Tuesday, January 12, 2010

Kuatkan iman...



Aku bangga kerana negeri kelahiran aku, Selangor mempunyai Sultan yang tegas dalam isu penggunaan kalimah Allah berdasarkan kenyataan Sultan Selangor yang disiarkan dalam akhbar-akhbar.  Alhamdulillah terhadap perkembangan yang berlaku.
Namun selain drpd itu, bagi aku, undang-undang atau peraturan atau hukum hakam bukan segala-galanya dalam hidup ini.
Contohnya, walaupun, perintah Allah seperti solat diletakkan di depan mata pun, jika iman lemah maka tiada daya pendorong untuk mengamalkan perintah Allah. Begitu juga dalam meninggalkan larangan Allah.
Usaha dakwah menguatkan iman akan menjadi asbab ubat untuk selesaikan masalah umat ini.
Beberapa jam sebelum ni, aku dapat SMS daripada seorang ustaz yg menyokong fatwa mengenai kalimah itu, tetapi dgn tambahan kepentingan iman amal. SMS dia berbunyi:
Drpd satu sudut, bagus bantahan orang Islam Msia tu, sebab mereka betul2 sayangkan Allah, tapi kenapa perintah Allah ada mereka tak sayang? Solat, puasa dll.
Dulu ada undang-undang digubal supaya nama Allah hanya untuk orang Islam sahaja, kerana takut berlaku kekeliruan... tapi sebenarnya, orang yang kuat iman, takkan keliru langsung... seolah-olah undang-undang tu menggalakkan orang terus dengan kelemahan imannya.... di sini bukan menunjukkan kita perlu menyokong orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah... tapi sebenarnya orang Islam langsung tak berdosa kalau diamkan diri sahaja dengan tindakan kristian tu... Tapi orang Islam sangat berdosa bila biarkan perintah Allah dicuaikan di depan mata...
Sekiranya takut berlaku kekeliruan...., bukan sekadar undang-undang macam tu yang perlu digubal, bahkan undang-undang untuk semua ialah buat dakwah lah yang patut dilaksanakan...
Kalau terus marah! Boleh...! Tapi kita mesti lebih marah lagi bila perintah Allah ditinggalkan.
-Waallahualam bissawab.

10 comments:

ibnu dinar said...

gua sokong 1000% ustaz ni..
gua yg kat iran ni pon solat campor dgn diaorang kat surau.. xde masalah pon.. iranian pon hormat bl orang2 sunni solat berjemaah.. semua kita adalah sama.. umat Muhammad SAW..
semoga Allah bg hidayah di serata alam.. Amin

Ziarah76 said...

ibnudinar,
kawan pun stuju dgn ustaz tu, tapi 1,001 peratus, lebih satu dr awak.
hehehe.

hidayat seluruh alam

zarch said...

Assalam, para anbiya dan para sahabat begitu risau akan penyalahan-guna nama Allah yang mana pengabdian selain dari Allah, atas itu mereka sentiasa berfikir dan berusaha agar insan sekelian kembali kepada erti sebenarnya nama Allah.

Atas kerisauan itu, alhamdulillah kita kini menjadi kalangan yang mengenal Allah. Seterusnya umat Islam hari ini juga harus ada kerisauan yang sama dan mengambil usaha yang sama.

Diberitakan juga, hari kiamat tidak akan berlaku selama mana ada insan yang menyebut nama Allah.

”Tiada akan datang hari kiamat selama masih ada di bumi yang menyebut Nama Allah".(Muslim)


Wallahualam....

fez said...

Thanks ziarah for your comment. I only did what I think is right. I'm quite sad to see some people just agreed with the issue. Didn't they think first about their children might get confused in the future? Wallahualam...

Ziarah76 said...

zarzh,
betul zarzh, semoga Allah campakkan fikir risau yang sama kepada kita.
hari ini, mufti2 dlm muzakarah fatwa kebangsaan dah lama buat keputusan kalimah tak boleh disalah guna, tak boleh digunakan oleh bukan Islam.
Fatwa kata, perkataan Allah, solat, baitullah, kaabah tak boleh digunakan oleh bukan Islam.
-Semoga Allah campakkan fikir risau agama dan terus buat usaha agama tanpa cuti. Amin.

Ziarah76 said...

whiteberry,
alhamdulillah, you certainly have the fikir, thinking as good as what the ummah need, which is to think of how to make sure our deen, Islam and iman must be protected dan strengthen not only for ourself, but also for our family, jiran, seluruh umat until day of kiamat.
The anbiya a.s also think deeply to spread Islam, make sure that mankind obey commandment of Allah. Allah is The One and Only.
Lailahaillah Muhammadurrasulullah.

-thanks whiteberry.

Admin said...

gua tak alim. tapi kata alim maulana hadi besut..segala assebab, benda-benda, perancangan dan peraturan tidak ada apa-apa kesan dan kuasa. dan yakin yang macam nie mahu hadir dalam hati gua dan hati-hati umat ini. Gua dengar dari maulana saad..aturan alam ini bukan untuk diambil manafaat dari Allah. aturan alam ini bukan sunatullah. untuk ambil manafaat dari Allah melalui sunatullah. sunatullah adalah agama Allah (maulana ada menyebut beberapa potong ayat Al-Quran yang gua tak sempat nak salin mengenai sunatullah). tidak ada perubahan dalam sunatullah. hari salah faham umat ialah menganggap dunia ini sunatullah. dan kita selalu cakap sakit dan sembuh datang dari Allah.. tapi untuk memenuhi sunatullah kita makan ubat. maulana beritahu tentang perubahan yang ada dalam contoh di atas. dengan makan ubat akan sembuh atau tidak sembuh, dan inilah perubahan dan ianya bukan sunatullah. dalam hukum Allah ada janji-janji Allah yang tidak pernah berubah. Bagaimana dalam solah ada bermacam janji Allah. (bayan maulana sangat tinggi).
kata maulana hadi... kita buat kerja kita dan Allah akan buat keputusanNya.

Ziarah76 said...

kilat,
ye, sahih, kita mmg kena buat kerja lagi dan lagi.

hainur hapis said...

Assalamualaikum

salam ziarah tuan ziarah76


mintak doa Insya Allah


Assalamualaikum

Ziarah76 said...

hainur hapis,
insya-Allah semoga Allah beri keberkatan hidup kepada saya dan tuan, diselamatkan daripada azab kubur, mahsyar, mizan, sirat, neraka. Dan Allah berikan rahmat untuk kita masuk syurga Allah SWT.
amin.
--- kita doa lah sama-sama. Sertakan daku dalam doamu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails