Monday, May 10, 2010

Mengimbas kisah lalu...

Selepas membaca posting terbaru Tn Haji Musa Kuala Kedah, teringat pula salah satu kisah zaman belajar dulu. Masa tu baru nak berjinak2 ke markaz, pertama kali dibawa ke markaz oleh sorang ahli keluarga sendiri, tapi lepas dah tau pergi sendiri la.
Kelakar, malu pun ada kalau teringat, saya pernah datang ke markaz bersama dua/tiga helai kertas yang dalamnya berisi soalan-soalan untuk bertanya mengenai kemusykilan berkaitan jemaah Tabligh.
Sebenarnya, masa sekitar akhir semester di UIA masa tu, ada member (rapat jugak) yg tak berapa faham tapi berniat ikhlas dan murni meluahkan rasa tak berapa senang bila mengetahui saya sudah ke markaz tabligh.
Saya memang respect member tu (sampai sekarang pun). Masa tu, beliau memang calon ustaz sebagai pelajar lepasan sekolah agama yg seterusnya mengambil jurusan agama peringkat ijazah.
Jadi dia memberi nasihat agar berhati-hati, jangan mudah terikut-ikut. Seorang lagi rakan yg tak kurang hebat ilmu agamanya (dia jadi rujukan saya bila blaja bahasa Arab) pula memberi satu surat yang mengandungi soalan-soalan kemusykilan tentang jemaah tabligh yg dikatakan tak berapa betul dan beberapa hal yg dipertikaikan.
Saya jenis tak reti menjawab, al maklumlah masih baru (lagipun memang tak reti pun, saya bukan jurusan agama), tapi saya katakan kpd mereka, mari lah ke Sri Petaling untuk bertanya ustaz-ustaz di sana. Tetapi member tu enggan (segan agaknya) sebaliknya mencadangkan agar saya saja yang bertanya kepada ustaz2 di Sri Petaling.
Disebabkan saya menganggap kemusyilan mereka ikhlas maka saya berasa mahu juga soalan-soalan mereka dijawab supaya hati berasa lapang, lalu pada suatu hari, kertas-kertas yg mengandungi soalan-soalan itu pun saya bawa ke markaz.
Dipendekkan cerita, bila dengar bayan markaz... tiba-tiba beberapa point bayan seolah-olah terkena pada batang hidung sendiri je, entah kenapa rasa tak keruan. Rasa lain macam dengar bayan, menusuk ke qalbu. Bila habis dengar bayan markaz hari tu..... saya berasa soalan-soalan tu seolah-olah sudah terjawab. Pelik sungguh. Rasa 'macam' dah terjawab walaupun bukan lah bayan itu untuk menjawab kemusyilan senarai soalan-soalan tu.
Jadi rasa malas pulak nak diajukan soalan-soalan tu kpd mana-mana ustaz di situ. Kalau diajukan tentu saya berasa malu saja.
Sorang member di markaz kata, kalau nak tahu kena keluar lagi dan lagi. Saya sengih je, dlm hati makin bulat tekad nak belajar2 buat usaha agama ni kalau nak tahu lagi.  Bila keluar sikit-sikit jalan Allah, sedikit demi sedikit perkara yg dibangkitkan semakin jelas.
Masa first time nak keluar 3 hari, dlm fikiran, "Tak kisah lah apa korang nak kata pasal Tabligh, yg penting kalau aku dapat jaga sembahyang macam diorang dapat buat, tu dah kira untung besar dah."

7 comments:

ibnu dinar said...

kesesatan, kemusnahan itu yg mereka ciptakan...
keangkuhan, kesombongan itu yg mereka agungkan........
ada mata kita lihatlah, ada akal kita fikir2kan.... sungguh beruntung jika Allah kekalkan kita dalam usaha ini hingga akhir hayat... insyaAllah,amin.

ahlia azharjaafar said...

ALLAh telah letakkan kejayaan semua umat manusia hanya dalam agama ikut cara Nabi saw. Semoga Allah kekalkan kita semua dan zuriat dlm usaha ni hingga akhir hayat...amin

ismadiyusuf said...

jika ada keinginan Allah akan bukakan hidayat walaupun dalam keadaan macamanapun...

musa said...

Sebenarnya bila kita dah buat keputusan nak keluar jalan Allah itu hakikatnya keputusan Allah, kita keluar sahaja jangan tangguh inyaallah nusroh allah akan datang dan bila masa berlalu kita akan kenang dan kita akan kata keputusan yg dibuat masa itu (mungkin jost sikit ) tapi kita akan kata ia adalah betul, masa kita syukur pada allah kerana allah pilih kita. Inilah kerja yang paling mulia dan paling besar nilai disisi Allah swt

Ziarah76 said...

ibnu dinar,
marah ke apa tu, ek? musuh kita iblis, syaitan, nafsu. Yg lain bukan musuh kita. Sasaran kita orang Islam.
Nak istiqomah tu yg mujahadah tu..

ahlia AJ,
Aminn

ismadiyusuf,
Usaha atas hidayat, hidayat di tangan Allah. Doa nangis2..

Tn Haji Mosa,
Tu la dia, nisab saya dah nak dekat ni.. doakan saya terus kekal buat kerja 'mahkota segala kerja' ini. amin

Umma-ali said...

Salam,
Memang bila tekonang masa mula2 dpt usaha, kenangannya manis, sbb kita ni kkdg igt kita dah byk tahu, tp bila mula buat kerja ni, masyaAllah, belum taraf tadika lagi pun kita rupanya...dulu rkn2 tskil buat tklim, saya kata dah memang buat dah...confident je, rupanya bc kitab sohih bukhari n muslim...hancus lah sbb xde keterangan pastu tafsir sendiri, istighfar2! Ada satu hadith tu kami bc lbhkurang, Allah benci seorg qori yg gemuk! Saya pun terus kol ada brother yg gemuk btau dia, sedih betul dia...pastu dia tnya Dr. Zubir Langat masa tu dia amirsab kami...ktnya bkn maqsudnya begitu, gemuk tu ialah org yg byk dunia...sah memang salah tafsir, kesian bro tu...dan dia pun teruskan kegemukan dia dgn confident, huhu...seronok teringat awal2 pembabitan saya dlm usaha ni, bila time jhor org llaki kne pg jauh, ke Iowa, kami di Nebraska...yg lain2 sume dah kawin, saya je yg single...mesyuarat putuskan saya lak jadi driver bw ahliah2 depa pg grocery store, laundry store dll... semoga saham depa masuk juga kat saya... kita pulak mmg lasak, suka benor lah jadi driver tu... la ni je jadi mem, malas dah nak bw kete...
Semoga Allah kekalkan kita dgn usaha ini sehingga hujung nyawa, amin. Kita ni pun, sayalah, bkn org baik2, agama tak mahir, tapi dgn Rahim Karim Allah telah pilih kita maka kita hndklah bersyukur byk2 dan sedia sambut takaza2...
Haa ni kami nak kuar 10h ke JB kalau diizinkan Sri Ptlg, sambutlah takaza terima kami... boleh?

Ziarah76 said...

umma-ali,
menarik sungguh kisah di US dulu ye. Driver di jalan Allah rupanya, kaki racing ke apa? berlumba-lumba menambah amal, insya-Allah.
Takaza tu bole dimesyuaratkan, cuma kami rasanya balik kampung cuti sekolah. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails