Tuesday, May 19, 2009

Tambang haji naik

BARU-BARU ini, Tabung Haji mengumumkan kenaikan 11 peratus tambang haji berkuat kuasa musim haji akan datang. Ini bermakna bakal jemaah haji akan dikenakan bayaran sebanyak RM9,980 seorang berbanding RM8,973 ketika ini.
Alasan kenaikan ialah menampung kos operasi yang semakin meningkat. Ramai juga yang membantah dan meminta kenaikan dikaji semula kerana ia dianggap membebankan rakyat dalam situasi ekonomi gawat waktu ini.
Antara mereka ialah Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Md. Saleh Md. Ahmad yang mahu kenaikan itu ditimbangkan semula. Namun hingga hari ini Tabung Haji masih tidak memberi reaksi balas terhadap gesaan tersebut.
Soal tambang haji - sama ada naik atau turun - memang sepatutnya menjadi isu yang menarik perhatian umat Islam kerana sudah menjadi cita-cita orang Islam untuk menunaikan rukun Islam kelima itu jika berkemampuan dan dipilih Allah pada suatu masa nanti.
Soalnya tidakkah kenaikkan tambang itu sedikit-sebanyak mengurangkan kemampuan dari segi asbab dan keperluan yang perlu disediakan untuk berangkat ke tanah suci? - walaupun dapat menunaikan ibadat itu hanyasanya adalah dengan pilihan Allah.
Hakikatnya, dalam soal berbelanja untuk menunaikan ibadat termasuk haji, sebenarnya sebanyak mana pun dibelanjakan tidak lah merugikan, bahkan mendapat keuntungan dan ganjaran yang banyak. Malahan mafhum satu hadis memberitahu, orang yang berbelanja di jalan Allah dan menunaikan haji tidak akan jatuh miskin. Dalam hadis yang lain, Allah akan membalas balik kesemua perbelanjaan itu sebelum seseorang itu meninggal dunia lagi.
Dalam pada itu, kebimbangan waktu ini ialah jika sekarang tambang tersebut naik kepada RM9,980 seorang, dan pada masa beberapa tahun akan datang adakah kemungkinan ia akan naik lagi? Pada masa yang sama, ramai juga termasuk saya percaya bahawa tentu ada asas yang kukuh bagi Tabung Haji untuk melakukan sebarang perubahan harga tambang. Lebih-lebih lagi ia adalah isu sensitif. Apakah pandangan anda dalam hal ini?
Semoga Allah pilih kita untuk menunaikan rukun Islam kelima itu suatu hari, insya-Allah. Sesungguhnya Allah memberi taufik dan hiadyat kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Ya Allah pilih lah hamba-Mu yang hina dina ini..

9 comments:

Munir Kangsari said...

I wonder what was the alasan kukuh for them to increase the fare. Bang, apa yang sensitif sangat tentang isu ni?

X sabar nak buat Ghast di Haramain.

Ziarah76 said...

munir,
alasan kukuh dlm hal ni kadang2 subjektif, kerana mungkin kukuh bagi setengah orang dan tidak bagi orang lain.
kalau tak silap, alasannya ialah kenaikan pelbagai kos contohnya, hostel, makanan, tambang kapal terbang etc. Lagi pun kata mereka, harga tambang sblm ni kalau tak silap dah tak pernah naik hampir 10tahun.
Isu ni dianggap sensitif bagi sesetangah orang kerana ia babitkan soal kenaikan harga yang mana waktu ini masyarakat umum memang tak suka benar kalau dengar barang/perkhidmatan naik harga. Lebih2 lagi lepas minyak naik harga dulu yg menyebabkan harga barang turut naik harga, tapi bila harga minyak turun, barang tak diturunkan pulak harga.
Jadi sensitif di sini ialah kepekaan orang terhadap value for their money. Tiba2 tambang haji pulak naik... kan mjadikan amat peka pengguna Islam.
Lagi satu, isu ini dianggap sensitif kerana ia berkaitan tanggungjawab kerajaan melalui Tabung Haji untuk memudahkan rakyat Malaysia pergi haji dan bukan untuk agensi itu cari untung dan sebagainya. Memang la ini perlu sensitiviti kerajaan dan umat Islam kerana soal ibadah ini perlu betul2 diteliti dan terjaga dari serba serbi.
Lagi pun sebut aje pasal haji orang melayu/islam pasti ambik berat/peka/sensitif. wallahualam.

Dr. Bentara said...

yang bagusnya, Allah s.w.t. terima niat kita. Andaikata harga jadi sangat mahal hingga majoriti rakyat biasa pun tak mampu, Allah s.w.t. tetap akan terima niat yang ikhlas, insyaAllah.

Moga Allah s.w.t. jemput kita ke sana. Amin!

Ziarah76 said...

abg ben,
betul ben.... nak buat amal kebaikan, baru niat je malaikat dah catatkan pahala dan kalau dapat buat dpt lagi pahala.
niat amalan kejahatan, malaikat tak catat dulu, dia tunggu hingga dibuat, dah buat pun dia tunggu kalau2 org tu bertaubat.
Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Anonymous said...

Salam, doakan ana dapat jejak ke tanah suci pada thn 2010. Mmg dah niat dgn hubby azam nak pergi hj dulu sebelum keluar masturat ke india pulak. InsyaAllah.

Ziarah76 said...

anonymous,
Amin... tolong doakan untuk saya dan isteri jugak.

Munir Kangsari said...

thanks for the 2 cent bang. As far as i'm concern is, TH make billions ringgit of profits which is derived from the investment they made out of the....

Dari segi figure berapa sangat yang naik Haji tiap2 tahun. I strongly believe profit tiap2 tahun can backup all the expenses.

If niyyat to do good things gain thawab apatah lagi jika dizahirkan.

tapi, Nir pun cakap kat Blog ja. Talk the talk jer, walk the talk belum lagi.

Ziarah76 said...

munir,
apa tu 2 cent?
semua salah saya... sebab saya belum betul2 buat keputusan yg kerja dakwah ini kerja saya, yang saya buat hanya mendakwa di mulut.
semoga Allah ampunkan saya.

Anonymous said...

Assalamu alaikum

ramai karkun ka blog nie..

sokong isu nie..

tabung haji tidak sepatutnya menaikkan tambang kerana kesian kat pesara pekerja kilang yang tidak berupaya menambahkan simpanan mereka..

semakin menunggu umur semakin lanjut, kudrat semakin kurang..

kpd bro burn..tq menjadi teman semasa di ukm.

teman2 lama kalau ada ijma' bagi tahu lah, insya allah akan diluangkan masa..

drzubaidi@penawargroup.com

hp 019 7712391

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails