Semoga Allah pilih saya/kita semua untuk khuruj fi sabilillah pada ijtimak ini, amin.
************************************************
Diambil dari blog Azhar Jaafar.
Ijtimak Malaysia
Tarikh ijtimak Malaysia 9,10,11 & 12 Julai 2009 insyaAllah.
Umat Islam seluruh Malaysia (lelaki shj) dijemput, diminta dan diharap dapat hadir.
Tempat dan tujuan ijtimak; KLIK SINI.
Kemudian elders akan ke Filipina, Jakarta dan Singapura.
Tak dibenarkan sesiapa ikut jemaah elders ke tempat2 ijtimak di negara lain kecuali dengan kelulusan syura Malaysia.
Jemaah Asar - Isyak
Jemaah ini perlu dirombak semula
Hanya orang yang telah sempurna 2½ jam di masjidnya pada hari itu sahaja yang boleh menyertai jemaah ni.
Perlu hadir malam markas.
Gash umumi dan 3 hari bersama masjid sendiri.
Selepas 40 hari, jemaah dibubarkan dan diganti dengan jemaah lain.
Karguzari ringkas ijtimak Tongi 2009
Kehadiran lebih 2 juta orang, 17,000 foreign dari berbagai negara termasuk Arab, Turki, China, Rusia dan bekas Rusia. Dari Malaysia 1000 orang hadir.
Pesan elders, umat terbahagi kepada 4;
Orang yang buat usaha agama. Akan dapat pertolongan Allah di dunia dan di akhirat.
Orang beramal untuk diri sendiri dengan menjaga segala hukum2 Allah. Tiada pertolongan Allah di dunia tetapi ada di akhirat.
Orang yang buat amal tatapi banyak melanggar hukum Allah. Tiada pertolongan di dunia, akan diazab di akhirat tetapi akhirnya dapat masuk syurga.
Orang yang tiada iman. Akan kekal selamanya di neraka. (nauzubillah!)
Jika tiada golongan pertama, maka golongan 4 akan menguasai/memerintah umat Islam.
Untuk itu;
Buat kerja dakwah.
Baiki solat sehingga solat dapat menarik bantuan Allah dan menyelesai segala masalah.
Zikrullah terutama zikir pagi dan petang.
Taubat dan istighfar untuk diri. Juga untuk seluruh umat Islam seperti seorang anak yang memohon belas kasihan bapa supaya tidak merotan adik yang melakukan kesilapan (umat ini sedang dirotan oleh Allah kerana meninggalkan kerja dakwah).
Buat keputusan untuk buat kerja ini sampai mati.
Nota Tambahan
Sekarang ni ada jemaah Perancis, Belgium dan Yaman di Kuala Lumpur. Jemaah Perancis diminta beri sedikit laporan usaha di Perancis.
Usaha bermula pada akhir tahun 70an. Hanya ada 1 masjid di Paris. Itupun untuk tujuan pelanconngan.
Setelah usaha dibuat, sekarang ada 800 masjid di Paris dan 6000 masjid di seluruh Perancis. 1 juta orang kulit putih Perancis masuk Islam.
Elders putuskan bahawa setiap jemaah 3 hari yang keluar di Perancis pelu ada orang baru.
Jemaah2 dari Perancis sudah mula dihantar ke seluruh dunia. Beberapa tahun lepas, satu jemaah di hantar ke Argentina. Selama 3 bulan lebih mereka buat usaha hanya di satu masjid. bukan setakat usaha dari rumah ke rumah tetapi dari orang ke orang sehingga mereka jumpa setiap individu di kawasan itu.
Usaha masturat (suami isteri) juga bergerak maju di Perancis.
Pemain bolasepak Perancis, Anelka juga telah memeluk Islam dan telah keluar di jalan Allah. Subhanallah!
9 comments:
salamz.. insyaALLAH azam hantar 3 org ahli keluarga saya ke ijtimak malaysia nanti.
alhamdulillah, semoga Allah terima kita semua.
salam..
serius anelka masuk islam dan keluar ikut tabligh..?..
siapa lg pemain bola sepak lain yg saudara tahu da memeluk islam..
fedric kanoute ad skali ke?..sbb pernah tgk dia tayang baju gmbar palestine masa celebrate gol dia score..
p/s;sy minat bola..tu yg tanya..heh
Dr. Zahau, sy pun minat bola, tp skrg dah lama tak main. Pasal anelka tu, rasanye konfirm. Dua tahun lepas saya dpt laporan dari jemaah Msia (salah seorangnya Dr. dari USM) yg balik dari France mengatakan usaha dakwah tabligh di France sedang bergerak maju. Lebih maju dari UK, kerana orang France dikatakan lebih ada sifat tawaduk berbanding org putih di UK. Diberitakan ada beberapa lagi pemain profesional France yg masuk Islam. Orang France kalau masuk Islam kebanyakkannya tak tukar nama (masih kekal nama asal). Jemaah bertanya mengenai hal Zidane, seorang pemain tu (yg buat usaha dakwah) berkata, kita kena sama2 doa untuknya. Wallahualam.
please anything in English about the Ijtima3 and the site.
Jazakallahu khaira
Adui... saya ader ramai member yg belum islam... tp salah saya sbb tak tunjuk keistimewaan islam... adui... aper aku nak jawab di mahkamah nnt?
And yes, please in English coz everybody from the whole countries is searching bout this Ijtimak... yet they found most of them in Malay...
Salam,
ana ada dengar latest berita bahawa Thierry Henry (France) hampir masuk Islam juga !
Tolong beritahu saya ijtimak M'sia berakhir hari Ahad pukul berapa ?
Shukran.
jdikan dakwah sbgai maksud idop..ssungguhnya harta,diri & mase milik allah s.w.t....kita harus berkorban demi agama..umat sedang menderite ttpi karkun jgn bersare..
jdikan dakwah sbgai maksud idop..ssungguhnya harta,diri & mase milik allah s.w.t....kita harus berkorban demi agama..umat sedang menderite ttpi karkun jgn bersare..
Post a Comment