Thursday, May 14, 2009

Fakta makanan halal

Bir halal mencetuskan kontroversi kerana mengelirukan. Soalnya perlukah umat Islam kepada bir halal?. Bagi saya, ia memang mengelirukan dan umat Islam tidak memerlukan minuman yang mengelirukan seperti itu.

ALHAMDULILLAH, keprihatinan terhadap makanan dan produk halal semakin meningkat di seluruh dunia dan ia bukan setakat di kalangan orang Islam tetapi juga bukan Islam. Dari satu segi, ia membuka satu industri besar dalam menyediakan makanan dan produk tersebut bagi memenuhi permintaan pengguna. Namun apa pandangan anda apabila mengetahui fakta bahawa pengeluaran makanan dan produk halal di dunia sebenarnya didominasi oleh syarikat bukan Islam dan orang bukan Islam? Lihat fakta di bawah:
1-Nilai pasaran industri makanan halal dianggarkan bernilai RM7.4 trilion di pasaran tempatan dan antarabangsa namun ia didominasi oleh usahawan dan syarikat bukan Islam.
2-Nilai pasaran itu dijangka terus berkembang berdasarkan:
i: jumlah umat Islam yang berjumlah kira-kira 1.6 bilion akan meningkat berlipat kali ganda.
ii: masyarakat bukan Islam juga semakin menggemari produk halal kerana diyakini kebersihan dan kesucian penyediaan dan penghasilannya.
iii: penyakit dan wabak seperti selsema babi turut meningkatkan permintaan produk halal.
3-Negara bukan Islam menguasai pasaran produk halal, negara itu seperti Amerika Syarikat, Argentina, Australia, Kanada, China, India dan New Zealand.
4-Di Asia Tenggara pula, Thailand sudah membina nama sebagai pengeluar makanan halal dan di Malaysia, usahawan bukan Islam lebih menguasai pengeluaran halal.
5-Punca bukan Islam menguasai di Malaysia ialah usahawan bukan bumiputera yang telah lebih awal terlibat dalam industri makanan, maka mereka hanya perlu mengubahnya kepada proses penghasilan yang diiktiraf halal mengikut hukum syarak. Usahawan Islam baru mula berniaga dan buka kilang.
7-Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) telah meluluskan sebanyak 1,686 permohonan syarikat untuk mendapatkan persijilan halal sehingga 30 April lalu. Daripada jumlah itu, hanya 25 peratus atau 423 permohonan diterima daripada syarikat milik orang Islam, selebihnya syarikat bukan Islam.
8-Kerajaan meluluskan bantuan kewangan kepada 22,696 pemohon dalam bentuk geran bersama dan pinjaman mudah berjumlah RM1.45 juta bagi membantu golongan usahawan untuk mengusahakan produk halal. Daripada jumlah itu, sebanyak 5,932 permohonan atau 26.1 peratus yang telah diluluskan merupakan milik bumiputera manakala bakinya adalah usahawan bukan bumiputera.--sumber MITI dan sini.
Apa pandangan anda?

6 comments:

Unknown said...

slm...komen dari saya..(mungkin luar tajuk ckit) hari ini ,org Islam sibuk habiskan masanya rebut syurga org kafir,,,sebab itu org kafir marah......hu3

Dr. Bentara said...

memang pun... tengok je la kat Malaysia.

Tapi bir halal tu memang aku tak setuju laaaa... Tasyabuh melampau tu...

Esok2 Carlsberg and Guiness pun keluar bir dan stout halal.

Sofinee Harun said...

kat Uk memang banyak gak restaurant islam yang dah buat and cipta bir halal ni. Tapi tujuan nya untuk menarik pelanggan bukan islam.

Tetapi, adakah perlu, especially di malaysia, pada saya mungkin tak perlu. Dan kalau nak keras sikit, bukan sebab benda tu halal, tapi sebab imitate non muslim and non islamic way yang perlu di bendung. Nampaknya walaupun kita boleh buta halal, tetapi dalam hati kita mengakui secara tidak langsung bahawa cara hidup orang bukan islam adalah baik dan kita berusaha sungguh nak ikut, sebab tu cuma cipta benda2 macam ni yang imitate..kesianlah orang 2islam sekarang..

Ziarah76 said...

anak pendang,
habiskan masa dgn kerja agama lagi bagus

abg ben,
memang melampau tu, esok2 tak tau apa nak jadi

ummi,
kesian umat Islam kalau dalam hatinya ada kehebatan bir hingga sanggup cari yg halal utk tiru bir

Ladyship Atie said...

ish tak faham betul.

arak halal itu memang disahkan as halal ke?

Ziarah76 said...

katanya disahkan halal, tapi mengelirukan sebab ia menyamai arak yang tak halal.
Jadi walaupun minum air yg halal tapi seolah-olah lagak dan gayanya minum benda yg tak halal. Nak buat apa orang Islam berbangga dengan perbuatan yg seolah-olah haram? Semata-mata nak berbangga mengikut perangai bukan Islam?
Jalan takwa perlu menjauhkan perkara ini.
wallahualam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails