Monday, October 27, 2008

The time has come for Ijtimak...

IT was early 1980's when Malaysia held its first ijtimak (congregation) in Kubang Bujuk, Terengganu and then followed by several ijtimak before ended with the last ijtimak in Dengkil somewhere in 1990's. But in a musyuarah recently, Nizammuddin, Delhi gave a green light for Malaysia to host a another ijtimak in Julai, 2009. [Read More...]

The ijtimak-- a non-political congregation of dakwah movement -- will be held in several days, most probably 3 days program in which, among others to focuses on prayers, ceramah, kakuzahri, advices from the ulama to increase, strenghten and to rectify effort and the works of dakwah. The mass prayers are to seek guidance, rahmah and peace from Allah for mankind in this world and the hereafter. The program concludes with the Akheri Munajat or final doa congregationally before the thousands of jemaah formed and start their route after the mussoffah. The victory of ijtimak, among others, depend on the number of jemaah for khuruj fisabilillah for 40 days and 4 months.
The attendees -- the seas of devotees come from all over the world, various races, all walks of life, cross borders -- unite for Islam.
Normally, world ijtimak called Bishwa Ijtimak held anually in Tongi, Bangladesh since 1946 . It lasts three days and attended by over two million Muslims, making it the second largest congregation after the Hajj to Mecca. [Find out more about Bishwa Ijtimak please click here and here ]. Other than that, the same ijtimak also take place every year in Raiwind, Pakistan and Bhopal, India.
Early this year, Thailand host a big scale of ijtimak - 'Bangkok Ijtimak' where all the ulama from Nizammuddin attended dan thousand of jemaah were formed for khuruj fisabilillah for 4 months and 40 days. On top of that, Indonesia and Singapore were also at one time host the same peaceful and law-abiding congregational activitities.
Now the time has come for Malaysia to host the ijtimak and all the muslim especially daie are now must be all out to do all the preparation (of amal) to ensure the program gain success and the pleasure of Allah s.w.t.
Apa lagi tasykil... jangan kira apa... 4 bulan, 40 hari siapa sedia? seluruh hidup...

Saturday, October 25, 2008

Kematianku & kematianmu...

PERNAHKAH anda terfikir bahawa anda akan kehilangan orang tersayang kerana kematian dalam tempoh terdekat dengan waktu yang kita tidak tahu bila. Atau bagaimana pula jika malaikat maut menemui diri kita sendiri? [Baca selanjutnya...]
Persoalan ini perlu terlintas dalam diri kita kerana maut adalah pasti bagi setiap yang bernyawa dan waktunya boleh terjadi pada bila-bila. Dan apabila ia berlaku, bagaimana pula hal keadaan kita sama ada dalam kesudahan yang baik (husnil khatimah) atau sebaliknya apabila malaikat maut mencabut nyawa kita?
Terlalu banyak kisah terjadi antaranya saudara mara, rakan-rakan yang semalamnya sihat, segar dan masih hidup tiba-tiba sudah tiada. Cuba bayangkan ada sebuah jenazah yang dimandi, dikapankan, disembahyangkan, dimasukkan ke dalam van jenazah, dibawa ke tanah perkuburan, dan dimasukkan ke liang lahad dan jenazah itu adalah diri kita sendiri. Bagaimanakah nasib kita nanti?
Nabi Muhammad s.a.w telah memberitahu mengenai apakah nasib ahli-ahli kubur sebagaimana diriwayatkan dalam hadis di bawah:
Dari Abi Said r.a meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah s.a.w telah masuk ke tempat sembahyang. baginda mendapati beberapa orang sedang bergelak ketawa sehingga ternampak gusinya. Rasulullah bersabda: Sekiranya kamu banyak mengingati maut iaitu satu benda yang akan memutuskan kamu dari kelazatan hidup nescaya kamu tidak akan berkeadaan seperti ini. Sesungguhnya tidak akan berlalu satu hari pun di mana tanah perkuburan kecuali akan bersuara; 'Aku adalah rumah pembuangan, rumah yang sunyi, rumah yang dipenuhi debu, dan aku adalah rumah yang dipenuhi cacing-cacing. Apabila seorang mukmin dikebumikan kubur akan berkata, "Selamat datang untuk mu. Kamu telah datang dengan keadaan baik. Di antara orang yang masuk ke perutku kamu lah orang yang paling aku sukai. Sekarang apabila kamu diserahkan kepadaku, kamu akan lihat bagaimana aku melayani mu dengan baik. Kemudian kubur akan diperluaskan sejauh saujana mata memandang dan sebuah pintu yang menghala ke syurga akan dibukakan. Seorang yang berdosa apabila dimasukkan ke dalam perkuburan, kubur akan berkata: "Tiada ucapan selamat datang untukmu, di antara orang-orang yang dimasukkan ke dalam perutku engkaulah orang yang palingku benci sekali, sekarang kamu telah diserahkan kepadaku, kamu akan lihat bagaimana aku akan melayanimu. Lalu kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah di antara satu sama lain. (Sebagai isyarat) Rasulullah menyilangkan kedua-dua belah jari jemari tangannya. Kemudian 70 ekor ular dilepaskan ke atasnya, sekiranya seekor sahaja mematuk di atas muka bumi ini nescaya tidak tumbuh sebarang pokok dan tumbuhan hingga hari kiamat. Ular itu akan mematuk sehingga ke hari kiamat. Baginda Rasulullah bersabda: Kubur adalah sebuah taman daripada taman-taman syurga atau sebuah lembah dari lembah api neraka. -Riwayat Tirmidzi.

Thursday, October 23, 2008

Beraya sakan la anak-anak...


Dari kiri, Farhah, Sumaiyah dan Naufal memberi post istimewa pada hari raya pertama di kampung, baru-baru ini.

Tuesday, October 21, 2008

Contohi Ibnu Sina

IBNU SINA adalah tokoh ilmuan yang tidak asing lagi untuk dicontohi bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi juga kanak-kanak. Dipetik daripada kitab Shafahat min al-Ulama (muka surat 76) bahawa: [Baca selanjutnya...]
...kehidupan soleh Ibn Sina bermula sejak zaman kanak-kanak lagi. Dikatakan, jika mendapat persoalan dan kesukaran maka beliau akan segera berwuduk dan berangkat ke masjid untuk mengerjakan solat hajat dan memohon kepada Allah agar memudahkan kesukaran atau persoalan dan membuka kuncinya (kepada sebarang masalah). Amalan soleh kanak-kanaknya diteruskan hingga dewasa. (Daripada kitab Mendidik Anak Cara Rasulullah S.A.W. muka surat 457). Semoga Allah turut menganugerahkan ilmu yang bermanfaat kepada kita dan anak-anak kita. Sesungguhnya semua ilmu adalah milik Allah dan Dia memberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Rahsia tahajud & Istighna

SATU ketika Hadrat Jibril a.s telah mendatangi Baginda Rasulullah s.a.w lalu berkata: "Wahai Nabi, selama mana pun tuan hidup di dunia namun satu hari nanti tuan mesti meninggal dunia. [Baca selanjutnya...]
Apa sahaja amalan yang tuan lakukan pasti akan menerima balasannya. Dengan sesiapa sahaja tuan melakukan perhubungan (di dunia) pasti akan terpisah darinya. (Baik kerana kematiannya atau kewafatan tuan). Ketahuilah bahawa ketinggian seseorang adalah dalam mengerjakan solat tahajud. Kemuliaan seseorang adalah dalam Istighna (sikap tidak berhajat) dari orang." (Daripada kitab Targhib).

Keterangan: Solat tahajud adalah amalan yang akan meningkatkan darjat seseorang Islam dan ia adalah amalan nabi-nabi dan orang-orang soleh. Dalam hadis yang lain Nabi pernah bersabda, solat tahajud adalah cahaya dalam kubur. Rasulullah juga pernah bersabda jika tidak kerana ditakuti akan memberatkan nescaya baginda akan mewajibkan solat tahajud. Istighna adalah sikap tidak meminta-minta dan berasa cukup dengan apa yang diperoleh hingga tidak terjerumus kepada kehinaan dengan meminta-minta kerana dorongan nafsu. Orang yang mempunyai sikap ini adalah mulia dan berasa kaya kerana menganggap apa yang ada sudah memadai dan mencukupi. Tetapi jika tidak memiliki sikap ini maka seseorang tidak akan berasa cukup walaupun harta satu dunia diberikan kepadanya. Akhirnya dia jatuh ke lembah kehinaan. Wallahu alam.

'Hilang Halatuju, tenggelam dalam isu'

MUFTI Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin menulis dalam rencana bertajuk 'Hilang halatuju, tenggelam dalam isu' yang disiarkan Mingguan Malaysia pada 13 Julai 2008, antaranya ialah: "....matlamat yang baik, [Baca selanjutnya...]
mesti melalui cara yang diredai Allah. Kuasa untuk menegak prinsip. Bukan korban prinsip kerana kuasa. Nabi SAW menolak tawaran kuasa oleh pembesar Mekah, apabila terpaksa menggadaikan prinsip perjuangan. Biarlah perjuangan panjang dan lewat, asal ia bermatlamat. Sebab itu saya selalu mengulangi kata-kata tokoh umat yang besar, al-Syeikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi yang pernah ditujukan kepada al-Ikhwan al-Muslimin.: “Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain.Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur. Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal...istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi ialah ketulusan mereka dari memikiran kepentingan kebendaan, hasil yang segera. Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredaan Allah. Melaksanakan perintah -Nya dan menunaikan risalah-Nya. Akal dan pemikiran mereka tulus dari amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperoleh kerajaan. Bahkan itu semua tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka. Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperoleh pada masa itu hanyalah hadiah daripada Allah. Ia sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan… Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehnya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya. Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara Muslim, mengeluarkan manusia - dengan izin Allah- dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya. Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah Allah dan kemenangan pada Hari Akhirat. Juga kerana apa yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya dari ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kasihan kepada insan yang terseksa dan keinginan terhadap keselamatan manusia. Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa – setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah – tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya. Kesemua itu dalam reda Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah. (al -Qaradawi, Al-Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama ‘araftu, m.s. 122-125, Damsyik: Dar al-Qalam). ---Dipetik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2008&dt=0713&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_01.htm&arc=hive Keterangan: Ulama al-Syeikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi adalah salah seorang ulama yang terlibat aktif dalam usaha dakwah tabligh yang pernah berkunjung ke Malaysia pada tahun 1987. Mempelajari usaha dakwah daripada Maulana Ilyas sejak 1939. Lahir sekitar 1914 dan meninggal dunia pada 22 Ramadan 1420 hijrah (31 Disember 1999) setelah bersiap untuk menunaikan solat Jumaat, selepas mandi sunat Jumaat, beliau membaca surah Yassin dan ketika itu nyawanya diambil oleh Allah s.w.t. Maklumat lanjut ulama itu boleh diperoleh antara dalam http://www.nadwi.net.in/.

Syurga para sahabat

SUATU ketika, baginda rasulullah mendatangi majlis sahabat lalu bersabda: Pada malam aku telah melihat syurga dan martabat-martabat kamu dalamnya. Kemudian baginda berpaling ke arah Hazrat Abu Bakar lalu Nabi bersabda: "Aku melihat seorang yang pergi ke mana-mana pintu syurga maka daripada pintu itu kedengaran 'marhaba, marhaba (selamat datang). (Bagi setiap amalan soleh ada satu pintu yang khas dalam syurga. Sambutan dari setiap pintu bererti dalam setiap amalan soleh, dialah mendahului lagi mengatasi yg lain)
Maka Hazrat Salman berkata: Ya Rasulullah, orang yang menerima sambutan sedemikian rupa mestilah seorang yang terlalu tinggi martabatnya, " Baginda menjawab: orang itu ialah Abu Bakar. Kemudian baginda menuju ke arah Umar lalu bersabda: 'Aku melihat satu mahligai yang cantik sekali daripada mutiara berwarna putih dan dihias lagi dengan batu permata Yaaqoot. Aku bertanya kepunyaan siapakah mahligai ini. Maka aku diberitahu ini adalah milik seorang pemuda dari Quraisy. Aku menganggap akulah pemuda itu selaku Sayed al-mursalen, maka aku pun hendak memasuki mahligai itu, tetapi aku diberitahu bahawa mahligai itu adalah milik Umar. Selepas itu baginda menceritaan martabat dalam syurga yang ditentukan bagi hazrat Uthman, Ali dan lain-lain. Kemudian Baginda menuju ke arah hazrat Abdul Rahman Ibn Auf lalu bersabda: Dari kalangan sahabatku, engkaulah yang paling lambat sampai kepadaku. Sehingga aku mula bimbang dan takut nanti engkau sudah binasa. Ketika engkau dapat jumpa aku, engkau dalam keadaan berpeluh-peluh. Aku pun bertanya kepada engkau (Abdul Rahman) apakah sebab engkau begitu lambat masuk ke syurga? Maka engkau menjawab bahawa engkau telah terperangkap dalam urusan memberi hisab mengenai harta dan bahawa engkau terpaksa memberi keterangan mengenai cara yang mana memperolehi harta dan bagaimanakah telah membelanjakannya. ' Mendengar mengenai dirinya sendiri maka Abdul Rahman Auf mula menangis. Kemudian beliau berkata, "Ya Rasulullah pada malam tadi saya menerima seratus ekor unta termuat dengan barang2 daripada perniagaan saya ke Mesir. Saya hendak mensedekahkan kesemuanya untuk orang-orang miskin dan anak-anak yatim di madinah, mudah-mudahan dengan berkatnya, Allah ringankan lagi permudahkan hisab saya pada hari itu kelak. (daripada kitab targhib).

Keterangan: Semoga Allah s.w.t memberi rahmat, taufik dan hidayah kepada kita untuk memperbanyakkan amalan soleh sebagai bekalan di hari akhirat kelak.

Bersangka baik elak fitnah

KEBIMBANGAN terhadap perbuatan menyebarkan fitnah yang semakin menular di dalam masyarakat menggusarkan rakyat berbilang kaum, lebih-lebih lagi umat Islam.[Baca selanjutnya..]Hakikatnya, walaupun umum mengetahui bahawa perbuatan terkutuk tersebut perlu dihindari namun ia terus seakan bersarang dalam masyarakat sehingga mencemarkan maruah diri saudara seIslam dan imej negaraIa diburukkan lagi dengan penyalahgunaan kemudahan penyaluran maklumat melalui internet seperti laman blog, web atau kemudahan teknologi maklumat lain termasuk sistem pesanan ringkas (SMS) yang menuduh atau memburukkan sama ada pemimpin atau individu Islam yang biasa.
Lebih malang jika sikap itu sudah sebati dalam diri seseorang yang mengakibatkan tabiat menfitnah atau mengumpat tidak dapat lagi dibezakan pada zaman ini. Justeru, amat penting untuk merenung sabdaan Rasulullah mengenai definasi fitnah dan mengumpat supaya tidak terjebak dalam mana-mana perbuatan itu.

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Tahukah kamu apa itu menfitnah? Para sahabat r.hum berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Menfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (muslim) ketika dia tiada yang dia tidak suka. Ditanya: Wahai Rasulullah, jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang muslim, maka apa yang harus aku katakan? Baginda menjawab: Jika apa yang dikatakan itu benar, maka itu adalah mengumpat. (Riwayat Muslim).

Tidak syak lagi, gejala menfitnah dan mengumpat perlu dibendung segera kerana maruah seorang Islam adalah tinggi martabatnya.

Justeru, sikap bersangka baik perlu sentiasa disuburkan kerana antara punca yang menyebabkan berlaku dua sikap terkutuk itu ialah wujudnya sikap keji berburuk sangka.

Dalam sebuah hadis, Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah s.a.w melihat ke arah Kaabah lantas bersabda: (Dengan rasa ta'jub) Lailaha illallah. (Wahai Kaabah!) Betapa sucinya engkau, betapa wanginya bauanmu dan betapa tingginya kehormatanmu (tetapi) kehormatan seorang mukmin adalah lebih tinggi daripada kehormatanmu, sesungguhnya Allah menjadikanmu dengan penuh kehormatan, begitu juga dengan harta seorang mukmin, darahnya dan kehormatannya yang tinggi dan patut dimuliakan. (Oleh kerana itu) maka haram seseorang itu bersangka buruk kepada seorang muslim yang lain. (Riwayat Tabrani).

Dalam surah al-Hujuraat: 12, Allah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhi lah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan jangan lah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang dan jangan lah sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhi lah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Mengumpat dikatakan sebagai memakan daging orang yang telah mati, membawa maksud ialah sebagaimana daging manusia yang disiat-siat mendatangkan kesakitan dan penderitaan yang amat sangat, begitulah perumpamaan mengumpat yang akan menyakitkan hati orang lain, tetapi oleh kerana telah menjadi mayat maka simati tidak merasai kesakitan sedikitpun. Begitulah dengan mengumpat ini, selagi orang yang diumpat itu tidak mengetahui, selagi itu dia tidak merasai sakit hati sedikitpun.

Daripada Muawiyah berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda: jika kamu mencari keburukan orang, maka kamu telah merosakkannya. (Riwayat Abu Daud).

Hadis itu bermaksud apabila seseorang itu mencari keburukan orang lain maka akan timbul sifat benci dan sangka buruk terhadap orang itu. Dan akhirnya banyak keburukan lain boleh wujud kerana mungkin besar dengan mencari keburukan orang dan menyebarkannya akan menimbulkan fitnah yang lebih besar, mereka saling membenci, memandang hina dan terjerumus ke dalam dosa yang mana kesemua perkara itu boleh menambahkan kerosakan pada diri orang yang dijadikan sasaran fitnah itu.

Daripada Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Jangan menyakiti orang-orang Islam, jangan mencela mereka dan jangan mencari keburukan mereka. (Ibn Hibban).

Di tempat tertentu, Rasulullah memberitahu bahawa mereka yang menfitnah dan memalukan orang lain maka perkara yang memalukan akan dikembalikan kepada penyebarnya sendiri ketika di dunia manakala di akhirat balasannya amat berat.

Daripada Abu Barzah Aslami r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Wahai orang-orang Islam yang hanya Islam dilidah dan belum beriman dalam hati! Jangan lah mengumpat orang Islam dan jangan sibuk mencari keburukannya. Barang siapa yang sibuk mencari kesalahan orang Islam, Allah akan menzahirkan keburukannya sehingga di dalam rumahnya sendiri. (Riwayat Abu Daud).

Mengenai balasan di akhirat pula, sepotong hadis daripada Abu Darda meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Barangsiapa yang menyampaikan kesalahan seseorang secara palsu agar mencemarkan nama baiknya, Allah akan memenjarakannya dalam neraka jahanam sehingga dia menarik kembali perkataannya. (Riwayat Tabrani).

Dirawayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah, beliau berkata bahawa Nabi telah bersabda, Apabila umatku mengagungkan dunia maka kehebatkan Islam akan dicabut daripada mereka, apabila mereka meninggalkan amr-bil-ma'ruf dan nahi anil mungkar mereka akan diluputkan daripada keberkatan wahyu dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandangan Allah. (Tirmizi)

Maruah seorang Islam adalah suatu perkara yang sangat mulia dan berharga kerana Nabi juga bersabda: "Riba yang paling buruk ialah mencemar maruah seseorang Islam". (Riwayat Abu Daud).

Justeru, adalah amat penting untuk kita tidak mendedahkan keaiban seseorang Islam dengan mengikut adab dan tertib berhubung apa isu-isu termasuk dalam menjalankan tanggungjawab menggalakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Antara adab itu, mana-mana kemungkaran yang dilakukan secara sembunyi hendaklah dicegah secara sembunyi dan kemungkaran yang dibuat secara terang-terangan hendaklah dicegah secara terang-terangan.

Dalam adab mencegah kemungkaran juga maruah seseorang Islam perlu dijaga tanpa mengira siapapun orang itu, sama ada pemimpin atau pun rakyat biasa.

Antara adabnya ialah bercakap dengan lemah lembut. Apabila seorang pendakwah telah terkasar bahasa ketika menasihati khalifah ma'mun al-Rashid, beliau telah berkata: Berlemah lembutlah terhadap saya kerana apabila Allah menghantar orang yang lebih baik daripada kamu iaitu Nabi Musa dan Nabi Harun kepada orang yang lebih buruk daripada saya iaitu Firaun maka Allah telah berfirman:

"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah-lembut supaya dia sedar atau berasa takut." (Taha:44)

kita hendaklah berusaha membaiki keadaan dan diri sendiri atau orang lain melalui pengubatan, berdoa, memberi nasihat dan berlemah lembut, memaafkan, bersangka baik dengan membayangkan sekiranya saya berada di tempatnya bagaimana cara yang saya suka dinasihati oleh orang lain, atau jika saya berada di tempatnya bagaimanakan keadaan diri saya.


Luqman al-Hakim merupakan ahli hikmah yang termahsyur sehingga dalam al-Quran juga disebutkan nasihat-nasihatnya. Beliau merupakan seorang hamba Habsyah yang berkulit hitam. Dengan limpah rahim dan kurniaan Allah, beliau menjadi seorang hakim.

Antara nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya: Anakku, apabila datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah dicabutkan kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang yang membuat aduan itu lah yang mula-mula mencabutkan mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain. ---Dipetik daripada Utusan Malaysia

Solat fardu Rasulullah tidak pernah sendirian

KEPENTINGAN solat lima waktu sememangnya diketahui umum oleh umat Islam sehingga ia diletakkan pada kedudukan kedua dalam rukun Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah.[Baca selanjutnya..]
Begitupun, keadaan umat Islam pada zaman ini yang sebahagiannya didapati sengaja mencuaikan perintah Allah ini, apatah lagi untuk menunaikannya secara berjemaah, adalah suatu realiti yang amat menyedihkan hari ini.
Oleh itu, adalah penting untuk masyarakat Islam diberikan dorongan (targhib) dengan menerangkan kelebihan dan keistimewaan solat berjemaah bagi menarik mereka kepada amalan tersebut kerana ia bukan sesuatu yang boleh dipaksa.
Nabi Muhammad telah mendidik para sahabatnya serta umat Islam keseluruhannya sehingga akhir zaman supaya bukan sahaja menjaga solat lima waktu tepat pada waktunya, bahkan supaya bertekun mengambil berat terhadap solat berjemaah. Hatta, Baginda tidak pernah bersolat fardu secara sendirian sepanjang hayatnya.
Dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah Rasulullah bersabda: Allah berfirman, Aku telah memfardukan ke atas umatmu solat lima waktu. Aku sungguh-sungguh telah berjanji dengan diri-Ku bahawa sesiapa yang menjaga solat tepat pada waktu maka Aku bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga. Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solat, Aku langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya. (Riwayat Abu Daud dan Ibu Majah).

Ketika hampir wafat, Baginda tetap pergi ke masjid untuk menyertai solat berjemaah yang diimamkan oleh Saidina Abu Bakar.

Demikianlah perilaku mulia yang ditunjukkan Baginda supaya umat Islam mengambil contoh tauladan untuk turut bersungguh-sungguh menjaga solat berjemaah yang dijanjikan banyak ganjaran dan rahmat daripada Allah.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

Apabila seseorang itu mendirikan solat dengan ikhlas bersama niat untuk memperoleh keredaan Allah dan berniat mendapatkan ganjaran (ihtisab), maka cara yang mudah ialah bersolat di masjid dengan berjemaah dan bukan melakukannya secara sendirian.

Sebagaimana seorang pekerja tidak mungkin kita melepaskan peluang untuk meraih gaji RM27 untuk sesuatu pekerjaan mudah, sebaliknya berpuas hati dengan hanya RM1. Tamsilan tersebut hanya bertujuan memberikan gambaran kerana lazimnya manusia lebih mudah memahami keuntungan atau kerugian berkaitan hal keduniaan. Namun sebenarnya keuntungan dalam amalan agama sebagaimana solat adalah terlalu besar.

Anas bin Malik meriwayatkan Rasulullah bersabda: Sesiapa yang mengerjakan solat berjemaah kerana Allah dengan memperoleh takbiratul ula selama 40 hari akan mendapat dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada sifat munafik. (Riwayat al-Tirmizi).

Antara ganjaran lain ialah Allah akan mengurniakan lima keistimewaan; Pertama, akan diangkat kesempitan hidup; Kedua, akan dihindar daripada azab kubur; Ketiga, akan menerima buku catatan amalan melalui tangan kanan; Keempat, akan melintasi titian sirat sepantas kilat dan kelima, akan memasuki syurga tanpa hisab.

Sebahagian ulama meletakkan hukum bagi solat fardu lima waktu secara berjemaah untuk golongan lelaki ialah fardu ain. Manakala sebahagian ulama pula mengatakannya sebagai fardu kifayah dan sebahagian lagi ulama termasuk Imam Syafie berpendapat ia adalah sunat muakkad.

*Golongan munafik

Pada zaman Rasulullah, kesemua orang Islam akan datang ke masjid solat berjemaah, kecuali mereka yang benar-benar uzur manakala golongan munafik pula tidak menyertai solat Isyak dan Subuh secara berjemaah kerana merasakan mereka tidak akan dapat dilihat pada dua waktu yang suasana harinya agak gelap itu.

Abdullah bin Abbas berkata bahawa Rasulullah bersabda: Sesiapa yang mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solat berjemaah tanpa sesuatu sebab yang menghalangnya iaitu keuzuran daripada menyertai solat berjemaah maka solat yang dikerjakan (tanpa berjemaah) tidak akan diterima. Para sahabat bertanya: Apakah keuzuran itu? Jawab Rasulullah: Takut atau sakit. (Riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban).

Bagaimanapun ulama muktabar sepakat mengatakan bahawa perkataan ‘solat tidak akan diterima' bermaksud bahawa dia tidak akan mendapat ganjaran daripada Allah melalui solat yang dikerjakan itu, sebaliknya hanya sekadar terlepas daripada kewajipan menunaikan solat fardu.

Ulama menggariskan keuzuran yang dimaksudkan dalam hadis di atas termasuk cuaca yang terlampau sejuk, hujan lebat, terpaksa buang air, lapar atau dahaga, takut kepada pemiutang kalau-kalau dimintanya di tengah jalan sedangkan ia benar-benar tidak mampu, takut kepada orang zalim dan siap sedia untuk bermusafir, takut kalau-kalau terlewat atau ketinggalan.

Rasulullah bersabda: Seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat, (langkah yang sama) digugurkan satu dosa, dan diberikan satu pahala. Setelah bersolat, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solat selama masa dia menunggu solat tersebut. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'idi bahawa Rasulullah bersabda: Berilah berita gembira kepada mereka yang selalu berjalan ke masjid dalam kegelapan malam bahawa mereka akan memperoleh nur yang sempurna pada hari kiamat. (Riwayat Ibnu Majah).

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Said, Rasulullah bersabda: Apabila kamu melihat seorang yang selalu ke masjid maka hendaklah kamu bersaksi atas keimanannya. Lalu baginda membaca surah al-Taubah ayat 18 yang bermaksud: Sesungguhnya mereka yang memakmurkan masjid-masjid Allah (yakni yang menghidupkan amalan dalamnya) ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat...

Begitu besar ganjaran yang disediakan untuk orang yang bersolat jemaah sehinggakan mereka yang tidak sempat untuk menyertai jemaah turut diberi ganjaran seandainya sebelum itu dia menyangka solat belum selesai lagi.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Seseorang yang berwuduk dengan sempurna lalu pergi ke masjid untuk bersolat berjemaah) lalu mendapati orang ramai telah selesai solat berjemaah, Allah akan memberi kepadanya ganjaran pahala yang sama sebagaimana mereka yang telah bersolat berjemaah, tanpa mengurangkan sedikit pun daripada pahala mereka. (Riwayat Abu Daud, Nasai dan Hakim).

Sebenarnya terlalu banyak sabda Rasulullah yang menggalakkan umat Islam untuk menunaikan solat secara berjemaah namun beberapa hadis di atas adalah memadai untuk mereka yang benar-benar mahu mengikut jejak langkah yang ditunjukkan oleh Baginda.

Sesungguhnya Islam bukanlah hanya berkenaan perkara solat sahaja kerana agama yang syumul itu merangkumi segenap aspek kehidupan dan cara hidup manusia yang lengkap, namun solat adalah perkara asas dalam ajaran agama itu yang perlu dikerjakan dengan sempurna.

Dan sama ada ibadat kita diterima atau tidak, hanya Allah sahaja yang mengetahui namun Rasulullah telah menunjukkan cara-cara bagaimana setiap amalan itu dapat diterima oleh Allah sekiranya dilakukan mengikut sunah Rasulullah, dan solat berjemaah adalah salah satu sunah Baginda.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Abdullah Ibnu Mas'ud: Rasulullah mengajarkan kami jalan-jalan petunjuk (sunanul huda) dan di antara jalan-jalan hidayah itu ialah mengerjakan solat berjemaah di masjid yang dilaungkan azan. (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah).

---Rencana dipetik daripada: http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=0604&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_02.htm&arc=hive

Adakah kita kedekut?

SEORANG ulama, Hadrat Syibli (rahmatullah alaih) berkata: "Satu ketika hatiku berkata kepadaku, 'Kamu ini bakhil, kedekut.' Tetapi nafsuku berkata, 'Tidak aku tidak kedekut.' Tetapi hatiku tetap mengisytiharkan, " Kamu memang kedekut.'[Baca selanjutnya...]

Untuk menguji hal itu aku berazam, apa sahaja aku dapat dari mana-mana, tak kira berapa banyak jumlahnya, maka aku akan memberikan kesemuanya kepada fakir yang aku temui paling awal. Sebelum aku dapat sempurnakan keazaman dalam hatiku maka datang salah seorang yang memberikan 50 dinar kepadaku sebagai hadiah. Mengikut niat dan keazaman, akupun keluar untuk mencari fakir. Paling awal aku jumpa seorang fakir yang buta, sedang mengambil perkhidmatan seorang tukang gunting. Aku memberikan kesemua 50 dinar kepadanya. Dia berkata, "Berilah kesemua kepada tukang gunting ini sebagai upah perkhidmatannya." Aku berkata, "Di sini ada lima puluh dinar. Takkan begitu banyak wang patut diberi sebagai upah tukang gunting!" Si buta itu mengangkat kepalanya lalu berkata, "Tidakkah aku berkata bahawa kamu ini kedekut!."
Lekas-lekas aku memberi kesemua wang kepada tukang gunting. Tetapi dia menolaknya sambil berkata, "Minta maaf, ketika si buta duduk untuk bergunting aku melihat kepadaanya susah dan berniat untuk memberi perkhidmatan secara percuma." Mendengar kata-kata kedua-dua orang itu, aku dikuasai oleh perasaan amat malu dan harga diri sehingga aku membuang uncang 50 dinar itu ke dalam sungai sambil berkata: "Sesiapa yang memberi ruang dalam hatinya walaupun sedikit sahaja rasa kedekut, maka beginilah Allah menghinakannya."

Keterangan: Sifat bakhil, tamak dan kedekut adalah sifat tercela.

Surat Imam Malik

SEORANG alim, Yahya Ibnu Yazid Naufali (rahmatullah alaih) menulis surat sepucuk surat kepada Imam Malik (rahmatullah alaih). Setelah memuji Allah dan berselawat ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, beliau menulis:
"Saya telah disampaikan berita bahawa tuan biasa memakai pakaian yang nipis, memakan roti yang nipis, dan juga berehat di atas tempat tidur yang lembut. Tuan juga ada pengawal untuk keselamatan. Pada hal tuan merupakan salah seorang di kalangan ulama-ulama yang berkedudukan tinggi. Orang ramai bermusafir dari tempat-tempat jauh datang untuk mempelajari ilmu daripada tuan. Tuan merupakan imam zaman, ikutan orang ramai yang menuruti jejak langkah tuan. Hendaklah tuan amat berwaspada. Secara ikhlas saya menulis surat ini. Tiada sesiapa melainkan Allah s.w.t sahaja yang mengetahui mengenai surat ini. Faqat. Wassalam."
Imam Malik telah membalas dengan menulis jawapan surat tersebut:
"Surat kamu yang merupakan nasihat, kesayangan dan amaran terhadap saya telah diterima. Semoga Allah s.w.t memberi manfaat kepadamu dengan taqwa dan balasan baik untuk nasihatmu itu. Mudah-mudahan Allah s.w.t mengurniakan saya taufik dan hidayat untuk mengamalkannya. Manusia hanya boleh mengamalkan kebaikan serta mengelakkan diri daripada mungkar dengan taufik Allah s.w.t sahaja. Perkara yang kamu telah bincangkan adalah sah dan demikianlah sudah berlaku. Akan tetapi, kesemua ini adalah dibenarkan oleh syariah. Allah s.w.t berfirman: (terjemahan ayat) "Katakan wahai nabiku): Siapakah yang berani (mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan demikian juga benda-benda yang baik dan halal dari rezeki yang dikurniakanNya? (Surah A'raf:32).
Selepas itu, Imam Malik menulis, " Saya sedia maklum bahawa tidak mengamalkan perkara-perkara ini adalah lebih disukai daripada mengamalkannya. Tolong muliakan saya dengan meneruskan surat-menyurat dengan saya. Saya pun akan teruskan menulis surat kepadamu. Faqat. Wassalam."

Ulasan: Betapa cantik cara Imam Malik yang mana beliau menulis akan fatwa mengenainya serta mengaku bahawa lebih baik adalah elakkan diri iaitu tidak mengamalkannya.

Pengantin tua bunuh semua suaminya

NABI ISA a.s suatu ketika telah melihat dunia dalam kasyaf. Beliau melihat rupa dunia seperti seorang perempuan tua, giginya pun tercabut kerana usianya terlalu tua. Dengan pakaiannya, perhiasannya dia nampak seperti pengantin baru. Hadrat Isa a.s bertanya kepadanya, “Selama ini sudah berapa kali kamu sudah berkahwin? (sekarang pun pakai pakaian dan perhiasan seperti pengantin?) .” Dunia menjawab; “ Tidak terhitung bilangannya.” Hadrat Isa a.s bertanya: “ Adakah mereka semua mati atau sudah menceraikan kamu?. Dia menjawab: “ Aku sudah bunuh mereka sekalian.” Beliau berkata: “Celakalah bagi bakal-bakal suamimu yang tidak mengambil pengajaran daripada bekas-bekas suamimu bagaimana kamu telah membunuh mereka seorang demi seorang.” Ini lah perkara sebenar iaitu dunia merupakan seorang perempuan tua yang menghiaskan dirinya dengan pakaian yang menarik serta barang-barang perhiasan. Melihat kecantikannya yang zahir itu manusia terpedaya. Apabila dia (manusia) mengetahui hakikatnya dengan mengangkat tirai dari wajahnya (pengantin itu) baru lah dia dapat melihat rupanya yang hodoh.

"Muslim has come" to Australia

CERAMAH penerangan (bayan) iman dan amal oleh seorang pendakwah dari Australia di Masjid Sri Petaling pada 4 Muharam 1429 selepas solat Maghrib. Selepas memuji Allah dan berselawat kepada Nabi SAW dan membaca 2 potong ayat al Quran, penceramah berkata:
1. Allah SWT telah pilih kita untuk lahir sebagai orang Islam. Sebelum kita lahir ke dunia, kita tak pernah diberi pilihan untuk jadi muslim atau kafir. Semata-mata dengan sifat rahim Allah telah jadikan kita seorang muslim. Jadi kita kena syukur atas nikmat ini.
2. Allah telah hantar kita sebagai umat Muhammad SAW dengan satu maksud yang sangat besar iaitu sebagaimana maksud semua Nabi telah dihantar.
3. Allah telah jadikan manusia mempunyai jasad dan roh. Perkara paling berharga bagi manusia (supaya jasad dan roh ini dapat dimanfaatkan) adalah masa.. Seorang yang kematian isteri, boleh cari isteri yang lain. Seorang yang kematian anak, boleh dapat anak yang lain. Seorang
yang rumahnya terbakar, boleh cari rumah yang lain. Seorang yang perniagaannya bankrap, boleh bina perniagaan yng lain. Tetapi seorang yang telah berlalu masanya, masa itu tak dapat diganti semula. Masa yang berlalu akan terus pergi buat selama-lamanya.
4. Allah begitu kasih kepada orang-orang beriman sehingga menjadikan sekecil-kecil perkara sebagai sebab penghapus dosa. Sehingga tercucuk duri pun Allah akan hapuskan dosa dari buku catatan. Diceritakan kisah seorang raja kafir yang zalim ketika hendak mati berhajat untuk makan
sejenis makanan yang sukar didapati. Allah telah perintah malaikat untuk dapatkan makanan itu untuk raja tersebut. Selepas makan, raja itu telah mati. Dalam kisah yang lain pula seorang alim yang warak ketika hendak mati telah meminta sedikit air. Apabila orang datang membawa air, Allah telah perintah kepada malaikat untuk tepis cawan sehingga air tertumpah dan orang warak itu mati tanpa dapat minum air. Kedua-dua malaikat telah datang mengadap Allah dan mengadukan hal tersebut. Allah berfirman kepada kedua malaikat tersebut bahawa ketika hidup, raja yang zalim tersebut dia telah buat satu kebaikan dan Allah hendak mambalas kebaikan tersebut di dunia dan azab yang kekal menantinya di akhirat kerana kekafirannya. Manakala orang warak tersebut telah berbuat satu dosa ketika hidup dan Allah hendak menghapuskan dosa tersebut ketika di dunia dan memberikan keselamatan kepadanya di akhirat.
5. Di akhirat nanti, orang yang dalam hatinya ada iman walau sebesar zarah akan dikeluarkan juga akhirnya dari neraka. Manakala orang kafir akan kekal di dalamnya.

6. Dakwah dan iman adalah dua perkara yang berkaitan. Adanya dakwah maka adalah iman. Jika dakwah tiada, maka iman akan keluar dari hati-hati manusia. Nabi Nuh as telah buat usaha dakwah selama 950 tahun siang dan malam. Kemudian baginda telah doa supaya jangan ditinggalkan di atas dunia ini walaupun satu orang kafir. Maka Allah
telah hantar banjir yang besar dan menenggelamkan semua orang kafir. Yang terselamat hanyalah nabi Nuh as dan orang-orang yang beriman. Selepas kewafatan nabi Nuh as, dakwah telah terhenti. Dari keturunan orang yang beriman tadi akhirnya telah kembali kufur kepada Allah.
7. Pada kurun ke 18, orang British telah menakluki Australia dan mendapati ada 3 buah gurun yang besar di sana. Untuk menyelesaikan masalah pengangkutan mereka telah membawa 120 ekor unta untuk digunakan mengangkut barang-barang di padang pasir. Oleh kerana mereka tidak tahu mengendalikan unta maka mereka telah membawa ramai orang-orang Islam dari benua India yang kebanyakannya
berketurunan Afghanistan. Di kalangan pekerja-pekerja ini terdapat sejumlah bilangan dari golongan ulama. Ulama- ulama ini telah membina 60 masjid dan 3 daripadanya yang berusia lebih 100 tahun masih bertahan sehingga kini. Malangnya bila usaha dakwah ditinggalkan, keturunan dari mereka ini tidak kenal Islam walaupun nama-nama mereka seperti nama-nama Islam.
8. Pada suatu masa jemaah yang bergerak telah dibawa untuk jumpa 3 wanita tua dari keturunan pekerja-pekerja tersebut, yang masing-masing berumur lebih 85 tahun. Ternyata mereka tak tahu apa-apa mengenai amalan Islam kecuali kalimah Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah. Bila mereka nampak jemaah memegang tasbih di tangan, mereka mengatakan bapa-bapa mereka dahulu memegang tasbih seperti kamu. Jemaah telah menghadiahkan kepada mereka tasbih tersebut dan mereka rasa sungguh gembira.
9. Laporan satu jemaah lagi yang buat usaha di Thursday Island. Di sana, 90% penduduknya adalah dari keturunan Islam. Tetapi amalan Islam telah lenyap dari diri mereka. Jemaah telah dibawa berjumpa seorang lagi wanita tua berusia lebih 80 tahun. Bila wanita tua ini terlihat saja kepada jemaah (yang dalam keadaan berjanggut, berjubah, berserban), maka dia telah menjerit dengan mengatakan, ‘Muslim has come, muslim has come.’ Dia telah keluarkan satu beg dari bawah katil dan tunjuk kepada jemaah peninggalan arwah bapanya berupa sejadah dan beberapa kitab selawat. Perempuan tua itu bercerita semasa umurnya 10 tahun, bapanya telah meninggal dunia. Sebelum itu dia sempat berwasiat, ‘You don’t be worry. Muslim will come and take care of you because muslim are always taking care of each other.’ Perempuan tua itu menambah, ‘And I have been waiting for you (muslim) for 70 years.’(*Pembayan telah sebak dan menangis. Juga, kami yang dengar bayan).
10. Pembayan memberi laporan bahawa beliau telah berpindah ke Australia dari Tanah Arab pada tahun 1968. Walaupun ada 80 ribu orang Islam di Melbourne tetapi hanya ada 1 masjid sahaja. Itupun dibuka 2 kali setahun untuk solat hari raya. Solat Jumaat hanya dibuat oleh 3-4 orang disebuah surau yang lain. Beliau ada mendengar laporan bahawa jemaah pertama dihantar ke Australia adalah pada tahun 1962. Jemaah ini hanya mampu menangis dan berdoa apabila melihat keadaan agama pada umat.
11. Jemaah seterusnya dihantar pada tahun 1973. Jemaah ni balik dan beri laporan kepada Hadraji bahawa orang Islam di Australia sudah tiada harapan. Hadraji tak berputus asa dan menghantar jemaah lagi pada tahun 1974 & 1975. Pada tahun 1975 ini, 3 orang tempatan (termasuk abang pembayan) telah sedia untuk menghidupkan amalan ziarah pintu ke pintu untuk bertemu dengan orang-orang Islam.
Beberapa lama amalan ini berterusan, mereka telah bermesyuarat dan memutuskan untuk meminta kunci masjid. Kunci masjid telah diberi kepada mereka dengan senang hati dan semenjak itu masjid tersebut tidak pernah ditutup lagi sehingga ke hari ini.
12. Amal-amal masjid telah dihidupkan. Jemaah-jemaah telahdikeluarkan dan usaha telah berkembang. Alhamdulillah sekarang telah ada lebih 80 masjid dan surau di Melbourne. Madrasah-madrasah telah wujud. Anak- anak yang dulunya belajar di madrasah sekarang telah mengajar pula. Pembayan berkata dengan matanya sendiri dia dapat melihat apabila dakwah ditinggalkan, dari keturunan ulama akan lahir orang-orang kufar. Apabila dakwah dijalankan, dari keturunan kufar, lahirnya ulama.
13. Kerja ini bukanlah kerja main-main. Bukan kerja yang dibuat kalau suka, dan ditinggal kalau malas. Ini adalah kerja tanggungjawab kita sebagai umat Nabi SAW walaupun kita bukan Nabi. Ini adalah perintah Allah kepada kita.
14. Bila kita buat kerja ini, Allah pasti akan beri hidayat kepada manusia. Seluruh manusia sekarang sedang menanti-nanti kedatangan kita sebagai orang Islam kepada mereka (seperti kisah orang tua tadi).
15. Tashkil …
# Semasa tashkil pembayan menambah, jika seorang bapa menyuruh anaknya yang kecil terjun dari sebuah tempat tinggi dan dia akan menyambutnya; maka jika anaknya terjun, bapanya akan segera menyambut dan memeluk anaknya dengan kasih sayang dan tak akan biarkan anaknya jatuh ke bawah. Allah lebih-lebih lagi kasih kepada hambanya dan suruh kita terjun dalam usaha dakwah. Sekali-kali Allah
tak akan biarkan kita jatuh dan mendapat kesusahan. Pasti Allah akan menyambut dan memeluk kita dengan rahmatnya.

*Nota diambil secara short-note semasa bayan (ceramah). Sila beritahu jika ada kesilapan.Dipetik dari http://azharjaafar313.blogspot.com/

3 lelaki terperangkap dalam gua

DARIPADA Abdullah Bin Umar r.a telah berkata, bahawa aku telah mendengar Rasullulah s.a.w telah bersabda: Dari kalangan umat sebelum kamu ada tiga orang yang telah keluar (bersafar) bersama-sama. (Mereka berjalan sehingga waktu malam) dan memasuki sebuah gua untuk bermalam di situ. Maka pada waktu itu satu batu besar telah jatuh dari bukit dan telah menutupi pintu gua itu. (Melihatnya mereka telah berkata:) Kita hanya akan terselamat keluar dari batu ini hanya dengan berdoa kepada Allah taala dengan perantaraan amal soleh masing-masing. (Maka mereka telah berdoa dengan perantaraan amalan soleh masing-masing).
Seorang telah berkata dalam doanya: Ya Allah Engkau sememangnya mengetahui bahawa kedua ibu bapaku telah terlalu tua. Aku tidak akan memberi susu kepada ahli keluarga dan hamba-hambaku sebelum mereka. Pada suatu hari aku telah keluar jauh untuk mencari sesuatu. Bila aku pulang maka ibu dan ayah telah tidur. (Pun begitu) aku telah susu mereka untuk petang itu. (Aku telah meletakkannya dalam mangkuk dan membawanya kepada mereka). Aku telah melihat mereka (pada waktu itu) masih lagi tidur. Aku tidak suka mengejutkan mereka dan aku juga tidak sanggup untuk memberi susu itu kepada ahli keluarga dan hambah-hamba ku untuk mereka minum. Lalu aku memegang mangkuk susu dan berdiri berhampiran kepala mereka dan menunggu mereka bangun sehingga lah pagi. Mereka pun bangun (lalu aku telah memberi susu itu). Pada waktu itu, baru lah mereka minum susu untuk malam itu. Ya Allah!, jika aku melakukan perkara ini, untuk keredhaanMu, maka selamatkan lah kami dari musibah kerana batu ini. Kerana doa ini, batu itu telah bergeser sedikit, akan tetapi masih tidak memadai untuk mereka keluar.
Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Orang kedua telah berdoa; Aku mempunyai seorang saudara sepupu perempuan yang sangat aku sayangi. Aku (pada satu kali) telah ingin melepaskan syahwatku padanya. Akan tetapi dia tidak menyanggupinya, sehinggalah sampai satu masa musim kemarau yang telah mendesaknya datang (kepadaku). Aku telah memberinya 120 dinar dengan syarat dia datang kepadaku berseorangan diri. Dia setuju sehinggalah aku berkuasa penuh kepada dirinya (dan nyaris-nyaris sahaja aku melepaskan nafsu syahwatku) maka dia telah berkata aku rasa tidak halal bagi kamu untuk memecahkan mohor tanpa hak. (Mendengarnya,) aku telah berhenti dari niat jahat ku itu dan akau telah menjauhkan diriku darinya walaupun aku sanga-sangat kasihkannya. Aku juga telah membiarkan 120 dinar yang telahku beri kepadanya. Ya Allah jika aku mengerjakan ini untuk keredhaanMu maka selamatkan lah kami daripada musibah ini. Maka batu besar itu bergeser sedikit lagi, tetapi masih tidak memungkinkan lagi untuk keluar.
Orang ketiga telah berdoa: Ya Allah! aku telah mengupah beberapa orang pekerja. Semuanya telah ku berikan upahnya kecuali seorang yang telah pergi tanpa mengambil upahnya. Aku telah memperniagakan wang upahannya itu sehinggakan telah berlaku penambahan harta yang terlalu banyak. Selepas beberapa lama, pada suatu hari orang itu telah datang lalu berkata: Wahai hamba Allah! Berilah upah kepadaku. Aku telah berkata: Unta-unta, lembu-lembu, kambing-kambing dan hamba-hamba yang kami nampak ini semuannya adalah upah kamu. Yakni wang upahanmu itu aku telah niagakan dan inilah hasilnya. Orang itu berkata:, Wahai hamba Allah!, jangan lah bergurau. Aku berkata: “Aku tidak bergurau, (“aku sedang menceritakan perkara yang sebenar”). Maka (selepas penjelasanku ini) orang itu membawa semua harta itu, sedikitpun tidak ditinggalnya. Ya Allah! jika perkara ini aku lakukan semata-mata untuk redhaMu maka jauhkan lah kami daripada musibah yang menimpa kami ini. Maka, batu itu terus berganjak (dan pintu gua telah terbuka) dan semuanya telah keluar. (-Hadith riwayah Bukhari).

Pengajarannya: Hendaklah kita ikhlas kepada Allah sama ada dalam melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu perkara. Hendaklah kita memperbanyakkan amal soleh kerana dengannya akan membantu kita di dunia dan akhirat. Amal soleh boleh menjadi asbab untuk kita memohon dan berdoa kepada Allah. Tiga lelaki itu menunjukkan mereka menjaga hubungan sesama manusia semata-mata kerana Allah. Lelaki pertama dalam hal akhlaknya terhadap hubungan sesama keluarga di mana dia begitu mengambil berat terhadap ibu bapanya. Lelaki kedua ialah dalam bab hubungan muasyarat yakni hubungan sosial antara manusia, masyarakat, lelaki dan wanita dan sebagainya. Dia menjaganya supaya tidak melakukan sesuatu yang haram iaitu berzina. Lelaki ketiga ialah dalam hubungan muamalat, yakni perniagaannya, kerjanya, hutang piutang dan untung ruginya betul-betul mengikut syarak sehingga dia memberi setiap keuntungan itu kepada pekerjanya.
Semoga kita dapat mengambil iktibar dengan mengamalkan dalam kehidupan kita amal soleh dan menjaga akhlak, muasyarat dan muamalat yang menepati syarak. Dengan cara itu, maka bantuan Allah akan datang kepada kita sebagaimana Allah bantu 3 lelaki tersebut. Wallahualam.

Kisah kubur berapi

IBNU Hajar rahmatullah alaih (atau nama sebenar ulama muktabar itu ialah Imam Ibnu Hajar Al Makki Al Haitsami) menulis dalam kitabnya Azzawajir (Al Zawajir) bahawa seorang wanita telah meninggal dunia.Adik lelakinya telah menghadiri upacara pengkebumiannya. Tanpa disedarinya uncangnya terjatuh ke dalam kubur ketika mengebumikan jenazah tersebut. Dia amat bersedih setelah menyedari kehilangan uncangnya.Dia telah membuat keputusan untuk menggali kubur itu secara senyap-senyap untuk mengambil semula uncangnya. Apabila dia menggali kubur itu, dia mendapati api memenuhi kubur itu. Dia pula dalam keadaan menangis dan menceritakan keadaan yang dilihatnya itu kepada ibunya serta bertanya sebab berlaku sedemikian. Ibunya memberitahu bahawa kakaknya itu selalu malas mengerjakan solah dan sering mengqadakan solahnya.‘Semoga Allah melindungi kita daripada keadaan itu.’Pengajarannya: Jangan sekali-kali mencuaikan perintah solah. Nabi Muhammad s.a.w telah mendidik para sahabatnya r.a serta umat Islam keseluruhannya sehingga akhir zaman supaya bukan sahaja menjaga solat lima waktu tepat pada waktunya, bahkan supaya bertekun mengambil berat terhadap solat berjemaah bagi lelaki (wanita lebih afdhal solat sendirian di rumah). Baginda s.a.w tidak pernah bersolat fardu secara sendirian sepanjang hayatnya.Dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman, Aku telah memfardukan ke atas umatmu solat lima waktu. Aku sungguh-sungguh telah berjanji dengan diri-Ku bahawa sesiapa yang menjaga solat tepat pada waktu maka Aku bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga. Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solat, Aku langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya. (Riwayat Abu Daud dan Ibu Majah).

Berbudi kepada orang tua

Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang menjaga bapanya yang sudah tua. Sebelum itu, dia telah bertanya kepada adik beradiknya adakah mereka sanggup untuk memelihara bapanya yang tua dan tidak sihat tanpa mendapatkan apa-apa upah iaitu harta bapanya.Kesemua adik beradiknya tidak sanggup untuk berbuat demikian kerana bagi mereka jika mereka menjaga bapanya sudah tentu harta peninggalan bapanya perlu diberikan kepada mereka ekoran sudah bersusah payah menjaganya.Bagaimanapun, lelaki itu sanggup menjaga bapanya dengan syarat tidak mahu mengambil apa-apa harta dan tidak mengharapkan sebarang balasan.Maka bermulalah, lelaki itu menjaga orang tuanya dengan sepenuh hati dan sebaik mungkin serta penuh kasih sayang.Namun begitu, setelah beberapa ketika, bapanya meninggal dunia.Selepas kematian itu, adik beradiknya mula mengambil dan membahagikan harta peninggalan bapanya kecuali lelaki itu yang tidak mahu mengambil apa-apa bahagian seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.Selepas kematian bapanya, pada suatu malam, lelaki itu bermimpi terdengar satu suara yang menyuruhnya pergi ke suatu tempat di mana di situ ada tertanam harta 100 dinar. Dalam mimpi itu juga lelaki itu sempat bertanya, adakah harta itu mempunyai keberkatan? Maka suara itu menjawab tidak ada. Tiba-tiba lelaki itu terbangun dari tidur lalu menceritakan mimpi itu kepada isterinya.Isterinya mendesak supaya suaminya pergi ke tempat itu untuk mengambil harta itu, namun lelaki itu tidak mahu.Pada malam berikutnya, lelaki itu bermimpi lagi suara lelaki yang sama dengan menyuruh dia pergi ke suatu tempat yang ada ternama 10 dinar. Lelaki itu sekali lagi bertanya adakah terdapat keberkatan dalam 10 dinar itu, lalu dijawab suara itu, tiada keberkatan.Lelaki itu terjaga dari tidur lalu menceritakan mimpinya kepada isterinya yang sekali lagi mendesak supaya lelaki itu mengambil harta tersebut namun lelaki itu tetap enggan.Pada malam esoknya, lelaki itu sekali lagi bermimpi suara yang sama dengan menyuruhnya pergi ke suatu tempat untuk mengambil harta 1 dinar yang tertanam dalam tanah. Lalu lelaki itu bertanya, adakah terdapat keberkatan dalam 1 dinar itu dan suara itu menjawab 'ada'. Apabila terjaga dari tidur keesokkannya, tanpa memberitahu isterinya, lelaki itu terus pergi ke tempat itu dan menjumpai 1 dinar tertanam dalam tanah.Lelaki itu terus pergi ke pasar lalu membeli 3 ekor ikan dan seterusnya membawanya pulang ke rumah. Setelah menyiang ikan itu, alangkah terkejutnya lelaki itu apabila mendapati perut setiap ekor ikan itu mempunyai sebutir mutiara yang sangat cantik dan tidak pernah ditemui oleh manusia.Berita penemuan mutiara itu tersebar luas dari mulut ke mulut hingga ke pengetahuan raja. Raja tersebut berminat untuk melihat dan kemudian terus mahu membeli semua mutiara itu dengan bayaran 10 ekor keldai yang setiap seekornya membawa dua karung emas di kanan dan kirinya.--Habis cerita. Pengajarannya: Keikhlasan kepada orang tua membawa keberkatan. Harta walaupun sedikit tetap mencukupi malahan berlebihan jika ia berkat. Keberkatan lebih penting dari jumlah harta yang banyak. Maka semoga Allah memilih kita untuk dapat melakukan banyak amalan sedekah dengan ikhlas.

Kisah 3 penumpang dan pemilik perahu

SUATU ketika terdapat tiga orang lelaki yang hendak menaiki sebuah perahu untuk pergi ke satu destinasi menggunakan jalan sungai di sebuah kampung. Tiga orang itu ialah doktor, jurutera dan peguam yang berdiri menunggu di jeti dan untuk beberapa ketika maka sebuah perahu yang sederhana besar saiznya muncul dan pemiliknya iaitu seorang tua bersetuju membawa mereka bertiga dengan mengenakan sedikit upah.Lalu sampan itu mula bergerak menggunakan enjin sangkut yang tidak lah laju sangat dan tidak juga terlalu perlahan. Di atas perahu penambang itu, pemiliknya mengemudi arah selepas bertanyakan destinasi 3 penumpang itu.Mereka turut bersembang sesama mereka bagi menceriakan keadaan dan kebanyakan perbualan mereka adalah mengenai diri mereka sendiri.Jurutera berbangga dengan kelulusannya dan kebolehannya dalam kejuruteraan maka ditanya kepada pemilik perahu: Adakah pakcik tahu apa-apa ilmu mengenai kejuruteraan?Pakcik itu menjawab dia tidak tahu apa-apa. Maka terus jurutera berkata: Rugi lah pakcik, hampir 30 peratus hidup pakcik sia-sia saja.Doktor pula muncul dengan penuh bangga diri mengisahkan bertapa hebatnya menjadi seorang doktor kerana disanjung tinggi masyarakat dan mengubati orang ramai sambil bertanya kepada pakcik itu: Adakah pakcik tahu apa-apa mengenai perubatan?Maka dijawab pakcik itu yang dia tidak tahu apa-apa mengenai ubat. Lalu doktor berkata: Rugi lah pakcik, 30 peratus lagi hidup pakcik jadi sia-sia.Peguam juga tidak ketinggalan untuk berbangga diri dengan mengatakan peguam bergaji besar, petah bercakap dan membawa orang ke muka pengadilan. Dia juga memperlekehkan pakcik itu dengan berkata: Pakcik tahu apa-apa mengenai perundangan?Pakcik itu memberikan jawapan serupa iaitu dia tidak tahu mengenainya.Peguam dengan pantas mengatakan bahawa sebanyak 30 peratus lagi hidup pakcik menjadi sia-sia sambil disambut hilai ketawa oleh mereka bertiga mentertawakan pakcik itu yang banyak yang tidak tahu.Setelah mereka berada di separuh destinasi di tengah-tengah sungai, TIBA-TIBA perahu itu dimasuki air dan rupa-rupanya ada bocor di bahagian tengah perahu. Air cepat benar memasuki ruang perahu itu menyebabkan situasi dan kesemua penumpang menjadi cemas.Pakcik perahu itu terus bertanya kepada 3 penumpangnya: Adakah kamu semua tahu berenang?Maka ketiga-tiga penumpangnya berkata, mereka tidak tahu berenang langsung.Maka pakcik itu berkata: "kalau begitu sekarang 100 peratus hidup kamu menjadi sia-sia kerana tidak tahu berenang."Sejurus selepas itu, pakcik itu terus terjun ke sungai manakala perahu itu bersama 3 penumpang sombong itu turut tenggelam.-Tamat cerita- tetapi pengajarannya:****Moralnya jangan memperkecilkan orang. Kedua, walau macam mana hebatpun kita perkara asas kalau tidak tahu maka akan lingkup juga. Itu hanya sekadar cerita untuk memberi tamsilan terhadap realiti di dunia. Kerana perkara asas dalam kehidupan manusia ialah menjadi insan yang beriman dan beramal soleh. Taat kepada ajaran agama dan mendapatkan keredhaan Allah. Walaupun seseorang itu hebat macam mana sekali pun tetapi kalau tidak mengamalkan agama maka sebenarnya orang itu tidak berjaya apa-apa malah akan mendapat susah di dunia dan akhirat. Justeru, tuan2 dan puan2 mari lah sama2 kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan cara berusaha meningkatkan iman dan amal soleh yang menjadi bekalan untuk kita di akhirat yang kekal abadi. Dengan cara itu sahaja maka kita berjaya di dunia dan akhirat. Wassalam.

Monday, October 20, 2008

Ziarah erat hubungan

AMALAN berziarah sememangnya amalan yang amat dituntut oleh Islam. Amalan berziarah dapat mengukuhkan ukhuwah di samping kita dapat mengambil berat tentang keadaan insan lain serta keluarga mereka terutamanya golongan fakir miskin, orang sakit atau orang yang baru meninggal dunia. [Baca selanjutnya...]

Dalam menjalani kehidupan ini, manusia dijadikan Allah untuk saling bergantung antara satu sama lain dalam usaha memenuhi keperluan fizikal, mental, emosi dan rohani. Amalan berziarah pada umumnya dapat memenuhi keperluan emosi dan rohani insan.
Ketika berziarah, dengan bersalaman, bermaafan serta bertukar-tukar khabar, kita dapat berkongsi rasa lalu mampu memberikan ketenangan emosi buat diri. Amalan berziarah memberikan peluang kepada anggota masyarakat untuk saling mengenali (lita’arafu) serta mewujudkan perpaduan di kalangan umat.
Andai dapat juga berkongsi nasihat, tazkirah atau menjalankan dakwah serta saling mendoakan kesejahteraan maka hal ini turut meningkatkan aspek kerohanian dan membawa keberkatan.
Syawal Peluang Untuk BerziarahKeunikan perayaan Aidilfitri pada bulan Syawal yang mulia ini menyediakan peluang terbaik untuk kita saling menziarahi antara satu sama lain. Ini kerana pada ketika ini proses komunikasi akan dapat berlaku dengan lebih terbuka.
Situasi tersebut juga dibantu dengan perasaan kegembiraan menyambut Aidilfitri secara kolektif di kalangan umat Islam. Di samping itu, setiap individu juga seolah-olah mempunyai perspektif yang sama iaitu lebih bersedia untuk menerima dan meraikan kehadiran tetamu ke rumah berbanding hari-hari biasa di bulan yang lain.
Namun begitu, terdapat sebilangan remaja hari ini yang lebih cenderung untuk menonton rancangan televisyen kegemaran, bermain permainan komputer atau melayari internet di rumah daripada mengikuti ibu bapa menziarahi sanak saudara.
Antara faktor berlakunya situasi sedemikian adalah kerana kurangnya penerapan terhadap pengamalan budaya kunjung mengunjung. Faktor tarikan hiburan multimedia yang tersedia turut mempengaruhi corak aktiviti seharian anak-anak lalu ada yang lebih leka dengan hiburan tersebut.
Justeru, asuhan ibu bapa adalah penting dalam usaha menerapkan amalan berziarah di kalangan anak-anak kerana ibu bapa adalah orang yang paling dekat dengan anak-anak sepanjang tempoh mereka membesar.
Pertamanya, nilai kekeluargaan dalam sesebuah keluarga nukleus itu perlu disuburkan dan kemudiannya diperluaskan kepada keluarga besar yang merangkumi datuk, nenek dan sanak saudara yang lain.
Kaedah terbaik adalah dengan membawa mereka menziarahi kaum keluarga atau sahabat handai. Maka, para ibu bapa sendiri perlu melaksanakan amalan berziarah agar menjadi contoh ikutan buat anak-anak.
Apabila ibu bapa melakukan ada memberi salam sebelum masuk, bersalaman serta bermaafan dengan tuan rumah, dan sebagainya, anak-anak juga perlu dididik untuk melakukan perkara yang sama.
Oleh itu, usaha penerapan adab dan santun semasa berziarah terhadap anak-anak dapat berlaku melalui proses pemerhatian anak-anak terhadap tingkah laku ibu bapa sebagai model contoh, proses pengulangan sehingga menjadi kebiasaan, dan juga melalui diskusi penerangan oleh ibu bapa mahupun teguran ibu bapa kepada anak-anak.
Ziarah Si Kanak-KanakBagi sebilangan kanak-kanak pula, amalan berziarah seringkali ditanggapi sebagai peluang untuk mereka mendapatkan ‘duit raya’ sebanyak mungkin. Oleh itu, sesetengah kanak-kanak bergerak secara berkumpulan dan melawat dari rumah ke rumah orang lain walaupun tuan rumah tersebut tidak dikenali atau di luar mukim mereka.
Sememangnya di kala lebaran ini di Malaysia, kebanyakan pihak tuan rumah beragama Islam bermurah hati untuk memberi ‘duit raya’ kepada kanak-kanak yang datang melawat. Namun sebenarnya kanak-kanak perlu diberikan penjelasan oleh ibu bapa tentang maksud sebenar amalan berziarah serta adab dan santun yang perlu dipatuhi.
Pada masa yang sama, ibu bapa juga perlu memikirkan soal keselamatan anak-anak yang pergi berziarah kerana mereka mungkin bakal terdedah kepada risiko kemalangan, pengaruh negatif rakan sebaya atau ancaman jenayah seperti kecurian, peras ugut, rogol ataupun penculikan.
Justeru, pertimbangan ibu bapa untuk memberi kebenaran kepada anak-anak untuk berziarah perlu mengambil kira faktor keselamatan berkenaan ke mana destinasi yang hendak diziarahi, dengan siapa mereka pergi, apakah kenderaan yang dinaiki, dan lain-lain yang berkaitan.
KesimpulanAmalan berziarah tidak hanya terbatas untuk dilakukan dalam bulan Syawal tetapi turut dituntut untuk dilaksanakan dari semasa ke semasa. Manfaatnya, perpaduan di kalangan umat Islam dapat sentiasa terpelihara di samping ia berperanan sebagai medium dakwah yang berkesan dalam mendekati segenap lapisan masyarakat.
Dalam pada kita melaksanakan amalan berziarah, adalah perlu untuk kita mengambil kira soal keselamatan, adab sebagai tetamu serta adab pergaulan antara berlainan jantina.
Harapan kita agar usaha ziarah yang dilakukan akan berhasil mengeratkan ukhuwah, membawa keberkatan dan kesejahteraan, serta menjadi ibadah yang diterima Allah, insya-Allah.
Dipetik daripada:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1009&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_02.htm&arc=hive>

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails