Thursday, July 8, 2010

Peribahasa karkun Part 1

Entry kali ni mengajak anda berperibahasa tapi dgn disesuaikan mengikut keadaan supaya peribahasa yg kita tahu dapat digunakan dgn mudah. Sebab itu, rasanya rakan seusaha lebih mudah faham peribahasa di bawah ni. Agaknya? 
Sebab tu juga, tak perlu lah kita rujuk buku Ilmu Mengarang Melayu karya Za'ba macam kat gambar sebelah tu.



"Di mana bumi dipijak di situ ghast ditegakkan"
-Utk menggambarkan kononnya kesungguhan buat ghast. Ubah suai drpd 'Dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung.'

"Sikit-sikit lama-lama jadi jaws"
-Utk mggambarkan buat kerja perlahan2 tapi berhasil. Ubah suai drpd 'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit uhud.'

"Sudah slack ditimpa tangga"
-Utk menggambarkan rakan seusaha yang tengah berehat bawah rumah, dlm keadaan sejuk beku, tiba-tiba ditimpa tangga rumah, kesian. Ubah suai drpd sudah jatuh ditimpa tangga.

"Ukur nisab di badan sendiri,"
-Utk menggambarkan rakan seusaha mesti sentiasa periksa nisab sendiri jangan terlepas.
Ubah suai drpd 'Ukur baju di badan sendiri'.

"Orang mengantuk disorongkan bedding"
-Utk menggambarkan sifat ikram member nak tido beri bedding. Ubah suai drpd 'Orang mengantuk disorongkan bantal'.


Ada lagi nak tambah? Silakan...

22 comments:

karkuzari said...

salam,

bagai gigi dengan miswak.

bertebal-tebal muka dahulu, bertukar-tukar wajah kemudian.

huhu. err.. rasa nak masukkan dalam tab sidebar.

azharjaafar said...

Talam dua buah;
10 orang boleh makan sekali.. (daripada talam dua muka)

Kalau takut bebudak tabligh, jangan berumah di tepi surau;
(daripada kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai)

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik la kalau hujan hidayat..
(daripada hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri)

hainur hapis said...

terbaik! chayyo'!

hainur hapis said...

abg azhar pun bestttt hehe

musa said...

Asmkum
SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA BENANG HABIS
( sehari selembar benang lama-lama jadi kain)
Maknanya hari-hari pergi ziarah jumpa setiap rumah lama-lama semua rumah habis kita ziarah

ziarah76 said...

karkuzari,
sidebar tu mcm susah je nak buat.

azhar,
lamo bonar ekau tak mengomen dlm blog den

hainur,
orang tanjung karang taknak beri peribahasa ke?

ziarah76 said...

tn hj musa,
best jugak tuan haji punya ubah suai.

karkuzaridakwahiman said...

kena trial error. Templet ni rasanya dah ok. clean.

* Bertukar-tukar wajah tu maksudnya bertukar wajah di pasar syurga.

ahliacikgukhairul said...

nak gak bg idea tp lemah la.. seronok baca n sesuai digunapakai utk ummah.. InsyaAllah

ziarah76 said...

karkuzari,
ok nanti saya try, buat masa ni agak sibuk.

*subhanallah...

Ahliah CK,
tahniah yg amat sgt dari kami! Dpt baby girl, dah ada nama ke blum?
Seronoknya...
Alhamdulillah..

karkuzaridakwahiman said...
This comment has been removed by the author.
karkuzaridakwahiman said...

sy syor tuan guna counter ni http://www.99counters.com. Takde popup. Total visitor boleh set. Link footer boleh remove..masukkan kod html widget jek.

Tujuh Kaki Dalam said...

di mana ada ghast, di situ ada karkun.

he he

zarzh said...

Ibarat duduk berjemaah, pecah hati, pecah semua. (Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua)

Kalau tidak dipecahkan dunia, manakan dapat akhirat. (kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya)

Masuk kali pertama mentarghib, masuk kali kedua mentashkil. (masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak)

- Wah, seronok lak berperibahasa ni, almaklum dalam bahasa ibunda sendiri. Tima-kasih-tima-kasih

zarzh said...

Sambung ye...

Yang nak ditashkil tak dapat, yang dah bagi nama pula berciciran (Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran) Aduh pedihnya perbahasa ni...

Yang bulat tak datang kalau tak diikram, yang pipih tak datang kalau tak ada taam (yang bulat tak datang menggolek, yang pipih tak datang melayang) Kena korban dan ikram lagi dan lagi ni...

- Macam nilah kami disini, biasa juga tak cukup korum nak keluar, doa Z76, doakan....

ziarah76 said...

karkuzari,
insya-Allah nanti saya tukar tu. Jazakumullah khair

TKD,
lama tak mengomen.

Zarzh,
wahh.. banyaknya idea, best2
Jazakumullah khairan kathira

Tujuh Kaki Dalam said...

sebab banyak mengomel dari mengomen.

ziarah76 said...

TKD,
dijemput komen la byk2 lagi kat sini...hehe

Tujuh Kaki Dalam said...

insyaAllah insyaAllah.

hehe

MAHAGURU58 said...

Bagaikan Da'ii dengan Dakwah...

Tak boleh dipisahkan.

Sampai ke liang lahat kita berusaha..

Insya Allah!

ziarah76 said...

Mahaguru58,

wah wah... tak ketingalan juga menyumbang peribahasa nampaknya otai kita ni.
t kasih menyudikan diri...

Anonymous said...

he style has lived much longer than its Abercrombie clothing counterparts from the 1980s; it may be because of its relatively abercrombie Jeans inoffensive style or because people just love Abercrombie Pants animals, but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet Abercrombie Tees sets in a cheetah print. These are common enough that you could even go to a department store and find them, Abercrombie Shorts so you should have no problem finding cheetah printed sheets and blankets if they are what you are looking for. These can be a great accent to a more contemporary home theme Abercrombie Sweaters , though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails