Monday, October 5, 2009

Reaksi terhadap Sisters In Islam, JAG, WAO

DI bawah adalah antara reaksi pelbagai pihak terhadap tindakan Sisters In Islam (SIS), JAG, WAO yang mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang syariah negeri-negeri. Reaksi diambil daripada akhbar.

Batal pendaftaran SIS, JAG, WAO
JOHOR BAHRU 4 Okt. - Kerajaan disaran membatalkan pendaftaran Sisters In Islam (SIS), Kumpulan Tindakan Bersama Jantina (JAG) dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) jika mereka terus mempertikaikan pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini. Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut (gambar) berkata, langkah tersebut perlu diambil bagi mengelakkan pelbagai implikasi negatif kepada rakyat dan negara jika NGO terbabit masih berdegil. (baca seterusnya di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1005&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm


Bapa Kartika minta SIS usah campur
IPOH 4 Okt. - Bapa model sambilan, Shukarnor Abdul Mutalib meminta Sisters In Islam (SIS) tidak mencampuri urusan berkaitan hukuman sebat yang dikenakan ke atas anaknya, Kartika Sari Dewi, 32.
Beliau yang mempersoalkan akidah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berkata, SIS tidak sepatutnya menggunakan isu anaknya untuk mendesak kerajaan Persekutuan memansuhkan undang-undang jenayah syariah.
''Saya dan Kartika sudah keliru kerana dulu saya anggap mereka ini NGO yang membela perempuan Islam tetapi akhir-akhir ini tindakan mereka sudah mengarut sehingga tiada sempadan.
''Apakah matlamat sebenar perjuangan SIS? Kalau mereka menentang hukum sebat ke atas Kartika hanya kerana mahu hapuskan undang-undang syariah, lebih baik jangan guna nama Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. (baca terus di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1005&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

Majlis Fatwa Kebangsaan diminta siasat JAG, SIS
KUALA LUMPUR 4 Okt. - Majlis Fatwa Kebangsaan diminta menyiasat Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Kesaksamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) dan jika bersalah mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai sesat.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin (gambar) berkata, kenyataan kedua-dua kumpulan tersebut mengenai hukuman sebat ke atas model sambilan Katika Sari Dewi Shukarnor baru-baru ini boleh dikategorikan sebagai mempertikaikan hukum syarak dan penghinaan terhadap Islam.
''Malahan kenyataan berkenaan juga boleh menjerumuskan seseorang itu menjadi murtad jika ia dibuat secara sengaja dan sedar. (baca terus di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1005&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

---sekian. Link code ada masalah, jadi buat sementara, nak baca terus boleh la copy paste link tu.

10 comments:

Dr. Bentara said...

bro... semua link tu tak idup aaaa

Ahliacikgukhairul said...

hmm.. depa ni guna je nama Islam dlm persatuan.. tp ahlinya sorang pun tak bertudung.. pelik tp benar.. so.. mmg patut la dibubarkan je..

Ziarah76 said...

Ben,
... ada masalah pulak, buat masa ni kena copy paste ke link tu. Kenapa link code gua tak menjadi nih.. ehh apa code yg nak buat 'baca di sini' tu?

kak nurul,
Kumpulan je dinamakan Islam, tapi orangnya tak mengamalkan ajaran Islam dlm aurat.
Lebih baik tak payah letak nama Islam kat situ... contohnya Sisters In Selam al-tenggelam.

Munir Kangsari said...

SHUT DOWN is the two words for SIS

cohong gym said...

Shah, SIS dah melampau sangat. Dalam BAR council pun ramai lawyer melayu yang join SIS.

Ada sorang lawyer ni bermatian menentang hukum sebat. siap bagi ayat quran lagi. dan ramai jugak yang menyokong hukum sebat. this lawyer bagi ayat quran yang diturunkan sebelum arak diharamkan. ada beberapa lawyer yang dah explain yang ayat tersebut turun sebelum arak diharamkan, tapi dia bermatian jugak kata arak tak haram kalau tak mabok.

heran aku, macam mana ada manusia yang macam ni. mak bapak dia tak bagi dia pelajaran agama atau sengaja dia butakan mata dan pekakkan telinga masa cikgu mengajar dulu?

Ziarah76 said...

munir,
'taubat nasoha' - words gave by Nooh Gadut to SIS

Cohong,
aku pun heran. manusia jenis ni tak pekak, tak buta tp buat2 pekak, buta sedangkan org yg betul2pekak, buta pun tahu arak tu haram diminum & tak pun menentang hukum sebat tu.

Munir Kangsari said...

That's my word lah.

shidah_melati said...

Pening bila pekir hal nie, tapi kita tak leh biarkan je macm tue. kena ambil tindakan. tapi kita nie sape, jd bg pihak b'kuasa perlu lah ambil ini serius.

Ziarah76 said...

shidah,
semua orang Islam boleh buat sesuatu utk mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran dengan kemampuan masing-masing.
Dengan tangan jika berkuasa, lidah jika mampu dan yg terakhir sekali ialah membenci dalam hati. itu lah selemah-lemah iman. pilih la mana satu nak bertindak, tapi MESTILAH mengikut undang-undang.

shidah_melati said...

:) yups... trima kasih. betul tue. klu tak mampu mengunakan kuasa, gunakan lidah, klu tak mampu lagi lidah pun sudah mencukupi. :) terima kasih atas ingtan awk. syukran.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails