Saturday, August 22, 2009

Buka puasa apa tadi?

Bakso atas tu gambar hiasan je... dah lebih sebulan masuk dlm perut.

BUKA puasa apa tadi geng? Ye lah... kadang2 kena check la sendiri untuk muhasabah, agar lebih sihat, efisyen, bertepatan dgn sunnah dan tak membazir dll. Mudah-mudahan hari ni lebih baik drpd smlm, dan esok lebih baik drpd hari ini.
Gua tadi buka secara sederhana je kat rumah dgn family, iaitu:
1-kurma
2-air zam-zam
3-bubuk lambuk
4-tauhu goreng cicah sambal kicap jawa

Pastu solat jemaah Maghrib, tapi lepas je tu... sambung makan:

1-nasi putih
2-daging masak goreng tiram
3-masak lemak labu

Yang paling kaw-kaw ialah air bandung aiskrim soda, resepi mama. Fuhh... lama tak rasa, alhamdulillah syukur.
Jadi, amacam you all buka puasa apa?

4 comments:

zarch said...

Sedap aje bila baca hidangan berbuka Mutakalim, tumpang sekaki, boleh tak. Saya hari pertama ni,bebuka dengan kurma dan air jogurt aje le, sebab kat airport tadi. Besok, insyallah berbuka dengan menu Qatar airlines, tengah berkira-kira nak pilih menu yang mana ni sedap ni...

Ziarah76 said...

Zarzh,
wah wah..memang taste international lah, dari mana nak ke mana tu? hebat Allah gerakkan anta ke sana sini.
Semoga selamat sampai, selamat pulang. insya-Allah.

zarch said...

DiDoha la ni, tengah cabut lari dari Eropa pasal tahun ni, puasa jatuh musim panas....panjang hari puasa kat Eropah tahun ni, sahur habis pukul 4.30 dan iftar pukul 8.30. Tahun depan lagi lama, rasanya habis sahaja tarawih, terus kena sahur sebab waktu subuh nak masuk.
Semalam, bebuka dengan daging ketam, Doha stail tetapi terlepas sahur.. ..eemm...lagi panjang puasa saya hari ni dari diEropa..

Ziarah76 said...

zarzh, boleh lari camtu pulak ye.. bagus la kalau ada route yg nak dituju kan, boleh eratkan silaturahmi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails