Thursday, July 22, 2010

Gempaq mayat tak reput

“Kakak menangis sebab menyesal dan rasa berdosa sebab dahulu semasa arwah masih hidup dan sehat, kakak selalu marah dan menghalang dia daripada keluar ikut dakwah tabligh, tapi dia keluar juga walaupun kakak marah.”

Oleh Tuan Haji Musa Kuala Kedah

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

Jika kita membaca Alquran dan Hadis-hadis nabi saw, kita akan berjumpa tentang berita-berita atau targhib tentang kemulian orang-orang beriman yang berjihad di jalan Allah swt dengan diri dan harta mereka yang mana mereka terbunuh atau syahid di Jalan Allah swt. Mereka ini dijanjikan syurga yang penuh kenikmatan oleh Allah swt, di Padang Mahsyar nanti mereka akan bangun didepan Allah swt dalam keadaan sebagaimana mereka syahid didunia, ada yang terpotong telinga, hidung, tangan , kaki dan ada yang luka terburai keluar perutnya dan pelbagai keadaan. Mereka ini akan bangun didepan Allah dalam keadaan luka mereka baharu sahaja berlaku, darah masih segar merah lagi. Ada juga yang kita dengar ada orang menggali tanah untuk membangunkan kawasan, yang mana mereka tidak tahu dibawahnya ada kubur Sahabat nabi saw yang mati syahid terbunuh, bila sahaja mereka lihat mayat tersebut yang mana darah merah masih segar keluar walaupun dah lebih seribu tahun berlalu, Allahuakbar.

Inilah kesah yang ingin aku paparkan untuk renungan kita bersama.

Nama orang dan tempat berlaku sengaja aku rahsiakan, tetapi ini adalah kesah benar yang berlaku pada Jun 2010 yang lepas.


Sekarang pihak Keretapi tanah Melayu sedang membina landasan keretapi laju dari Utara ke Kuala Lumpur yang dijangka siap pada tahun 2012 nanti, yang mana apabila ia beroperasi kelak, masa yang diambil untuk perjalanan sehala dari Alor setar ke Kuala Lumpur hanya 3 jam sahaja. Dalam membina landasan keretapi baru ini banyaklah tanah, rumah, kedai kepunyaan rakyat diambil dan dibayar pampas an yang berpatutan oleh kerajaan yang dipersetujui oleh mereka. Sistem landasan keretapi mana-mana negara pun agak pelik kerana apabila landasan yang dibina ini melalui sungai, ia akan bina jambatan, bila melalui tasek ia akan bina jambatan, bila ia merentas banjaran atau gunung ia tidak akan melencong tetapi ia akan mengorek bukit atau gunung menjadi terowong, pendek kata apa sahaja yang ia jumpa dihadapannya ia tak akan melencong sebaliknya benda dihadapan itulah yang kena berubah. (macam orang dakwah juga apa sahaja halangan datang jangan elak diri tapi terus maju macam k/api). Perkara yang sama juga berlaku apabila landasan baru ini merentasi satu kawasan surau dan kubur. Kubur ini akan diubah ketempat yang baharu. Untuk mengubah kubur ini mesti mendapat persetujuan Tuan Mufti dan dibawah pengawasan pihak Polis. Tarikh pemindahan kubur ini telah ditetapkan, arahan mufti , untuk setiap kubur hanya seorang atau dua orang waris sahaja dibenarkan untuk mengangkat atau melihat jenazah yang akan diubah. Seluruh kawasan di kelilingi dengan tali dan dikawal oleh anggota polis, sesiapa tidak dibenarkan masuk kecuali orang yang berkenaan. Penggalian disaksikan oleh Tuan mufti dan beberapa pegawai agama lain serta Pegawai Polis.

Tersebut kesah seorang wanita yang mana kubur suaminya juga termasuk senarai yang dipandahkan. Suaminya meninggal dunia 3 tahun lepas akibat sakit barah hati. Dia tidak mempunyai waris yang dekat, dia telah memohon kepada mufti, warisnya diganti dengan sahabat baik arwah suaminya, tetapi tidak dibenarkan oleh mufti. Wanita ini merayu lagi katanya sahabat arwah suaminya ini memang baik dengan arwah semasa dia sehat, sakit dan bila meninggal dunia dialah juga yang mengurus jenazah arwah suaminya, mendengar ini mufti membenarkannya. Kedua-dua mereka, arwah dan sahabatnya merupakan kawan baik aku juga.

Beginilah ceritanya, satelah kubur dikorek alangkah terkejutnya sahabat aku ini bila dilihat kain kafan yang menutup arwah masih elok tidak reput walaupun sudah 3 tahun berlalu. Bila tiba masa untuk mengangkat jenazah, tuan mufti mengarahkan supaya sehelai kain baharu dibalut lagi dan melarang supaya jangan dibuka wajahnya (ikut syariat). Setelah siap dibalut dan bila sahaja sahabat aku dan beberapa orang lagi mengangkat jenazahnya, alangkah terkejutnya dia, dipegangnya tangan, masih lagi rasa tangan tidak reput, dipegangnya punggung, masih rasa ketulan punggung dan tidak reput. Badannya juga masih badan biasa, sama saperti jenazah yang baru dikebumikan semalam sahaja. Sahabat aku masa itu merasa bagai nak jatuh kerana terkejut. Wanita ini apabila melihat keadaan suaminya yang sedemikian terus menangis dan menangis sehingga jatuh terduduk. Selepas selesai kerja pemindahan tuan mufti bertanya kepada sahabat aku, siapakah arwah tersebut dan tambahnya lagi ini adalah tanda dia adalah ahli syurga. Dahulu semasa pengkebumian jenazahnya pun semua orang yang hadir mengatakan kuburnya mengeluarkan wangian yang harum.Selepas peristiwa ini sahabatku berkata selama 2 hari dia tidak dapat tidur malam kerana teringat peristiwa tersebut. Berbalik kepada kesah wanita ini, sahabat aku bertanya mengapa ia menangis, katanya:

“Kakak menangis sebab menyesal dan rasa berdosa sebab dahulu semasa arwah masih hidup dan sehat, kakak selalu marah dan menghalang dia daripada keluar ikut dakwah tabligh, tapi dia keluar juga walaupun kakak marah”

Arwah dahulu semasa hayatnya bekerja dalam satu jabatan kerajaan, Arwah ini dijabatan/pejabatnya memanglah seorang yang dikenali disemua peringkat, dari ketua atasan sehinggalah pencuci lantai pejabat semua mengenalinya. Dia peramah suka ketawa dan senyum dan menyapa kepada semua orang, tapi masa itu arwah tidak amal agama, tidak kenal solat, puasa dan perintah lain, yang dia kenal dan diamalnya hanya larangan Allah sahaja. Sikapnya mula berubah apabila dia telah mula ikut dakwah tabligh 3 hari yang pertama kali, dia telah mula mendekati dirinya pada Allah dan bertaubat Nasuha, semua perangai lamanya telah dibuang terus dalam hidupnya. Kehidupannya kini mula tenang dan dia telah belajar dan beramal dengan penuh tekun setiap perintah Allah swt mengikut sunnah nabi saw. Dia yakin inilah satu usaha kenabian yang dapat merubah kehidupan seseorang kepada satu kehidupan beragama yang direzai oleh Allah swt. kemudian dia ambil cuti tanpa gaji dan ikut keluar lagi 40 hari, walaupun isterinya marah dan tidak berapa suka dia keluar dakwah, kemudian selepas beberapa tahun tahun berikutnya dipohon pula cuti tanpa gaji selama 4 bulan dan diluluskan cutinya untuk keluar 4 bulan di India, Pakistan dan Bangladesh. Satelah pulang dari khuruj 4 bulan, arwah telah menerima surat pemberhentian kerja oleh jabatannya, dengan satu alasan yang tidak munasabah, tetapi arwah reza dan pasrah dengan takdir Ilahi, dia tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang untuk bela diri. Jadi arwah pasrah dan untuk mencari rezeki memelihara anak dan isterinya, arwah telah memulakan perniagaan kecilan berniaga air mainuman dan jual kueh muih ditepi taman rumahnya. Tetapi usaha dakwah tidak ditinggalkanya terus aktif membuat usaha di kampongnya setiap hari bersama sahabat baiknya tadi. Keadaan ini berlalu sehingga beberapa tahun, sehingga sampai satu masa ketika arwah dan sahabat aku ini sedang minum teh tarik disebuah warung, ia disapa oleh seorang lelaki Cina “hai awak sudah jadi ustaz ka sekarang”. Dengan penuh gembira arwah menyambut lelaki cina ini yang merupakan kawan baiknya dahulu dizaman jahiliah, mereka bertanya khabar dan satelah memberitahu hal yang sebenar bagaimana dia telah dipecat, kawan Cina berkata dia akan mengambil kes ini dan akan membawa ke mahkamah tanpa mengambil apa-apa bayaran upah pada arwah. Kawannya ini dahulu bekerja sepejabat dengannya tapi sudah berhenti dan menjadi peguam. Masa itu juga kawan cina ini menghulurkan padanya duit RM2000. Dipendek cerita kesnya yang dibawa ke mahkamah telah dimenangi oleh arwah, beliu telah mendapat bayaran balik beratus ribu ringgit oleh kerajaan dan kerjanya pula disambung semula. Dengan wang tersebut arwah telah mendaftar untuk mengerjakan farzu haji bersama isterinya , selang beberapa lama Tabung Haji telah mengeluarkan surat yang mereka berdua akan berangkat ke Mekah pada tahun itu juga.

Kita merancang Allah juga yang menentukan semuanya, dan ketetapan Allah pasti akan berlaku sebagaimana kehendakNya, sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah arwah telah diserang penyakit barah hati dan meninggal dunia. Semuga Allah mncucuri rahmatnya pada arwah dan meletakkan dia bersama para syuhada dan solihin amiin.

Kita yang hidup ini masih belum tentu nasib kita , bagaimana akhir kalam kita adakah dalam husnulkhotimah, oleh itu marilah terus kita berusaha untuk memperbaiki diri dan menguatkan iman dan amal kita ikut perintah Allah swt dengan cara ditunjuki oleh nabi saw.

Diambil dari blog Tuan Haji Musa Kuala Kedah

3 comments:

QuLMinD said...

salam tuan,
sebak hati bila baca karkuzari ni..
mohon diiizinkan utk dicopy-pastekan di blog sy utk tatapan sahabat lainnya juga.

syukran. Jazakumullahu khairal jazaa'.

zakir932 said...

assalamualaikum....

itulah allah macam-macam allah boleh bikin panas atau sejuk...

sesungguhnya rahmat allah itu mendahului kemurkaannya.

Ziarah76 said...

QulMind dan Zakir,
Allah Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails