Friday, January 8, 2010

Kutuk kes bakar Gereja (update)

Masa zaman blaja-blaja dulu, aku pernah baca cerita orang bakar gereja. Tapi tu di eropah. Mamat yang bakar gereja tu terpengaruh fahaman anti-christ yang popular bagi band underground black metal. Nama band dia Burzum, kalau tak silap.
Akhirnya mamat tu ditangkap polis, tapi dapat jugak dia buat lagu, lirik...etc dalam penjara dan akhirnya buat album.
Tapi hari ini, kes orang bakar gereja dah ada di Msia.
Ini suatu yang tak boleh diterima!!
Tiada dalam ajaran Islam untuk mengapa-apakan rumah ibadat agama lain, hatta dalam keadaan perang.
Persoalannya, siapa kah dalangnya? Adakah motifnya? Adakah ini suatu tindakan mengambil kesempatan untuk menjadikan pihak tertentu sebagai scapegoat?
Kesian polis yang terpaksa ditambah beban tugas, jenayah biasa semakin bertambah, terpaksa pulak melayan benda-benda begini pulak.
Dan situasi di kalangan masyarakat boleh menjadi tegang, harap2 jangan.
Aku harap polis kuatkan semangat, dan hubungan majmuk antara kaum, agama di negara ini tak terjejas dgn kejadian ini, lagipun, masyarakat Msia sepatutnya sudah matang dalam menangani masalah begini, tak sepatutnya timbul insiden seperti ini.
Aku teringat surah Rum dalam al-Quran. Apabila Rum runtuh, maka orang Islam diejek bahawa, orang Rum yang juga menganut agama samawi telah kalah. Diberitakan, dalam masa yang singkat dan tidak semena-mena, Allah telah beri kekuatan kepada Rum dan akhirnya mereka menang.
Aku teringat kisah penghijrahan sahabat-sahabat Nabi ke Habsyah yang mana mereka diberi perlindungan oleh Najashi yang beragama Kristian.
Konflik antara Islam dan Kristian juga berlaku dalam sejarah yg paling popular ialah perang salib.
Aku teringat kisah kunci baitulmaqdis diambil oleh khalifah Umar al-Khattab r.a. Kisah sebanyak 13 tampung yang ada di jubah Umar r.a. Orang kristian mengalu-alukan kedatangan orang Islam kerana mereka sudah tidak tahan dizalimi Yahudi.
Dan bagaimana kedatangan Islam yang berkembang telah membebaskan orang kristian daripada kuku besi dan penganiayaan.
Islam telah membebaskan mereka daripada penghambaan kepada makhluk kepada penghambaan kepada Allah, mengeluarkan manusia daripada fikir dunia yang sempit kepada fikir akhirat yang luas.
Aku teringat Andalusia... oohhhh...kisah mu sungguhku terkesan.

Orang bukan Islam bukan untuk diapa-apakan, mereka perlu didakwahkan kepada Islam tanpa sebarang paksaan. Mayat orang yahudi diusung di hadapan Nabi S.A.W. Lalu baginda S.A.W menangis. Sedih kerana orang Yahudi itu mati tanpa kalimah maka akan ke neraka selama-lamanya.
Ini perlu ada dalam fikir kita, simpati terhadap umat manusia, kesian kepada umat. Manusia yang mati tanpa kalimah, orang Islam akan ditanya. Saya dan tuan bertanggungjawab sampaikan kalimah, selamatkan umat manusia, bukan musnahkan manusia. Selamatkan manusia daripada api neraka.

Hari ini manusia menuju kerugian, kerja kita bawa mereka kepada agama.

Semoga Allah pelihara kita. Amin

--Ooohh... sebelum menamatkan entry, aku teringat kata-kata Nabi Isa A.S: "Kehidupan dunia umpama 3 hari - semalam sudah berlalu, hari ini sudah nak habis, esok belum tentu."
Walaupun diberi mukjizat mengubati penyakit, tetapi hartanya hanya sekeping papan yg digunakan utk berteduh kalau matahari dari sebelah kanan, maka beliau berlindung di sebelah kiri dan jika matahari di sebelah kiri, dia berlindung di sebelah kanan papan.
--Mari kita korban lagi dan lagi.



Gereja di PJ dibakar.

5 comments:

Umma-ali said...

Aslm, bila xde ilmu, jadik macam ni lah...sepatutnya kita tunjuk akhlaq yg baik, barulah org lain dpt hidayah...apa nak jadi dgn warga Islam Malaysia skrg ni ye? Semua kita ummat Nabi saw, bkn yg Islam je, org agama lain pun ummat Nabi saw juga, perlu kita risau dan fikirkan.Saya selalu bayangkan apabila melihat anak2 cina yg berkawan dgn anak saya di sekolah cina, kalaulah mereka ni tak dapat hidayat mereka akan diam dlm neraka selama-lamanya...kkdg menangis juga sbb badan kita ni kecik2 mana nak tahan api neraka yg batunya saja sebesar gunung uhud...kesian kat depa tu...

musa said...

Semua orang Islam, yahudi, Nasroni. majusi Hindu, Budhha dan apa sahaja agama didunia ini adalah umat nabi saw,yang perlu kita ajak mereka kpd islam dan kita kesihan dalam hati kita, kerana bila mereka mati tanpa iman mereka akan masuk neraka selamanya. Orang Islam yang minum arak, berjudi, berzina dan membuat apa sahaja maksiat adalah umat nabi yg perlu kita usahakan supaya mereka menjadi orang beramal perintah allah ikut sunnah nabi saw dan menjadi umat terbaik. Jadi jangan kita membenci sesiapa dalam hati kita kecuali membenci amalan kufur mereka tapi tidak pada diri mereka, ini sifat orang beriman sebenar.

Anonymous said...

salam ziarah.. dikhuatiri bukan org Islam yg buat.. ditakuti ada pihak2 yg menangguk di air keruh bg menggambarkan betapa teruk n emosinya umat Islam sekarang.. mcm kes sept11 yg dulu.. diorg dok kata org Islam yg buat tp x de bukti pun.. yg pasti pd hr kejadian sorg Israel pun x pg keje.. camner tu?

Ziarah76 said...

umma-ali,
api dunia pun kita tak tahan, ini kan pula api neraka yg tak terperi azabnya.
Semoga Allah masukkan kita semua dlm syurga dan jauhkan daripada azab neraka.
amin.

musa,
betul, kekufuran itu yg dibenci bukan orangnya, orangnya perlu didakwahkan kepada Allah.

Ziarah76 said...

anonymous,
itu lah yg dikatakan menjadikan orang lain sebagai scapegoat = kambing hitam. Dikorbankan.
Org yg buat kerja tu 'baling batu sembunyi tangan'.
Macam2 kemungkinan ada, tapi kita doa kpd Allah semoga Allah pelihara kita dan berikan hidayat kepada semua umat Nabi S.A.W.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails