Tuesday, February 17, 2009

Asal usul nama Singapura versi Jawa

Bak kata ramai orang 'sejarah ditulis oleh mereka yang menang'. Maksudnya, mereka yang memerintah atau memegang tampuk kuasa boleh menulis sejarah mengikut kesesuaian dan kepentingan sendiri waima kemungkinan ia tak berapa tepat. Baru-baru ini, berpeluang bertemu dgn seorang kenalan yang merupakan seorang guru besar sebuah sekolah. Disebabkan, kementerian pelajaran sedang upgrade guru2 di negara ini, maka mereka yang belum ada ijazah diminta mengambil ijazah dan kawan ni yg berusia 40-an itu tak terkecuali dlm menunaikan hasrat murni kerajaan itu. Lagipun, banyak elaun boleh dapat beb!. Justeru dia dlm proses menyudahkan kajiannya, antara yg dikaji ialah mengenai asal usul nama Singapura. Ini kerana, kajiannya mendapati nama Singapura yang dikenali dikatakan diambil drpd asal dari 'kota singa' tak tepat.
Umum mengetahui, dlm sejarah negara tu dikatakan asal usul nama itu dari bahasa sanskrit iaitu 'Singa' bererti haiwan singa manakala 'pura' bererti kota. Seperti juga yang dinyatakan dalam Wikipedia.
Kajian cikgu ni mendapati ia tak konsisten dgn asal usul nama 'temasek' yang berasal dari bahasa Jawa iaitu tumasek yang bererti 'kota laut' (sea town), iaitu kota penting dalam perdagangan laut tetapi jatuh kegemilangannya pada kurun ke-14. Nama asal usul tumasek ini dari bahasa Jawa dipersetujui umum termasuk Singapura sendiri.
Faktor kedua ialah, bagaimana boleh dikatakan Kota Singa sedangkan pakar sejarah bersetuju bahawa tiada haiwan singa pernah ada di pulau itu. Kemungkinan harimau ada, itu pun harimau dari tanah Melayu. Jadi kenapa boleh tiba-tiba kota singa?
Jadi disebabkan, tumasek adalah dari bahasa Jawa, kajian cikgu tu juga cuba mengaitkan asal nama singapura adalah dari bahasa Jawa. Maka, ia adalah sesuatu yang konsisten, teli atau sejajar kerana pada zaman tu, bahasa Jawa boleh dianggap dominan di kawasan tertentu di rantau ini. Kajian akhirnya mendapati ia ada kebenarannya, iaitu dalam bahasa Jawa, Singapura adalah pecahan drpd dua perkataan yang bertepatan dgn peristiwa zaman itu.
Singapura adalah daripada 'Sing' atau 'seng' bererti 'si' atau 'yang' dan 'ngapuro' yang bermakna 'maaf' dan jika dicantumkan kedua-duanya bermaksud Sing ngapuro bererti 'Yang memaafkan'.
Gua tanya: "Betul ke cikgu? Jangan main2, nanti kena saman kang, Singapura banyak duit, apa cerita sebenarnyer?."
Cikgu M bagitau, sebenarnya ia adalah rentetan kisah Parameswara yang berasal dari Palembang, sebuah daerah jajahan Srivijaya sekitar kurun ke-14. Dalam empire Srivijaya guna bahasa Sanskrit, tapi pada penghujung empirenya Srivijaya makin lemah dan muncul kuasa baru iaitu Majapahit yang berpusat di pulau Jawa dengan bahasanya of course, Jawa.
Dipendekkan cerita, masa waktu hujung2 kejatuhan srivijaya, Majapahit menyerang Palembang. Parameswara lawan tentera Majapahit tapi kalah lalu lari ke Temasik. Temasik diperintah oleh Temagi iaitu orang melayu Pattani yang dilantik oleh kerajaan Siam menjadi gabenor di Temasik. Temagi beri perlindungan kepada Parameswara, sebab waktu tu empayar Siam dan Majapahit adalah musuh ketat. Jadi Parameswara adalah musuh Majapahit, maka Temagi (Siam) menganggap Parameswara kawannya yg perlu dilindungi. Mahapahit memang nak takluk Temasik, tapi tak boleh dan anggap Siam sebagai ancaman.
Tapi apa yang berlaku seperti kita semua tahu, Parameswara bunuh Temagi lalu melantik diri sendiri sebagai pemerintah Temasek. Apabila ini berlaku Majapahit menjadi kagum/suka kepada Parameswara yang membunuh Temagi - musuh Majapahit, dan disebabkan itu, Majapahit 'memaafkan' Parameswara atas persengketaan kedua-dua pihak sebelum ini. Parameswara menganggap temasek adalah punca tempat 'yang mendapat kemaafan'. Dia memerintah Temasek lebih kurang 5 tahun tetapi lari lagi bila diserang tentera Siam di Temasek. Parameswara lari ke Muar, Sungai Ujong dan akhirnya ke Melaka.
Dalam kajian cikgu tu, katanya, terdapat bukti dalam buku sejarah lama, bahawa (ketika lari dari temasek) bila parameswara tiba di lokasi-lokasi tadi, orang tempatan akan bertanya datang dari mana?. Dan Parameswara menjawab 'Saya datang dari 'Seng ngapuro' (iaitu bererti yang memaafkan). Parameswara merujuk Sengapuro itu ialah Temasek. Sejak itu, Temasek mendapat nama barunya Singapuro yg dipopularkan Parameswara.
Maka dalam teori bahasa Jawa itu, erti dua nama itu adalah konsisten, sejajar dgn konteks zaman itu, manakala teori mengatakan kota singa tidak logik kerana tiada singa pun di situ. Pakar sejarah tidak pernah haiwan singa atau seni kraf berbentuk singa dibawa ke temasek. Maka teori kota singa tak logik. Dari segi bahasa juga sebenarnya sebutan singa adalah lebih kepada bahasa melayu kerana dalam sanskrit singa disebut 'si ha', tetapi 'pura' memang terdapat dlm bahasa Sanskrit bererti kota. Jadi bagaimana satu perkataan digabungkan atas dua bahasa berbeza untuk membentuk Singapura? Ini lagi satu tak logik dan tak konsisten yang cuba dibuktikan oleh cikgu tu.
Yang logik ialah satu perkataan daripada dua kata dari bahasa yang sama. Seperti Sing ngapura iaitu kedua-duanya dari bahasa Jawa.
Gua pertikaikan: "Tapi takkan Parameswara tak mau guna sanskrit sebab dia asal dari Palembang di bawah jajahan Srivijaya?"
Cikgu tu kata, dalil hasil dapatannya ialah: "Empire Srivijaya (guna bahasa Sanskit) alami kejatuhan, empire Majapahit (guna bahasa Jawa) pula menjadi kuat. Kekuatan sesuatu empire membawa sekali bahasanya. (Macam sekarang semua org kena blaja English sebab super power dunia sekarang berbahasa English). Bila Parameswara dah perintah Temasek (lepas bunuh temagi), bahasa yang dominan ialah Jawa kerana empire Majapahit kuat manakala bahasa sanskrit makin pudar penggunaannya sebab empire srivijaya makin lemah. Jadi tak hairan bila, Parameswara merujuk temasek sebagai sing ngapuro kerana 1) bahasa itu makin meluas digunakan waktu itu, 2) hubungan Parameswara dan Majapahit dah baik/pulih. Gua tanya balik: "Betul ke?, habis tu dah boleh ke dibuktikan kesahihan cerita cikgu ni?"
Cikgu M kata: "Tentu boleh, tapi sekarang belum siap sepenuhnya, ada sikit lagi nak setel kan."
Gua tanya: "Pernah ke orang kaji bab ni?
Cikgu kata: "Rasenye takde lagi."
Soalan tambahan: "Habis tu camner pulak nasib singa-singa kat zoo singapura?
Jawapan diberi dgn sedikit benggang: "Woiit, apa kene mengena? tu waktu sekarang la, nih cerita zaman dulu la."


-TAMAT. Betul ke tidak, Wallahualam. Kita tunggu je la kajian cikgu tu siap, kalau betul, dia boleh jadi glamor dan dapat duit banyak, tapi kalau tak betul silap-silap boleh kena saman dgn Singapura. Tapi apa pendapat saudara saudari sekelian?

15 comments:

zarch said...

- Singapura adalah daripada 'Sing' atau 'seng' bererti 'si' atau 'yang' dan 'ngapuro' yang bermakna 'maaf' dan jika dicantumkan kedua-duanya bermaksud 'Yang memaafkan'.

Menarik juga ye, pertama kali saya membaca tentang erti Singapore dalam bahasa Jawa. Kemungkinan benar juga, aduh...kehidupan ni penuh seribu kemungkinan....

Ziarah76 said...

Zarzh,
Dari segi bahasa Jawa, mmg ada maksudnya betul gitu. Kalau kita nak dengar org jawa cakap ngapuro byk2, tunggu waktu hari raya mase kemaafan dipinta. Asyik2 terkeluar ngapuro. Dari segi sejarah tu, entah la... mungkin betul, mungkin tidak.

azharjaafar said...

Ho.. ho..
Walaupun bapak aku jowo, aku urak iso ngomong jowo lah.. (baca dengan telo jawa pekat)

Ziarah76 said...

Azhar,
Kue wes ngomong sitik-sitik waye.. kiro iso ngomong la tu. Bapak gua pun jawa gak, tapi nyong orak iso ngomong, sitik2 waye kenek la koyo kue.

Tujuh Kaki Dalam said...

rame jugak rupanya jawa.

kakakaka.

Ziarah76 said...

tujuh kaki dalam,
Mmg ramai bro... semua umat Nabi s.a.w.

Tamindhari said...

Menarik gak kajian ni yek, walau tak pasti betul ker tak?

Ramai gak orang Jawa kat sini yek.

Ziarah76 said...

TaminDhari,
Mmg menarik, lagipun kajian ilmiah tu betul2 guna sumber yg kuat, buku sejarah lama yg terkenal. Mmg ramai org jawa merata2... Selangor, Johor, Perak, KL semua dah kene conquer dgn jawa. Muahahaha..

Syamsulfaiz said...

Menarik juga teori tu. Orang Jawa memang ramai di Selangor dan Johor. Aku membesar dikelilingi kawan2 Jawa dulu. Dah lama tak makan diorang punya Tempe goreng dgn ikan bilis dan kacang tuh. Sedappp

Ziarah76 said...

Long,
Tempe yg kaya dgn protein mmg dah popular di mana-mana. Kena bawak ke Dubai, long.. tempe, ikan bilis, kacang tu tahan lama. he he

Anonymous said...

Salam.

err. nak taw x. sy bace post ni half je.
Sbb?.
Sy memang x minat sejarah.
Hehe

Anonymous said...

Azamlah tuan2 ke jawa tempat asal leluhur tuan2. Buat dakwah dan tabligh supaya kita bisa kembali semua ke kampung asal kita (jannah).

Ziarah76 said...

Salam,
Atie, alamak...yeke..tp ni ada kaitan dgn melake. takpe2 nanti kami bubuh post lain yg lebih menarik, bace & komen tau.. hehe

Imanyakin,
Saya ada azam utk ke khuruj ke negara jiran, jawa..etc, tuan doakan saya, kita semua org Islam utk kembali ke kampung jannah kita. Jazakallah, tuan.

Romana said...

Tak pernah aku melihat nya dari sudut ini. Mahu percaya tapi tanpa dalil2 yang kuat. Siapa nama Cik gu yang membuat kajian. Interesting.

Asyraff Albar said...

Salam... saya sebenarnya dah selalu dapat complain fr rakan2 yang menyatakan banyak buku sejarah kat Singapore telah di ubah... Sian Singaporean... ;P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails