Gambar hiasan shj |
Bila berbual dengan rakan Sri Lanka, mereka memberitahu sedikit sebanyak keadaan usaha agama di negara mereka. Tetapi suatu perkara lain yg menarik, katanya, ialah Sri Lanka terkenal dengan daun teh dan sukan kriket. Teh dari Sri Langka dikatakan dieksport ke merata dunia manakala kriket pula sukan popular di negara itu.
Satu hari, dua rakan seusaha dari Sri Langka itu diputuskan untuk khidmat taam. Maka mereka mengambil kesempatan untuk menyediakan menu Sri Langka kepada jemaah dan jemaah cukup teruja menanti juadah dihidangkan. Pada waktu makan tengah hari, ahli jemaah cukup berselera dan terpancar tanda-tanda kelazatan pada wajah dan gigi-gigi rakan-rakan jemaah sewaktu menjamu selera. Dikhabarkan ayam yang dimasak menggunakan santan hingga RM8 sekali masak!
Dia berkata, sejak dari tadi, orang taam asyik dok rasa teh dia sebab nak pastikan betul-betul sedap. Sebab teh itu sekarang umpama maruah bagi taam yang berasal dari Sri Langka. Kejap-kejap diorang rasa, lepas tu rasa lagi, rasa lagi, rasa lagi hingga terlewat nak dihidangkan!
Selepas digesa agar cepat kerana tidak lama lagi mahu ghast, maka teh tersebut dihidangkan, maka rasanya....waahhhh...memang sedappp, Allah taala bagi sedap!! Ditanya apa resepinya, antaranya dia menggunakan susu cair.
6 comments:
macam2 kan memori indah masa keluar..
pernah jugak masa keluar, makan makanan seperti nasik yang diperbuat dari kacang dal dan bukan dari beras.. ye lah kan, masa tu keluar dengan jemaah dari india.. makan 4-5 suap, dah terasa kenyang.. Allah bagi kenyang.. alhamdulillah.. (",)
salam sejahtera,
hehe,betul2 bermaruah teh mereka...tak kusangka...
maaf xtau nak komen apa yang memberi manfaat,cuma datang ziarah...
selamat berkenalan...:)
fuad,
Makan parpu! Itu tanda dah dpt hakikat makanan tak boleh bagi kenyang. Yang mengenyangkan Allah.
Nurun,
Welcome to Ziarah76...
tq...:)
teh tarik,bagi saya,time keuar je nmpak menarik,bila kt rumah,kembali kpd teh o...tapi sekarang ini saya lebih berhati2 kerana teh tarik..banyak bahaya ....harap2 karkun semua menjauhi teh tarik yg diperbuat dr susu pekat...mostly banyak karkun2 kene diabetes sebab penggunaan susu pekat yg melampau dlm teh tarik..
setuju yg akhi Fuad, susu pekat tu sebenarnya bukan susu tetapi daripada lemak kelapa sawit. Dari segi asbab dunia, ia tak berapa sihat utk badan, khususnya kolestrol etc.
Post a Comment