Bagi orang Singapura, benda2 kat Desaru dan sekitarnya murah banyak.
Satu hal mengenai pantai Desaru ialah, walaupun memang cantik tapi tak sesuai untuk mandi manda pada bulan November, Disember sebab ombak tinggi sangat. Bulan2 lain ok. Tapi hujung tahun atau Nov, Dis masa ni dilarang mandi kerana ombak ganas beb!, tapi kesempatan tu mereka adakan aktiviti surfing contohnya dianjurkan Mayhem Moonson Surfing Challenge setiap tahun dan pesertanya dari seluruh dunia.
Selain itu, Desaru juga tempat berkampungnya 'hantu-hantu' sukan triathlon setiap tahun pada awal Ogos.
Cuti kami sekadar jalan2 je dan layan bebudak mandi... alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun sekarang ni tengah kecoh H1N1. Tapi di Desaru ni, suasana alam sekitar amat bersih dan menyegarkan, dan kalau datang hari biasa kurang orang, tapi Sabtu, Ahad mula ramai orang.
Sarapan pagi...

Sampai je... lepas makan, kami survey dulu area... pastu budak2 pun mandi kolam. Waktu malam tak ke mana duduk bilik je sebab, kat luar pun takde apa untuk budak2 waktu malam.
Pagi2 serbu coffehouse, isi tank perut dan pastu kami mandi kolam, pastu mandi pantai, pastu kolam balik, pastu mandi pantai......bla bla...last2 mandi air biasa kat bilik.
Mandi pool... patutnya peraturan kata kena pakai baju renang, tapi takkan kami nak pakai baju renang kan... kami pakai baju biasa je..

Sblm balik singgah ke Sungai Rengit yg dikatakan banyak tempat makan ikan bakar yg boleh tahan best.
Jadi kami tak lepaskan peluang dan mendapati pekan sungai rengit kira-kira 30 km dari Desaru, boleh dikatakan berbaloi pergi. Ikan pari bakar yg kami makan masih lagi macam terasa-rasa je sedapnya. Pekan tu bukan besar sgt pun tapi ada lah semua benda. Di situ jugak kelihatan kampung nelayan tapi sebahagian pantainya kelihatan hitam akibat buangan sisa minyak dari kapal-kapal.
Buat makluman, dari pekan sg rengit kalau terus lagi boleh ke Kpg Sungai Kapal dan akhirnya ke Tanjung Pengelih.
Sepanjang jalan pesisir pantai dari sg rengit ke tanjung pengelih, kita boleh lihat kapal2 laut besar yang berlabuh di laut dan sebelum masuk ke pelabuhan Singapura, kapal2 ni dikatakan buang sisa2 minyak ke pantai. Itu lah isunya selain isu Pulau Batu Putih yang terletak amat dekat dengan Sg Kapal, Sg Rengit, Pengerang.
Apapun, Desaru masih lagi memukau pengunjung. Dan kalau ada kesempatan, kami bercadang nak datang lagi tapi kali ni ke Tanjung Balau pulak, (Tanjung Balau sebelah Desaru).
Kami tangguh dengan istighfar petang tu. Kalau nak baca lagi boleh klik
SINI

11 comments:

Dr. Bentara said...

best bro cuti2 malaysia... rindunya...

Leenoh said...

Salam.
Pernah pergi sekali.tempatnya cantik gak.

Ladyship Atie said...

ur kids are cute:D

its good to spend quality times with family, no matter where we do.

selamat bergembira:P

Nadri Mohd said...

3 minggu lepas kawan pun baru balik dari Desaru. stay dkt Desaru Golden Beach Resort. Rasanya sama tempat tu!!! tempat yg baguz utk bersantai & tenangkan minda...

Ziarah76 said...

Abg ben,
Tak lama lagi balik Msia cuti2 Msia la sampai puas ye... Gua nak ke ostolia tak tau la bila.

Leenoh,
Alhamdulillah, masih terpelihara, kan.

Atie,
bagi pihak anak2, saya ucapkan trima kasih. Quality times tu yg mahal tu

Nadri,
1-2 Ogos lepas ada triathlon international. Terlibat sekali ke?

Unknown said...

Salam,apa khabar,saya dah kembali ke blog,minta maaf menyepi lama,lama saya tak tulis di ruang komen ini.hu3o...terima kasih...

Unknown said...

Wah, Shah, best cuti-cuti Malaysia, aku pun teringin tapi tak da masa lagi. lagi pun bini baru abih pantang, H1N1 pulak tuh...tahun depan la kot.

Syamsulfaiz said...

Sempoilah repot kembara kali ni. Tak pernah aku terpikir nak jalan2 ke Desaru selama ni. Lepas ni boleh rancang ke sana inshaallah.

Ziarah76 said...

anakpendang,
lama menyepi ye..smoga sihat.

kimi,
tahniah la...dapat anak. kalau ada masa boleh lah ke desaru, sekali-sekala kira bebaloi jugak.

Long,
kalau balik Msia nanti, singgah le Desaru, kalau aku masih kat selatan ni boleh singgah rumah aku kalau ada rezeki. insya-Allah.

Nadri Mohd said...

kwn tak layak masuk triathlon tuuu...awak orang kota tinggi ke???

Ziarah76 said...

ayah aiman,
kawan pun tak layak, kawan duduk JB, asal sel

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails