Saturday, October 25, 2008

Kematianku & kematianmu...

PERNAHKAH anda terfikir bahawa anda akan kehilangan orang tersayang kerana kematian dalam tempoh terdekat dengan waktu yang kita tidak tahu bila. Atau bagaimana pula jika malaikat maut menemui diri kita sendiri? [Baca selanjutnya...]
Persoalan ini perlu terlintas dalam diri kita kerana maut adalah pasti bagi setiap yang bernyawa dan waktunya boleh terjadi pada bila-bila. Dan apabila ia berlaku, bagaimana pula hal keadaan kita sama ada dalam kesudahan yang baik (husnil khatimah) atau sebaliknya apabila malaikat maut mencabut nyawa kita?
Terlalu banyak kisah terjadi antaranya saudara mara, rakan-rakan yang semalamnya sihat, segar dan masih hidup tiba-tiba sudah tiada. Cuba bayangkan ada sebuah jenazah yang dimandi, dikapankan, disembahyangkan, dimasukkan ke dalam van jenazah, dibawa ke tanah perkuburan, dan dimasukkan ke liang lahad dan jenazah itu adalah diri kita sendiri. Bagaimanakah nasib kita nanti?
Nabi Muhammad s.a.w telah memberitahu mengenai apakah nasib ahli-ahli kubur sebagaimana diriwayatkan dalam hadis di bawah:
Dari Abi Said r.a meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah s.a.w telah masuk ke tempat sembahyang. baginda mendapati beberapa orang sedang bergelak ketawa sehingga ternampak gusinya. Rasulullah bersabda: Sekiranya kamu banyak mengingati maut iaitu satu benda yang akan memutuskan kamu dari kelazatan hidup nescaya kamu tidak akan berkeadaan seperti ini. Sesungguhnya tidak akan berlalu satu hari pun di mana tanah perkuburan kecuali akan bersuara; 'Aku adalah rumah pembuangan, rumah yang sunyi, rumah yang dipenuhi debu, dan aku adalah rumah yang dipenuhi cacing-cacing. Apabila seorang mukmin dikebumikan kubur akan berkata, "Selamat datang untuk mu. Kamu telah datang dengan keadaan baik. Di antara orang yang masuk ke perutku kamu lah orang yang paling aku sukai. Sekarang apabila kamu diserahkan kepadaku, kamu akan lihat bagaimana aku melayani mu dengan baik. Kemudian kubur akan diperluaskan sejauh saujana mata memandang dan sebuah pintu yang menghala ke syurga akan dibukakan. Seorang yang berdosa apabila dimasukkan ke dalam perkuburan, kubur akan berkata: "Tiada ucapan selamat datang untukmu, di antara orang-orang yang dimasukkan ke dalam perutku engkaulah orang yang palingku benci sekali, sekarang kamu telah diserahkan kepadaku, kamu akan lihat bagaimana aku akan melayanimu. Lalu kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah di antara satu sama lain. (Sebagai isyarat) Rasulullah menyilangkan kedua-dua belah jari jemari tangannya. Kemudian 70 ekor ular dilepaskan ke atasnya, sekiranya seekor sahaja mematuk di atas muka bumi ini nescaya tidak tumbuh sebarang pokok dan tumbuhan hingga hari kiamat. Ular itu akan mematuk sehingga ke hari kiamat. Baginda Rasulullah bersabda: Kubur adalah sebuah taman daripada taman-taman syurga atau sebuah lembah dari lembah api neraka. -Riwayat Tirmidzi.

4 comments:

Dr. Bentara said...

Death is certain life is not kata mat metal dulu...

Ziarah76 said...

ben,
Ada gak kompilasi lagu logam bertajuk: Death is just the begining...
zaman dulu la....
Ye lah... permulaan menuju barzah, mahsyar, sirat, mizan, syurga atau neraka...

Unknown said...

Betul tu sdr mutaklim, kematian adalah titik permulaan kepada satu perjalanan yang abadi.

Tetapi roadmapnya di sini. Oleh yang demikian kenalilah jalanmu dan sediakan bekalan secukupnya di sini.

Ziarah76 said...

mountdweller,
betul la tu... dunia lah tempat untuk mempersiapkan bekalan untuk akhirat yg kekal abadi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails