Ombak air Laut China Selatan
Ok, kalau anda gemarkan suasana pantai yang indah, ombak beralun, angin menderu, pantai bersih, suasana menyegarkan, jauh daripada kebanjiran orang, masih dikekalkan alam sekitarnya, maka Pantai Tunjuk Laut, Tanjung Leman pasti dapat menepati kehendak anda.
Jika anda biasa dengan Port Dickson, maka tak keterlaluan dikatakan Tunjuk Laut jauh lebih indah, menarik. Begitu juga, Desaru juga kalah dgn Pantai Tunjuk Laut dari segi pantainya. Tunjuk laut pantainya landai ke tengah.
Jadi, sabtu lepas kami sekeluarga berjalan lagi, kali ni berkesempatan berkunjung ke Tunjuk Laut,alhamdulillah syukur.
Walaupun cantik tapi tak ramai yg datang ke sini....jadi privacy sikit.
Kalau nak tahu direction ke Pantai Tunjuk Laut sila click How to get to Tunjuk Tunjuk Laut Resort
Kalau berminat call no tu...
Dari umah perjalanan 114 km, kira-kira sejam setengah, bertolak lepas Asar, bila sampai dah hampir senja...
Pagi-pagi dah serbu pantai...
Antara pengunjung yg tak sabar-sabar nak ke pantai awal-awal pagi
Di resort ada gerai orang kampung yg hidangkan juadah ala kampung yg sungguh sodap.. macam ikan tenggiri asam pedas di atas, stok ikan fresh ambik dari nelayan Tanjung Leman berdekatan. Sbb segar, isi ikan dia manis...
Ni ferevet..... petai ikan bilis...
Sempat tinjau tempat jeti nelayan tanjung leman naikkan ikan... ikan parang berkilat tu, hari-hari manusia ambik ikan dari laut, tapi ikan tak habis-habis, Allah Maha Kuasa.
Belangkas pun ada... tp yg betina je, kalau di laut belangkas mmg ada 2, erkepit jantan betina, tapi bila ditangkap yg jantan dilepaskan....
Antara kawan-kawan baru naufal...tapak sulaiman, yg dikutip di tepi pantai. Pantai ni masih yg asli jadi byk hidupan laut selamba berkeliaran di pantai...
Tapi sebelum balik, kawan2 baru tu dilepaskan (dgn rasa sedih) ke pantai semula...
Tapak sulaiman... banyak boleh jumpa, yg paling anak2 suka buat di tepi pantai ialah kutip tapak sulaiman..
Berdepan dgn Tunjuk Laut, Tanjung Leman ialah Pulau Sibu yg juga dikatakan lebih cantik.
Nak ke Pulau Sibu, kena naik bot dari jeti Tanjung Leman. Kalau berminat sediakan je la ongkosnye.
Jadi Pantai Tunjuk Laut ni mmg kami rekomen kalau nak bercuti di tepi pantai.
2 comments:
bestnya.. akak org johor pun 1st time dgr nama pantai tu.. cuma dgr Tanjung Leman je.. kena ajak CK nih.. terpikat esp tang makanan n ikan parang yg berkilat tuh..
kak,
Pantai tunjuk laut tu mmg terletak sebelah jeti Tanjung Leman, kira dlm kawasan tanjung leman la tu.
kena bawak CK berendam kat situ,
kalau cuti raya, dari kelantan nak ke pontian memusing satu semenanjung apa salah rehat sebentar menginap semalam di tunjuk laut, releks2, mandi manda, pastu continue ke pontian. hehe
Post a Comment