Monday, January 25, 2010

Semoga dicucuri rahmat

Beberapa ketika kebelakangan ini, di Msia, ramai pulak golongan kenamaan yang dicabut nyawanya oleh malaikat maut.
Di syarikat tempat bekerja, ada juga rakan-rakan yang dulunya bergerak ke sana sini, tapi minggu lepas sudah tiada, terputus hubungan dengan alam duniawi ni.
Semga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 soleh.
------>Aku terkenangkan arwah ayah aku yang meninggal dunia pada awal 2001. Dia meninggal selepas arwah tangguh daripada khuruj fisabillah 40 hari dalam negeri.
Aku masih ingat, aku menghabiskan masa-masa terakhir bersama arwah. Walaupun badannya sudah tenat sakit, namun disebabkan kekuatan dalamannya, arwah masih menggagahkan diri ke masjid dan komited dgn amal-amalnya.
Beberapa hari sebelum arwah tiada, aku makan bersamanya. Dia mahu makan mi bandung, setelah semangkuk mi dihidangkan di depannya, dia memegang sudu, tapi sudu itu bergoyang-goyang kerana tangan kanannya sudah terketar-ketar menahan kesakitan. Mi bandung tu dirasanya hanya sesudu dua.
Walaupun tidak lama berkecimpung dalam usaha agama, namun kesan usaha yang dilakukannya, arwah ayah sungguh komited dalam kerja agama.
Arwah ayah orang yg biasa sahaja dari segi keduniaan, malah arwah tidak meninggalkan apa-apa harta kecuali telah cuba menanamkan kefahaman kepada kepada kami adik beradik, harta yang arwah mahu kami pusakai dan teruskan buat ialah usaha agama. Itu sahaja harta.
Semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang soleh. Amin.

13 comments:

Admin said...

semoga ALLAH terima.

Nadri Mohd said...

masa arwah ayah saya meninggal dunia pd tahun 1996, saya tak sempat berada disisinya kerana masih dlm perjalanan pulang ke kampung setelah diberitahu arwah ayah sedang nazak.

tetapi seminggu sebelum arwah ayah meninggal dunia, saya sempat menziarahinya dan memohon maaf kepadanya.

alhamdulilah, arwahnya meninggal dunia pada pagi hari jumaat.

Ziarah76 said...

kilat,
amin...

ayah aiman,
alhamdulillah... kesudahan yang baik, besar fadhilat orang Islam yang meninggal dunia pada hari Jumaat.

Dr. Bentara said...

moga Allah s.w.t. letak beliau di kalangan orang2 yang soleh. Amin!

zarch said...

Semoga Allah merahmati ayah Ziarah76 dan juga menjadikan anaknya kalangan para solehan, walilullah serta diambil khidmat anaknya buat usaha agama dan keluar diempat penjuru bumi untuk meninggikan kalimah Allah.

AkuHuduh said...

nie kisah adik aku mati...kisah no 4

http://akuhuduh-kedai-iman.blogspot.com/2009/09/kisah-mati.html

Ziarah76 said...

Ben,
terima kasih. Amin...

zarzh,
amin... semoga kita terus buat usaha hingga akhir hayat. Allah redha kepada kita dunia akhirat.

akuhuduh,
aku dah baca posting tu.
Semoga ruh adik anta dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 soleh.

Ahmad Al-Hadi said...

Setiap yang bernyawa pasti mati....
Tak dicepatkan, tak dilambatkan...
Samada dalam kubu besi....
Atau dalam dakapan isteri....
Atau sedang sujud pada Ilahi....
Tapi yang bijak, kata Nabi...
Yang selalu ingat mati...
Dan buat persiapan yang rapi....
Terimakasih tuan kerana ingatkan kami....

Ziarah76 said...

ahmad hadi,

terima kasih mengomen lagi,
rangkap2 tuan amat dihargai,
moga2 dpt kita tingkat pengorbanan diri,
dakwah hari-hari tiada cuti,
cuti hanya bila mati.

FakirFikir said...

Ameen. Semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan yang mendapat rahmat Allah. Sampai waktunya, anak-anak kita pula akan menulis cerita kita.

Ziarah76 said...

fakirfikir,
ameen....
betul la tu, bila sampai masanya, kita pulak dikisahkan oleh anak-anak.

Peluncur Islam said...

ameen...smga Allah terima.

Ziarah76 said...

peluncur Islam,
ameen..
dah balik dah ye.. alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails