Thursday, July 29, 2010

Surat dakwah

MENGUTUS surat untuk tujuan dakwah adalah sunah Nabi s.a.w. Kalau anda berada di daerah yg saya menetap ini maka anda akan berasa bertuah kerana dapat mengamalkan satu sunah Nabi s.a.w iaitu mengutuskan surat untuk maksud dakwah apabila jemaah hendak masuk ke surau atau masjid untuk tujuan khuruj 3 hari dan sebagainya.
Jemaah yang hendak keluar 3 hari atau rakan seusaha tempatan yang menguruskan jemaah (40 hari) masuk ke masjid atau surau perlu mendapatkan surat kebenaran daripada majlis agama Islam terlebih dahulu dan surat tersebut perlu dihantar ke pengerusi masjid/surau selewat-lewatnya 3 hari sebelum jemaah dakwah sampai.
Di Johor, isu-isu agama diuruskan dengan sistematik maka tidak hairanlah perkara ini perlu dilaksanakan bagi memastikan tiada sebarang masalah timbul.
Sepanjang saya berada di sini (kira-kira 2 tahun), didapati peraturan majlis agama ini amat baik kerana ia sebenarnya bukan bertujuan hendak menyusahkan jemaah atau apa-apa tetapi ia lebih kepada memastikan semua berjalan dengan teratur dan memastikan jemaah tidak dihalang masuk oleh pihak tertentu (jika ada) di roote yg ditetapkan.
Bahkan, di pejabat agama, satu kaunter khas 'Ziarah' dibuka khusus untuk urusan jemaah tabligh menguruskan permohonan mendapatkan surat kebenaran itu.
Sepanjang pengalaman saya mendapatkan surat, pegawai-pegawai kaunter dan lain-lain kakitangan sungguh prihatin dan mengambil berat terhadap permohonan mendapatkan surat jemaah Tabligh. Usaha komited mereka perlu dipuji. Lebih-lebih lagi mereka sentiasa bertugas secara profesional dan urusannya dipermudahkan.
Ada ketikanya, saya datang tidak kena masa sebab kekangan waktu pejabat, contohnya saya datang ke pejabat agama pada waktu lunch dan walaupun kaunter tutup, ada kakitangan yang sanggup menguruskan surat tersebut.
Jika datang pada waktu pejabat lain pun, biasanya, tempoh menunggu untuk mendapatkan surat adalah amat cepat selepas mengisi borang ringkas seperti nama masjid atau surau yang hendak dimasuki, tandatangan dan dirujuk sekejap kad pengenalannya. (Urusan cepat selesai mungkin sebab tak ramai yang hendak mengambil surat sedemikian).
Selepas diproses, maka orang yang mengambil surat dianggap amir jemaah. Dia akan diberi 2 surat yang mengandungi letterhead majlis agama Islam dan cop urusan kerajaan dan cop majlis agama yang mana kesemua cop ini hanya untuk tujuan urusan rasmi kerajaan. (Bermakna urusan keluarkan jemaah dianggap urusan rasmi kerajaan negeri, yang mana
hal ehwal agama bagi negeri adalah di bawah tanggungjawab oleh mufti dan seterusnya di peringkat tertinggi).
Ni surat jemaah 3 hari kami minggu lepas, cuba tengok cop urusan kerajaan di depan surat dan cop rasmi di belakang surat tu...pengerusi masjid/surau yang dapat surat macam ni biasanya serta merta bersetuju terima jemaah.



Dengan 2 surat itu, satu untuk pengerusi surau/masjid dengan letterhead majlis agama dan surat kedua disimpan oleh amir jemaah sebagai reference.

Pendapat peribadi saya, peraturan tersebut adalah baik kerana:
1)  Jemaah tabligh adalah jemaah yang sentiasa mengikut undang-undang jadi tiada sebarang masalah untuk mengikut peraturan itu.
2) Secara tak langsung majlis agama tahu berapa jemaah dapat dikeluarkan dalam sebulan atau tempoh tertentu. Purata sebulan berapa jemaah, kalau kurang jemaah mereka akan ambil fikir risau juga. 
3) Kerajaan negeri melalui majlis agama Islam terlibat sama dalam urusan pengeluaran jemaah dan mengambil berat tentangnya.
4) Jika ada satu, dua masjid atau surau yang jemaah tak dibenarkan masuk oleh pengerusi maka majlis agama boleh beri advice untuk diuruskan.
5) Pengerusi masjid atau surau yang menerima surat berletterhead majlis agama dan cop mohornya biasanya akan 'akur' untuk menerima jemaah.
6) dan banyak lagi hikmahnya.

Nabi s.a.w ada menghantar surat juga untuk tujuan dakwah.
Berikut adalah diambil daripada muka surat 101 hingga 106 dalam kitab Insan Teladan Sepanjang Zaman oleh Syeikhul Hadis, Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi (Disusun Mufti Ahmed Ebrahim Bemat ; terjemahan Abdul Aziz Abdul Hamid).
Boleh juga didapati di perpustakaan bahagian hal ehwal undang-undang Jabatan Perdana Menteri Malaysia
http://library.bheuu.gov.my:8080/library/FullDisplayRetriever.jsp?0000004686
http://newarrivals.nlb.gov.sg/itemdetail.aspx?bid=7532923
(Di mana-mana markas dakwah dan tabligh buku ini biasanya mudah ditemui). Di bawah kesemua adalah apa yang diambil dari page 101 hingga 106 kitab itu:
 -----------------------------------
"Sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w mahu menulis kepada Ceasar, kisra dan negus (an-najaashy), orang ramai memberitahunya bahawa orang-orang ini tidak akan menerima surat yang tidak bercap mohor maka baginda pun menempah sebentuk cincin. Batunya daripada perak yang tertera padanya "Muhammad Rasul Allah".


Kisra adalah Raja Parsi, Ceasar adalah Raja Rom dan Negus adalah raja Habshah.


Rasulullah s.a.w mengutuskan suratnya berserta Abdullah Huzaifah r.a kepada Kisra (khusrau Parveez). Raja itu mengoyak surat tersebut dan menghinanya. Apabila Rasulullah diberitahu mengenai peristiwa yang menghina begini, baginda pun berdoa agar Allah melaknati Kisra dengan katanya: "Semoga Allah binasakan negerinya sebagaimana dia mencarik-carik suratku!"Akibat doa ini, Parsi dikalahkan dan kekuasaanya pun jatuh dalam jangka masa yang pendek.
Raja Rom menerima surat Nabi melalui Dihya Ibn Kalabi (r.a). Walaupun dia sedar tentang kenabian Rasulullah, namun dia tidak mahu mempercayainya. Namun begitu dia menyimpan surat itu dengan baik.
Surat kepada Negus dibawa oleh Umar Ibn Umayyah r.a. Negus ini adalah yang lain daripada Negus  yang mana Rasulullah s.a.w mengimami solat jenazah. Menurut Mulla Ali Qari tidak lah diketahui sama ada Negus ini memeluk Islam atau tidak.


Kandungan surat Nabi s.a.w kepada Kisra berbunyi demikian:
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Rahim. Daripada Muhammad Rasulullah kepada Kisra, raja besar Iran.
Salam ke atas mereka yang menerima hidayah dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan mengaku bahawa tidak ada sesuatu pun yang layak disembah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu adalah hamba Allah dan pesuruh-Nya. Daku mengajak kamu kepada seruan Allah yakni kepada kalimah yang mana kerananyalah daku ini sebagai pesuruh Allah diutuskan ke dunia untuk memberi amaran terhadap hati-hati mereka yang hidup dan agar hujjah Allah akan disempurnakan terhadap orang-orang yang tidak beriman. Jikalau kamu menerima Islam, maka selamat, jikalau tidak jenayah (dosa) ahli sihir yang mengikut kamu juga akan menimpa ke atas kamu,"

Kisra mengoyakkan mengoyakkan surat ini dan menaburkannya di udara dan lantaran itu kerajaannya yang besar dan terkuat pada zaman tersebut musnah dan hancur binasa.
Penyelasan yang seperlunya daripada mufti,
Daripada apa yang disebutkan secara kias di atas bahawa nama kisra tersebut ialah Khusray Parveez. Dialah yang mengoyak-ngoyakkan surat Nabi secara menghina serta menyakitinya. Anaknya, Syiruyah telah jatuh cinta terhadap ibu tirinya dan membunuh bapanya.  Si bapa yang telah mencium hal ini telah mengisi racun di dalam botol dan melabelkan pada botol tersebut sebagai ubat perangsang syahwat dan menyimpannya di dalam peti. Syiruyah memikirkannya sebagai ubat yang baik lantas meminumnya dan mati akibat  daripadanya.  (Selepas itu tahta kerajaan Parsi bertukar tangan begitu pantas sehingga 14 orang termasuk seorang atau dua orang wanita menaiki tahta  - sampailah ke zaman Umar r.a maka runtuhlah kerajaan yang tertua dan terkuat ini.
Semasa keadaan kerajaan Parsi menurun begitu pantas ini sampai ke zaman wanita memegang tampuk pemerintahan Iran Lama, Rasulullah s.a.w pun mengulas: "Negara yang meletakkan hal-ehwalnya ke tangan wanita tidak akan berjaya."


Surat Nabi s.a.w yang dihantar kepada Penguasa Byzantium:
"Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Pengasih. Daripada Rasulullah, hamba dan pesuruh Allah kepada maharaja Heraclius, raja Byzantium. Sejahtera ke atas mereka  yang menerima hidayah. Selepas memuji Allah, daku mengajak kamu kepada kalimat Allah (La ilaha illallahu Muhammadur Rasulullah), Jikalau kamu terima Islam, kamu akan sejahtera dan Allah akan mengurniakan pahala yang berganda kepada kamu, sebaliknya jika kamu berpaling daripada seruan ini, kesalahan pengampu kamu yang menjadi penyokong-penyokongmu akan tertimpa ke atasmu. 
Wahai ahli kitab! Marilah kepada satu kalimah yang sama di antara kami dan kamu yakni kalimah tauhih agar kita tidak menyembah selain daripada Allah dan tidak mempersekutukan sesuatu kepada-Nya atau menjadikan salah seorang daripada kita sebagai Tuhan. Dan setelah daripada seruan ini ahli-ahli kitab ini tidak mahu percaya, maka wahao orang-orang Islam, beritahulah kepada mereka supaya menjadi saksi bahawa kita adalah orang-orang Islam." (Yakni kami mengisytiharkan kepercayaan kamu secara terbuka; dan sekarang kamu bebas melakukan apa sahaja).
Maharaja Byzantium menyimpan surat Nabi dengan penuh rasa hormat maka terselamatlah kerajaannya daripada kebinasaan, tetapi kerana takut kehilangan kekuasaannya, dia enggan menerima kepercayaan tersebut.


Surat ketiga yang dinyatakan di dalam hadis ini telah diutuskan kepada Maharaja Habsyah. Sebahagian ulamak berkata beliau memeluk Islam selepas menerima surat tersebut dan meninggal dunia semasa Rasulullah s.a.w masih hidup, surat yang serupa juga telah dihantar kepada penggantinya tetapi tidak diketahui sama ada beliau memeluk Islam atau tidak.
Pernyataan surat ini telah dibuktikan daripada kitab-kitab hadis dan juga buku-buku sejarah dan keterangan  yang lebih lanjut boleh didapati lebih lagi mengenainya.


Penjelasan seperlunya:
1) Pertama-tamnya orang bukan Islam hendaklah didakwahkan terlebih dahulu ke arah iman sebelum mengisytiharkan jihad.
2) Jikalau surat ditulis untuk dihantar kepada ketua-ketua ornag bukan Islam maka hukumnya harus (jaiz) menulis pangkat dan darjat dan sebagainya yang ada pada mereka.
3) Dosa meletakkan rakyat ke jalan yang salah juga tertanggungjawab ke bahu pemerintah.
Sekian

14 comments:

misbah said...

semoga Allah bagi hidayat ke seluruh alam..lebih-lebih lagi kat johor..hehe

macam-macam kisah pasal surat kebenaran jemaah ni tuan ekk..

karkuzari said...

Amin Ya Rabbal A~lamin.

Anonymous said...

Masha Allah...
Allah jadikan fikir risau orang2 Johor asbab hidayat!
Hati yg TAKNAK..Allah jadikan sebaliknya..
Memang sesuai dengan nama markas...SINARAN BARU =)

Ziarah76 said...

misbah,
kisah mmg mcm2, ada yg koyak surat pun terjadi mcm2 pd dia

karkuzari,
amin...

ibnusoleh,
semua kita nak & dahagakan hidayat.

ibnu dinar said...

masjid siapa yang punya............?
kalaulah mereka tahu...

Ziarah76 said...

ibnudinar,
mereka tahu tu, pasal tu pejabat agama nak pastikan jemaah dapat masuk ke masjid dan surau. Iaitu bila surat tu diberikan oleh jemaah kpd pengerusi, bererti, pejabat agama suruh pengerusi masjid/surau terima jemaah.
Yg kurang faham (asbab kelemahan saya) ialah segelintir kecil saja pengerusi masjid/surau. Tapi salah faham begini bukan di daerah ni saja tapi di mana-mana negeri di Malaysia ni ada kes pengerusi tak faham.
Berdasarkan pengamatan saya, peraturan itu amat baik dan menutup mulut pengerusi hingga orang yg tak faham terdiam saja.
Misalnya, kalau dulu ada org tak faham kata jemaah tak betul maka kita boleh kata kepada dia, kalau tak betul mengapa pejabat agama sendiri keluarkan surat mengatakan tiada halangan terhadap jemaah utk masuk.
Tak timbul lagi isu2 remeh temeh.
Dan sebagainya...

ismadiyusuf said...

kita kat limbang pun buat surat mcm tu jugak hingga skrg ni, tp x dbenarkan utk buat usaha kat surau/masjid bkenaan, kekadang kita langgar sahaja, kekadang ikut jugak...

Ziarah76 said...

ismadiyusuf,
ikut mesyuarat,insya-Allah.
Mujahadah tuan2 asbab hidayat seluruh alam, entah2 asbab susah payah anta maka Allah permudahkan jemaah kami di sini.

arizWanmerahs said...

Salam, kita akur pada peraturan2 yang tak menyalahi hukum, maka hasilnya jadi baik gitu. manusia merancang, dan Allah SWT memiliki perancangan yang lebih baik lagi..

Ziarah76 said...

merah_s,
Allah SWT sahaja yg menentukan segala-galanya.

Ishak Zaini said...

Aslmkm.. Alhamdulillah, Tahniah johor dah mulakan. Moga negeri2 lain pun dipermudahkan juga untuk jemaah jalankan usaha agama.. Semoga usaha agama semakin semarak di seluruh alam.

”Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada-Nya dan hari kemudian.... " at Taubah: 18

Ziarah76 said...

Amin... ya IshakZaini

musa said...

Almarhum Hadraji maulana Inamul hassan memberitahu "buatlah usaha dinegeri kamu dengan mengikut undang2 negeri kamu"

Ziarah76 said...

jazakumullah Tn Haji Musa,
Alhamdulillah dpt tahu pesanan Hadraji. Sebelum ni saya tak pernah dengar pesanan hadraji macam tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails