Tuesday, July 6, 2010

Jenazahmu dan jenazahku

 Anda ada berapa banyak jam tangan? Pernahkah anda melihat betul-betul ke arah jarum jam anda? Apakah yang anda nampak? Pujangga bermadah:

"Wahai orang yang lalai, jika kamu mendengarkan bunyi jam dengan penuh perhatian, benar-benar ia berkata, 'berkurang, berkurang,' umurmu dari waktu kehidupan (dunia)."

Tersenyum dan menangis
Salman al-Farsi r.a berkata: "Ada tiga jenis manusia, apabila aku ingat mereka maka aku berasa hairan sehingga aku tersenyum. Pertama, adalah orang yang menaruh harapan dan cita-cita pada dunia sedangkan mati hendak menangkapnya. Kedua, orang yang lalai daripada mengingati Allah padahal Allah selalu menjaganya. Ketiga, orang yang ketawa dengan penuh gembira sedangkan dia tidak tahu apakah Allah redha kepadanya atau murka.
Tiga perkara menjadikan aku sangat gelisah hingga aku menangis. Pertama, perpisahan dengan kekasih-kekasihku (iaitu Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.hum). Kedua memikirkan mati. Dan ketiga, di padang mahsyar esok aku mesti menghadap Allah tetapi aku tidak tahu, adakah aku diperintahkan untuk memasuki syurga atau neraka.

Tasauf
Suatu ketika Syaqiq Balki rah. pergi menziarahi Syaikh Abu Hasyim rah. salah seorang guru beliau dalam ilmu tasauf. Ketika melihat sebuah bungkusan yang terikat di hujung kainnya, Syaikh Abu Hasyim bertanya? 'Apa itu?' Beliau menjawab, "Kawan saya memberi sedikit makanan sebagai hadiah. Saya membawanya ke sini dengan harapan tuan guru akan berbuka puasa dengannya.
Syaikh Abu Hashim bertanya, Syaqiq, apakah kamu berharap akan hidup hingga waktu berbuka puasa? Mulai sekarang aku tidak akan berbicara dengan mu." Kemudian beliau masuk ke dalam rumah dan menutup pintu.
(Dipetik dari bab Zuhud, Qanaah, tidak meminta-minta di kitab Fadilat Sedekah, susunan Maulana Zakariya rah.)

Mengiringi jenazah
Suatu ketika Abu Darda r.a mengiringi suatu jenazah. Dalam perjalanan, ada yang bertanya, "Jenazah siapa itu?"
Abu Darda r.a menjawab, Jenazahmu, Jika mahu tidak suka maka itu adalah jenazahku (Maksudnya, sekarang waktu untuk memikirkan kematian diri sendiri).
Hassan al-Basri rah berkata, Aku hairan melihat orang yang sudah menerima perintah agar mempersiapkan bekalan perjalanan (akhirat) dan telah diumumkan bahawa tidak lama lagi perjalanan itu akan dimulakan, tetapi ia masih sibuk bermain-main (dengan dunia).
(Tanbihul Ghafilin).

Ruh keluar
Umar r.a menyuruh Kaab r.a: "Ceritakanlah mengenai keadaan mati."
Kaab r.a menjawab: "Wahai Amirul Mukminin, mati adalah seperti sebuah dahan pohon yang penuh duri lalu dimasukkan ke tubuh seseorang sehingga memasuki setiap rongga tubuhnya lalu pohon itu diseret sekuat tenaga. Begitulah ruh itu dikeluarkan dari tubuh."

4 comments:

Dr. Bentara said...

cun dah blog ni bro... mantop!

Umma-ali said...

Aslm,
Org yg bijaksana ialah org yg sentiasa ingat bahawa dia tak lama lagi akan mati dan sedang berusaha membuat persiapan untuk itu...

Ziarah76 said...

bijaksana ialah bijak di sana (akhirat)

Ziarah76 said...

ben,
ada benda pd layout ni yg aku nak buat tapi tak reti... emmm

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails