Sunday, May 10, 2009

Berkunjung ke galeri seni

Asma ul-husna
DENGAN rasa prasan konon-kononnya ada la sikit minat pada seni lukis, jadi dengan perasan gitu baru-baru ni pergi ke pameran seni IMCAS.
Ye..lah, kalau ikut track record, gua memang dapat A1 dalam pendidikan seni masa SPM (huhu). Boleh la sikit2 melukis walaupun bakat dah berkubur lepas sekolah.
Ditambah pulak dgn darah seni (kununnya) yang pernah ada, contohnya kebolehan menggoreng gitar hentam kromo bersama rock band sejak sekolah rendah, menengah seterusnya joint band logam maut di universiti. Tapi semua seni tu pun dah dikuburkan. Hidup sudah berubah... sekarang goreng bawang boleh la... huhu
So, bagi memupuk minat seni dalam jiwa anak-anak maka mereka dibawa ke pameran seni, tapi sebenarnya budak2 ni buat macam2 perangai kat sana. Sabaar je la, sudah lah harga satu lukisan tu mencecah ratus hingga ribu ringgit kalau rosak atau terjatuh maka rabak lah poket.
Tapi alhamudillah takde kejadian tak diingini berlaku, walaupun kadang2 budak2 melompat2 kat sana sini. Guard yg jaga room tu asyik perhatikan je budak2 ni, ada ke diorang pegang lukisan tu, nasib baik takde la tertanggal kaler dia.
Banyak lukisan dan karya seni menarik, hasil kreativiti pelukis memang mengkagumkan, ada sesetengahnya menyejukkan pandangan, tak kurang juga yg menyesakkan mata. Tapi semua mahal2 bro, tengok boleh la, beli idak le. Cuma kami beli pelekat magnet utk peti sejuk je yg ada gambar lukisan, RM3 je, huhu. Kreativiti dan keindahan karya seni lukisan itu tak boleh digambarkan dalam blog dan kalau tengok gambar tu tentulah tak sama bila lihat depan mata sendiri hasil seni lukisan itu. Sempat juga la ambik bbrp gambar untuk tatapan bersama, selain itu tujuan save dlm blog ialah supaya bila-bila nak tengok boleh buka. Bagi sesetengah lukisan, mesejnya mmg sempoi tapi ada juga yg sebahagiannya mmg tak faham dan banyak juga lukisan yg sarat dgn mesej sindiran mengenai isu-isu semasa termasuk social, religion, politic tempatan dan antarabangsa.Bila pandang sekali imbas lukisan kat sebelah (kanan) tu, teringat pulak pada cover album altar of madness (Morbid Angel) ada ala-ala sikit kot cuma takde la imej tengkorak. Kadang2 terfikir jugak macam mana artis-artis ni dapat idea karya seni mereka dan mungkin kalau ternampak kelibat kucing tidur pun boleh jadi cetusan idea, macam gambar sebelah kiri. Tapi yang pasti mereka bukan sebarangan... ternyata amat sensitif dengan persekitaran dan sekeliling sama ada dalam isu-isu masyarakat dan sebagainya untuk mengetengahkan luahan rasa dalam bentuk kreativiti seni. Nadi dan nafas masyarakat dan pandangan artis digambarkan dalam karya. Aaiii... bila masa pula gua jadi pengulas seni yg macam diupah oleh balai seni lukis negara ni? he he.
Pokoknya, dapat melihat pameran karya-karya seni di IMCAS memang berbaloi (mmg berbaloi la sebab masuk free he he) untuk menikmati hasil karyanya dan kalau ada pameran seni (lebih2 lagi bertaraf profesional) di kawasan anda, tak rugi kalau menjengoknya sebab kreativiti artis kadang2 amat menarik dan di luar jangkaan. Kesemua karya seni di IMCAS ada judulnya, tapi maap la, gua tak ingat dan tak tulis.
Akhir kata, di bawah ni ada beberapa lukisan yang anda boleh ulas dan nilai sendiri... enjoy!!

Mengingatkan cover album beneath the remain (sepultura)

Lukisan atas ni memang sempoi...
Tetiba Farhah suka lukisan kiri ni pulak... katanya sebab ada baby banyak. Naufal pulak ada suka satu lukisan yang pelik


Salah seorang artis pelukis terkenal yang menyertai IMCAS, Daud Rahim (macam pernah nampak tapi di mana ya.. emm dipercayai karkun...)


Judul lukisan ni ialah American Soldier. Memang keje nembak orang je..


Selain itu, boleh jugak tengok gambar slide kat bawah, kalau dia suruh add review kat box gambar tu, pangkah je untuk abaikan. Kalau nak komen tulis dalam ruang komen macam biasa.



bawah ni ada lagi...

8 comments:

Dr. Bentara said...

Kat sini dalam galeri lukisan tak boleh bawak kamera. Terus terbantut niat nak masuk. Baik masuk muzium hehehe...

MORIBAYU said...

salam

eh , camner lew ambik gambo nieh ??
bukan dalam galeri tak leh snap picca ???

huuhuhuh..sure mak guard n pak guard tido time nieh.

:)

nice post..tu lah , kadang2 lukisan ader bayk maksud yg mengajar.
mendidik juga..cuma kene hayati lah sepenuhnya.

Ziarah76 said...

abg ben,
ye lah byk galeri tak benarkan ammik gambar.
kalau masuk ke muzium boleh la tengok artifak tapi bukan la artifact of the black art (nama lagu, Inflame) huhu.

muhammad,
salam, kat galeri ni mmg boleh ammbik gambar, pak guard tak tidur, diorang nampak kami ammbik gambar dan ada orang lain pun ada ammik gambar, guard biarkan je.
Gambar judul 'sidang dewan rakyat' tu saya ambik gambar depan petugas yang jaga hasil seni tu.
Cuma guard tegur anak2 jangan pegang/sentuh lukisan je.

tengok lukisan memang best.

Dr. Bentara said...

keh keh keh... candu muzik ni memang susah nak kasi buang wooo...

azharjaafar said...

Salam,

Karkun2 bile nk klr jln Allah mesti ikram anak2 n wife. Bwa jln2. Same lah kite. Masa yg berharga untuk family seblum klr ni..

Ahlia Azhar.

Ziarah76 said...

abg ben,
candu muzik? teringat pulak lagu moonspell berjudul 'opium'.


azhar jaafar,
masa semakin hampir, mmg kena selalu ikram

Syamsulfaiz said...

Shah,
Bagus tu bawa anak2 ke galeri lukisan. Satu pendedahan ilmu. Bayangkan kita masa kecik dulu (akula) haram tak tahu pasal galeri seni. Appresiasi seni adalah satu ilmu yg bermanfaat.

Ziarah76 said...

long,
dulu kita kecik2 seni mungkin ialah buat mainan guna bahan2 yg ada kat kampung. Misalnya buat sumpit pakai buluh, senapang pakai papan, buat lastik pakai dahan dan sebagainya.
surrounding kita berbeza dgn anak2 sekarang.
adventure dulu pun jauh berbeza, kita boleh berjalan dari pagi sampai petang ke hulu sampai ke hilir takde hal, tapi sekarang anak2 kita berdiri luar pagar rumah je kita dah risau. Sebab sekarang kes budak hilang dah banyak.. entah lah.
Thanks for your comment.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails