Thursday, February 26, 2009

Mama said on education

by ahliah mutakalim.
DUA belas tahun akan datang, apa akan jadi pada anak kita? Sekarang ni anak yang sulung baru masuk 7 tahun, tapi tengok pelajaran dia macam advance betul, takut mama tengok naufal punya buku pelajaran, homework..etc. Boleh ke buat, jawab math n sains dlm bahasa inggeris ni?
Baru2 ni anak periksa, ujian. Jadi kena buat la sikit revision, mama jadi cikgu la. Fuhh... mencabar betul bagi budak umur camtu. Zaman kita dulu, masuk darjah satu baru nak kenal ABC, dia baru ujian pertama dah kena pandai baca n jawab math in English. Cuba bayangkan macam mana bentuk peperiksaan dia nanti bila nak masuk universiti, kelak?. Dah tentu mama dia kena ambil tuisyen pulak ajar dia... he he...
Sekarang ni pelajaran tadika macam darjah satu, sains pun dah ajar in english pulak tu. Bila tanya, diorang kata nanti senang nak masuk darjah satu, cikgu tak susah2 mengajar budak dah pandai, boleh ke jawab camtu? Masa depan agaknye, cikgu math tak payah susah2 ajar kalkulus dan algebra sebab kat tadika dah ajar. ni serius ni..cuba fikir.
Pada masa sama, kita ni kesian pada anak kita sbb tak enjoy life kanak2 asyik kena belajar je, ye lah, kanak2 tak sama tahap mindanye, lain2, ada yg cepat n lambat pick-upnye. Kalau yang lambat tu tak gelabah ke ibu bapa dia?
Sekarang ni tuisyen untuk budak sekolah tadika pun ada, pelik kan, padahal bukan ada peperiksaan utama pun. Darjah satu pun belum.
Trend waktu ni pulak, nak masuk sekolah yang ok, kena ambil periksa dulu, macam nak masuk PTD pulak. nasib baik soalan tak macam PTD. Ni baru 7 tahun, 12 tahun akan datang macam mana pulak? Cuba fikirkan, apa sebenarnya negara kita nak buat pada anak2 kita?
Rasa2 nye kan, boleh tak kita n orang2 lain expect budak darjah satu yang dah pandai baca akan berjaya cemerlang 12 tahun akan datang? Dan seterusnya 5 tahun akan datang atau tamat universiti. Tu lah persoalannye kan..
Dlm bab sains n math in english pulak, sebenarnya apa yang negara kita nak capai? Budak yang tahu cakap bahasa Inggeris ke atau budak yang pandai jawab sains n math dlm english (menulis). Tak tau la kan. Yang pasti anak2 kita jadi korban experimen...kesiannn. Bukan setakat budak2, cikgu pun tak tentu lagi pandai ajar math n sains dlm english. cikgu pun jadi korban experimen. Cikgu pun manusia gak.
Ni suami nak menyampuk sikit (pjg sikit la):
"Sekarang timbul pula sana sini PPSMI dibantah. Tp sebenarnya dari awal lagi dah ramai bantah, cuma dipendamkan bantahan tu. Hakikatnya, ramai sama ada tokoh bahasa, akademik, budaya, dll pun x setuju PPSMI. Para akademik kata ia bcanggah dgn pedagogi pendidikan. Org cina di sekolah cina belajar math dlm bahasa ibunda n math diorang cukup cemerlang. Tu belum cerita orang Jepun, Perancis, Jerman yg cemerlang walaupun terus taat dgn bahasa ibunda. Ada beri alasan supaya senang nak dpt keje sbb boleh cakap inggeris, betul ke?, rasanye kalau nak bagi orang boleh bercakap kena
kukuhkan komunikasi bahasa tu, maknanya mata pelajaran BI kena kukuhkan. Bukan kukuhkan BI melalui sains n math. Org yg pandai math n sains ada gak yg x reti cakap BI. Ada org pandai BI ada gak x tahu sains n math. Kalau pun semua tu diatasi, soal pasaran keje kadang2 subjektif dan byk faktor mempengaruhi. Opps...terpanjang pulak. Ok2 stop dulu, biar orang rumah sambung."
Sudah2 la tu ... dah cakap dah mesti panjang hujahnye, ni yg malas nak kasi chance ni. Idea pun dah hilang. Tapi berbalik pasal anak2 nih.. yg penting skarang ni ialah kita ibu bapanyalah yg perlu main peranan utama.. ilmu yg dia dapat tuh kalau boleh dipraktikkan terutama bidang agama misalnya kat sekolah ajar solat, kita kat rumah mesti terus tekankan amalinya, biar dia biasa solat, kat sekolah ajar mengaji quran, kita kat umah kena suruh dia terus ngaji quran biar kualiti skit ilmunya kan..jgn cemerlang peksa tapi amali hampas.. tu yg takut tuh.. byk jadi tuh sekang nih.. Kita ibu bapa jgn duk nak tekan akademik je, agama bekal utk akhirat tu jgn dilupa penting sesangat tuh..(nasihat untuk diri sendiri)..weih susah ibu bapa kat msia ni.. nak kena praktik sungguh-sungguh 6 pesanan untuk wanita mukmin (insya Allah post akan dtg)... apa pikiran anda berkenaan pendidikan di msia nih?

14 comments:

Suzi said...

salam izat...
saya pun risau fikir cara belajar kat m'sia...jauh beza dgn kat sini yg lebih santai...
kat m'sia lebih orientasikan exam...pulun anak2 kita belajar nak pass exam...lepas exam terus hilang semua....
dulu anak kami iman selalu nangis tak nak ke sekolah padahal masa tu baru tadika...dgn h/worknya yg byk...
kat sini alhamdulillah...seronok diaorg malah kalau cuti pu tanya bila nak ke sekolah....
nanti kalau balik m'sia mungkin anak2 kami akan 'terkejut' dan susah juga nak sesuaikan diri dgn suasana kat sana....

Anonymous said...

salam kak suzi,
betul lah kak suzi kata tu, kat msia ni memang berorientasikan exam, sapa yg pass full A, dia yg cemerlang, sapa tak dpt A dianggap gagal. Rasanya tadika kat msia ni h/w mesti byk.. kesian..Ada kawan belajar kat US, anak dia pun blajar cam style ostolia gak, santai pakai baju biasa..no white uniform, yg sudah pasti kotor bila balik sekolah..pulun berus.. he he.Pasal camna nanti balik msia rasanya insyAllah semua ok.. bila balik kak?

Dewangga Sakti said...

Salaam Ijat,
Mana syah ni?

PPSMI tu drpd awal sepatutnya tak ada kerana perlaksanaannya terburu-buru.
Sungguh malang rakyat(pelajar2) Malaysia.
;)

Zoy

Sofinee Harun said...

Salam,

emm..education. Rasanya kalau akak kat malaysia memang sejak anak baby tak cadang lah nak hantar sekolah. Dan di UK pendidikan macam suzi katalah, very fun and light. Tapi ada jugaklah proand kontranya.

Tapi, memeng bila di tengok and di kaji berbagai2, satunya system pendidikan kita terikat dengan politik. Juga dengan dasar pandang ke British sebab kitakan under jajahan British walaupun dha merdeka, tapi tak merdeka sebenarnya. Kita sangatlah mengagungkan bahasa English. (termasuklah yg bagi komen ni dok sturggle ajar anak BM!).

Iu bapa sebenarnya ada hak yang boleh di pegang dan di gunakan, sebab at the ned, anak kita, depan Allah .s.w.t. kitalah yang akan di soal. Tapi, malangnya kita jugak terikat dengan system education yang bermain di kepla kita, bahawa camna kita nak ajar sebab kita bukan cikgu. BUkankah kita yang mula sekali mengajar perkataan pertama pada anak kita. semestinya kita kenal anak kita lebih dari org lain. Maka kitalah cikgu terbaik untuk anak2.

Semoga ibubapa di Malaysia mempunyai kekuatan untuk sedar bahawa anak adalah amanah Allah .s.w.t. Kejayaan di dunia tidak mempunyai erti sekiranya seseorang itu tidak mempunyai agama dan akhlak yang mulia.

Anonymous said...

Salam kak ummi,
Memang besar tanggungjawab kita ibu bapa sebenarnya.. soalan depan Allah lah yang paling takut nak hadap ni.. kat situ bukannya bole jawab main2.. semua dah terpampang kat sana. Apa yg kita belajar dan ajar pada anak kita kat dunia ( cth: kalkulus, algegra, bm, bi ), Allah takkan tanya kan.. aduh doa kekuatan utk saya laksanakan tgngjawab saya sebagai ibu dgn baik ye kak..insya Allah..

Ziarah76 said...

zoy, ni kira 1st time ko komen dlm blog aku.
kita kena duduk placement test english n arab masa masuk UIA dulu, cuba bayangkan anak2 kita kena duduk placement test utk sains math dlm bi utk masuk sekolah men sbb ppsmi nih. sekarang anak aku dah kena placement test umum utk masuk darjah satu, tp utk tentukan kelas. masa depan amacam?

Ladyship Atie said...

Indeed, Rasulullah ada pesan supaya kita mempelajari bahasa lain.
Em, entahlah, atie sebenarnya tak pandang perkara ni negatively, cuz actually, belajar subjek2 tu dalam english dari peringkat awal boleh dipandang sebagai sesuatu yg bagus.
Sbb bila dah masuk peringkat seterusnya tak delah nnt merangkak2 nak get used to the english terms.

Cuma, satu persoalan, knp govt beria2 nak perkasakan english, tapi x de pulak nak perkasakan didikan ISLAM dari peringkat awal.

Kalau both dijalankan seiring, surely tak ada ramai sangat yg nak bantah kan?.

Allahua'lam.

Anonymous said...

Atie,
betul la tu, belajar bahasa lain dituntut. Tp pd pandangan saya nak kukuhkan BI perlu kena pd tempatnya iaitu perlu gak pd subjek BI itu sendiri, bukan kat subjek sains n math je, kan? Technical beza dgn komunikasi semata2.

Tulah saya pun hairan kenapa gov tak beriya2 nak tekan pendidikan islam peringkat awal. Kita ibu bapa yg kena cari inisiatif nak cari tadika yg tekan pendidikan islam dan praktikalnya ( yg ada ajar solat, iqra', etc ). Sepatutnya subjek inilah yg perlu ditekankan pd anak2 supaya ilmunya berpanjangan kan?

Syamsulfaiz said...

Baru2 ni aku berkesempatan bersembang pasal bab pendidikan dengan kawan2 yang menetap dan hantar anak ke sekolah di UK. Walaupun umur 3 tahun sudah kena pergi sekolah tetapi syllabus pendidikan UK tidak berasaskan peperiksaan tetapi lebih kepada perkembangan minda dan idea praktikal. Jadi budak2 dilatih bertanya dan memberi pendapat. Kagum tengok anak2 diorang petah bercakap bila ditanya.
Walaupun peperiksaan ada tujuannya tetapi kalau terlebih tumpuan boleh beri tekanan kepada budak2 dan membantutkan minda.

Ziarah76 said...

betul long, aku dah lama stuju umur 3-7 thn patutnya masa utk pengembangan minda, kreativiti, idea n potensi diri melalui cara menarik, menyeronokkan, santai n penyertaan aktif dlm pembelajaran. Pupuk minat n kyakinn diri, boleh btanya n mjawab. Dulu kat TV ada program PakLah melawat rakyat Msia di UK, ada sorang cikgu yg futher study kat sana, tanya PakLah pasal perkara ni iaitu education bagi budak umur camni kat UK & most negara maju fokus on pengembangan minda tp nape di Msia x begitu malah mmbebankan budak dgn exam semata2?. PakLah jawab sbb persaingan. Pendapat aku, kita kena ambil yg baik dari negara maju ni dlm bab ni iaitu cuba apply pendidikan yg begini di Msia gak, jgn bebankan dgn exam je. Habis tu gov kata kita nak menuju negara maju?

Dewangga Sakti said...

Exam-oriented.
Itulah negara kita.
Belajar tak menyeronokkan lagi.Jika budak-budak tu rasa satu beban belajar,apa akan jadi nanti?
Alasan sebenar PPSMI pun kabur kerana perlaksanaannya terbur-buru. PTS ada keluarkan satu buku yg ditulis oleh prof bahasa,sains,budaya Malaysia yang menentang PPSMI ini.Orang yg pro-PPSMI ni kata yg org DBP dan bahasa shj menentang tetapi realitinya ramai (kebanyakan) profesor dan cendekiawan Malaysia(termasuk Pro Ungku Aziz) drpd pelbagai bidang (sains dll) yang menentang dgn memberikan statistik dan alasan yg kukuh.
Untuk meningkatkan bahasa Inggeris ni dgn berkesan,boleh tiru model yg digunakan di Sek Berasrama Penuh.Pelajar diasingkan mengikut kebolehan bahasa dan diberikan penekanan yg sepenuhnya berkenaan tatabahasa dll.
Lagi satu,ramai yg sudah lama tidak bersetuju dgn PPSMI ni tetapi zaman Mahathir dulu,pendapat mereka tidak ada tempat di media kerana cengkaman dan kediktatorannya.Skrg media dah terbuka sedikit (walaupun masih ada berat sebelah,half-truth) dan internet spt blogging ,web semakin dilayari ramai.
oh Malaysiaku!
:)

Ziarah76 said...

zoy,
Leadership dulu n sekarang mmg ada beza. Pasal propaganda media tu, it's part and parcel of the press world today. Maybe we're part of it? or any of your friend who work as journalist with main stream media?...

Anonymous said...

Hello !.
You re, I guess , probably very interested to know how one can collect a huge starting capital .
There is no initial capital needed You may commense to get income with as small sum of money as 20-100 dollars.

AimTrust is what you need
The firm represents an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.

Its head office is in Panama with offices around the world.
Do you want to become really rich in short time?
That`s your choice That`s what you desire!

I feel good, I began to get real money with the help of this company,
and I invite you to do the same. It`s all about how to select a correct companion who uses your money in a right way - that`s the AimTrust!.
I take now up to 2G every day, and what I started with was a funny sum of 500 bucks!
It`s easy to get involved , just click this link http://haxokitume.1accesshost.com/katihi.html
and lucky you`re! Let`s take our chance together to get rid of nastiness of the life

Anonymous said...

Hi!
You may probably be very curious to know how one can manage to receive high yields on investments.
There is no initial capital needed.
You may commense to get income with a sum that usually goes
for daily food, that's 20-100 dollars.
I have been participating in one company's work for several years,
and I'm ready to share my secrets at my blog.

Please visit blog and send me private message to get the info.

P.S. I make 1000-2000 per daily now.

http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails