Memandu long distance agak meletihkan tapi semuanya berbaloi bila dapat bertemu dgn sanak saudara dan adik beradik. Rata2 yang ditemui sihat dan ada juga yang kurang sihat. Memang lah salah satu tujuan kami menziarahi orang yang kurang sihat di kalangan ahli keluarga sewaktu kesempatan ini.
Rakan seusaha.
Masjid di kampung didapati tidak seperti dulu2 dari segi jumlah jemaahnya. Kalau dulu, waktu maghrib isyak sekitar dua saf tetapi kini bertambah lebih kurang lima saf di ruang solat yang panjang dari kanan ke kiri. Kanak-kanak juga ada satu saf, kalau dulu takde. Waktu subuh, zuhur, asar juga meningkat jemaah daripada jumlah dulu-dulu.
Bila ditinjau, rupa-rupanya, masjid tu kini sudah hidup lima amal masjid berbanding dulu hanya hidup beberapa amal. Dan jumlah rakan seusaha juga bertambah. Beberapa rakan seusaha yang baru berpengalaman 40 hari, 3 hari, gigih mengambil bahagian dalam amal masjid. Berkat usaha jemaah masjid dan kesungguhan rakan seusaha di situ, Allah jadikan asbab hidayat.Terkesan juga bila bertemu dgn sorang rakan seusaha yang gigih dan istiqamah. Sejak dulu jazbahnya sentiasa maintain, tak berubah terus maju dalam korban. Dua tahun lepas, Allah pilih beliau khuruj ke negara kanggaru, Australia manakala tahun lepas ke Singapura utk korban di jalan Allah. Korbannya sungguh dicemburui.
Ujian
Berada di kampung untuk beberapa hari mengingatkan saya dengan seorang rakan seusaha yang saya kenali sewaktu dia masih student. Saya sebagai orang awam masa tu kagum dgn jazbahnya yang begitu bersungguh buat usaha hingga ditaskilnya ramai student utk keluar 3 hari atau sehari setengah. Kami sebagai org awam tumpang sekaki shj dgn serba sedikit ikram student. Selepas selesai belajar, dia berangkat ke IPB 4 bulan. Itu masa dulu, sekarang khabarnya sudah berbeza.Jadi baru-baru ni, lepas solat fardu, kami ke rumah rakan seusaha ni utk menemuinya. Alhamdulilah dpt berjumpa sebentar kerana sebenarnya dia hendak keluar rumah. Dia beritahu, dia kini menetap di daerah lain kerana kperluan dan hari itu dia balik kampung.
Dia memberitahu, keadaannya sibuk dan sedang diuji dengan beberapa hal.
"Markaz pun sudah bertahun-tahun tak jejak kaki," katanya sedih. Katanya, selepas balik IPB dulu, dia tinggal di kampung, khidmat keluarga dan melakukan beberapa pekerjaan tetapi kemudian berpindah kerana keperluannya dan sekarang keadaannya sedang diuji....
Marilah kita doakan agar bangkit semula dlm usaha. Dia mengakui mahu aktif semula tetapi tak tahu bila. Katanya: "Allah tak pilih." Sama sama kita doakan beliau.
Biasa lah, semua pun ada kalanya diuji, ada yang dapat bertahan dan ada juga yang tumbang. Tak kira lah sama ada rakan seusaha 3h, 40h, 4bulan, orang korban, fikirmen bahkan syura sekalipun. Itu yang membuatkan saya yg dhaif ni berasa seram. Semoga Allah kekalkan diri saya dan zuriat keturunan saya dalam usaha.
Anak-anak, bercuti
Kesempatan cuti sekolah yang ada, dimanfaatkan juga untuk riadah anak-anak. Dan sebab itu kami sanak saudara berkunjung ke Pantai Bagan Lalang dan menginap di Hotel Seri Malaysia. Alhamdulillah semuanya seronok dan semua berjalan lancar. Bagan Lalang kini semakin menjadi tumpuan kpd orang ramai, khususnya kpd mereka yang sudah rimas hendak ke Port Dickson yg sentiasa sesak dgn orang terutama waktu cuti. Jadi Bagan Lalang satu alternatif terbaik di samping suasana yang segar, pantai yg ok dan kemudahan yang baik tersedia. Selain aktiviti pantai pada waktu siang, pada waktu malam pula penuh orang makan ikan bakar. On the way balik ke Utara, singgah di salah satu tempat feveret utk pekena cendol di simpang makloom, memang best. dan jugak laksa n sup sebelah tu.
cendol power... |
kena try ler... |
kewtiaw sup, daging ricih.. |
laksa ada daun pudina, nanas potong..pernah cuba? |
Takziah
Baru-baru ini juga kita menerima berita salah seorang Syura Malaysia Tuan Guru Haji Salleh telah pulang ke rahmatullah. Sebelum itu, syura Msia Bai Khaled turut kembali menemui Allah s.w.t. Masih terngiang-ngiang beberapa mutiara kata-kata yang pernah telinga saya dengar dari mulut kedua-dua syura ini suatu ketika dahulu. Semoga Allah menerima pengorbanan mereka dan ruh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhadak wa solihin.
Maulid
Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada kita untuk mengamalkan sunah Nabi s.a.w dalam kehidupan. Di bawah adalah poster maulid yg dihadiri salah seorang Syura Msia kita yang baru, Maulana Abdul Hamid.
Add caption |
6 comments:
Assalamu'alaikum.
Macam-macam kisah suka duka kehidupan, pahit, manis, yang datang, yang pergi. Sebagai kenang-kenangan buat mematangkan diri.
Iklan: Tuan ada nombor Tuan Hj Musa Kuala Kedah? Sms saya nombornya boleh. Jazakallah.
Semoga Allah kekalkan kita bersama dalam usaha dan semua umat ini sampai hari kiamat
Ishak, semua yg berlaku tentu ada hikmahnya.
Hj musa, amin...
Salam tuan..
Maksud tuan Maulana Hamid telah dilantik sebagai syura Malaysia?
Arif, Sy dibertahu ada 4 syura baru dlantik. Maulana hamd salah sorang. Wallahu a'lam
salam,
silalah lawat blog saya dan juga blog:
http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/peringatan-sebelum-membaca-artikel_07.html
dr nasoha.wordpress
Post a Comment