Thursday, January 7, 2010

Ismul `Akzam - Allah

- Allah tidak ada Ilah melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS. 2:255)

- Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (QS. 2:256)

Allamah Syami rah. menukilkan dari Imam Abu Hanifah rah, beliau berkata Ismul `Akzam itu ialah Allah. Demikian juga pendapat Allama Thatawi rah. dan sebahagian besar ulamak-ulamak lainnya.

Begitu juga dengan Syeikh Abdul Kadir Jailani rah. yang menyatakan bahawa Ismul `Akzam ialah Allah. Oleh itu apabila menyebut nama Allah yang maha suci, maka hati hendaklah kosong dari selain daripadaNya. Selanjutnya beliau berkata bahawa apabila orang awam menyebut nama yang maha suci ini, maka hendaklah ia mengingatkan akan keagungan Allah s.w.t dan dengan perasaan takut kepadaNya.

Manakala untuk Akhssul Khawas, seperti para ulamak atau orang yang berilmu makfirat Allah, bila menyebut nama yang maha suci ini hendaklah mengosongkan hati mereka dari selainNya dan menumpu dengan sepenuh hati pada dzat serta sifat-sifatNya dengan serentak.

Syeikh Ismail rah berkata: "Keadaan orang yang menyebut Ismul `Akzam (Allah) itu hendaklah seperti seorang yang tenggelam didalam sungai yang mana tiada siapa pun boleh menyelamatkannya. Maka diketika itu, tentunya ia akan memanggil atau menyebut nama seseorang penyelamat dengan sepenuh keikhlasan. Keikhlasan sedemikian itulah dikatakan siddiq laja`. "

Diambil daripada cillah-mind. Kisah ini juga tercatat dalam kitab Fadhail Amal.

2 comments:

Ahmad Al-Hadi said...

Memang lah saya perlu baharui iman saya lagi dan lagi dan lagi.....

Ziarah76 said...

ahmad hadi,
saya lagi berhajat dan amat perlu perbaharui iman..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails