Thursday, March 25, 2010

Fb disekat

Sejak beberapa hari lalu, penggunaan Facebook (Fb) di pejabat, disekat.
Alasannya, ia didakwa telah mengganggu produktiviti pekerja.
Contohnya, semakin banyak kes pekerja yang tersenyum-senyum, tersengih-sengih seorang diri depan monitor sedangkan kerja hakiki masih tak siap atau lambat siap, slow.
Ramai juga yang bila masuk pejabat, Fb benda pertama dibuka, diuruskan dan bukannya kerja hakiki yang sepatutnya lebih menjadi keutamaan.
Selain masa terbuang ke perbuatan yang tak sepatutnya digajikan, Fb juga membabitkan peningkatan kos syarikat apabila kemudahan ICT digunakan pada sesuatu yang tak perlu.
Pekerja juga dikatakan semakin kurang fokus terhadap kerja sebaliknya menjadi manusia yang seolah-olah asyik menggunakan fikirannya untuk sesuatu berkaitan Fb. Perasaan umpama tak tenteram selagi tak menyemak status, komen atau apa-apa yang ada dalam Fb dan sebagainya.
Selain itu, permainan-permainan menternak haiwan, berladang, peniaga restoran, mafia dan sebagainya yang menjadi 'kegilaan' dalam Fb turut menjejaskan masa pekerja dan kadang kala mereka seolah-olah terikat dengan sesuatu yang tidak diketahui sebabnya.
Tanggapan bahawa masalah itu boleh dielak bila pekerja bijak menggunakan masa dikatakan meleset kerana didakwa setakat ini rata-rata manusia tak dapat mengawal diri terhadap tarikan keseronokan maya.
Itu adalah sebahagian dakwaan hingga membawa kepada Fb disekat di pejabat oleh unit IT.


Benar atau tidak? Terserah kepada anda. Yang pasti tentu ada pro and con.


Langkah itu tentulah menimbulkan situasi yang sudah dijangka iaitu rasa kurang senang kerana ia tak dapat diterima di kalangan kebanyakan pekerja, lebih-lebih kepada 'hantu Fb' yang menerima hakikat itu sebagai sesuatu cukup menyayat hati, sadis lagi trajis.
Ada juga yang menggunakan kepakaran IT tanpa tauliah untuk menggodam apa-apa yang patut supaya yang disekat dapat dibuka semula secara haram untuk ber Fb.

Syukur alhamdulillah, disebabkan tak berapa aktif ber Fb (setakat ini) nampaknya sekatan itu 'tak memberi apa-apa kesan' bahkan dapat saya terima dgn baik dan hati terbuka. Dan sebab itu jarang juga membuka Fb di pejabat sejak ada Fb dulu. Begitupun, bukan bermakna saya bersikap negatif terhadap Fb, bukan begitu. Sikap positif terhadap teknologi memang menebal.

*Bacaan tambahan: Hukum Facebook

9 comments:

Ahmad Al-Hadi said...

Kalau dah jenis men"slack" tu....kalu takde fb pun dia buat benda lain....

hainur hapis said...

Insya Allah bang

kedepan kan Agama Allah
Allah akan tunaikan kehendak kita Insya Allah

tp kalau kedepan kan kehendak kita
kemudian kan kehendak Allah

maka Allah akan letihkan kita dgn kehendak kita


mdh2an dpt tingkatkan iman dan sampaikan Insya Allah


Assalamualaikum



www.hainur.com

Aishah Nur Hakim said...

err..penangan betul fesbuk..saya layan jugak..tapi kadang2 tak suka itu fesbuk

;)

musa said...

Saya kekadang melayan FB bekas anak murid, masa saya selepas pulang sekolah, tapi mereka masih masa pejabat, saya x tahulah adakah time tu mereka rehat kali kedua atau ketiga

azharjaafar said...

Kan aku dah kata.. 'pestbook'.. aku pun terkesan gak..

Ahliacikgukhairul said...

tp betul gak.. biler ramai yg bukak fesbook tu.. internet jd slow n ganggu kerja2 hakiki kawan lain..

Husaini said...

erm..mmg facebook nih kuat pengaruh dier..sampai PM kiter ada fesbuk kot..ish3..golongan profesional pon dah ramai yg ada..cikgu,jurutera n sbg..kalo gune ke arah kebaikan mmg bagus..tp kalo dah sampai buang masa tuh, mmg x bagus ler..lebey2 untuk student...

NADRI aka AYAH AIMAN said...

pejabat tempat cari rezeki..majikan bayar gaji kita utk buat kerja bukan utk berFB (contohnya)...

jadi, kalau nak berFB, tunggulah habis office hour..blh layan FB sampai koma. xde sapa nak marah...

Ziarah76 said...

minta maap lambat balas komen, saya baru balik 3 hari

AAH,
pasal tu ada byk jenis ujian bole terjadi...

Hainur,
tengah letih ni

Aisyah,
saya kadang kala je buka fb jadi belum kena penangan lagi

Haji Musa,
Comfirm depa dok layan dari sign in hingga log out la tu...

azhar,
eden pun terkosan

ahliahCK,
tu gangguan makhluk halus, namanya makhluk FB secara sedar tak sedar

husaini,
senyum itu sedekah tapi kalau senyum sorang2 depan skrin monitor sedekah kat sapa? tu boleh kategori buang masa tak?

Nadri,
kalau koma, doktor & nurse marah sbb susahkan diorang nak jaga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails