Saturday, October 3, 2009

Kisah pejuang...

Ini kisah simpati terhadap seorang rakan yg dikenali lebih 8 tahun. Kami masuk kerja sekali bahkan dlm batch kami hanya kami berdua. Latar belakang agak berbeza, dulu belajar di universiti berbeza, bidang berbeza - tapi gaji sama, kerja pun tonggang terbalik sama, susah payah sama, byk yg sama, gelak ketawa pun sama.
Kehebatannya dlm kerja tak dapat disangkal lagi tapi entah kenapa saya lebih dahulu naik pangkat dan byk bekerja di negeri-negeri dan kadang2 ke luar negara.
Setelah lama membelanjakan masa dlm kerjayanya baru dia ditawarkan kenaikan pangkat tetapi dia menolak. Sebabnya, jika naik pangkat dia tak boleh aktif persatuan sekerja - berjuang membela nasib pekerja bawahan. Kepimpinannya boleh tahan, garangnya selalu menggigit, marahnya merah padam dan taringnya selalu berkilat.
Sebagai pressure group dalaman, dia mengatur pelbagai langkah contohnya menuntut kenaikan gaji, elaun, kebajikan dan sebagainya - tetapi ditolak majikan. (Saya bukan ahli persatuan kerana tak termasuk dlm golongan itu). Setelah berlarutan pelbagai kes dan ranjau yg panjang akhirnya sblm raya dia dibuang kerja dan kenyataan dia bukan lagi kakitangan disiarkan dlm akhbar selepas raya.
Dia yg pada waktu ni giat cari kerja lain, tiba-tiba terjejas reputasi dan imej hingga ada syarikat yg mentah2 tak mahu menimbangkan permohonan kerjanya.
Walaupun orangnya jenis tabah, tapi kini perasaan tertekan, berkecamuk, down, serabut mula datang, sbb waktu ni takde kerja, takde income untuk menyara keluarga iaitu sorang anak berusia 2 thn yg cute dan sorang isteri.
Semoga Allah mudahkan urusan dia.

5 comments:

Sofinee Harun said...

rezeki hak milik Allah. Allah uji dengan pelbagai cara, sabar dan jaga amal, maka dapatlah naik darjat..dan uji dalam susah lebih senang dari di uji dalam senang. Bila di uji dalam senang..senang jugak terlupa..bila keadaan macam ni lah senang jugak nak bawa org balik kepada Allah dan keluar ke jalan Allah, sebab tu ja yg kita ada waktu ni..bila susah..senang nak ingat Allah dari senang..

Ladyship Atie said...

inshaAllah jika dia di pihak yg benar, ujian Allah tu akan datangkan kemanisan di satu masa yg Allah tentukan.

azharjaafar said...

Alangkah baiknya kalau kawan kau tu buat usaha agama.. dia akan jadi mirip Hadrat Umar r.a.

Tashkil la dia buat kerja agama.

Ziarah76 said...

ummi,
memang dia calon utk dikeluarkan ke jalan Allah... dah lama dah target... blum berjaya lagi nampaknya.

Ladyship,
semoga Allah tak uji kita dgn sesuatu yg kita tak mampu

azhar,
dia tengah cari kerja, mmg nak diberi kerja agama... doa lah. time ni yg payah sikit dia kat KL, aku kat sini... so tengah carik sapa yg sesuai utk ikram dia kat sana

Ahliacikgukhairul said...

mudahan ni dugaan Allah utk dia sekorga utk join usaha agama.. pesan la kawan tu.. amal Al-Waqiah hari2.. InsyaAllah.. kita makhluk ni bantu maner terdaya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails