Thursday, July 12, 2012

Kisah jemaah Yaman, bapa Habib Ben Hafiz karkun...

SUDAH lebih sebulan tiada posting baru gara-gara kesibukan. Tapi hari ini cuba mencuri masa untuk berkongsi satu karkuzari mengenai cerita satu jemaah Yaman yang sedang bergerak sebulan di kawasan Alor Setar dan Kuala Kedah. Mereka jemaah dua bulan di Malaysia. Pada tarikh posting ini ditulis (12 Julai 2012), jemaah baru sahaja meninggalkan Alor Setar untuk ke Kuala Kedah. Roote mereka seterusnya sekitar Jitra dan Sungai Petani. Saya sempat bersama beberapa ketika memberi nusrah kepada jemaah ini ketika mereka berada di Alor Setar.

Bertamu
Satu malam, seorang ustaz (orang awam) tertarik dengan jemaah ketika bertemu di masjid apabila berbual-bual, lalu ustaz itu menjemput semua ahli jemaah untuk makan malam di rumahnya.
Saya juga pergi kerana diputuskan bertindak sebagai pemandu kereta membawa mereka. Setiba di rumah, jemaah disambut dengan cukup mesra. Ustaz tersebut bertutur dalam bahasa Arab dengan fasih kerana pernah belajar di sebuah universiti tanah Arab (Mesir kalau tak silap).
Terpancar kegembiraan pada wajah ustaz tersebut dan rakan-rakan ahli jemaah suraunya ketika menerima tetamu dari Yaman itu. Lalu dihidangkan lauk pauk yang sungguh lazat.
"Dhuyuf, dhuyuf... tafadhol," kata salah seorang daripada mereka ketika mempersilakan tetamu. (Dhuyuf bererti para tetamu iaitu plural-jamak, manakala dhif bererti seorang tetamu iaitu singular-mufrad dalam bahasa Arab).
Maka tetamu juga tidak kekok mengambil makanan dengan senang hati bersama tetamu lain maka masing-masing berbual-bual mesra. Di kalangan rakan seusaha tempatan tidak semua yang tahu berbahasa Arab. Antara rakan seusaha jemaah tabligh tempatan yang fasih ialah Ustaz Lan dan Haji Shamsudin yang bertindak sebagai penterjemah.
Makanan yang disediakan cukup lazat bersama buah-buahan. Begitu lah sifat seorang tuan rumah iaitu seorang ustaz itu yang tahu kelebihan memuliakan tetamu. Semoga Allah memberkati ustaz tersebut bersama ahli keluarganya.  
Selesai menjamu selera makanan berat, tetamu dijamu buah-buahan pula seperti rambutan dan betik. Salah seorang ahli jemaah Yaman berkata rambutan tiada di Yaman kerana mungkin asbab buminya kurang hujan.

Bayan talam
Tiba-tiba, amir (ketua) kepada jemaah dengan hikmah meminta perhatian kepada semua hadirin untuk memberi ruangnya bercakap sebentar. Maka semua memberi tumpuan kepadanya.
Amir itu menyentuh mengenai kepentingan golongan ulama terlibat dalam usaha dakwah sambil menyebut kisah-kisah Imam Syafie, Imam Hanafi dan Imam Hambali. Beliau juga ada menyebut mengenai hadis 'ulama warisatul anbiya'.
Beliau juga menyatakan bahawa islah bagi golongan alim ulama adalah ketika mereka duduk bersama orang awam manakala islah bagi orang awam ialah ketika mereka duduk bersama alim ulama. Dalam situasi itu, orang awam boleh mempelajari banyak daripada ilmu si alim ulama dan pada masa yang sama alim ulama boleh belajar bersabar dan ujian kerenah orang awam.

Habib Umar
Banyak lagi yang diperkatakannya. Namun satu perkara yang menyebabkan semua orang tempatan bertambah khusyuk ialah apabila amir jemaah Yaman itu bercerita tentang kisah ulama tersohor dari Yaman yang popular di Malaysia dan luar negara iaitu Habib Umar Ben Hafiz (rujuk gambar). Ini sebagai salah satu contoh ulama masakini terlibat dalam usaha dakwah Tabligh.
Habib Umar Ben Hafiz (kiri) ketika pergi menemui 
Maulana Abdul Hamid (kanan) Syura Jemaah Tabligh 
Malaysia baru-baru ini.
Amir itu berkata, suatu ketika Habib Umar pergi ke ijtimak di Pakistan (mungkin Raiwind) lalu bertemu dengan Bai Wahab (Amir jemaah Tabligh di Pakistan). Dalam pertemuan itu, Bai Wahab mengeluarkan sebuah buku (lama) lalu ditunjukkan kepada Habib Umar. Buku itu adalah mengandungi kisah para sahabat r.hum, tetapi di sebahagian kertasnya terdapat tulisan tangan yang panjang.
Bai Wahab memberitahu, bahawa tulisan itu adalah tulisan bapa kamu (iaitu bapa kepada Habib Umar) ketika bapanya datang ke ijtimak di Pakistan zaman dahulu. Bai Wahab memberitahu kepada Habib Umar bahawa ketika bapanya hadir di ijtimak zaman itu, jumlah majmak (audien, iaitu para hadirin orang yang datang) hanyalah beberapa ratus orang sahaja (Amir menyebut jumlah ratus itu tapi saya tidak ingat). Tetapi ketika anaknya (iaitu Habib Umar) datang ke ijtimak hari itu, jumlah orang yang datang mencecah jutaan orang (Amir juga menyebut jumlah juta itu tapi saya tidak ingat).
Amir itu memberitahu, bahawa berkat jemaah dakwah maka manusia-manusia berubah dan kembali kepada agama. Ayah kepada Habib Umar adalah karkun, buat usaha dakwah tabligh yang berkorban hidupnya untuk agama. [[*Bapa kepada Habib Umar ialah Sheikh Abu Bakar Ibn Salim, adalah ulama besar yang rapat dengan Amir Tabligh pada zaman itu iaitu Maulana Yusof dan Sheikh dikatakan pernah berguru  atau mempunyai hubungan dengan Maulana Zakariyya. (Klik info di sini) . Keluarga Habib adalah daripada keturunan ahlu bayt]].

Dakwah di Afrika
Amir itu memberitahu lagi bahawa satu ketika beliau sendiri bersama salah seorang ahli jemaah itu (seorang ahli jemaah itu mengangguk ketika kisah ini diceritakan) telah khuruj berdakwah ke Kenya dan Tanzania (negara Afrika).
Beliau memberitahu, apabila tiba di satu masjid, imam masjid itu menghalau mereka (jemaah) keluar daripada masjid (yakni tidak membenarkan mereka duduk dalam masjid).
Setelah mereka berbicara dengan umat Islam di situ didapati rupa-rupanya umat Islam di daerah itu telah ramai yang murtad dan keluar daripada Islam secara beramai-ramai masuk agama nasrani.
Amir itu memberitahu, antara taktik mubaligh nasrani ialah memberikan gula-gula kepada kanak-kanak dan orang awam. Ada dua jenis gula-gula. Satu jenis gula-gula dilabelkan dengan nama Muhammad manakala satu lagi jenis dilabelkan dengan nama Isa. Maka jenis gula-gula yang berlabel Muhammad diperbuat berperisa amat pahit manakala gula-gula berlabel Isa berperisa manis. Apabila disuakan gula-gula ini kepada penerimanya selepas memberitahu nama-nama label itu maka mereka akan membuang dan menyatakan tidak mahu Muhammad tetapi mahu Isa.
Keadaan ini berlaku dalam tempoh beberapa ketika maka ramai yang telah murtad manakala orang awam juga ditipu bahawa dalam dunia tiada lagi orang yang beragama Islam maka lebih baik mereka masuk nasrani sahaja. Dan ramai yang masuk nasrani.
Terdapat sebuah masjid pula, terdapat patung berhala diletakkan di dalam masjid.
Maka jemaah dakwah tabligh ini cukup sedih, telah menangis lalu bermesyuarat maka kesemua ahli jemaah satu fikir bertekad tidak mahu pulang ke Yaman selagi Islam kembali tersebar semula di situ atau mereka mati sahaja di situ demi menyebarkan dakwah itu.
Setelah beberapa tempoh hari dan bulan jemaah berada di kawasan itu lalu membuat amal masjid seperti biasa, jaulah, ziarah, bacaan taklim, hadis, quran, mesyuarat (seperti amalan dilakukan oleh jemaah tabligh) dan sebagainya maka pertolongan Allah turun.
Iaitu lama-kelamaan penduduk di situ mula hatinya terbuka untuk kembali kepada Islam dan akhirnya kesemua masyarakatnya kembali masuk Islam semula.
Ketika amir jemaah itu bercerita, sesiapa yang mendengar pasti hatinya akan rasa sungguh terkesan kerana beliau sendiri merasai perkara itu, dan ia diluahkan daripada lubuk hatinya. Beliau menyambung dengan berkata, berkat adanya dakwah orang Islam akan menjadi kuat dan orang bukan Islam akan terbuka hati untuk memasuki Islam tetapi jika tiada dakwah dijalankan maka orang Islam akan keluar daripada agamanya.
Selepas itu Amir jemaah meminta semua yang hadir memasang niat untuk keluar berdakwah khuruj fisabilillah atas maksud agama 4 bulan, 40 hari, 3 hari dan bersama jemaah tempatan melakukan amal masjid. Maka sebahagian yang hadir berkata: "Insya-Allah! Insya-Allah!".

Minta diri
Kemudian, jemaah meminta diri untuk beredar dan bersalaman dengan ustaz dan orang-orang tempatan. Kami pun beredar meninggalkan rumah ustaz itu lalu menaiki kenderaan untuk kembali ke surau kami.
Amir jemaah dan Hj Shamsuddin menaiki kereta saya, lalu saya bertanya serba sedikit mengenai apa yang dikatakannya supaya tidak tersilap apa yang didengar.

12 comments:

Syamsulfaiz said...

Kisah menarik...dahsyat juga kesan taktik mubaligh nasrani di benua Afrika..

musa said...

Allahuakbar, sebab tu penting kita kena keluar ke negara jauh atau nusroh jemaah luar bagi mendapat cerita sebenar keadaan umat ini bagi kita mendapat jazbah agama. Jemaah Yaman nitak dapat saya nusroh sebab besok jumaat masturat dari Penanti akan datang rumah saya 3 hari, anta mailah nusroh

ibnsaad61@yahoo.com said...

Alhamdulillah,
Ketika habib Umar datang ke Seremban saya alhamdulillah telah dipilih sebagai "Penasihat Program Habib Umar dan Syeikh Nuruddin".Ketika pertemuan dengan rombongan beliau salah seorang menceritakan bahawa kepada saya bahawa Al- Marhum ayah Habib sememangnya rapat dengan dengan Al-Marhum Maulana Yusof d.b. ketika itu Al Marhum ayah Habib Umar berada di Banglowali Masjid (Markaz) dan pada waktu itu Al Marhum Maulana Yusof sedang mengarang kitabnya yang cukup terkenal "Hayatus Sahabah". Beliau cukup rapat dengan Al Marhum Maulana Yusof d.b.

khann da'ie said...

sangat menarik karguzari ni..alhamdulillah....jemaah yaman la asbab Islam di tanah melayu zaman melaka...

karkun said...

Ada sedikit kisah berkenaan dpd Habib Umar di http://hamzajennings.com/2007/03/06/mufti-muhammad-ibn-adams-trip-to-yemen/ . Pengalaman penuh yg menarik di yaman ada di http://www.daruliftaa.com/blessed_lands_of_yemon

Ziarah76 said...

Along a.k.a Taukey Unta Dubai,
1st time jugak aku dengar taktik macam tu.

Haji Musa,
Alhamdulillah mai nusrah, rupa-rupanya jemaah Penanti tu dari mahallah lama saya. Semua kenal, masya-Allah.

Ustaz Hambali,
Masya-Allah, satu lagi fakta tambahan. jazakumullah

Khann Daie,
Smoga saya dapat buat pengorbanan juga seperti mereka.

Karkun,
Jazakumullah khair. Saya tambah info itu dlm posting.

HAJI said...

Jazakallahu khayr. karguzari yang meningkatkan iman. Tuan dah balik for good? Tak gi Swiss lagi?

Ziarah76 said...

HAJI,
Saya rasa tuan haji tersalah orang. Saya belum pernah ke Swiss tapi berazam ke mana-mana shj negara termasuk Swiss atas maksud agama fi sabilillah pada masa depan. insya-Allah

Ummu Fatimah said...

Assalam bro,
n3 ni mcm tergantung je bro.. apa jadi dgn tuan rumah tu ye. adakah beliau berazam untuk kuar juga?

fuad ansari said...

alhamdulillah, dapat baca karkuzari yg menarik dan menaikkan jazbah utk amal agama.. jazakAllahu khoir..

inilah yg dikatakan, semakin byk korban, semakin byk faham, insyaAllah..

(",)

sniper muslim said...

boleh bagi komen kat blog ni

http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/kenali-jemaah-tabligh.html

KiLaT said...

lama menyepi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails