Sunday, August 30, 2009

Iklan rumah sewa ditutup lagi

Pandangan deretan rumah dari jalan utama di Fasa 11, Taman Puncak Jalil, Kuala Lumpur, tidak lama dulu.

MUKABUMI 30 Ogos _ Iklan rumah sewa di Puncak Jalil yang dibuka semula pada empat hari lalu di blog ini, hari ini ditutup semula selepas sepasang suami isteri mengesahkan mahu menyewanya mulai 1 September ini.
Pasangan muda Melayu yang bekerja di Kuala Lumpur dan Subang Jaya itu turut membayar cengkeram (booking) kelmarin sebelum membayar desposit penuh sewaktu mengambil kunci rumah esok.
"Penyewa bekerja sebagai pegawai pertanian manakala isterinya adalah pekerja swasta di syarikat komputer di Subang Jaya," kata Mutakalim dalam kenyataan akhbarnya kepada blog ini di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya, permintaan beberapa orang lain untuk menyewa rumah itu terpaksa ditolak memandangkan pasangan tersebut terlebih dahulu membayar booking.
Bagaimanapun, Mutakalim berkata, beliau mengucapkan terima kasih atas minat dan keprihatinan yang ditunjukkan orang ramai sama ada melalui panggilan telefon atau komen dalam blog ini.
Rumah sewa berkenaan ialah rumah teres setingkat di Taman Puncak Jalil Fasa 11 yang kedudukannya di tengah-tengah atau berhampiran antara Putrajaya, Cheras, Sri Petaling, Puchong, Subang Jaya, Dengkil, Sepang dan Bangi.
Ia mula disewakan sejak Januari 2009 dengan harga RM500 sebulan namun kini ia dinaikkan kepada RM550 sebulan kepada penyewa baru.

Friday, August 28, 2009

Bolehkah kamu menemuinya?

Kamu mencari kenikmatan di dunia,
Bolehkah kamu menemuinya?
Sedangkan Allah berikan kenikmatan di syurga.
Kamu mencari ketenangan di gunung ganang, pulau, pantai di sana sini,
Bolehkah kamu menemuinya?
Sedangkan Allah memberikan ketenangan dalam hati yang mengingati-Nya.
Kamu mencari jalan-jalan hidayah dalam kesenangan dan keselesaan,
Bolehkah kamu menemuinya?
Sedangkan ia tersembunyi dalam bermujahadah di jalan Allah.
Kamu mencari ilmu dan hikmah dalam keselesaan,
Bolehkah kamu menemuinya?
Sedangkan Allah berikan hakikat ilmu dan hikmah dalam susah payah.
Dahulu kamu hina dalam jahiliyah...
Tapi Allah telah memuliakan kamu dengan Islam dan amalan agama,
Jadi kenapa kamu mencari dunia dan yang lain,
lalu berharap agar menjadi mulia?
Kamu berharap masalah umat Islam seluruh negara, dunia selesai,
Tapi perintah Allah ke atas kamu sendiri tak kamu selesaikan.
Kamu faham kata-kata hikmah,
bahawa mengubah diri sendiri lebih mudah
berbanding mengubah orang lain,
Tetapi kamu mahu mengubah orang lain, negara bahkan dunia
sedangkan diri sendiri tak berubah kepada agama
Kamu mencari pertolongan Allah dengan harta benda dan keduniaan,
Mana bisa ditemui....
Kerna pertolongan Allah tersembunyi dalam amalan agama.
Ya Allah bantu lah hamba-Mu ini.
.
.
NOTA: Sajak di atas ditujukan kepada diri saya sendiri dan kepada sesiapa yang berasa dirinya sesuai dengan isi kandungannya.

Wednesday, August 26, 2009

Iklan rumah sewa dibuka semula

Gambar file rumah semasa mula-mula boleh diduduki awal Januari 2009.



Ingat lagi tak posting rumah sewa yang pernah disiarkan dalam blog ini DI SINI dan DI SINI?
Iklan tu dibuka pada Januari 2009, dapat penyewa tak sampai sebulan selepas itu. Tetapi malangnya beberapa hari lepas penyewa memberitahu mereka terpaksa berpindah ke Kota Baru kerana diarahkan bertukar tempat kerja ke Kelantan berkuat kuasa 1 September ini.
Maknanya, saya kena cari penyewa baru. Ada sesiapa yang berminat hendak menyewa rumah teres setingkat di Puncak Jalil?
Lokasinya menarik kerana terletak di tengah-tengah antara Putrajaya, Subang Jaya, Seri Kembangan, Bangi, Cheras, Sepang, Dengkil, Banting dan sebagainya. Kalau hendak lebih tepat boleh tengok di google map.
Sewa sebulan RM550, masuk bawa deposit 2+1 iaitu sebulan sewa dan dua bulan deposit, dan deposit air elektrik RM250 sahaja.
Berkenaan penyewa sekarang hendak berpindah, saya tiada apa-apa halangan tetapi agak pening sebab dua syarat dalam perjanjian penyewaan tidak dipatuhi, iaitu:
1) Perjanjian mengatakan penyewa perlu memberi notis sekurang-kurangnya dua bulan sebelum berpindah.
2) Perjanjian adalah kontak setahun.
Kegagalan mematuhi syarat-syarat akan menyebabkan wang deposit tidak dikembalikan. Surat perjanjian black and white ditandatangani penyewa dan saya masa mula awal2 dulu.
Masalah timbul ialah penyewa minta agar wang dikembalikan walaupun dua syarat itu tidak dipatuhi. Kalau fikir balik kesian juga kepada penyewa ini sebab bukan totally salah dia kerana majikan dia pun beri short notice suruh pindah.
Bagaimanapun, hendak beri balik sejumlah wang deposit itu pada waktu tiba-tiba seperti sekarang, ditambah pula hari raya makin hampir tidak lama lagi yang tentu lah memerlukan wang perbelanjaan keluarga lebih sikit daripada biasa, lagi pulak kalau ikut perjanjian maka wang deposit tidak perlu diberikan - maka saya akan keberatan memulangkan wang tersebut.
Apa pandangan saudara saudari sekelian?
Tapi rasa kesian juga dengan penyewa itu, pertama, bukan salah dia sepenuhnya perkara ini, kedua, dia pun menunjukkan penyewa yang bertanggungjawab, berdedikasi dan jujur sebelum ini dan yang penting dia membayar sewa tepat pada masanya, tak pernah lewat.
Jadi atas budi bicara, setakat ini saya bercadang hendak memberi separuh wang deposit tu kepada penyewa.
Apa pandangan anda? Adakah saya telah merugikan diri sendiri? Atau anda ada idea lebih baik untuk dikongsi? Mana lah tahu boleh bantu saya? Kalau anda berminat hendak menyewa boleh bagitau saya di ruang komen posting ini atau chatbox.
Jazakumullah khair.

Sunday, August 23, 2009

Ikan merah asam pedas


ENTAH tetiba je jadi 'terajin' pulak hari ini, maka sudahnya gua masak lah ikan merah masak asam pedas.
Lagi pon, offday hari ini, apa lah salahnya tolong berasapkan dapur untuk juadah buka puasa... bukan nak tunjuk skill la kan, cuma skill tu sikit2 ada la... hehe

Bahan2 nye ialah:
1- alamak dah macam blog masak-masak pulak, tak jadi lah bagitau bahan2... pikir sendiri lah ye.
Bukan nak bangga la kan, tapi orang rumah kata asam pedas ikan merah ni memang sedap. (ye lah.. takkan nak kata tak sedap pulak kan).

Apapun, jadi lah asam pedas tu juadah kami untuk buka, dan sahur.

Saturday, August 22, 2009

Buka puasa apa tadi?

Bakso atas tu gambar hiasan je... dah lebih sebulan masuk dlm perut.

BUKA puasa apa tadi geng? Ye lah... kadang2 kena check la sendiri untuk muhasabah, agar lebih sihat, efisyen, bertepatan dgn sunnah dan tak membazir dll. Mudah-mudahan hari ni lebih baik drpd smlm, dan esok lebih baik drpd hari ini.
Gua tadi buka secara sederhana je kat rumah dgn family, iaitu:
1-kurma
2-air zam-zam
3-bubuk lambuk
4-tauhu goreng cicah sambal kicap jawa

Pastu solat jemaah Maghrib, tapi lepas je tu... sambung makan:

1-nasi putih
2-daging masak goreng tiram
3-masak lemak labu

Yang paling kaw-kaw ialah air bandung aiskrim soda, resepi mama. Fuhh... lama tak rasa, alhamdulillah syukur.
Jadi, amacam you all buka puasa apa?

Friday, August 21, 2009

Selamat berpuasa


BILA Ramadan menghampiri penghujung pada tahun lepas, timbul risau dan bimbang sama ada bakal berpeluang atau tidak untuk melalui madrasah Ramadan tahun seterusnya.
Hari ini alhamdulillah kerana Ramadan bakal menjelang beberapa jam sahaja lagi, dan tidak tahu pula sama ada dapat menjalaninya lagi pada masa lain atau adakah ini yang terakhir untuk kita?
Semoga Allah terima amalan kita yang sedikit ini dan dijadikan asbab diberi ganjaran dan diampunkan dosa-dosa kita yang banyak.
Justeru saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam khususnya kepada semua follower dan visitor blog ini.
Dengan ucapan 'Marhaban Ya Ramadhan', saya mengucapkan saudara saudari sekelian selamat berpuasa dengan iman dan ikhtisab.

Wednesday, August 19, 2009

Bermain di masjid


Apa sudah jadi brader? Masjid jadi tempat bermain. Memang la nak buat aksi macam kat gambar atas tu susah, tapi jika orang Islam tidak komited memakmurkan masjid maka tak mustahil masjid jadi tempat aktiviti yang tidak sepatutnya. Hari ini ramai orang pandai2 pasal agama tapi keadaan masjid kita kosong, umat Islam jauh daripada rumah Allah. Walaupun umat Islam jauh daripada Allah, ramai yang tidak mentaati perintah Allah, ramai yang melakukan larangan Allah, tapi pada masa yang sama umat Islam mahu masalah-masalahnya dibantu oleh Allah. Apa cerita brader...
Tiba2 satu ketika, ada pulak pihak yang mencadangkan agar diadakan aktiviti sukan dan sebagainya di kawasan masjid bagi menarik golongan muda ke masjid dan memakmurkan masjid.
Antara yang dilakukan ialah membina gelanggang badminton, sepak takraw dan sebagainya di perkarangan masjid atau surau dengan harapan apabila mereka datang ke masjid untuk bermain maka bila masuk waktu, mereka akan berhenti dan bersolat di masjid atau surau.
Tapi secara jujurnya terjadi kah begitu?
Harapan aku, mudah-mudahan jadi begitu lah, walaupun setakat ini belum pernah nampak lagi depan mata atau dikatakan sumber-sumber yang sahih terjadi begitu.
Yang terjadi depan mata ialah:
Kes pertama: orang muda muda main badminton di gelanggang di perkarangan surau, tiba2 masuk waktu azan berkumandang. Maka apa yg mereka buat ialah berhenti sekejap, sebaik sahaja habis azan maka diorang sambung bermain, dan tak solat pun kat masjid. (mungkin solat di rumah atau mana2 lepas tu).
Kes kedua: budak2 main bola (ala futsal) di atas gelanggang badminton bila dah nak maghrib, mereka cabut... balik rumah. Bila diajak solat mereka kata baju dah basah peluh, kena mandi dulu kat rumah.
Kes ketiga: Haaa... ini banyak di BBNJ, surau jadi pusat latihan kompang dgn waktu yg biasa pejuang budaya dan warisan ini ialah satu atau dua kali seminggu (biasanya Ahad pagi). Jadi datang lah berbondong-bondong anak muda dari kanak-kanak sekolah, remaja hingga ke orang tua (jurulatih) atas maksud belajar kompang. Maka surau atau masjid jadi tumpuan.
Tapi setakat ni, yang aku nampak, muka-muka yang datang tu tak nampak pulak berjemaah solat di surau atau masjid. Walaupun mereka penduduk di situ, maka aku sangka baik mungkin waktu solat mereka ke masjid lain. Walaupun kita sangka baik kepada semua, atau mungkin mata aku yg salah sebab tak nampak, tapi pokoknya adakah tujuan asal mengadakan aktiviti sukan atau budaya berjaya menarik anak muda ke masjid untuk beribadat?
Mungkin banyak lagi kes yang boleh anda bincangkan, apa pandangan anda? Ye lah.. tapi aku tak la menentang aktiviti-aktiviti sukan.
Jawapan yang aku setuju untuk menarik orang Islam mengimarahkan masjid ialah mengikut cara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. iaitu jawapan praktikalnya sekarang ialah 5 amal masjid.

Amacam? stuju tak?

Tuesday, August 18, 2009

Alhamdulillah, syukur

BANYAK perkara yang terjadi pada aku sejak akhir-akhir ini cukup mencemaskan hingga ada yang menyebabkan aku tak boleh tidur lena malam memikirkannya.
Tapi bila pikir balik, kena syukur banyak2. Alhamdulillah syukur....



Ya Allah berikan lah taufik dan hidayah kepada hamba-Mu yang lemah ini...

Thursday, August 13, 2009

3 hari

Tempoh kehidupan dunia yang kita sibuk-sibuk, kelam-kabut, ke sana sini hakikatnya seolah-olah macam tiga hari saja. Iaitu:

Semalam, dah berlalu...
Hari ini, dah nak habis...
Esok, belum tentu...

Jadi siapa sedia beri masa 3 hari penuh untuk agama?

Monday, August 10, 2009

Bercuti di Desaru...

JUMAAT dan Sabtu baru ni, bawak lah family jalan-jalan makan angin atau honeymoon kononnya di BBNJ (Balik-Balik Negeri Johor) bukan BBNJ (Belanja Besar Negara Jauh). Jadi ke Desaru lah kami untuk beriadah yg dibenarkan syariat. Mmg la menyeronokkan bagi kami, lebih2 lagi bebudak tu asyik mandi je la kerja nye.
Pantai Desaru...angin, ombak mmg kuat, gua terpelanting brapa kali pun tak ingat dah. Balik2 telinga masuk pasir, tp pantai ni rasanya jauh lebih baik drpd PD, airnya biru, tapi curam sikit berbanding PD yg landai.

Untuk makluman saudara2 sekelian, pantai Desaru yang menghadap Laut China Selatan ni sewaktu ketika dahulu mmg popular tapi sekarang ni mcm kureng sikit walhal tarikan pantainya boleh katakan kekal menarik seperti dulu. Cuma mungkin sebab persaingan lokasi pelancongan pantai lain menjadikan desaru lemau skit. Apapun, Desaru mmg bebaloi utk dijadikan lokasi percutian atau berehat bersama family. Antara alasannya:

1) Pantainya cantik beb! Laut membiru, tiupan angin menyegarkan! Ini semua kurniaan Allah.
2) Soal makan, jangan risau yg murah pun ada, yang mahal pun ada. Tempat makan byk di Sungai Rengit dan kalau nak dekat pergi ke Bandar Penawar. Ikan bakar? seafood? masakan kampung? Semua ada, semua best2.
3) Nak bantu rakan seusaha tempatan usahakan 5 amal masjid pun boleh di Masjid Bandar Penawar, dekat je dgn Desaru.
4) Banyak pilihan penginapan, nak chalet, villa, bilik..., public beach ada, private pun ada, semua ada lah.
Ini permandangan dari tingkap villa kami, yang menghadap pantai. Udara menyegarkan, ditambah pula dengan cuaca baik dan angin pantai yg mendamaikan.


Sumaiyah first time di pantai selepas lebih setahun dilahirkan.

Sentuhan pertama terkena air laut..

Comotnya kaki..

Desaru ni sekrang jadi tumpuan/digemari warga Singapura kerana mereka boleh datang terus dari Singapura menggunakan feri di jeti Belungkur, yg hanya beberapa minit untuk ke Desaru.
Maka, akibatnya warga asing banyak lah kat Desaru pada waktu2 tertentu tapi orang tempatan kurang. Bagi orang Singapura, benda2 kat Desaru dan sekitarnya murah banyak.
Satu hal mengenai pantai Desaru ialah, walaupun memang cantik tapi tak sesuai untuk mandi manda pada bulan November, Disember sebab ombak tinggi sangat. Bulan2 lain ok. Tapi hujung tahun atau Nov, Dis masa ni dilarang mandi kerana ombak ganas beb!, tapi kesempatan tu mereka adakan aktiviti surfing contohnya dianjurkan Mayhem Moonson Surfing Challenge setiap tahun dan pesertanya dari seluruh dunia.
Selain itu, Desaru juga tempat berkampungnya 'hantu-hantu' sukan triathlon setiap tahun pada awal Ogos.
Cuti kami sekadar jalan2 je dan layan bebudak mandi... alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun sekarang ni tengah kecoh H1N1. Tapi di Desaru ni, suasana alam sekitar amat bersih dan menyegarkan, dan kalau datang hari biasa kurang orang, tapi Sabtu, Ahad mula ramai orang.
Sarapan pagi...

Sampai je... lepas makan, kami survey dulu area... pastu budak2 pun mandi kolam. Waktu malam tak ke mana duduk bilik je sebab, kat luar pun takde apa untuk budak2 waktu malam.
Pagi2 serbu coffehouse, isi tank perut dan pastu kami mandi kolam, pastu mandi pantai, pastu kolam balik, pastu mandi pantai......bla bla...last2 mandi air biasa kat bilik.
Mandi pool... patutnya peraturan kata kena pakai baju renang, tapi takkan kami nak pakai baju renang kan... kami pakai baju biasa je..

Sblm balik singgah ke Sungai Rengit yg dikatakan banyak tempat makan ikan bakar yg boleh tahan best.
Jadi kami tak lepaskan peluang dan mendapati pekan sungai rengit kira-kira 30 km dari Desaru, boleh dikatakan berbaloi pergi. Ikan pari bakar yg kami makan masih lagi macam terasa-rasa je sedapnya. Pekan tu bukan besar sgt pun tapi ada lah semua benda. Di situ jugak kelihatan kampung nelayan tapi sebahagian pantainya kelihatan hitam akibat buangan sisa minyak dari kapal-kapal.
Buat makluman, dari pekan sg rengit kalau terus lagi boleh ke Kpg Sungai Kapal dan akhirnya ke Tanjung Pengelih.
Sepanjang jalan pesisir pantai dari sg rengit ke tanjung pengelih, kita boleh lihat kapal2 laut besar yang berlabuh di laut dan sebelum masuk ke pelabuhan Singapura, kapal2 ni dikatakan buang sisa2 minyak ke pantai. Itu lah isunya selain isu Pulau Batu Putih yang terletak amat dekat dengan Sg Kapal, Sg Rengit, Pengerang.
Apapun, Desaru masih lagi memukau pengunjung. Dan kalau ada kesempatan, kami bercadang nak datang lagi tapi kali ni ke Tanjung Balau pulak, (Tanjung Balau sebelah Desaru).
Kami tangguh dengan istighfar petang tu. Kalau nak baca lagi boleh klik
SINI

Musibah H1N1?


PADA sekitar Jun 2009, saya berkesempatan mendengar ceramah penerangan di bahagian utara. Ia bertujuan sebagai persiapan untuk ijtimak. Namun, saya dan rakan-rakan bersetuju dengan pendapat bahawa merasakan ceramah tersebut agak berlainan berbanding yang lain kerana seolah-olah memberi amaran bahawa kemungkinan akan berlaku musibah pada masa depan. Dan ijtimak adalah bertujuan untuk menarik rahmat Allah agar musibah dijauhkan.
Ceramah berbeza daripada biasa kerana apa yang biasa didengar ialah banyak diberikan kelebihan-kelebihan namun ceramah itu banyak memberitahu azab-azab jika agama tidak diamalkan dalam kehidupan manusia.
Semasa mendengar ceramah itu, satu persatu kisah-kisah azab Allah yang Allah turunkan ke atas umat terdahulu diceritakan dengan kupasan sebenar sebagai iktibar dan apabila kisah Nabi Nuh a.s diperdengarkan, kami merasakan seolah-olah digesa agar mengajak sebanyak mungkin manusia datang ijtimak sebagaimana manusia diajak sebanyak mungkin menaiki kapal pada zaman Nabi Nuh a.s. Begitu juga manusia hari ini sebanyak mungkin perlu diajak kepada kerja Nabi demi keselamatan dunia akhirat. Ceramah cukup mengesankan kami. Semasa ceramah berlangsung H1N1 sudah ada sedikit kes di luar negara, tapi belum sampai ke Msia. Dan hari ini kalau kita lihat penularan H1N1 di Msia semakin serius dan membabitkan 8 kes kematian pada 10 Ogos 09 dan 26 kes kematian setakat ini. Adakah telahan bahawa amaran terhadap musibah sebelum ini benar? Adakah H1N1 ini adalah musibah yang dimaksudkan sebagai amaran dalam ceramah itu?
Begitupun amat perlu kita memanjatkan doa kepada Allah semoga dijauhkan penyakit ini kepada kita. Semoga Allah memberikan kesihatan dan keselamatan kepada kita dan keluarga kita semua.
Waallahualam bissawab.

Monday, August 3, 2009

Selesaikan masalah dgn perantaraan amal

Time ni sekurang-kurangnya ada 3 isu berbangkit dlm negara kita yg menjadi tumpuan orang ramai, iaitu:
1)Kecoh demonstrasi mansuh ISA.
2)H1N1 semakin menular dan hari ini sorang lagi meninggal - menjadikan mangsa korban enam orang di Msia.
3) Masalah ekonomi dan kewangan global yg turut memberi kesan kpd Msia. World economic growth -1.4 pd Julai 09, GDP Msia drop 20 percent. Ia mungkin akan terus merosot.

Ini semua adalah berlaku dengan kehendak Allah. Tetapi hasil natijah daripada amalan-amalan buruk manusia. Baru-baru ni seorang maulana memberi ceramah yang antara lainnya bermaksud lebih kurang:

Apa2 keadaan yg datang dalam dunia, ia datang dan berlaku dgn kehendak Allah.
Baik atau buruk datang dengan kehendak Allah. Kekayaan, kemiskinan, kesusahan, kegembiraan pun Allah yang datangkan.
Tapi untuk hasilkan sesuatu keadaan ada seuatu kaedah atau tertib yg ditentukan oleh Allah.
Bila amalan hamba-hamba-Nya jadi baik maka Allah akan wujudkan keadaan yg baik bila amalan rosak, maka Allah akan jadikan keadaan pun rosak.
Bila amalan seseorang individu jadi baik maka Allah akan jadikan keadaan yg baik bagi individu itu, bila amalan individu itu rosak maka Allah akan wujudkan keadaan rosak untuk individu itu.
Bila keadaan ijtimaie atau dalam ramai2 manusia secara bersama jadi baik maka Allah akan wujudkan keadaan yg baik untuk semua orang, tetapi bila ramai2 keadaan melakukan dalam amal2 yg rosak maka Allah akan wujudkan keadaan rosak untuk semua orang.
Nabi SAW ketika dalam peristiwa Israk Mikraj baginda nampak ada perkara yang naik ke langit dan ada perkara yg turun ke bumi. Baginda bertanya, "wahai Jibril a.s apakah yg naik dan apa perkara yg turun dari langit?
Jibril a.s menjawab yg naik dari bumi adalah amalan manusia dan yang turun dari langit adalah keputusan Allah.
Iaitu bila amalan baik naik atas maka Allah beri keputusan baik turun ke bumi.
Bila amalan rosak maka keputusan Allah juga berikan keadaan yang rosak.
Suatu ketika Nabi SAW bertanya kepada Allah: "Ya Allah bagaimanakah saya dapat kenal bahawa Kamu suka kepada seseorang? Apakah tanda2 yang mana kamu suka kepada seseorang itu?"
Allah wahyukan kepada Nabi SAW: "Bila saya sukakan seseorang maka saya akan turunkan hujan semasa hasil tanamannya nak jadi masak, dan semasa nak menuai saya tidak turunkan hujan, dan saya akan beri harta2 mereka kepada orang yg ada sifat dermawan, dan saya akan tetapkan bagi mereka orang2 yang adil yang membahagikan harta dan menentukan urusan mereka."
Nabi SAW bertanya: "Bila kamu murka, apakah tandanya?"
Allah beritahu melalui wahyu bahawa: "Bila saya murka kepada satu2 kaum maka semasa mereka punya tanaman masak dan perlukan hujan tapi saya tak turunkan hujan dan bila nak menuai hasil maka saya turunkan hujan dan harta mereka berada di tangan2 orang yg kedekut di antara mereka dan saya akan letak pemerintah yang zalim di kalangan mereka."
Oleh itu, jangan lah kita mengkritik atau kondem pemerintah kita tetapi sebenarnya pemerintah itu adalah hasil daripada amalan kita.
Jika manusia beri zakat maka Allah beri berkat dalam hartanya akan ditambah dan Allah akan pelihara harta mereka. Dalam haji, seorang yang menunaikan haji tidak akan jadi fakir. Diberitahu bahawa pagi2 awal2 pagi beri lah sedekah, kerana sedekah ini tidak benarkan musibah untuk timbul utk orang itu.
Orang yang sentiasa beri sedekah maka Allah akan pelihara deripada 2 penyakit, 1: penyakit kulit jadi putih, 2: penyakit kusta.
Begitu juga, orang yg sentiasa menghubungkan silaturahim maka Allah akan tambah berkat dlm kehidupan dia.
Bila amalan kita jadi baik maka keadaan kita juga jadi baik. Jadi begitu juga kalau orang tak bagi zakat maka Allah akan tahan hujan. Dan kalau lah bukan kerana binatang yang tidak ada lidah iaitu tidak boleh cakap Allah tidak akan turunkan walaupun setitik air ke bumi.
Kalau orang tipu dalam timbangan, Allah akan wujudkan kemarau.
Bila zina jadi berleluasa di satu tempat maka Allah akan wujudkan penyakit2 di tempat itu yang mana penyakit itu tidak akan dapat mengenal pasti tabib yang pakar pun tak dapat kenal apa jenis penyakit yang Allah akan wujudkan (dan manusia tak tahu ubat atau penawarnya).
Aisyah r.ha berkata, bila satu bahagian dalam bumi tempat itu zina berleluasa, Allah akan perintahkan bumi itu bergerak dan berlaku gempa bumi di tempat itu.
Bila di tempat orang tak tunaikan janji mereka, maka di hati-hati orang itu, Allah akan letakkan ketakutan dalam hati itu terhadap orang lain.
Begitu juga kalau satu tempat orang langgar perintah Allah, buat kemungkaran berleluasa, maka bumi itu akan bertanya Allah, "Bolehkan saya pecah muka bumi dan telankan semua mereka ini? dan Allah beritahu kalau mereka itu makhluk kamu maka kamu buat lah begitu.
Maka air pun berkata, benarkan kami naik dan tenggelamkan mereka semua, maka Allah kata, kalau mereka ini makhluk kamu maka kamu buat macam tu.
Maksudnya ialah bila satu tempat kemungkaran jadi berleluasa, maka azab Allah akan datang. Macam mana kita punya amal begitu lah kita punya keadaan.
Sebenarnya keadaan yang baik ialah bentuk amalan kita bertukar kepada bentuk natijah yang baik, bila amalan tidak baik maka bentuk natijahnya ditukar juga kepada tidak baik.
Bila amalan baik bentuk ditukar kepada ganjaran syurga tetapi bila amalan buruk bentuk ditukar kepada azab neraka.
Bila Allah beri nikmat2 kepada manusia, secara umumnya manusia selalunya sibuk dengan nikmat itu hingga lupa kepada Allah.
Sebenarnya nikmat itu diberikan kepada kita kerana melalui nikmat itu supaya kita boleh sampai kepada Allah, iaitu bila kita menikmati nikmat lalu bersyukur, lebih dekat kepada Allah, mentaati perintahNya, menjauhi laranganNya.
Tapi secara umumnya manusia guna nikmat itu tetapi lupa kepada Allah.


---sekian, ini adalah sebahagian saja daripada bayan itu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails