Wednesday, March 17, 2010

Fahami isu, jangan menuduh

Berikut adalah perbualan dua budak laki belum bersunat bernama A dan B.
A: Nama awak sapa?
B: Saya nak pegi kedai.

Ulasan cerita.
Perbualan di atas menunjukkan soalan tiada kena mengena dengan jawapan. Itu perkara yang mudah faham iaitu tiada kaitan.
Sekarang isunya, masyarakat khususnya pihak media harus lah memahami betul-betul bahawa masalah 'Sudin Ajaib' kahwin budak perempuan 11 tahun adalah tiada kena mengena dengan tabligh sebagaimana soalan A tiada kena mengena dengan jawapan B.
Bak kata pepatah 'Jauh panggang dari api'.
Kalau ini tidak dapat juga difahami maka besar kemungkinan isu ini sukar diselesaikan.
Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan Undang-undang Syariah) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Mohd. Ab. Aziz Mohd. Noor juga telah berkata bahawa masalah itu adalah sikap individu itu sendiri. Baca di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm

Begitu juga Ketua Pengarah Jabatan Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz juga menyatakan dengan tepat bahawa ini adalah masalah individu yang tiada kaitan dengan Tabligh.
Selain itu, Mudir Madrasah Darul Quran, Wakaf Baru, Ustaz Zaidi Che Hasaan pun sudah jelaskan bahawa kes ini tiada kena mengena dengan Tabligh seperti dalam kenyataannya di sini
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0313&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm&arc=hive

Selama terlibat dalam usaha dakwah tabligh atau usaha atas iman dan amal ini, saya tidak pernah mendengar apa sahaja perbuatan menggalakkan atau menjurus ke arah berkahwin dengan budak bawah umur. Tak pernah sama sekali.
Usaha dakwah yang murni ini sentiasa mengajak kepada kebaikan, mematuhi undang-undang.
Disebabkan jalan penyelesaian bukan untuk menjadikan ia semakin bercelaru, maka saya mencadangkan:
1) Semua pihak terutama media tidak mengaitkan masalah ini dengan tabligh termasuk tidak menulis perkataan tabligh pun dalam sebarang story, artikel berkaitan dengan kes ini. Sudin itu tulis la sebagai pekerjaannya seperti peniaga ke atau apa-apa kerja nye.
2) Semua pihak perlu fokus kepada kes ini dan bukan meleret-leret kepada isu lain seperti memburuk-burukkan jemaah atau sebagainya.
3) Yang bersalah perlu ke muka pengadilan mengikut enekmen syariah kerajaan negeri maknanya 'Sudin Ajaib' perlu dihadapkan ke mahkamah. Atau jika tidak, keluarga yang terbabit sendiri memaafkan dan proses di luar mahkamah sahaja.
4) Semua pihak tidak perlu membesar-besarkan isu ini hingga memburukkan Islam pada persepsi bukan Islam. Apatah lagi ini membabitkan hal rumah tangga, keluarga orang yang perlu ditutup aibnya.

Orang politik biasanya lebih memahami apa yang berkait dan apa yang tidak. Misalnya, jika seorang ahli UMNO/BN keluar parti dan tak terlibat lagi dengan UMNO lalu dituduh melakukan kesalahan seperti liwat atau apa2 sahaja, adakah boleh UMNO dipersalahkan? Sudah tentu tidak!
Begitu juga orang Pas/PKR jika ada bekas ahlinya melakukan kesalahan peribadi, sudah tentu bukan salah Pas/PKR.
Anggota polis juga, tidak wajar dituduh rasuah hanya kerana ada seorang, dua yang mungkin didakwa berlaku demikian.
Sedangkan polis begitu berjasa kepada masyarakat dan amat berintegriti.
Sebuah kedai, kadang kala ada satu dua barang yang sudah rosak, bermasalah atau expired tarikh luputnya, tetapi itu bukan bermakna kedai itu bermasalah hingga perlu ditutup.
Sebuah sekolah yang berprestij tinggi pun kadang kala ada juga muridnya yang tak menjadi, bermasalah dan sebagainya.
Di universiti Islam pun, isolated case, terdapat pelajar yang melakukan kesalahan syariah atau pensyarah berfahaman wanita imam Jumaat.
Tetapi bukan salah universiti itu, tetapi salah individu itu.
Kalau ada orang Islam yang melakukan jenayah, bukan salah agama itu tidak mendidik penganutnya menjadi baik, tetapi masalah individu itu yang tidak mahu mengamalkan agama Islam dengan betul-betul. Ini masalah individu, bukan Islam itu.
Syaitan akan menipu orang yang hendak masuk Islam dengan mengatakan, buat apa masuk Islam, sedangkan penganutnya sendiri masih ada yang jahat, rasuah, bermasalah dan sebagainya.
Adakah kita termakan pujukan dan bisikan syaitan dalam menyelesaikan kes 'Sudin Ajaib' ini?
Sepatutnya semua pihak perlu fokus kepada isu sahaja dengan cermat dan bukan dikembangkan kepada perkara yang meleret dan tiada kaitan.
Pihak media perlu faham perkara ini untuk membantu mengatasi masalah kerana jika tidak, apa yang digambarkan dalam story tidak mencerminkan realiti sebenar. Story jauh dari hakiki.
Ia sudah tentu memburukkan lagi jumlah jualan akhbar Melayu yang kini semakin menjunam, bertambah merundum teruk ke bawah!
Apatah lagi ini perlu berhati2, dijaga oleh media kerana ditakuti, dikhuatiri boleh menyebabkan backfire kepada kerajaan (diharap tidak) memandangkan PM dan TPM sendiri menghadiri ijtimak tabligh di Nilai.
Bahkan bukan PM, TPM sahaja tetapi juga Yang Dipertuan Negeri Sembilan, MB Negeri Sembilan, Menteri Pertahanan dan VIP lain.
Sebab, tabligh tiada apa-apa masalah dan sudah tentu semua VIP atau sesiapa pun tiada masalah langsung untuk hadir ijtimak.

Apapun, kita mendoakan semoga Allah memberikan taufik dan hidayat memudahkan semua pihak terutama pihak polis yang sedang menyiasat kes ini. Semoga diberkati hidup kita semua.
Seperkara lagi, jika sesiapa yang berasa was-was mengenai tabligh, saya mencadangkan supaya saudara melakukan siasatan secara turun padang, first hand source dengan cara keluar bersama jemaah dalam tempoh 40 hari, 4 bulan dan sebagainya untuk mengetahui dengan lebih dekat.
Sekian, terima kasih.

5 comments:

musa said...

Assalamualaikum, apabila saya baca hujjah tuan memenglah ada kebenarannya, tetapi bukanlah semua orang yang akan menerima, yg pentingnya kita kena ingat pesanan ulamak, jika sesuatu musibah datang cepat2 kita ingat pada allah dan tawajjuh padanya mohon ampun dan taubat padanya, sebabtu lah ulamak menyuruh kita bertaubat dengn membaca "Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimiiin" sebanyak 300 kali setiap hari, mudah-mudahan saya dapat amal.

Munir Kangsari said...

thanks Abg for the link of excerpt, but, like it or not this thing has smear good names of Jamaat. Reporter should check their source first, Berita Harian used Tabgligh word in fact to extent of claiming that this man is Ketua Jemaah Tabligh, which in true HE-IS-NOT. To Allah i direct my complaint.

zarch said...

Jazakallah z76,begitulah kehidupan ini,ujian akan sentiasa datang dari masa ke semasa.Hari ini kita selesa dengan amal kita tapi lupa dunia ini bukan syurga.Kat India dulu lagi teruk dugaannya iaitu ditekan dari pihak bukan Muslim mahupun pihak muslim yang menentang usaha ini.

Yang penting,kita doakan kita dapat istiqamah.Usaha ini hak, samada kita dapat lakukan usaha ini dengan sepenuh masa atau tidak,yang penting sentiasa `touch` dengan usaha ini. Setiap insan melakukan kesilapan dan Allah maha pengampun.

Hidayatullah said...

kerna nila setitik.. rosak susu sebelanga

Ziarah76 said...

Tn Haji Musa,
Kalau pun tak semua dpt terima hujah, harap2 ramai yg boleh terima.
Mudah-mudahan saya dapat amal juga.

Munir,
the press ethically must do damage control

Zarzh,
Semoga kita tak diuji dgn ujian2 berat dan dijauhkan dgn dijauhkan dari bahaya, musibah.

Yard,
susu jgn letak dlm belangga, letak dlm peti sejuk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails