Thursday, February 12, 2009

Boikot secara selektif

ADA yang masih bertanya tentang isu boikot produk Amerika Syarikat (AS) dan Yahudi, ketika umat Islam di Gaza menderita angkara tentera Israel yang tak berperikemanusiaan. Persoalannya sama ada sokong atau tidak sokong boikot? Jawapan saya ialah perlu boikot secara selektif.>BACA SELANJUTNYA!
1-Pertamanya, bolehkah kita boikot semua produk AS dan Yahudi tu? Pada pendapat saya 'tak boleh'. Sebab, umat Islam perlu realistik bahawa terdapat barang dan produk mereka yang diperlukan oleh umat Islam tanpa ada pilihan. Contohnya, dalam bidang perubatan terlalu banyak keluaran AS, Yahudi e.g ubat-ubatan, pil, jarum suntikan, mesin cuci darah, mesin buah pinggang..etc. Begitu juga dlm teknologi, ICT, termasuk microsoft, google, DELL, alatan komputer, consumer produk dan banyak lagi, dalam sektor pendidikan, umat Islam masih perlu menghantar pelajar ke AS kerana sesetengah kursus tidak terdapat di negara lain dgn tahap kualiti yang tinggi manakala kualiti pengajian di universiti negara Islam masih keterbelakang dalam sains teknologi. Begitu juga dalam bidang lain (boleh check sendiri) yang tiada alternatif. Kalau kita boikot barang yang seperti ini boleh jadi asbab memudaratkan/melemahkan umat Islam dengan izin Allah.
2-Jadi sokong boikot ke tak? Saya sokong boikot tapi perlu boikot secara selektif iaitu memilih barang yang ada pilihan selain daripada produk AS, Yahudi. Ini juga banyak terutama dlm makanan, pakaian, hiburan dan barang2 yang bersifat perhiasan/eksesori dlm kehidupan. Kalau langkah ini tidak boleh dimulakan maka lupakan boikot yang lain. Dlm makanan misalnya, orang Islam takkan kebulur kalau tak makan McD, coffebean, coca-cola dan benda2 yg bukan saja mahal tapi banyak pilihan lain. Beli la makanan melayu atau yg dihasilkan/disediakan orang Islam. Utamakan usahawan/peniaga/kedai orang Islam. Dengan cara ini ekonomi orang Islam berkembang pesat dan akan mencambahkan lagi banyak alternatif terhadap produk. Sekaligus, makanan jenama AS etc.. terboikot dgn sendiri kerana sikap orang Islam menghindarinya. Barang yang boleh diboikot krn ada pilihan kita boikot, kalau takde pilihan jangan boikot.
3-Filem AS, misalnya, banyak yang sudah tentu boleh diboikot kerana terlalu banyak propaganda yg melemahkan roh/jiwa umat Islam, menanamkan keagungan/idola barat, maksiat, pergaulan bebas, budaya kuning, melekakan dan sebagainya. Industri hiburan Hollywood AS yang diimport ke negara Islam memberi pulangan amat besar kpd AS sedangkan sebahagian besar merosakkan dan tidak sesuai dgn agama dan budaya setempat. Ini perlu diboikot dgn beralih kepada filem tempatan, negara lain yg Islamik dan nilai2 kemanusiaan tinggi. (Apapun, umat Islam sebenarnya tak perlukan sangat hiburan seperti itu kerana jika jiwa kosong - yg kononnya perlukan hiburan - sebenarnya boleh diisi dgn zikrullah, bacaan al-Quran, hadis, perbanyakkan amalan sunat disamping tegas menjaga yg fardu, masa dipenuhi dgn kerja agama, jumpa orang cakap kebesaran Allah, lima amal masjid dan sebagainya. Jika ini dilakukan maka kesan cukup besar dan umat Islam tak ade masa untuk hiburan ala barat kerna dgn amalan agama, hati kita dihiburkan Allah sentiasa. Mengamalkan cara hidup Baginda Nabi s.a.w dengan sendirinya cara hidup yahudi, nasrani dan bertentangan dgn agama terkeluar daripada kehidupan kita. Kalau seseorang ada kekuatan pakai jubah selalu maka baju/pakaian seperti seluar jeans levis tak dipakai lagi. Maka terboikot la produk Yahudi itu. Ataupun pilih la jenama lain.)
4-Apa hukum boikot? Ini kena pegi rujuk/check/tanya ulama muktabar dan ustaz yang mursyid dan layak dlm mengistinbatkan hukum/fatwa (Bab mengistinbatkan hukum bukan bahan mainan sebarangan orang). Tetapi secara umum ada ulama yang menyokong boikot dan ada yang menentang boikot. Disebabkan mereka berbeza pendapat, maka terserah kepada orang Islam untuk memilih. Yang penting kita perlu berlapang dada dalam hal ini, jangan berpecah belah hingga AS, yahudi bertepuk tangan. Dan perlu menjaga akhlak untuk sentiasa bersangka baik terutama kepada ulama, mana-mana golongan sama ada yang memboikot atau tidak memboikot. Antara yang menyokong boikot adalah ulama Yusof al-Qaradawi.. Ulama yang tidak menyokong boikot juga mempunyai hujah dan dalil masing-masing. (Ada banyak, boleh check sendiri, hujah mereka antaranya di sini). Ada pula ulama yang tidak bersetuju boikot secara bersyarat iaitu jika boikot itu dipersetujui oleh pemerintah maka ia boleh dilakukan.
Di Malaysia, ada majlis agama (pemerintah kerajaan negeri) yang mengeluarkan teks khutbah Jumaat menyeru umat Islam memboikot mengikut kadar kemampuan. Di luar negara, mungkin berbeza kemaslahatannya dan peranan boleh dilakukan dalam aspek lain. Selain itu kerajaan pusat Malaysia menganjurkan kempen beli barang tempatan. - satu pendekatan berlapik supaya rakyat memboikot/menghindari barang negara lain. Ironinya, ketika seruan memboikot bergema di pelusuk negara ini, rata-rata tiada satu pun ulama dan mufti di negara ini yang menentangnya, bahkan banyak pula yang menyokongnya.
5-Pernah atau tidak Nabi s.a.w memboikot? Gerak geri dan prilaku Nabi memboikot memang ada, tapi itu boikot terhadap 3 sahabat yang tak pergi berjihad di jalan Allah. Menjawab salam adalah wajib, tetapi semasa memboikot, Nabi tidak menjawab salam sahabat yang diboikot. Layan suami wajib, tetapi isteri sahabat diarahkan boikot tempat tidur hingga ayat turun memberitahu keampunan kepada sahabat tersebut.
Tetapi itu dalam kes tidak berjihad di jalan Allah, maka bolehkah pendekatan boikot dilakukan dalam kes lain? Walaupun boikot Nabi dalam kes sahabat tak pergi berperang tetapi umum mengetahui bahawa dalam syariat Islam yang mulia, pendekatan memboikot ada digunakan untuk maksud yang lain. Sebagai contoh, dalam kes nusyuz (derhaka isteri kepada suami) maka syariat menganjurkan suami memberi nasihat, jika tidak berkesan maka suami boleh membuat ta'dib kepada isteri iaitu memberi pengajaran dengan langkah2:
1) pisahkan tempat tidur hingga isteri meninggal nusyuznya
2) tidak bertegur sapa tidak lebih 3 hari
3) pukul dgn alat yg tidak memudaratkan anggota badan dan tidak pada muka sekadar memberi ta'dib.
Nombor 1 dan 2 adalah gerak geri boikot untuk tujuan memulihkan hubungan suami isteri (boikot itu bukan kerana seseorang tidak mahu keluar di jalan Allah). Boikot tempat tidur kerana nusyuz berdasarkan perintah Allah dalam surah Nisa: 34 yang bermaksud: .... dan perempuan2 yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukan lah mereka di tempat tidur....Jika nasihat tidak memberi kesan untuk mengubah tingkah laku isteri, jika tidak menunjukkan perubahan sikap maka suami perlu mangadakan majlis hakam yang dikendalikan oleh keluarga suami atau wakil yang dilantik oleh suami isteri untuk membantu menyelesaikan konflik. Jika masih gagal maka perkara itu boleh dibawa ke mahkamah untuk langkah seterusnya.
Tulisan ini tidak bermaksud untuk bercerita mengenai hal nusyuz tetapi hendak memberitahu bahawa kaedah boikot ada dalam syariat untuk tujuan yang pelbagai - bukan boikot itu hanya kerana tidak mahu keluar di jalan Allah semata-mata.
Begitu juga di sesetengah madrasah yang dikendalikan oleh maulana, kita biasa dengar bahawa pelajar diboikot atas arahan ustaz dalam tempoh yang tidak memudaratkan bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dan ia berkesan walaupun ia hanya kes terpencil dan jarang-jarang digunakan. Banyak lagi contoh boikot, tetapi tak perlu dinyatakan di sini kerana bimbang tulisan ini akan menjadi terlalu panjang.
Mungkin Al-Qardawi tidak menunjukkan contoh2 di atas dalam hujah memboikotnya kerana ia hanya lah dalil asas yang justifikasinya mungkin telah sedia maklum. Namun keberkesanan memboikot yang Qaradawi nyatakan untuk tujuan melemahkan ekonomi AS - adalah sesuatu yang ada pihak mempertikaikan sejauh mana ia berkesan, kerana terdapat sesetengah pihak berkata ia seperti mengapak kaki sendiri yakni memberi mudarat kepada umat Islam sendiri.
Jadi bagaimana pula, kes membeli barang dari bukan Islam sedangkan Nabi s.a.w sendiri membeli baju besi daripada orang Yahudi. Maka bersandarkan hujah bahawa prilaku seseorang memboikot adalah berbeza jika ketika tidak memboikot. Seperti dinyatakan tadi bahawa menjawab salam adalah wajib tetapi ketika memboikot, Nabi s.a.w tidak menjawab salam Kaab r.a. Begitu juga membeli barangan bukan Islam tiada masalah apa2 dari segi hukum, tetapi ketika memboikot, mereka memboikot tidak membelinya.
6-Memaksa pandangan kita untuk ditelan orang lain adalah tidak bijak dan merugikan umat kerana dikhutiri umat Islam terjerumus kepada perpecahan. Sepatutnya kita meraikan perbezaan pendapat, kerana iktilaf para ulama adalah rahmat tetapi kita bukan ulama maka ia mendidik kita supaya menghormati perbezaan pendapat saudara seIslam kita yang lain, bersifat terbuka dan bersangka baik.
Kita tidak boleh melihat isu ini dari sudut zero sum game dan absolutism atau sama ada hitam atau putih sahaja walhal ulama-ulama pun berbeza pendapat dan mereka dari mana-mana kumpulan mempunyai dalil-dalil yang bukan sembarangan.
7-Dari sudut kepenggunaan, boikot di Malaysia dipelopori oleh persatuan pengguna Islam dan sebagainya. Bagi mereka, menjadi satu taboo yang tidak boleh dimaafkan jika anda tidak menyokong boikot. Aktivis pengguna melihatnya dari sudut kuasa beli pengguna yang boleh menentukan pasaran. Ini ada asasnya, lebih-lebih lagi bagi pasaran Malaysia yang lebih kepada consumer based. Tetapi mempercayainya dengan keterlaluan menjadikan golongan ini idealist dan bukan realist - sedangkan kedua-duanya diperlukan. Untuk mencari dalil menyokong boikot, anda boleh pergi rujuk mereka.
8-Baik. Dari sudut ekonomi, hujah pihak yang memboikot ialah untuk menghancurkan ekonomi AS, Yahudi. Pada pendapat saya, ini tidak benar dan tidak boleh berlaku begitu sahaja dalam putaran ganas dunia kapitalis yang mencengkam negara-negara Islam dan umatnya. Ekonomi AS kini sedang mengalami antithesis kejatuhan dan ia bukan disebabkan orang memboikotnya kerana ia adalah kesan sebelum Gaza diserang lagi. Begitu pun saya bersetuju jika boikot produk As, Yahudi akan melemahkan sedikit ekonomi mereka. Kerana secara asasnya apabila ada penawaran barang tetapi tiada permintaan yang boleh menjuruskan kepada jualan/transaksi maka ia tak dapat apreciate dlm market. Kalau tuan jual nasi lemak, tapi takde orang beli maka lama-kelamaan bisnes lingkup. Maka hujah yang menyatakan memboikot adalah melemahkan sedikit walaupun tak dapat meruntuhkannya - adalah realistik untuk diterima.
Pakar ekonomi (antara tokoh negarawan, Tun Mahathir) sendiri bersetuju bahawa jika 20peratus saja daripada 1.3 bilion umat Islam memboikot produk AS, Yahudi, maka ia sudah cukup memberi kesan negatif kpd ekonomi AS, Yahudi. Perlu juga diingat, orang bukan Islam termasuk Yahudi pun ada turut serta boikot produk AS, Yahudi. Maka sasaran untuk melemahkan ekonomi AS, yahudi nampaknya boleh dicapai kerana jumlah pemboikot semakin ramai (pada masa yang sama ada juga umat Islam yang tidak memboikot).
Bagaimanapun, kalau umat Islam memboikot membuta tuli, kesan negatif akan dirasai umat sendiri sebaliknya boleh berjaya jika dilakukan secara selektif dan bijaksana.
Banyak sebab kenapa ini perlu diteliti, antaranya ialah Foreign Direct Investment (FDI) negara2 Islam banyak bergantung kpd AS yang menjadi father of capitalism manakala Israel used America as a proxy. FDI paling besar Msia ialah dari AS. Msia jadi rakan dagang ke-10 terbesar bagi AS. Begitu juga negara Islam lain. Sistem ekonomi dunia ialah berpaksi kapitalism yang secara prinsipnya mana-mana yang mengikut telunjuk sistem ini akan mendapat manfaat dan jika tidak, akan ditekan oleh pasaran. FDI tadi menyuburkan economic growth, pelaburan asing, mewujudkan peluang pekerjaan, kemasukan MNC, menghidupkan syarikat tempatan melalui partnership bumiputra, industri hiliran, IKS dan etc. Ini banyak berlaku di Malaysia. Bagaimanapun, syarikat MNC hanya bertuhankan keuntungan dan tidak ada kesetiaan kepada mana-mana negara apatah lagi negara Islam. Kalau perlu, mereka boleh tutup kilang di Malaysia dan buka di China atau mana-mana lokasi yang buruhnya lebih murah, mereka tidak peduli jika pekerja mereka tiba2 jadi penganggur. Syarikat Intel di Penang mengecilkan saiz operasi, menutup operasi dan memberhentikan sebahagian pekerja, menarik keluar pelaburan. Di sesetengah negara, syarikat gergasi AS turut melakukan serupa akibat kesan kemelesetan ekonomi global. Singapura mula mengambil keluar wang simpanannya di luar negara manakala Pakistan, Aghanistan, Mexico dan sebagainya mula mendapatkan pinjaman wang dari Bank Dunia dan IMF.
Di Malaysia tak dengar lagi kita menambahkan pinjaman dari luar, tapi betulkah tiada? Atau kita yang tidak tahu? Dan benarkah ekonomi kita kebal? Malaysia perlu menguruskan betul2 ekonominya pada saat genting ini bukan sibuk kelam kabut dengan politik lompat melompat.
Peraturan krisis ekonomi AS, bukan sahaja memberi kesan kepada negara itu tetapi juga negara-negara yang mempunyai hubungan rapat dari segi ekonomi. Dubai yang sebelum ini dikatakan boom dengan ekonominya tiba-tiba terpaksa mengarungi detik-detik memasuki fasa kemelesetan dengan banyak projek mega termasuk menara Dubai dikhabarkan terpaksa dihentikan dalam fasa tertentu.
Selain itu, beberapa syarikat AS, Yahudi yang berkaitan makanan juga dikhabarkan mengalami kemerosotan jualan di negara-negara Islam akibat tindak tanduk boikot. Bagaimanapun mereka menjangkakan ia hanya bersifat bermusim. Di Malaysia, KFC adalah milik J-Corp - sebuah syarikat milik Johor. Memboikot KFC adalah tindakan tidak cerdik kerana walaupun jenamanya berasal dari AS, tetapi ia milik Malaysia yang mana CEO J-Corp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim adalah pelopor jihad bisnes dan banyak membantu usahawan Islam.
Bagaimanapun, jika umat Islam mengetahui fakta maka memboikot produk AS akan memberi kelebihan kepada KFC Malaysia, kerana jika makanan segera lain dari AS diboikot maka selera makanan segera itu mungkin terkumpul ke KFC.
Maaf, saya tidak dapat menyatakan angka-angka dalam tulisan yang dibuat secara sekali lalu saja ni, tetapi jika tuan mengambil inisiatif sendiri maka fakta-fakta dan angka ini boleh ditemui dalam pencarian maklumat anda.
8- Kesimpulannya ialah (1) memboikot perlu selektif kerana memboikot membuta tuli memudaratkan umat dengan izin Allah. (2) boikot memberi kesan untuk melemahkan ekonomi (walaupun hanya sedikit tapi lebih baik daripada takde), (3) orang yang memboikot perlu menghormati orang yang tidak memboikot dan begitu juga orang yang tidak memboikot perlu menghormati tindakan orang memboikot, perlu meraikan perbezaan pendapat, kesederhanaan dan toleransi dalam menerima pendapat dan tidak memaksa orang lain.
(4) Jika umat Islam mempercayai bahawa memboikot adalah satu-satunya jalan untuk menyelesaikan masalah Gaza atau senjata ekonomi saja perlu digunakan - ADALAH SATU KESILAPAN AMAT BESAR. Dengan hanya mengambil kisah misalnya, Raja Malik Faisol dalam kes minyak hingga menyebabkan kuasa dunia mengelabah - juga satu kesilapan. Tuan-tuan pun mengetahui bahawa minyak pun semakin turun harganya dan ia tidak menentu.
(5) Sebaliknya, umat Islam hanya boleh menang ke atas musuhnya dengan bantuan Allah. Tidak pernah dalam sejarah, umat Islam menang kerana bantuan material atau apa2 kekuatan yang ada pada umat Islam. Bahkan, dalam sejarah, banyak kisah di mana umat Islam menang walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Contohnya Perang Badar dan banyak lain kita boleh scan and trace back dari zaman khalifah rasyidin, uthmaniyah, abbasiyah hingga ke akhir sekali turki uthmaniyah. Allah janjikan dalam al-Quran bahawa bantuan-Nya akan diberikan kepada orang beriman dan beramal soleh - akan dijadikan khalifah di muka bumi ini. Hari ini orang Islam gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai orang Islam bahkan perkara yang asas seperti solat pun dicuai-cuaikan, jadi bagaimana dia boleh diberikan tanggungjawab untuk menjadi khalifah muka bumi? Kalau anda seorang pengurus besar syarikat, ada seorang pekerja bawahan yang kerja menghantar surat tetapi kerja itu pun dia gagal, takkan anda hendak lantik dia jadi pengurus pangkat yang lebih tinggi untuk beri tanggungjawab yang lebih besar sedangkan tanggungjawab asas hantar surat pun dia tak mampu.
(6) Senjata umat Islam adalah dakwah dan doa. Senjata ini kita ada tapi semua berkarat, tumpul dan tak berkesan. Senjata ini boleh dikembalikan berkesan dengan perantaraan usaha dakwah yang hak, mengikut cara baginda Nabi Muhammad s.a.w., umat perlu kembali kepada maksud sebenar kita dihantar.
(7) Tanpa dakwah maka keimanan dan ketaqwaan menurun maka segala jenis kemunduran akan datang sebagai natijahnya seperti - kemunduran ilmu, teknologi, perubatan, ekonomi, politik, perpecahan dan sebagainya. Kesilapan umat hari ini ialah cuba merawat natijah-natijah itu tetapi tidak merawat punca akar umbi yang menyebabkan natijah itu. Iaitu meninggalkan kerja dakwah itu. Dengan kerja ini umat menjadi mulia.
(8) Praktikal solution ialah, perlu kita melapangkan masa di jalan Allah pada waktu dan tempoh yang ditertibkan ulama 4 bulan, 40 hari, 3 hari mengikut mesyuarat, 5 amal masjid dan sebagainya. Punca Masjidil Aqsa dibedil pertama kali oleh Israel dalam 10 days war (serangan pertama) adalah kerana masjid itu tidak dimakmurkan oleh penduduk sekitarnya. Beberapa tahun sebelum dibedil, satu jemaah tabligh dihantar ke situ yang salah seorangnya ialah syura Malaysia, Tuan Guru Haji Salleh (penanti). Tuan Guru ketika ketika menceritakan perkara itu, masa itu hanya imam yang ada di masjid dalam selepas selesai solah maka dia balik. Apabila jemaah bertanya kepada imam, maka imam itu menjawab memang begini la yang terjadi setiap hari. Jemaah berkata, keadaan ini yakni masjid kosong amat merbahaya kerana Allah boleh hantar musibah pada bila-bila masa. Apabila jemaah tangguh dan balik maka tidak lama kemudian terjadilah serangan pertama itu. Butiran laporan ini mungkin akan ditulis dalam entry akan datang, termasuk bagaimana kerajaan kuat Parsi boleh jatuh.
Pokoknya, seluruh kekuatan bukan Islam sebenarnya tidak lebih seperti lemahnya sarang labah-labah yang boleh disapu bersih dengan mudah. Tetapi umat Islam lah yang sebenarnya tidak tahu menggunakan taring dan kekuatannya sendiri. Wallahualam bissawab.


**TAMAT. Pada mulanya saya ingin membincangkan tajuk ini secara ilmiah dan ekonomik tetapi kerana bimbang ia jadi terlalu panjang, berbelit-belit, membosankan, meletihkan dan bukan ramai pon yang membaca dalam blog ini - maka hasrat itu dibatalkan. Sebaliknya ia hanya secara sependek mungkin, ringkas dan umum saja, lagi pulak sebenarnya pemilik blog mempunyai saluran lain yang lebih berkesan untuk mengetengahkan pandangan dengan capaian yang lebih besar.

10 comments:

zarch said...

MasyaAllah, menarik tulisan sdr...dgn penuh fakta.

SITI FATIMAH ISMAIL said...

salam ziarah..skrg dkt lahaq yooi dah ada dah. lalulintas pon dah smooth.tak mcm dulu..

abuMuhammad said...

salam,
Pandangan yg baik tuan.

ikhlas.

aLturkistani said...

Tuan,
Saya ulang sekali lagi, kisah nabi "boikot" sahabat tak valid untuk dibawak hujah boikot US dan Yahudi..Sebab nabi xboikot..Peristiwa tu bukan boikot..Sila rujuk ulamak sebelum mensyarah sendiri..Pergi tanya maulana hamid,apa syarah yg ditulis oleh ulamak muktabar pasal kisah tu..Saya telah bertanya,dan ia xvalid untuk hujjah..Sebab tu Al-Qaradhawi sendiri xguna kisah tersebut sebagai hujjah boikot..Hanya orang awam saje yang pandai2 guna kisah itu untuk membenarkan boikot..Apa yang fakta dan jelas boikot adalah tertib kafir quraish..Dalil untuk kes boikot dibawa oleh Al-Qaradhawi hanya qiyas menggunakan usul fiqh yang lemah menurut guru saya..mungkin sebab beliau lebih sentimen,mungkin kerana beliau ex-ikhwan..yang menyokong hanyalah mereka2 yang taksub dengan Al-Qaradhawi dan penggerak tertib ikhwanul muslim..
Islam tak ajar umat dia untuk jatuhkan orang lain even orang kafir untuk naikkan Islam..Islam ajar umat dia bersaing untuk naik sendiri even dlm perniagaan..bukan dengan cara kotor dengan boikot..Kita hanya boleh anjurkan saja untuk membeli barangan buatan muslim..xlebih dari itu..Untuk pengetahuan tuan,kawan mak saya adalah francisee sebuah restoran McD..Adakah patut kita boikot McD?Dan ramai lagi Muslim yang jadi francisee McD di Malaysia..Kawan saya sendiri adalah francisee coffeebean di Penang..Pakcik dia fracisee starbuck..Pakcik saya sniri adalah pengedar coke dan f&n di Kamunting..Ex-Boss saya adalah dealer untuk pump minyak Mobil..Semua orang2 tersebut adalah orang2 Islam..Dan ramai lagi orang2 Islam kita yang berniaga menjual2 barang2 boikot yang anda pilih..kalau la boikot jual beli ini Islam, Islam sangat melemahkan..Rase terhina dengan wajah Islam begini..WA...

Ziarah76 said...

Zarzh, trima kasih. Tp tu scara umum je, kalau check dlm ekonomik jurnal/makalah ekonomi maka bole jumpa figure/angka/detail. Sy blaja2 je.

Ziarah76 said...

siti, saya & isteri dah lama tak pekena mi udang mi ketam, cendol makloom, Sg 2. Dari pekan t.glugoq hingga ke pekan sg. 2 ke pantai bersih org2 nyer semua baik2, makann sedap2.

Ziarah76 said...

Ibnurosly, trimasih, camera tu brapa kali boleh snap dlm satu saat?

Ziarah76 said...

Aliph, apa merepek nih. semua komen tuan dah dijawab dlm entry. cuba check betul2. mmg dinyatakn awal2 bhw pasal hukum, N3 ni suruh kita rujuk ulama (baca no.4),komen tuan hanya mmbuktikn kebenaran N3 ni bhw ulama berbeza pendapat.Saya dah rujuk/tanya secara terus kpd MUFTI negeri yg saya tinggal sblm tulis pasal boikot dari dulu lagi, takde sikit pun tersasar. Saya tak bersyarah, tp cuma tulis & tak paksa sapa2 terima pendapat ni (baca no.6). Tuan, jgn under estimate org sampai rendahkan akal budi, maruah diri sendiri. Kalau usaha agama tak dapat islahkan akhlak, hikmah maka saya tak tau dimana lagi yg boleh tingkatkan hikmah tuan. Jgn kritik mana-mana ulama secara melulu, org yg stuju boikot pun tak kritik ulama yg tak setuju boikot. Jgn memalukan diri sendri. Kesian pulak tuan terpaksa mengheret saudara mara,kawan2,anak beranak yg keja dgn sykt AS utk kuatkan hujah tuan yg selalu lemah tu. Mmg diketahui umum bhw pekerja sykt ni akan terjejas kalau sykt AS diboikot (baca no. 7). Bahkan ekonomi negara yg bergantung FDI AS pun ada kesannya (baca no. 7). Tapi kekukuhan sumber domestik sesebuah negara bole jadi penampan, Msia ada benda ni, termasuk sumber2, bukan spt Singapura yg kurang sumber (e.g tanah etc.. ni tuan takkan faham kalau asyik beremosi). Saya sendiri pernah keje Esso lepas sekolah, masa cuti semester di UIA zaman dulu2 keje McD, lepas grad keje kejap ProJET (sykt minyak AS dari Conoco oil company). Saya bagi contoh, bila ProJET di Meru, Klang tutup, penduduk & pekerjanya dpt kerja lain krn stesen Petronas pula dibuka di lokasi sebelah. Org kampung pun takde masalah nak
beli minyak. Bukankah penutupan sykt AS telah buka peluang baru yg lebih baik? Rezki di tangan Allah tuan, jgn jumud & terkongkong dgn sykt AS. Mungkin saudara/kawan2 tuan akan dpt yg lebih baik jika sykt2 tu tutup. (jgn yakin pd makhluk, yakin pd Allah). Starbuck terang2 sokong AS bunuh org Islam di Aghanistan & buka caw khas utk tentera AS. Sykt2 minyak AS, misalnya bila buka operasi di negara yg ada minyak, dia tak bawa minyak dari AS, tapi beli minyak dari sykt tempatan (kalau di Msia depa beli dari Petronas). Lepas tu depa refine balik. Di kebanyakan negara, AS paksa negara2 tu jual minyak kpd depa dgn harga yg murah dlm perjanjian berat sebelah. Ini yg sebahagian isu FTA yg ditolak
oleh kebanyakan negara miskin/membangun/asia kerana ia adalah penjajahan ekonomi bentuk baru yg mana memaksa negara lemah utk tunduk syarat2 yg tak adil dlm byk bidang sama ada pertanian, industri, minyak, kimia etc.(Pasal tu isu FTA sampai sekarang tak selesai). Jgn brgantung totally pd sykt2 AS, krn sekrang pun ekonomi depa menghadapi krisis paling teruk dan mana2 yg bergantung pd ekonomi AS akan terjejas sama. Depa sebenarnya tak kisah pun pekerja/francise sykt depa samada di Msia atau negara2 lain jadi penganggur, yg penting ialah keuntungan.
Akhir kalam, tuan perlu rujuk no. 8(3) supaya kita reti hormat kpd orang terutama bila komen dlm blog org punya. Dgn rasa hormat (sbb tuan buat usaha agama), saya minta tuan supaya beradab bila mengomen, kalau tak, tak payahlah. Kalau ada rezki kluar sekali bole kita makan satu talam. Ustaz Hamid dah sign gua punya surat minta cuti keluar 40 hari.

Anonymous said...

Good day !.
You re, I guess , probably very interested to know how one can make real money .
There is no initial capital needed You may begin to receive yields with as small sum of money as 20-100 dollars.

AimTrust is what you haven`t ever dreamt of such a chance to become rich
AimTrust represents an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.

It is based in Panama with offices around the world.
Do you want to become a happy investor?
That`s your chance That`s what you really need!

I`m happy and lucky, I started to get income with the help of this company,
and I invite you to do the same. It`s all about how to choose a correct companion who uses your funds in a right way - that`s AimTrust!.
I earn US$2,000 per day, and my first investment was 500 dollars only!
It`s easy to start , just click this link http://ijyfefitac.lookseekpages.com/kyxebic.html
and go! Let`s take our chance together to become rich

Anonymous said...

Good day, sun shines!
There have been times of hardship when I felt unhappy missing knowledge about opportunities of getting high yields on investments. I was a dump and downright pessimistic person.
I have never imagined that there weren't any need in big starting capital.
Nowadays, I'm happy and lucky , I begin take up real money.
It gets down to choose a correct companion who utilizes your money in a right way - that is incorporate it in real deals, parts and divides the income with me.

You can get interested, if there are such firms? I have to tell the truth, YES, there are. Please be informed of one of them:
http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails