Tuesday, December 29, 2009

Hikmah...

Allah kuasa, makhluk takde kuasa. Allah beri manfaat, Allah beri mudarat.
Meh baca cerita ini:
Seorang suami hendak pergi outsation ke luar negara, kena naik flight 3 jam perjalanan. Ikut jadual penerbangan, flight pukul 7 pagi, jadi at least kena ada kat airport untuk check in 30 minit lebih awal. Maka malam sebelum bertolak, si suami tidur awal sebab kena bergerak awal esok.
Dia pesan pada isteri dia suruh kejutkan drpd tidur paling lewat pukul 5.15 pagi, sebab waktu subuh masuk lebih kurang 5.45 pagi maka rancangannya solat subuh kat surau yang terletak on the way ke airport. - itu paling lewat la tu sebab distance nak ke airport pun boleh tahan, lebih-lebih lagi takut tetiba jamm pulak jalan.
Pagi esoknya...... tiba-tiba bila isterinya tersedar pagi2 esok dah pukul 7.30 pagi!!!! Flight kompom terlepas. Si isteri menjadi sedih, gundah gulana, serba salah, keciwa.
Si suami masih tidur. Jadi, isteri serba salah nak kejutkan lalu nak ambik hati, tenangkan hati suaminya, dia pun pergi dapur bancuh air kopi kegemaran suaminya.
Niatnya ialah nak bagi kopi bila kejutkan dari tidur.
Sambil isteri buat kopi, cari gula, air panas apa bagai, dia buka radio, dlm radio masa tu tengah ada flash news, berita tergempar!!.
Berita tu melaporkan ada kejadian pesawat yang membawa penumpang berlepas pukul 7 pagi dari Malaysia menuju sekian tempat terhempas di ..... bla..bla...bla... semua penumpang disahkan meninggal dunia.

Gambar hiasan
.
Bila si isteri dengar nombor pesawat dan destinasi rupa-rupanya, pesawat tu adalah kapal terbang yg sepatutnya dinaiki oleh suaminya.
Siisteri terkejut badak, terbeliak, tapi berasa cukup gembira, bernasib baik, bertuah bersyukur sebab suaminya tak jadi naik kapal terbang tu, asbab terlajak tidur tadi.... suaminya terselamat daripada nahas.
Maka, berlari-lari lah isteri ke bilik tidur mengejutkan suaminya yg masih berdengkur dan bagitau apa yang berlaku.
Mula2 terbangun, suaminya terus tanya pukul berapa sekarang dan bengang sebab dah terlewat. Tapi bila diberitahu peristiwa yang berlaku maka mereka bersyukur sebab Allah selamatkan mereka. Berlinangan air mata mereka mengenangkan hikmah atas apa yang berlaku.

Habis cerita.

Kat sini kita lihat perubahan perasaan berlaku dlm sekelip mata. Daripada sedih, gundah gulana dan serba salah si isteri kepada gembira, bertuah, bernasib baik dan bersyukur bila tahu hikmah apa yg berlaku.
Siapa yang beri sukacita, dukacita?
Susah senang, gembira, bahagia, kecewa, marah, sedih bahkan semuanya di tangan Allah. Allah yang buat semua keadaan.
Ok, mari kita baca satu laporan berita yg diambil daripada akhbar lalu di copy paste di bawah. Kucing binatang kesayangan dan memberi manfaat kepada manusia yang mengasihi kemanjaannya, tetapi sekelip mata asbab manfaat itu bertukar menjadi asbab mudarat seperti cerita di bawah. Allah Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa.
Penunggang maut, rakan parah elak kucing melintas
KUANTAN 28 Dis.- Gara-gara mengelak seekor kucing, seorang penunggang maut manakala rakannya cedera parah apabila motosikal yang mereka naiki hilang kawalan sebelum dirempuh sebuah van dari arah bertentangan.
Kejadian berlaku pada pukul 4.53 petang itu berlaku di Jalan Temerloh-Bahau berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak, Bera dekat sini.
Mangsa, Mohamad Abdullah Mohamed Hashim, 19, dari Felda Sungai Kemahal, Triang mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala rakannya, Ahmad Nor Hussin, 27, mengalami kecederaan parah di kepala dan dihantar ke Hospital Bera (HB) untuk rawatan lanjut.
Ketua Turus Trafik dan Ketenteraman Awam Pahang, Supritendan Mohd. Fauzi Abdul Rahim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Jengka menuju ke Sepang, Selangor.
``Ketika tiba di tempat kejadian, Mohamad cuba mengelak seekor kucing yang sedang melintas jalan secara tiba-tiba.
``Akibatnya, mangsa hilang kawalan dan terbabas sebelum di percayai dilanggar sebuah van yang datang dari arah bertentangan,'' katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang, hari ini.
Menurut Mohd Fauzi, mayat Mohamad Abdullah dihantar ke HB untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya.
``Dalam pada itu, orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Bera di talian 09-2558222 bagi membantu siasatan,'' jelasnya.

10 comments:

FakirFikir said...

Pendek kata, jadi hamba jangan besar diri.

Husaini said...
This comment has been removed by the author.
Husaini said...

herm..citer atas tuh..pernah dgr gak..tp versi dier, yg part last tuh..tgh hepi2 dier nak kejut suami dier..rupa2 nya suami dier pon meninggal tyme tido...macam2 la...

Husaini said...
This comment has been removed by the author.
Ziarah76 said...

fakirfikir,
hamba kena hidup cara hamba.

husaini,
yg versi suami dia mati tu nak buat dlm next posting, part 2. tapi dah bocor cerita dah...hehehehe

zarch said...

Asalam, macam kisah benar yang terjadi tahun ini, tinggal sehari lagi tahun ni ye...eeemmm...ok sambung cerita...cerita flight keParis terhempas diBrazil, kebetulan ada pasangan yang nak balik Austria dan sudah beli tiket tapi terlepas flight tu. Jadi dia-orang bernasib baik dan ambil flight lain keesok harinya.

Selepas sampai Paris, dia-orang sewa kereta balik keAustria, tapi tengah jalan, kereta dia-orang kemalangan dan kematian.

Dah ditulis, tak mati dalam kapalterbang, mati atas jalan....begitulah kehidupan kita seharian...tak ada yang pasti.. yang penting semoga kita semua dapat mati dengan kalimah Lailahaillallah.

Ahmad Al-Hadi said...

Suka,duka,senang,susah,gundah gulana,lupa, sedap, lazat, jijik dan segala macam rasa semuanya milik mutlak Allah swt....

Dalam susah kadang kadang Allah letak senang....(Dulu nak kua 3hari jalan Allah pun kita rasa susah...tapi dah lama-lama kua 4b pun rasa tak cukup cukup jgk...hehehe)

Dalam duka Allah boleh letak suka.....(Kena marah masa ghast sedih gak....tapi bila dah sedih, senang nak nangis dlm tahajud...bila kenang2 rasa sonok...)

Ziarah76 said...

learningquranonline,
I've visited you web page. May Allah blessed your effort.

zarzh,
"yang penting semoga kita semua dapat mati dengan kalimah Lailahaillallah,"
mudah-mudahan Allah permudahkan kita ucap kalimah akhir kalam.

Ahmad Hadi,
Kalau kena marah time ghast dapat sabar... haahhh tu yg meningkat iman, meleleh air mata malam2 tahajud, jadi asbab hidayat, insya-Allah.

hasan said...

Salam, dia kena sedih patutnya. Berkabung .... pasal solat subuh lewat =(

online quran said...

However, I do learn quran online think likewise Muslims should not use some arguments to prove Islam themselves.One of these arguments is that the Quran contains scientific statements before anyone could know about them proving God revealed the Quran.
https://learningquran.co.uk/learn-quran-online

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails