Sunday, February 15, 2009

Iklan sewa rumah ditutup

eerrr..nak sewakan rumah ke atau nak jual kereta? Dah takde gambar lain, hentam saja la...

'MACAM pisang goreng panas!' Begitu lah agaknya situasi yang boleh menggambarkan sambutan orang ramai yang hendak menyewa rumah kami di Puncak Jalil walaupun tak sampai sebulan iklan rumah tu diwar-warkan.
"Salam pemilik rumah,
Aduh... melepas saya nk menyewa umah anda. Baru je ke sana tghari td tgok umah kt area2 pncak jalil. Tak sangka plak ada umah setingkat d sana. Saya pun baru terbuka blog ni. Cuma saya nk tanya kalo2 anda ada info tentang rumah2 di area situ (umah setingkat) yg hendak dsewa/djual. Saya amat berbesar hati sekiranya anda boleh membantu saya. Sekian, terima kasih,"
kata Faizul dlm ruangan komen iklan sebelum ni.
Sambutan mmg menggalakkan, padahal iklan kami hanya ada 2 cara iaitu tampal nombor telefon di sliding door rumah dan iklan dalam blog ni.
Jenuh nak mengangkat telefon dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat dgn purata setiap hari dapat 4-5 call siang malam pagi petang. Semua dilayan dgn mesra walaupun kadang2 sedikit tension org call malam2 buta. Yg tanya via SMS pun banyak.
Macam2 kerenah jugak, ada yang minta turun harga sewa, meraih simpati untuk lebih murah dan ada gak yang saje suka2 nak tanya, bagi pihak kawan, adik..etc.
Baru kami sedar, ada dilema sebagai tuan rumah pilih penyewa yang benar2 boleh bayar sewa tepat pada masanya dan boleh jaga rumah. Satu, untuk ini, mestilah pilih mereka yang financially strong sikit. Jadi bila siasat latar belakang org yg nak sewa mesti ditanya kerja apa?
Tapi ada penyewa pulak, dalam usaha untuk merayu sewa lebih rendah, sebahagian cuba menunjukkan betapa dia bukan la berduit sgt, kerja sikit2 itu ni, tanggungan banyak dan pelbagai masalah yg menghimpit keluarga mereka. Justeru, diorang minta harga sewa kurang sikit.
Dilema ialah sama ada nak ikutkan rasa kesian kemanusiaan atau nak jadi pemilik yg tegas sebelum nasi menjadi bubur. Antara kriteria ialah orang yg dah berkahwin, income stabil, melayu, sapa cepat dia dapat (sapa bayar deposit dulu dia dapat).
Namun, alhamdulillah, Allah mudahkan kerana orang yg bersetuju dgn harga RM500 sebulan pun ramai juga, maka banyak la pilihan. Dan akhirnya, seorang pun terpilih untuk tinggal di rumah baru itu. Justeru, iklan rumah dalam blog ini ditutup, tapi posting iklan sebelum ni dibiarkan/tak didelete utk tujuan arkib.
Terima kasih kepada semua yang menunjukkan minat kpd rumah ni, yg call kami, SMS dan baca iklan kami dan yg mendoakan semuanya berjalan lancar. Jazakallah khair.

16 comments:

Dr. Bentara said...

tahniah bro... akhirnya dapat penyewa. Semoga penyewa yang menyewa dapat jaga amanah rumah dengan baik.

Ziarah76 said...

Abg Ben,
Alhamdulillah, harap gua tak tersalah pilih penyewa, Insya-Allah. TQ bro.

Syamsulfaiz said...

Shah,
Alhamdulillah urusan selesai ye.

Tinggi juga permintaan sewa/beli di area Puncak Jalil. Aku berangan nak beli rumah dan buat sewa ni. Bolehlah aku survey area tu.

Berapa harga pasaran untuk rumah setingkat macam kau tu?

Ziarah76 said...

Along,
Alhamdulillah selesai, tempat ni lokasinya strategik pasal tu demand tinggi. Masa aku beli RM148,000 harga bumi kalau non-bumi RM158,000 kalau tak silap. Ejen hartanah kata waktu ni kalau jual market price RM180,000. rasenye price akan naik lagi masa depan. Beli kat sini berbaloi gak..kalau harga naik double, aku rasa nak jual pastu balik kampung muahahaha....

azharjaafar said...

Avanza punya roadtax bila mati? (dari aku tokey takaful)

Ziarah76 said...

Azhar,
roadtax idup lama lagi, bile sampai waktunyer gua carik lu

Anonymous said...

Alah baru ingat nak sewa.hehe
gurau;)

Ziarah76 said...

Atie,
Alah baru je ingat nak naikan sewa double. hehe gurau;)

Unknown said...

Salam...pasai adsense 2 ka...mujahadah ckit la...tuan...lo kt website..www.nuffnang.com..say rasa tuan dah ad saya dah...tuan asal mana...wslm..

Ziarah76 said...

Anak pendang, ok thanks for the info. Saya asal Klang, Selangor.

Anonymous said...

Alhamdulillah

Ziarah76 said...

Raja Rusia, syukur

Dewangga Sakti said...

Wah!Aku terlambat baca.Tahniah,dah dpt penyewa.Cantik rumah dan kawasannya.
Tambah2 lagi,maharaja Rusia ada pula memberikan komen.
:)

Ziarah76 said...

zoy,
rumah di bandar ni macam tu la. tapi kadang2 ada gak rasa nak buat rumah kat kampung, duduk terus kat kpg. apapun, alhamdulillah la kita. thanks

Dewangga Sakti said...

nanti boleh buat kat kg.Banting tu sesuai nak tinggal bila dah tua nanti.
;)

Ziarah76 said...

zoy,
insyallah, kalau ada rezeki.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails