Thursday, January 21, 2010

Najib ke India

Masalah teknikal Ziarah76
Sebelum apa2 biar aku bagitau masalah blog ni. Aku pun keliru semacam je pada blog Ziarah76 ni. Sblm ni ada diberitahu oleh Zarzh bahawa kalau dia nak bukak Ziarah76 akan timbul masalah internet, contohnya tetiba timbul pop-up window yg entah dari mana datangnya, hingga ke tahap dia terpaksa tutup komputer. Sejak beberapa hari ni, aku sendiri nak bukak Ziarah76 pun susah. Baru bukak sekejap lepas tu keluar tulisan macam kat bawah nih:

Internet Explorer has encountered a problem and needs to close. We are sorry for the inconvenience. Please tell Microsoft about this problem.
Apa cerita? Ada sapa2 tahu boleh bagitau aku. Aku notis, masalah ni makin menjadi2 lepas aku tukar templete 3 column minima warna biru yg selepas tu aku tukar warna coklat. Baru bukak sekejap je terus dia tutup sendiri window tu. Sama ada bukak kat lap top atau PC lain e.g office pun jadi camtu. Tapi bila bukak web page, blog lain okay lak....
Emmm... oleh kerana aku pun tak reti sgt pasal benda2 begini jadi aku assume mungkin pasal template yg dulu2 bertindan2 coding HTML tertentu, jadi solutionnya pakai template standard blogspot yg aku pakai sekarang. Tapi masalah masih ada. Kalau berlarutan aku rasa nak tutup je blog ni, atau mula buat blog lain atau terus pencen.
Entah... korang punya fikir macam mana? Mintak syor sikit....

--------------------------------------------------------------------------------------

PM, Najib dan India

Semalam, Perdana Menteri, Najib Tun Razak mula berada di India.
Berita mengenainya yang menarik nak dibaca ialah mengenai visa Mudahkan pengeluaran visa.
Mengikut laporan tu, ia adalah langkah kerajaan Msia utk memudahkan rakyat India mendapat visa untuk datang ke Malaysia atas sebab pelancongan dan perniagaan.
Mudah-mudahan kemudahan ini dimanfaatkan untuk jadi asbab kemajuan usaha dakwah di negara ini, bukan sekadar kelonggaran digunakan oleh orang India yang dtg ke Msia untuk bekerja di restoran mamak atau industri lain.
Contohnya, moga2 ia untuk kemudahan maulana-maulana dan orang tua-tua kita di Nizamuddin lebih kerap berkunjung ke Malaysia.
Para pendakwah zaman dulu datang ke nusantara dikatakan para pedagang yg berniaga di Tanah Melayu. Terdapat juga teori yang mengatakan bahawa tujuan utama pendakwah zaman dahulu ialah kerana agama, tetapi pada masa yg sama melakukan perniagaan sebagai sampingan untuk menampung keperluan hidup ekoran perjalanan zaman dahulu mengambil masa yang lama untuk ke sesuatu tempat, sama ada melalui jalan laut atau darat.
Contohnya, bila sahabat-sahabat Nabi SAW ke China melalui jalan sutera, mereka akhirnya dapat mengembangkan Islam di sana yang penduduk Islam lebih ramai berbanding di Malaysia/tanah Melayu. Antara keperluan yg mereka lakukan di China ialah berniaga, orang bukan Islam tertarik dengan akhlak mulia orang Islam lalu memeluk Islam.
Hari ini, alhamdulillah kerana jika visa jemaah-jemaah dakwah dikeluarkan dgn cop atas sebab urusan pelancongan, itu tidak mengapa, bahkan memang layak pun. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui.
Dalam satu hadis.
Dari Abu Ummamah r.a berkata bahawa seorang telah bertanya: Ya Rasulullah! Izinkan aku berkelana. Maka Rasulullah telah bersabda: Kelana umatku ialah berjihad di jalan Allah. (riwayat Abu Daud).
Dari satu segi, mengikut kenyataan Perdana Menteri kita, kelonggaran visa adalah yang dikeluarkan oleh Malaysia kepada warga India, tapi bagaimana pula kelonggaran yang sepatutnya turut diberikan oleh India kepada warga Malaysia?
Sepatutnya India juga perlu memudahkan visa untuk rakyat Malaysia ke India, sebagai menghargai hubungan bi-lateral yg kukuh ini. Lagipun, ia sepatutnya tidak menjadi masalah kerana, orang Islam yang hendak ke India yang hendak ke Nizamudin atas urusan agama sepatutnya dipermudahkan kerana tiada apa-apa yang boleh menjejaskan India, bahkan membangunkan sektor pelancongan mereka!
Namun setakat ini biasanya 'orang yang mempunyai rambut bawah mulut' diberi visa satu bulan atau enam bulan. Yang leceh bila dapat sebulan, dan mereka kena jalan terus, tak boleh tunggu2. Ada juga yang tak dapat langsung! Terpaksa lah ke Bangladesh atau Pakistan, itu pun kalau dapat ke Raiwind.
Apapun ini semua hanya asbab, dan kita diajar supaya gunakan asbab tetapi jangan yakin dengan asbab. Yang sbenarnya berlaku adalah apa yang ditentukan Allah. Perlu lah kita mengikut nasihat orang tua2 kita iaitu tawajuh kepada Allah, dan Allah selesaikan masalah kita. Ini pilihan Allah. Allah kuasa, makhluk tiada kuasa.
Ya Allah pilih lah hamba-Mu yang hina ini.


PORT OF SPAIN, 27 November 2009 -- Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mendengar khutbah yang disampaikan oleh Mahammad Asrarul Haque dari New Delhi, India selepas solat sunat Hari Raya Aidiladha. Turut sama anak bongsunya Norashman Razak (dua, kanan).



Ijtimak masih segar dalam ingatan...

5 comments:

seorangnenektua said...

Asalamualaikum

Janganlah tutup blog.Nenek tak ada masaalah buka pun!

Ahmad Al-Hadi said...

Salam bro....

Saya sokong nenektua....jangan la merajuk.... ana bukak ok je....

Husaini said...

salam...
hehe...ok jer..x da maslah pon nk bkk ..
try le tuka layout laen...mane tau bely solve ker..

zarch said...

Asalam, saya syor teruskan dengan nukilan-nukilan kata nasihat ziarah76 dengan blog ni. Lagi pun, ziarah76 ada taka (keupayaan) dalam hal-hal infiradi sebegini.

Tentang pop-up ads yang kadang-kadang ganggu sesebuah blog, ada saya terbaca dalam ruangan pertanyaan blog, bagaimana hendak menghapuskannya, yang biasanya ia tertanam seperti melalui gadget iklan-ihklan dari kita ataupun pihak lain.

http://www.google.com/support/forum/p/blogger/thread?tid=7468e9f18136fb15&hl=en

wallahuallam...

Ziarah76 said...

baru tangguh 3 hari khuruj.

nenek,
ok nek, buat masa ni tak tutup blog.

ahmad al-hadi,
bukan merajuk aaa... pening je..

husaini,
buat masa ni hold dulu tukar layout, dah okay semua baru bole tukar ke apa2 ke

zarzh,
aduhh... saya takde daya upaya...
trima kasih bagitau google tu... baru tengok tadi, mungkin widget tu nak dibuat balik.
tp sekarang dah okay sikit, bila buka page dia tulis

'not implemented'

tapi boleh laa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails