Monday, March 29, 2010

3 hari

Al kisah, satu ketika ada seorang mamat bermuka serius, gempal dan kulit sawa matang yang tiada sebarang rasa kelakar pun kalau dilihat raut wajahnya, tapi masalahnya dia bercita-cita hendak jadi pelawak terkenal.
Jadi, dia masuk uji bakat raja lawak dua tahun berturut-turut. Tapi malangnya gagal, tak lepas untuk pusingan seterusnya.
Atas masalah peribadi, hidupnya terumbang ambing beberapa ketika akibat beberapa masalah yang kronik dlm hidupnya, sehingga satu hari, dia tak tahu nak pergi mana waktu malam, letih, kemudian pergi ke sebuah masjid untuk berehat tapi tertidur.
Sebagaimana yang telah diatur oleh Allah, di masjid itu ada jemaah sedang keluar 3 hari.
Maka, selepas dia bangun dari rehatnya, jemaah beramah mesra dengannya, menikmati juadah bersama dan mendengar keluhan dan masalah yang dihadapi.
Dia menceritakan satu persatu tanpa segan silu sebab dah tak tahu di mana hendak mengadu.
Dia kemudian meluangkan masa 3 hari bersama jemaah dan selepas tamat 3 hari itu, dia mengikut ke markas pula.
Hari ini dia ada azam kuat untuk keluar 40 hari pada Mei ini. Tuan-tuan doa lah untuk dia. Semoga Allah mudahkan, aminn...

Thursday, March 25, 2010

Fb disekat

Sejak beberapa hari lalu, penggunaan Facebook (Fb) di pejabat, disekat.
Alasannya, ia didakwa telah mengganggu produktiviti pekerja.
Contohnya, semakin banyak kes pekerja yang tersenyum-senyum, tersengih-sengih seorang diri depan monitor sedangkan kerja hakiki masih tak siap atau lambat siap, slow.
Ramai juga yang bila masuk pejabat, Fb benda pertama dibuka, diuruskan dan bukannya kerja hakiki yang sepatutnya lebih menjadi keutamaan.
Selain masa terbuang ke perbuatan yang tak sepatutnya digajikan, Fb juga membabitkan peningkatan kos syarikat apabila kemudahan ICT digunakan pada sesuatu yang tak perlu.
Pekerja juga dikatakan semakin kurang fokus terhadap kerja sebaliknya menjadi manusia yang seolah-olah asyik menggunakan fikirannya untuk sesuatu berkaitan Fb. Perasaan umpama tak tenteram selagi tak menyemak status, komen atau apa-apa yang ada dalam Fb dan sebagainya.
Selain itu, permainan-permainan menternak haiwan, berladang, peniaga restoran, mafia dan sebagainya yang menjadi 'kegilaan' dalam Fb turut menjejaskan masa pekerja dan kadang kala mereka seolah-olah terikat dengan sesuatu yang tidak diketahui sebabnya.
Tanggapan bahawa masalah itu boleh dielak bila pekerja bijak menggunakan masa dikatakan meleset kerana didakwa setakat ini rata-rata manusia tak dapat mengawal diri terhadap tarikan keseronokan maya.
Itu adalah sebahagian dakwaan hingga membawa kepada Fb disekat di pejabat oleh unit IT.


Benar atau tidak? Terserah kepada anda. Yang pasti tentu ada pro and con.


Langkah itu tentulah menimbulkan situasi yang sudah dijangka iaitu rasa kurang senang kerana ia tak dapat diterima di kalangan kebanyakan pekerja, lebih-lebih kepada 'hantu Fb' yang menerima hakikat itu sebagai sesuatu cukup menyayat hati, sadis lagi trajis.
Ada juga yang menggunakan kepakaran IT tanpa tauliah untuk menggodam apa-apa yang patut supaya yang disekat dapat dibuka semula secara haram untuk ber Fb.

Syukur alhamdulillah, disebabkan tak berapa aktif ber Fb (setakat ini) nampaknya sekatan itu 'tak memberi apa-apa kesan' bahkan dapat saya terima dgn baik dan hati terbuka. Dan sebab itu jarang juga membuka Fb di pejabat sejak ada Fb dulu. Begitupun, bukan bermakna saya bersikap negatif terhadap Fb, bukan begitu. Sikap positif terhadap teknologi memang menebal.

*Bacaan tambahan: Hukum Facebook

Tuesday, March 23, 2010

Rasulullah SAW di mata sahabat


Biasa yang dibuat oleh mereka yang tiada idea atau tak sempat untuk buat posting baru ialah copy paste artikel mana-mana yang patut.
Z76 pun nampaknya tak terkecuali akibat hambatan masa dan sebagainya, kununnya.
Lagi pula, kalau di hapdate kan maka nampaklah blog ni seolah-olah idup bergerak maka dengan itu, iklan-iklan di sebelah tu boleh lah macam bernafas di jenguk pelawat... hehe.

---------------------------------------------------------------------------------
Kat bawah ni copypaste.


Rasulullah SAW di mata sahabat
PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

PADA minggu sebelum ini, kami membicarakan serba ringkas mengenai tuntutan memuliakan Rasulullah SAW dan perbezaan di antara maksud menyembah dan membesarkan Rasulullah SAW.
Menyambung tajuk tersebut, pada kali ini kami tidak berhasrat untuk mengemukakan dalil-dalil selanjutnya. Melihat kepada ruangan yang agak terhad kami ingin mengajak pembaca melihat bagaimana kuat dan tingginya kecenderungan para sahabat memuliakan dan mengagungkan Rasulullah SAW.
Ini adalah jalan yang paling mudah untuk kita melihat dan mengetahui cara yang sepatutnya kita menyanjung Rasulullah SAW dan bagaimana seharusnya kita meletakkan pandangan dan ikatan hati kita terhadap Baginda SAW.

Monday, March 22, 2010

Cuti di Desaru Lotus...

Cuti sekolah minggu lepas kami ke Desaru lagi tapi kali ni ke Desaru Lotus. Ini bahagian pantai desaru yang lain daripada yang sebelum ini kami datang, tapi sama jugak lah laut China Selatan tu.


Pantai indah dan angin menderu sambil tengok ombak kuat. Tak tahan tengok.... mari mandi..



Kalau nak bersantai tepi pantai sambil duduk-duduk pun best jugak...


Pantai cam biasa...


Yang bestnya, kali ni selain pantai, ada jugak water park maka bebudak dok pi pagi petang...

Water park ada beberapa bahagian... ini bahagian budak bawah umur..



Sumaiyah sejuk, penat, letaih atau takut?


Melompat di bilik hotel...



Blaja berenang....


Tapi hari ni dah kena sekolah..


Farhah pun kena sekolah..

Wednesday, March 17, 2010

Fahami isu, jangan menuduh

Berikut adalah perbualan dua budak laki belum bersunat bernama A dan B.
A: Nama awak sapa?
B: Saya nak pegi kedai.

Ulasan cerita.
Perbualan di atas menunjukkan soalan tiada kena mengena dengan jawapan. Itu perkara yang mudah faham iaitu tiada kaitan.
Sekarang isunya, masyarakat khususnya pihak media harus lah memahami betul-betul bahawa masalah 'Sudin Ajaib' kahwin budak perempuan 11 tahun adalah tiada kena mengena dengan tabligh sebagaimana soalan A tiada kena mengena dengan jawapan B.
Bak kata pepatah 'Jauh panggang dari api'.
Kalau ini tidak dapat juga difahami maka besar kemungkinan isu ini sukar diselesaikan.
Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan Undang-undang Syariah) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Mohd. Ab. Aziz Mohd. Noor juga telah berkata bahawa masalah itu adalah sikap individu itu sendiri. Baca di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm

Begitu juga Ketua Pengarah Jabatan Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz juga menyatakan dengan tepat bahawa ini adalah masalah individu yang tiada kaitan dengan Tabligh.
Selain itu, Mudir Madrasah Darul Quran, Wakaf Baru, Ustaz Zaidi Che Hasaan pun sudah jelaskan bahawa kes ini tiada kena mengena dengan Tabligh seperti dalam kenyataannya di sini
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0313&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm&arc=hive

Selama terlibat dalam usaha dakwah tabligh atau usaha atas iman dan amal ini, saya tidak pernah mendengar apa sahaja perbuatan menggalakkan atau menjurus ke arah berkahwin dengan budak bawah umur. Tak pernah sama sekali.
Usaha dakwah yang murni ini sentiasa mengajak kepada kebaikan, mematuhi undang-undang.
Disebabkan jalan penyelesaian bukan untuk menjadikan ia semakin bercelaru, maka saya mencadangkan:
1) Semua pihak terutama media tidak mengaitkan masalah ini dengan tabligh termasuk tidak menulis perkataan tabligh pun dalam sebarang story, artikel berkaitan dengan kes ini. Sudin itu tulis la sebagai pekerjaannya seperti peniaga ke atau apa-apa kerja nye.
2) Semua pihak perlu fokus kepada kes ini dan bukan meleret-leret kepada isu lain seperti memburuk-burukkan jemaah atau sebagainya.
3) Yang bersalah perlu ke muka pengadilan mengikut enekmen syariah kerajaan negeri maknanya 'Sudin Ajaib' perlu dihadapkan ke mahkamah. Atau jika tidak, keluarga yang terbabit sendiri memaafkan dan proses di luar mahkamah sahaja.
4) Semua pihak tidak perlu membesar-besarkan isu ini hingga memburukkan Islam pada persepsi bukan Islam. Apatah lagi ini membabitkan hal rumah tangga, keluarga orang yang perlu ditutup aibnya.

Orang politik biasanya lebih memahami apa yang berkait dan apa yang tidak. Misalnya, jika seorang ahli UMNO/BN keluar parti dan tak terlibat lagi dengan UMNO lalu dituduh melakukan kesalahan seperti liwat atau apa2 sahaja, adakah boleh UMNO dipersalahkan? Sudah tentu tidak!
Begitu juga orang Pas/PKR jika ada bekas ahlinya melakukan kesalahan peribadi, sudah tentu bukan salah Pas/PKR.
Anggota polis juga, tidak wajar dituduh rasuah hanya kerana ada seorang, dua yang mungkin didakwa berlaku demikian.
Sedangkan polis begitu berjasa kepada masyarakat dan amat berintegriti.
Sebuah kedai, kadang kala ada satu dua barang yang sudah rosak, bermasalah atau expired tarikh luputnya, tetapi itu bukan bermakna kedai itu bermasalah hingga perlu ditutup.
Sebuah sekolah yang berprestij tinggi pun kadang kala ada juga muridnya yang tak menjadi, bermasalah dan sebagainya.
Di universiti Islam pun, isolated case, terdapat pelajar yang melakukan kesalahan syariah atau pensyarah berfahaman wanita imam Jumaat.
Tetapi bukan salah universiti itu, tetapi salah individu itu.
Kalau ada orang Islam yang melakukan jenayah, bukan salah agama itu tidak mendidik penganutnya menjadi baik, tetapi masalah individu itu yang tidak mahu mengamalkan agama Islam dengan betul-betul. Ini masalah individu, bukan Islam itu.
Syaitan akan menipu orang yang hendak masuk Islam dengan mengatakan, buat apa masuk Islam, sedangkan penganutnya sendiri masih ada yang jahat, rasuah, bermasalah dan sebagainya.
Adakah kita termakan pujukan dan bisikan syaitan dalam menyelesaikan kes 'Sudin Ajaib' ini?
Sepatutnya semua pihak perlu fokus kepada isu sahaja dengan cermat dan bukan dikembangkan kepada perkara yang meleret dan tiada kaitan.
Pihak media perlu faham perkara ini untuk membantu mengatasi masalah kerana jika tidak, apa yang digambarkan dalam story tidak mencerminkan realiti sebenar. Story jauh dari hakiki.
Ia sudah tentu memburukkan lagi jumlah jualan akhbar Melayu yang kini semakin menjunam, bertambah merundum teruk ke bawah!
Apatah lagi ini perlu berhati2, dijaga oleh media kerana ditakuti, dikhuatiri boleh menyebabkan backfire kepada kerajaan (diharap tidak) memandangkan PM dan TPM sendiri menghadiri ijtimak tabligh di Nilai.
Bahkan bukan PM, TPM sahaja tetapi juga Yang Dipertuan Negeri Sembilan, MB Negeri Sembilan, Menteri Pertahanan dan VIP lain.
Sebab, tabligh tiada apa-apa masalah dan sudah tentu semua VIP atau sesiapa pun tiada masalah langsung untuk hadir ijtimak.

Apapun, kita mendoakan semoga Allah memberikan taufik dan hidayat memudahkan semua pihak terutama pihak polis yang sedang menyiasat kes ini. Semoga diberkati hidup kita semua.
Seperkara lagi, jika sesiapa yang berasa was-was mengenai tabligh, saya mencadangkan supaya saudara melakukan siasatan secara turun padang, first hand source dengan cara keluar bersama jemaah dalam tempoh 40 hari, 4 bulan dan sebagainya untuk mengetahui dengan lebih dekat.
Sekian, terima kasih.

Monday, March 15, 2010

Camcorder Panasonic SDR-S26 untuk dijual

Camcorder Panasonic SDR-S26, Canggih ni...

MARI-MARI tawaran hebat!... Untuk anda yang mencari sebuah camera dan perakam video sekaligus, maka di sini ada tawaran hebat menjual sebuah PANASONIC Camcorder SDR-S26 yang baru dengan harga tawaran menarik!

Selain ringan, sebesar lebih kurang tapak tangan saja dan mudah dikendalikan serta dibawa ke mana-mana dengan pelbagai function, ciri-ciri ringkas Camcorder Panasonic SDR-S26 ialah:

* SD Memory Card Camcorder with Optical 70x Ultra Zoom Lens and Advanced O.I.S. System
* 70x optical zoom with Advanced O.I.S. (Optical Image Stabilizer)
* iA (Intelligent Auto) function
* Easy YouTube uploading
* 0.8 sec. Quick Start
* Easy video copying to DVD

Boleh check detail di Laman web Panasonic atau ulasan pakar di sini mengenai Camcorder SDR-S26

HARGA ISTIMEWA: RM1,199 seunit. (Negotiable). Selain alat kelengkapan lain seperti kabel USB, AV, bateri dan sebagainya, pembeli bertuah juga diberikan casing menarik seperti gambar di bawah.
HARGA PASARAN: RM1,299 seunit.

Casing yang diisi camcorder.




Bergaya dan mudah dibawa ke mana-mana


Kalau berminat sila tinggalkan nama dan contact nombor di ruangan komen atau chatbox di sebelah untuk urusan selanjutnya. Terima kasih.

Sunday, March 14, 2010

Nila setitik


Bak kata pepatah, "Akibat nila setitik rosak susu sebelangga."
Tapi apa yang rosak? Insya-Allah, tiada apa-apa yang rosak.
Beribu-ribu kapal terbang mendarat dengan selamat, tiada siapa mengendahkan kerana ia bukan berita besar tapi jika satu sahaja kapal buat slack terhempas, hatta mendarat cemas sekali pun, akan menjadi tajuk utama akhbar.
Alangkah kasihan dan sungguh malang si lalat, walaupun di sebuah taman terdapat beribu-ribu bunga-bunga harum beraneka bau, berwarna warni namun bau busuk yang tidak ada kena mengena juga dicarinya.
Semoga Allah sebarkan hidayah seluruh alam dan jauhkan kita daripada fitnah serta huru hara.

(Apa yang posting ni maksudkan? Fikir sendri la..)

Friday, March 12, 2010

Amalkan kebaikan atasi jenayah

Baru tadi sembang dgn member di Jepun. Katanya di sana dia rasa lebih selamat berbanding Msia yg hari2 kes jenayah semakin meningkat.
Dia tak menyatakan peningkatan kes bunuh diri di Jepun yg semakin meningkat, saya pun tak tanya.
Begitupun, apa yg dinyatakannya sedikit sebanyak ada kebenaran.
Sebenarnya statement bahawa tinggal di negara luar rasa lebih selamat/baik bukan sesuatu yg baru didengar.
Tak perlu pergi jauh, kalau rakyat Msia berada di Singapura pasti dia rasa sedikit kelainan berbanding selepas dia menyeberang selat tebrau melalui tambak Johor.
Tapi pada masa yg sama, pemandu warga Singapura tiba-tiba bertukar wajah memandu dgn brutal sebaik sahaja tiba di Johor Bahru, bukan lagi rahsia.
Kalau tak silap, negeri yang mencatat jenayah tertinggi ialah Selangor/Wilayah persekutuan, penang dan Johor. 

Wednesday, March 10, 2010

Mari suburkan cinta


1umat

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang hendak rasai kenikmatan iman maka hendaklah dia mencintai orang Islam yang lain, semata-mata kerana Allah. (HR Musnad Ahmad, Bazzar).

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa Rasululah SAW beersabda: Sesungguhnya di antara tanda-tanda iman ialah seorang yang mencintai orang lain semata-mata kerana Allah, walaupun orang itu tidak memberinya manfaat harta. Mencintai seseorang semata-mata kerana Allah adalah iman (yang sempurna). (HR Tabrani).

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara dua orang yang mencintai satu dengan yang lain kerana Allah, orang yang mencintai saudaranya lebih adalah lebih baik. (HR Mustradak Hakim).

Dari Nukman bin Basyir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan seorang Islam dalam saling memberi kebaikan, kasih mengasihi dan bersimpati di antara satu sama lain adalah seperti satu jasad, jikalau salah satu dari anggota disakiti, seluruh jasad akan merasai sakit, tidak dapat tidur dan demam. (HR Muslim).

Dari Ibnu Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Salam yang sempurna adalah melakukan musafaha (berjabat tangan di antara keduanya). (HR Tirmizi).

Dari Bara' r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a. bersabda: Tidak lah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosanya kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah. (HR Abu Daud).


--->Mari suburkan kasih sayang sesama umat. Insya-Allah.

Monday, March 8, 2010

Bagaimana elak kecewa

Agaknya tiada siapa hendak berasa kecewa. Kecewa adalah suatu perasaan yang pahit hendak ditelan, barang kali. Begitupun, kehidupan harian kita tidak sunyi dengan pelbagai perasaan. 
Baginda Nabi Muhammad SAW ada memberitahu bagaimana kita boleh elakkan daripada berasa kecewa dengan perantaraan amal. Antaranya:

Dari Kaab bin Ujrah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Setiap kali selesai sembahyang sesiapa yang membaca kalimat ini tidak akan pernah kecewa. Kalimat itu ialah 'Subhanallah' 33 kali, 'Alhamdulillah' 33 kali dan 'Allahuakbar' 34 kali. (Riwayat Muslim).

Semoga kita dapat amal dan sampaikan, insya-Allah.

Sunday, March 7, 2010

Buku Biografi Imam al-Bukhari

Biografi Imam al-Bukhari adalah buku sulung keluaran Institut Kajian Hadis Selangor (Inhad). Ia dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah al-Haj ibni alMarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena sambutan Maal Hijrah tahun 1432H bersamaan 18 Disember 2009.
Sultan Selangor telah mengilhamkan penghasilan buku ini atas titah baginda kepada KUIS setelah baginda pulang daripada lawatan mencemar duli ke Uzbekistan dua tahun lalu. Sementelahan baginda gagal menemukan satu buku biografi lengkap mengenai Imam al-Bukhari dalam Bahasa Melayu. 
Buku biografi ini adalah persembahan sintesis kajian keperpustakaan terhadap himpunan data yang terdapat mengenai Imam al-Bukhari. Ia bersumberkan gabungan legasi ilmiah Islam berbahasa Arab klasik imam-imam muktabar dan penulis-penulis semasa.
Penterjemahan maklumat digarap dengan pendekatan prosa moden yang memudahkan para pembaca mengerti perjalanan hidup ilmiah tokoh hadis yang hidup pada abad ke-3 hijrah ini. 
Imam al-Bukhari, Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari (194H-256H) adalah seorang tokoh hadis yang paling unggul dalam sejarah perkembangan ilmu Hadis sehinggalah ke hari ini, ketokohan beliau masih tiada tolok bandingnya.

Wednesday, March 3, 2010

Pelik la pulak

Rasa macam sikit pelik tengok cili import dari Thailand kat bawah. Kalau guna imaginasi iaitu bayangkan pandangan dari tepi seseorang maka lengkok tengah tu macam tangan pulak. Tak gitu?




Ada nampak macam orang tengah qiam dalam solat dari pandangan tepi tak? Tapi agak terbongkok. Tawajuh lebih...
Apapun cili dah kena ngap buat ulam!... tak brapa pedas aarr.

Tuesday, March 2, 2010

Sejuk beku di Shah Alam

CUTI raya Cina baru-baru ni melayan anak-anak. Bukan apa, naufal dan farhah dah lama nak main salji mungkin sebab terpengaruh dengan cerita TV tengok orang main salji, dia pun nak cuba.
Jadi cara paling mudah ialah berkunjung ke Taman Empat Musim di Taman Pertanian Shah Alam. Lagipun dah lama nak bawak diorang jenjalan situ dan sekitar Shah Alam - yg pernah menjadi tempat permainan bapak diorang suatu masa dahulu!

Mula-mula meronda sekitar bandaraya tu, pergi masjid negeri etc. Jadi melompat-lompat la anak-anak.
Tercenggang jugak tengok poster seperti di atas dipasang merata-rata termasuk di masjid negeri sendiri. Sudah tentulah statement poster tu tak selari dengan pandangan Ahli Parlimen Shah Alam dan juga parti pembangkang yang memerintah kerajaan negeri. Kalau begitu bolehkah dibuat kesimpulan bahawa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yg mentadbir isu agama dan hal ehwal masjid terus bebas daripada pengaruh politik!. Yang sudah disedari umum ialah hubungan erat antara MAIS dengan Istana.Terpulang kepada saudara-saudari untuk menilai senario ini.
Separuh daripada zaman sekolah menengah dulu, masjid ni tempat wajib bertandang terutama untuk solat Jumaat dgn berjalan kaki saja merentas tasek dari sekolah. 
Apapun, walaupun berlaku perubahan pembangunan ketara namun Shah Alam memang perbandaran yang indah dan terancang dari dahulu lagi.
Selepas tu, kami menghalakan kenderaan kami ke Uhud Taman Pertanian.
Dlm Taman Pertanian tak boleh bawak keta, keta parking luar, kena naik bas disediakan, masa ni orang masih kurang, bas kosong.

Dah masuk... sejuk yg artificial... kalau tak silap -2 darjah celsius. 

 Sejukkkkk beb!!!... kami pakai baju nipis pulak tu...emmm.

 Kreatif jugak diorang ni...

Walaupun kesejukkan budak2 tu, tapi hasrat diorang nak main salji tak dilupakan. Bayaran masuk dikenakan tapi berbaloi la. Lain kali kena prepare baju sejuk kalau duduk lama, tapi kami tak duk lama2 sangat. Takut pulak jadi asbab budak2 ni demam.
 



 
Meninkmati kesejukkan la kononnya...

Monday, March 1, 2010

Mengapa sambut Maulid Nabi

Kita sekarang berada di tengah-tengah kehangatan dan keharuman hari-hari memperingati kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW bagi tahun Hijrah 1431.
Alhamdulillah, sebenarnya, sekelumit manapun ingatan dan perasaan kasih terhadap Nabi SAW yang dicampakkan oleh Allah SWT dalam hati kita, ia adalah kurniaan istimewa dan amat bermakna dari-Nya kepada kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails