Monday, August 10, 2009

Musibah H1N1?


PADA sekitar Jun 2009, saya berkesempatan mendengar ceramah penerangan di bahagian utara. Ia bertujuan sebagai persiapan untuk ijtimak. Namun, saya dan rakan-rakan bersetuju dengan pendapat bahawa merasakan ceramah tersebut agak berlainan berbanding yang lain kerana seolah-olah memberi amaran bahawa kemungkinan akan berlaku musibah pada masa depan. Dan ijtimak adalah bertujuan untuk menarik rahmat Allah agar musibah dijauhkan.
Ceramah berbeza daripada biasa kerana apa yang biasa didengar ialah banyak diberikan kelebihan-kelebihan namun ceramah itu banyak memberitahu azab-azab jika agama tidak diamalkan dalam kehidupan manusia.
Semasa mendengar ceramah itu, satu persatu kisah-kisah azab Allah yang Allah turunkan ke atas umat terdahulu diceritakan dengan kupasan sebenar sebagai iktibar dan apabila kisah Nabi Nuh a.s diperdengarkan, kami merasakan seolah-olah digesa agar mengajak sebanyak mungkin manusia datang ijtimak sebagaimana manusia diajak sebanyak mungkin menaiki kapal pada zaman Nabi Nuh a.s. Begitu juga manusia hari ini sebanyak mungkin perlu diajak kepada kerja Nabi demi keselamatan dunia akhirat. Ceramah cukup mengesankan kami. Semasa ceramah berlangsung H1N1 sudah ada sedikit kes di luar negara, tapi belum sampai ke Msia. Dan hari ini kalau kita lihat penularan H1N1 di Msia semakin serius dan membabitkan 8 kes kematian pada 10 Ogos 09 dan 26 kes kematian setakat ini. Adakah telahan bahawa amaran terhadap musibah sebelum ini benar? Adakah H1N1 ini adalah musibah yang dimaksudkan sebagai amaran dalam ceramah itu?
Begitupun amat perlu kita memanjatkan doa kepada Allah semoga dijauhkan penyakit ini kepada kita. Semoga Allah memberikan kesihatan dan keselamatan kepada kita dan keluarga kita semua.
Waallahualam bissawab.

1 comment:

ummu said...

assalamualaikum
dugaan dan musibah ini diharap tetap emnguatkan keimanan kita kepada yang Maha Esa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails