Tuesday, August 3, 2010

Seluar renang

Anak-anak memang suka berenang sebab digalakkan belaja berenang. Tujuannya adalah semata-mata kerana hendak belajar-belajar mengikuti saranan Rasulullah s.a.w.
Diriwayatkan oleh Thabrani dengan sanad jayid bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ''Segala sesuatu yang tidak berkaitan dengan zikir maka itu adalah senda gurau belaka kecuali empat perkara: berjalannya seseorang antara dua tujuan (memanah) latihan menunggang kuda, bersenda gurau dengan isterinya dan belajar berenang.''
Diriwayatkan dari Umar al-khattab r.a bahawa beliau berkata: ''Ajarilah anak kamu berenang, memanah dan berkuda secara lincah.''
Jadi bila nampak kolam renang diorang pakat serbu, tapi bila bapa dia nak terjun kolam je... maka timbul satu masalah !

Sebab takde baju renang yg dibenarkan di kolam renang. Peraturan kata, nak berenang kena pakai baju renang yg bentuknya spender/underware tu. Jadi tak boleh la kan.
Maka terpaksa carik yg sesuai dan sebenarnya baju renang lelaki mudah carik di mana-mana tapi seluar lelaki yang betul-betul tutup aurat, longgar payah nak jumpa. Seluar renang panjang yang terjumpa ada dijual potongannya macam gambar di bawah.....!!!!
Amacam boleh ke mandi pakai seluar panjang ketat camtu? Tak boleh la syeikhhh, rupabentuk, lurah semua nampak tu, kain melekat terus kat kulit, ketat la bro.

OK lepas carik di bbrp kedai tak jumpa maka godek punya godek internet, akhirnya jumpa seluar yang sesuai untuk berenang lelaki yg menutup aurat macam kat bawah ni.
Tapi kena order dari oversea la pulak yg harganya boleh tahan mahelnyer.
Tapi alhamdulillah suatu hari terjumpa blog orang kita yg jual baju renang muslimah dan boleh tempah seluar untuk orang lelaki.
Walaupun takde la sebijik macam gambar sebelah tapi hasil tempahan puas hati dengan harga yang berpatutan.
Ukuran boleh ikut badan, perut ke depan pun boleh ambik ukur lilit yang sesuai. Seluar pun boleh nak besar, kecik di bahagian mana-mana.
Bahagian depan, sebenarnya ada banyak warna boleh tempah...

Seluar yg ditempah memang selesa, longgar, menutup aurat, saiz dia ikut macam seluar bawah yg dibeli di markaz..


Seluar camni korang biasa pakai kot..mmg selesa


Kalau nak beli boleh click Baju Renang Islamik (Ni iklan TAK berbayar ye, semata-mata nak mudahkan sesiapa carik seluar renang menutup aurat).

7 comments:

ismadiyusuf said...

sekarang kita berenang di lautan maksiat...

Ziarah76 said...

ismadiyusuf,
jgn terkesan dgn suasana, terus maju dlm usaha, tambah korban.

hamzah ian said...

seluar ketat2 skrg..

Ziarah76 said...

Hamzah lan,
carik yg longgar le

Seger refas said...

Syeikh, ana klik kat link di atas tapi takde pun baju renang lelaki tutup awrat... boleh hubungi ana? ana nak belilah kalau harge OK

Ziarah76 said...

Mmg tak ada gbr bj renang lelaki pasal baju tu kena tempah. Telefon no empunya blog bj renang untuk buat tempahan. Ukuran baju dan seluar kita ambil sendr. Nanti dia akan emelkan contoh bj lelaki yg dia ada. Hr tu ahlia ana yg uruskan. :-)

Seger refas said...

OK, nanti ana tengok balik kat blog tu samada ade number talipon tak.. Kalau takde, nanti ana minta enta OK?.. JazaakALLAHU khairan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails