Saturday, February 7, 2009

Lompat melompat punya pasal

DENGAN tak semena-mena, tiba-tiba perbualan 'off the record' direkodkan seperti di bawah:
"Yang korang berdua lompat keluar dari bot ni, kenapa?," kata Pak Jar dengan marah dan bersungguh-sungguh.
"Laa... takkan lompat bot pun tak boleh, lagi pun kat sini boleh jadi bebas," kata Jamal sambil berkerut dahi.
Pak Jar yang berusia 50-an, cepat menambah lagi: "Tak boleh buat macam tu, itu namanya tak setia, pengkhianat..*&^%*&^#@#@@!#%&*+,"
Man menyampuk dengan berkata: "Apa pulak pengkhianat, kami tak buat salah pun, lagi pun lebih selesa kat sini."
Pak Jar duduk mencangkung di satu sudut manakala Jamal, 40-an dan Man, 50-an, berdiri depan Pak Jar. Mereka memang selalu bertengkar.
"Tu la korang cuma pentingkan diri, sampai sanggup buat orang lain susah, sekarang aku dah hilang kuasa," tengking Pak Jar dengan suara seperti orang menjerit.
Jamal yang berasal dari Behrang pun naik berang lalu berkata: "Astaga....apa pulak nih, aku nak lompat mana-mana pun aku punya suka la."
"Apasal tu!!!" kata Pak Su yang tiba-tiba muncul.
Man yang gemar memakan jering menjawab: "Nih.. Pak Jar ni tiba2 marah kami lompat bot."
Pak Su berkata: "Yang sebenarnya Pak Jar tu lepas tengok berita TV tadi belum makan ubat lagi pasal tu jadi macam tu terbawak-bawak apa yang ditengoknya dalam berita."
"Menderhaka? kah..kah..kah...aku dengar korang dapat duit juta2 dan dijanjikan kes court selesai kalau lompat, itu bukan derhaka kepada raja dan rakyat namenya? korang percaya kat kuda trojan? kah..kah..kah," Pak Jar berkata dan ketawa sorang-sorang sambil menghadapkan tubuhnya yang sasa ke dinding lalu terus bercakap sendirian.
Man berkata kepada Pak Su: "Laa...patut la dia macam orang tak betul je. Saya rasa lebih baik bagi dia makan ubat cepat sebab takut nanti dia baring atas jalan pulak."
Pak Su berkata: "Ini nak bagi ubat la ni, ubat korang berdua pun ada jugak, makan sekali."
Sambil berpaling antara satu sama lain, Jamal menjelaskan sesuatu yang terbuku dalam hati: "Tapi kami dah tak gila!."
Pak Su yang menetap di Taman Kemas, Tampoi berhampiran dengan hospital dia bekerja, menegaskan: "Mana ada orang gila mengaku gila, sudah lah makan ubat nih dan tak usah main bot-bot lagi dan kalau nak melompat, jangan melompat depan Pak Jar, dia tengah sensitif tu. Sekarang saya nak pergi ke wad sebelah yang ada sorang lagi yang lebih kurang sama macam Pak Jar."

**TAMAT CERITA. Peristiwa di hospital sakit jiwa antara Pak Su (petugas hospital) dengan dua pesakitnya di atas tidak ada kena mengena dengan orang yang masih hidup atau pun yang sudah mati, sama ada di Perak atau di luar Perak.

7 comments:

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum tuan.

Wah! Berbakat besar untuk menjadi penulis cerpen ni!

Hehehehehe!

Penuh dengan kiasan yang menepati tuntutan semasa.

Teruskan penulisan sebegini.

Semoga dapat menyedarkan warga Malaysia akan kecelaruan yang sedang melanda massa.

Salam hormat dari hamba,

Zainol Abideen @ MAHAGURU58

Ziarah76 said...

Waalaikumsalam. Wow! mahaguru komen gua punya entry... he he he
Bakat takde sgt, cuma baru nak blaja2 je, insyAllah akan diteruskan dari semasa ke semasa kalau ada idea. Jazakallah khair.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum ya sahabat.

Mudah2an Allah SWT mempertajamkan minda dan melancarkan Fikrah tuan demi Agama, Bangsa dan Tanahair tercinta!

Baru kembali dari Protes Anti Karpal Singh dihadapan pejabatnya di KL bersama ratusan umat Islam dan Pemuda UMNO WP KL dan Selangor.

Tengah memproses video rakaman dan menulis laporan terkini mengenai bantahan umat Islam terhadap salah seorang kaffir harbi di bumi Malaysia ini.

Bacalah nanti!

Wassalamualaikum wr wb.

Ziarah76 said...

Mahaguru,
InsyAllah smoga Allah tajamkan minda kita. Oooo..baru balik ye.. tak sabar nak baca laporan tuan dlm blog. Kalau lebih ramai orang rajin buat report mcm ni, wartawan KL pun tak boleh carik makan. he he he

Tamindhari said...

Sekarang ni aku ada 2 MB hahahaha, aku tak tau ler nak iktiraf yang mana satu MB aku. Pening betul ler... Kat Masjid tadi pun, takder citer lain dah... dok sibuk pasal 2 MB ni...

Komen aku cuma satu,
bila kita bergantung dengan KERAJAAN ALLAH, kerajaan Allah akan kekal selama-lamanya. Tiada siapa yang mampu buat RAMPASAN KUASA terhadap kerajaan Allah SWT. Sebab Allah SWTlah yang MAHA BERKUASA, Pemilik kerajaan langit dan bumi.

So, jadikanlah diri kita ni pejuang2 kerajaan langit dan bumi, kerajaan yang mentadbir seluruh alam hingga hari kiamat!

(jangan kerajaan langit Ayah Pin sudahlah...)

Ziarah76 said...

tamindari,
benar tuan. cerita pasal perpecahan mmg dari dulu orang Melayu champion. apa yg usaha dakwah buat ialah sebaliknya iaitu cerita pasal perpaduan, kasih sayang, penyatuan umat di bawah satu kalimah tanpa mengira warna kulit, fahaman, ideology, race..etc. Kita masukkan dlm hati kebesaran Allah, takut dan harap hanya pd Allah. Cakap kebesaran Allah lagi dan lagi. Dakwahkan kelebihan sunnah, solat, ilmu, zikir, memuliakan muslimin, ikhlas & korban di jalan Allah. Dgn cara ini kita pi mana pun Allah pelihara walaupun bergerak di Israel. Waallahualam.

Hafeez DUZAK'S 06 said...

salam all the broz in islam. put more an effort in increasing ppl toward Allah Ta,ala. Ijtima in malaysia will draw Allah's help .InsyAllah Ta,ala.... Jazakumullah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails