Thursday, February 26, 2009

Mama said on education

by ahliah mutakalim.
DUA belas tahun akan datang, apa akan jadi pada anak kita? Sekarang ni anak yang sulung baru masuk 7 tahun, tapi tengok pelajaran dia macam advance betul, takut mama tengok naufal punya buku pelajaran, homework..etc. Boleh ke buat, jawab math n sains dlm bahasa inggeris ni?
Baru2 ni anak periksa, ujian. Jadi kena buat la sikit revision, mama jadi cikgu la. Fuhh... mencabar betul bagi budak umur camtu. Zaman kita dulu, masuk darjah satu baru nak kenal ABC, dia baru ujian pertama dah kena pandai baca n jawab math in English. Cuba bayangkan macam mana bentuk peperiksaan dia nanti bila nak masuk universiti, kelak?. Dah tentu mama dia kena ambil tuisyen pulak ajar dia... he he...
Sekarang ni pelajaran tadika macam darjah satu, sains pun dah ajar in english pulak tu. Bila tanya, diorang kata nanti senang nak masuk darjah satu, cikgu tak susah2 mengajar budak dah pandai, boleh ke jawab camtu? Masa depan agaknye, cikgu math tak payah susah2 ajar kalkulus dan algebra sebab kat tadika dah ajar. ni serius ni..cuba fikir.
Pada masa sama, kita ni kesian pada anak kita sbb tak enjoy life kanak2 asyik kena belajar je, ye lah, kanak2 tak sama tahap mindanye, lain2, ada yg cepat n lambat pick-upnye. Kalau yang lambat tu tak gelabah ke ibu bapa dia?
Sekarang ni tuisyen untuk budak sekolah tadika pun ada, pelik kan, padahal bukan ada peperiksaan utama pun. Darjah satu pun belum.
Trend waktu ni pulak, nak masuk sekolah yang ok, kena ambil periksa dulu, macam nak masuk PTD pulak. nasib baik soalan tak macam PTD. Ni baru 7 tahun, 12 tahun akan datang macam mana pulak? Cuba fikirkan, apa sebenarnya negara kita nak buat pada anak2 kita?
Rasa2 nye kan, boleh tak kita n orang2 lain expect budak darjah satu yang dah pandai baca akan berjaya cemerlang 12 tahun akan datang? Dan seterusnya 5 tahun akan datang atau tamat universiti. Tu lah persoalannye kan..
Dlm bab sains n math in english pulak, sebenarnya apa yang negara kita nak capai? Budak yang tahu cakap bahasa Inggeris ke atau budak yang pandai jawab sains n math dlm english (menulis). Tak tau la kan. Yang pasti anak2 kita jadi korban experimen...kesiannn. Bukan setakat budak2, cikgu pun tak tentu lagi pandai ajar math n sains dlm english. cikgu pun jadi korban experimen. Cikgu pun manusia gak.
Ni suami nak menyampuk sikit (pjg sikit la):
"Sekarang timbul pula sana sini PPSMI dibantah. Tp sebenarnya dari awal lagi dah ramai bantah, cuma dipendamkan bantahan tu. Hakikatnya, ramai sama ada tokoh bahasa, akademik, budaya, dll pun x setuju PPSMI. Para akademik kata ia bcanggah dgn pedagogi pendidikan. Org cina di sekolah cina belajar math dlm bahasa ibunda n math diorang cukup cemerlang. Tu belum cerita orang Jepun, Perancis, Jerman yg cemerlang walaupun terus taat dgn bahasa ibunda. Ada beri alasan supaya senang nak dpt keje sbb boleh cakap inggeris, betul ke?, rasanye kalau nak bagi orang boleh bercakap kena
kukuhkan komunikasi bahasa tu, maknanya mata pelajaran BI kena kukuhkan. Bukan kukuhkan BI melalui sains n math. Org yg pandai math n sains ada gak yg x reti cakap BI. Ada org pandai BI ada gak x tahu sains n math. Kalau pun semua tu diatasi, soal pasaran keje kadang2 subjektif dan byk faktor mempengaruhi. Opps...terpanjang pulak. Ok2 stop dulu, biar orang rumah sambung."
Sudah2 la tu ... dah cakap dah mesti panjang hujahnye, ni yg malas nak kasi chance ni. Idea pun dah hilang. Tapi berbalik pasal anak2 nih.. yg penting skarang ni ialah kita ibu bapanyalah yg perlu main peranan utama.. ilmu yg dia dapat tuh kalau boleh dipraktikkan terutama bidang agama misalnya kat sekolah ajar solat, kita kat rumah mesti terus tekankan amalinya, biar dia biasa solat, kat sekolah ajar mengaji quran, kita kat umah kena suruh dia terus ngaji quran biar kualiti skit ilmunya kan..jgn cemerlang peksa tapi amali hampas.. tu yg takut tuh.. byk jadi tuh sekang nih.. Kita ibu bapa jgn duk nak tekan akademik je, agama bekal utk akhirat tu jgn dilupa penting sesangat tuh..(nasihat untuk diri sendiri)..weih susah ibu bapa kat msia ni.. nak kena praktik sungguh-sungguh 6 pesanan untuk wanita mukmin (insya Allah post akan dtg)... apa pikiran anda berkenaan pendidikan di msia nih?

Berjayakah Amerika dan Zionis diboikot?

Usaha memboikot barangan Israel dan sekutunya, kata Dr. Zaharuddin, boleh dianggap sebagai satu jihad di jalan Allah.
"Usaha memboikot barangan mereka ini adalah lebih baik berbanding daripada sumpah seranah serta memaki hamun mereka," kata Pensyarah Kanan di Bidang Kemanusiaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, Dr. Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.
Baca selanjutnya di Utusan Malaysia.

Monday, February 23, 2009

Kesian kepada yahudi

ADAKAH musuh Islam adalah yahudi atau negaranya, Israel? Sudah tentu Islam tidak memusuhi mana-mana bangsa atau kaum termasuk lah Yahudi walaupun bangsa itu berterusan menyusahkan dan menzalimi umat Islam, bahkan membunuh nabi-nabi terdahulu dan menyusahkan Nabi s.a.w dan para sahabat sejak dari zaman dahulu.
Apakah sikap yang sepatutnya ada pada kita terhadap Yahudi, Israel? Sepatutnya, kita perlu kesian kepada mereka yang jika mereka mati tanpa kalimah iman maka mereka akan dihumban ke neraka selama-lamanya. Umat Islam bertanggungjawab mengajak mereka kepada Islam. Tetapi disebabkan umat gagal melakukan tanggungjawabnya sebaliknya membenci pula batang tubuh orang yahudi itu, maka yahudi terus menerus dalam keyahudiannya dan menzalimi manusia. Disebabkan kita benci mereka maka mereka juga benci kepada kita. Sepatutnya, kita perlu kesian kepada mereka. Yang perlu dibenci ialah kerosakan, kezaliman, kemungkaran, perangai buruk dan kesyirikkan yang dilakukan seseorang itu, tetapi setiap individu itu perlu dibawa kepada Allah supaya semua manusia dapat selamat daripada azab neraka dan semua manusia dapat masuk syurga Allah. Ini lah sebahagian fikir Nabi s.a.w yang perlu menjadi fikir kita juga sebagai umat Baginda s.a.w.
Disebabkan, umat Islam meninggalkan kerja mengajak kepada Islam maka rata-rata kita mempunyai persepsi yang salah terhadap mereka lalu ciri-ciri kebaikan seperti rajin, tekun, menimba ilmu, bersatu, satu fikir, kerjasama dan sebagainya yang sepatutnya ada pada umat Islam, tidak dimiliki lagi oleh umat ini lagi. Sebaliknya, ciri-ciri baik itu pula diberikan kepada musuh Islam seperti yahudi yang satu hati, kerjasama, rajin dan sebagainya.
Sesuatu bangsa atau kaum dijadikan mempunyai kelebihan dan juga kekurangan tertentu yang jika diusahakan boleh diminimakan kekurangan dan kesemua kelebihan itu digunakan untuk agama Islam. Ciri-ciri baik tadi seperti rajin, satu fikir, perpaduan dan sebagainya yang ada pada yahudi atau mana-mana kaum perlu usahakan juga oleh umat Islam.
Orang yahudi walaupun terkenal dengan kepandaian, kecantikan dan sebagainya tetapi sebenarnya yahudi juga mempunyai banyak kelemahan seperti penakut besar, pecah amanah, tak patuhi perjanjian, bilangannya sedikit, diketahui kuat/licik menipu, mungkir janji dan sebagainya.
Justeru, saya bersetuju dengan pandangan yang diluahkan oleh seorang pengomen, Zarzh seperti di bawah:
"Sebenarnya, Israel ni bukanlah hebat sangat, orang dia pun tak sampai 10 juta berbanding 1 setengah billion orang Islam. Cuma orang Israel ni, dia ada satu fikir dan "long term planning", bukan seperti orang Islam, seribu fikir dan "short term planning".
Syarikat dibawah orang dia pun, samaada yang dimiliki, yang diambil melalui cara saham, riba dll, tak boleh hidup tanpa pekerja-pekerjanya yang bukan orang dia. Berapa kerat sangatlah mereka untuk mengawal keseluruhan syarikat-syarikat dibawah orang dia. Carta orang dia hanya piramid, diatas orang dia, manakala dibawah umat lain, tetapi kalau umat lain tak mahu memikulnya, maka jatuhlah mereka yang diatas..
Jadi saya rasa, umat islam sewajarnya bijak dalam bermain tarik-tali dengan mereka...dan terbukti bahawa usaha agamalah yang meletakkan umat dalam keselamatan dan kemuliaan...
Hanya berkongsi pendapat...," komennya diambil dari sini.

Thursday, February 19, 2009

Boikot Israel: Jualan produk tempatan naik 30 peratus

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Jualan produk tempatan telah meningkat sejak pelbagai pihak menganjurkan kempen memboikot barangan buatan Israel dan negara-negara yang mempunyai kaitan dengan rejim itu.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, pemantauan yang dilakukan oleh pihaknya mendapati hasil jualan produk tempatan tertentu telah meningkat sehingga 30 peratus.

Baca selanjutnya di Utusan Malaysia.

Tuesday, February 17, 2009

Asal usul nama Singapura versi Jawa

Bak kata ramai orang 'sejarah ditulis oleh mereka yang menang'. Maksudnya, mereka yang memerintah atau memegang tampuk kuasa boleh menulis sejarah mengikut kesesuaian dan kepentingan sendiri waima kemungkinan ia tak berapa tepat. Baru-baru ini, berpeluang bertemu dgn seorang kenalan yang merupakan seorang guru besar sebuah sekolah. Disebabkan, kementerian pelajaran sedang upgrade guru2 di negara ini, maka mereka yang belum ada ijazah diminta mengambil ijazah dan kawan ni yg berusia 40-an itu tak terkecuali dlm menunaikan hasrat murni kerajaan itu. Lagipun, banyak elaun boleh dapat beb!. Justeru dia dlm proses menyudahkan kajiannya, antara yg dikaji ialah mengenai asal usul nama Singapura. Ini kerana, kajiannya mendapati nama Singapura yang dikenali dikatakan diambil drpd asal dari 'kota singa' tak tepat.
Umum mengetahui, dlm sejarah negara tu dikatakan asal usul nama itu dari bahasa sanskrit iaitu 'Singa' bererti haiwan singa manakala 'pura' bererti kota. Seperti juga yang dinyatakan dalam Wikipedia.
Kajian cikgu ni mendapati ia tak konsisten dgn asal usul nama 'temasek' yang berasal dari bahasa Jawa iaitu tumasek yang bererti 'kota laut' (sea town), iaitu kota penting dalam perdagangan laut tetapi jatuh kegemilangannya pada kurun ke-14. Nama asal usul tumasek ini dari bahasa Jawa dipersetujui umum termasuk Singapura sendiri.
Faktor kedua ialah, bagaimana boleh dikatakan Kota Singa sedangkan pakar sejarah bersetuju bahawa tiada haiwan singa pernah ada di pulau itu. Kemungkinan harimau ada, itu pun harimau dari tanah Melayu. Jadi kenapa boleh tiba-tiba kota singa?
Jadi disebabkan, tumasek adalah dari bahasa Jawa, kajian cikgu tu juga cuba mengaitkan asal nama singapura adalah dari bahasa Jawa. Maka, ia adalah sesuatu yang konsisten, teli atau sejajar kerana pada zaman tu, bahasa Jawa boleh dianggap dominan di kawasan tertentu di rantau ini. Kajian akhirnya mendapati ia ada kebenarannya, iaitu dalam bahasa Jawa, Singapura adalah pecahan drpd dua perkataan yang bertepatan dgn peristiwa zaman itu.
Singapura adalah daripada 'Sing' atau 'seng' bererti 'si' atau 'yang' dan 'ngapuro' yang bermakna 'maaf' dan jika dicantumkan kedua-duanya bermaksud Sing ngapuro bererti 'Yang memaafkan'.
Gua tanya: "Betul ke cikgu? Jangan main2, nanti kena saman kang, Singapura banyak duit, apa cerita sebenarnyer?."
Cikgu M bagitau, sebenarnya ia adalah rentetan kisah Parameswara yang berasal dari Palembang, sebuah daerah jajahan Srivijaya sekitar kurun ke-14. Dalam empire Srivijaya guna bahasa Sanskrit, tapi pada penghujung empirenya Srivijaya makin lemah dan muncul kuasa baru iaitu Majapahit yang berpusat di pulau Jawa dengan bahasanya of course, Jawa.
Dipendekkan cerita, masa waktu hujung2 kejatuhan srivijaya, Majapahit menyerang Palembang. Parameswara lawan tentera Majapahit tapi kalah lalu lari ke Temasik. Temasik diperintah oleh Temagi iaitu orang melayu Pattani yang dilantik oleh kerajaan Siam menjadi gabenor di Temasik. Temagi beri perlindungan kepada Parameswara, sebab waktu tu empayar Siam dan Majapahit adalah musuh ketat. Jadi Parameswara adalah musuh Majapahit, maka Temagi (Siam) menganggap Parameswara kawannya yg perlu dilindungi. Mahapahit memang nak takluk Temasik, tapi tak boleh dan anggap Siam sebagai ancaman.
Tapi apa yang berlaku seperti kita semua tahu, Parameswara bunuh Temagi lalu melantik diri sendiri sebagai pemerintah Temasek. Apabila ini berlaku Majapahit menjadi kagum/suka kepada Parameswara yang membunuh Temagi - musuh Majapahit, dan disebabkan itu, Majapahit 'memaafkan' Parameswara atas persengketaan kedua-dua pihak sebelum ini. Parameswara menganggap temasek adalah punca tempat 'yang mendapat kemaafan'. Dia memerintah Temasek lebih kurang 5 tahun tetapi lari lagi bila diserang tentera Siam di Temasek. Parameswara lari ke Muar, Sungai Ujong dan akhirnya ke Melaka.
Dalam kajian cikgu tu, katanya, terdapat bukti dalam buku sejarah lama, bahawa (ketika lari dari temasek) bila parameswara tiba di lokasi-lokasi tadi, orang tempatan akan bertanya datang dari mana?. Dan Parameswara menjawab 'Saya datang dari 'Seng ngapuro' (iaitu bererti yang memaafkan). Parameswara merujuk Sengapuro itu ialah Temasek. Sejak itu, Temasek mendapat nama barunya Singapuro yg dipopularkan Parameswara.
Maka dalam teori bahasa Jawa itu, erti dua nama itu adalah konsisten, sejajar dgn konteks zaman itu, manakala teori mengatakan kota singa tidak logik kerana tiada singa pun di situ. Pakar sejarah tidak pernah haiwan singa atau seni kraf berbentuk singa dibawa ke temasek. Maka teori kota singa tak logik. Dari segi bahasa juga sebenarnya sebutan singa adalah lebih kepada bahasa melayu kerana dalam sanskrit singa disebut 'si ha', tetapi 'pura' memang terdapat dlm bahasa Sanskrit bererti kota. Jadi bagaimana satu perkataan digabungkan atas dua bahasa berbeza untuk membentuk Singapura? Ini lagi satu tak logik dan tak konsisten yang cuba dibuktikan oleh cikgu tu.
Yang logik ialah satu perkataan daripada dua kata dari bahasa yang sama. Seperti Sing ngapura iaitu kedua-duanya dari bahasa Jawa.
Gua pertikaikan: "Tapi takkan Parameswara tak mau guna sanskrit sebab dia asal dari Palembang di bawah jajahan Srivijaya?"
Cikgu tu kata, dalil hasil dapatannya ialah: "Empire Srivijaya (guna bahasa Sanskit) alami kejatuhan, empire Majapahit (guna bahasa Jawa) pula menjadi kuat. Kekuatan sesuatu empire membawa sekali bahasanya. (Macam sekarang semua org kena blaja English sebab super power dunia sekarang berbahasa English). Bila Parameswara dah perintah Temasek (lepas bunuh temagi), bahasa yang dominan ialah Jawa kerana empire Majapahit kuat manakala bahasa sanskrit makin pudar penggunaannya sebab empire srivijaya makin lemah. Jadi tak hairan bila, Parameswara merujuk temasek sebagai sing ngapuro kerana 1) bahasa itu makin meluas digunakan waktu itu, 2) hubungan Parameswara dan Majapahit dah baik/pulih. Gua tanya balik: "Betul ke?, habis tu dah boleh ke dibuktikan kesahihan cerita cikgu ni?"
Cikgu M kata: "Tentu boleh, tapi sekarang belum siap sepenuhnya, ada sikit lagi nak setel kan."
Gua tanya: "Pernah ke orang kaji bab ni?
Cikgu kata: "Rasenye takde lagi."
Soalan tambahan: "Habis tu camner pulak nasib singa-singa kat zoo singapura?
Jawapan diberi dgn sedikit benggang: "Woiit, apa kene mengena? tu waktu sekarang la, nih cerita zaman dulu la."


-TAMAT. Betul ke tidak, Wallahualam. Kita tunggu je la kajian cikgu tu siap, kalau betul, dia boleh jadi glamor dan dapat duit banyak, tapi kalau tak betul silap-silap boleh kena saman dgn Singapura. Tapi apa pendapat saudara saudari sekelian?

Sunday, February 15, 2009

Iklan sewa rumah ditutup

eerrr..nak sewakan rumah ke atau nak jual kereta? Dah takde gambar lain, hentam saja la...

'MACAM pisang goreng panas!' Begitu lah agaknya situasi yang boleh menggambarkan sambutan orang ramai yang hendak menyewa rumah kami di Puncak Jalil walaupun tak sampai sebulan iklan rumah tu diwar-warkan.
"Salam pemilik rumah,
Aduh... melepas saya nk menyewa umah anda. Baru je ke sana tghari td tgok umah kt area2 pncak jalil. Tak sangka plak ada umah setingkat d sana. Saya pun baru terbuka blog ni. Cuma saya nk tanya kalo2 anda ada info tentang rumah2 di area situ (umah setingkat) yg hendak dsewa/djual. Saya amat berbesar hati sekiranya anda boleh membantu saya. Sekian, terima kasih,"
kata Faizul dlm ruangan komen iklan sebelum ni.
Sambutan mmg menggalakkan, padahal iklan kami hanya ada 2 cara iaitu tampal nombor telefon di sliding door rumah dan iklan dalam blog ni.
Jenuh nak mengangkat telefon dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat dgn purata setiap hari dapat 4-5 call siang malam pagi petang. Semua dilayan dgn mesra walaupun kadang2 sedikit tension org call malam2 buta. Yg tanya via SMS pun banyak.
Macam2 kerenah jugak, ada yang minta turun harga sewa, meraih simpati untuk lebih murah dan ada gak yang saje suka2 nak tanya, bagi pihak kawan, adik..etc.
Baru kami sedar, ada dilema sebagai tuan rumah pilih penyewa yang benar2 boleh bayar sewa tepat pada masanya dan boleh jaga rumah. Satu, untuk ini, mestilah pilih mereka yang financially strong sikit. Jadi bila siasat latar belakang org yg nak sewa mesti ditanya kerja apa?
Tapi ada penyewa pulak, dalam usaha untuk merayu sewa lebih rendah, sebahagian cuba menunjukkan betapa dia bukan la berduit sgt, kerja sikit2 itu ni, tanggungan banyak dan pelbagai masalah yg menghimpit keluarga mereka. Justeru, diorang minta harga sewa kurang sikit.
Dilema ialah sama ada nak ikutkan rasa kesian kemanusiaan atau nak jadi pemilik yg tegas sebelum nasi menjadi bubur. Antara kriteria ialah orang yg dah berkahwin, income stabil, melayu, sapa cepat dia dapat (sapa bayar deposit dulu dia dapat).
Namun, alhamdulillah, Allah mudahkan kerana orang yg bersetuju dgn harga RM500 sebulan pun ramai juga, maka banyak la pilihan. Dan akhirnya, seorang pun terpilih untuk tinggal di rumah baru itu. Justeru, iklan rumah dalam blog ini ditutup, tapi posting iklan sebelum ni dibiarkan/tak didelete utk tujuan arkib.
Terima kasih kepada semua yang menunjukkan minat kpd rumah ni, yg call kami, SMS dan baca iklan kami dan yg mendoakan semuanya berjalan lancar. Jazakallah khair.

Thursday, February 12, 2009

Boikot secara selektif

ADA yang masih bertanya tentang isu boikot produk Amerika Syarikat (AS) dan Yahudi, ketika umat Islam di Gaza menderita angkara tentera Israel yang tak berperikemanusiaan. Persoalannya sama ada sokong atau tidak sokong boikot? Jawapan saya ialah perlu boikot secara selektif.>BACA SELANJUTNYA!
1-Pertamanya, bolehkah kita boikot semua produk AS dan Yahudi tu? Pada pendapat saya 'tak boleh'. Sebab, umat Islam perlu realistik bahawa terdapat barang dan produk mereka yang diperlukan oleh umat Islam tanpa ada pilihan. Contohnya, dalam bidang perubatan terlalu banyak keluaran AS, Yahudi e.g ubat-ubatan, pil, jarum suntikan, mesin cuci darah, mesin buah pinggang..etc. Begitu juga dlm teknologi, ICT, termasuk microsoft, google, DELL, alatan komputer, consumer produk dan banyak lagi, dalam sektor pendidikan, umat Islam masih perlu menghantar pelajar ke AS kerana sesetengah kursus tidak terdapat di negara lain dgn tahap kualiti yang tinggi manakala kualiti pengajian di universiti negara Islam masih keterbelakang dalam sains teknologi. Begitu juga dalam bidang lain (boleh check sendiri) yang tiada alternatif. Kalau kita boikot barang yang seperti ini boleh jadi asbab memudaratkan/melemahkan umat Islam dengan izin Allah.
2-Jadi sokong boikot ke tak? Saya sokong boikot tapi perlu boikot secara selektif iaitu memilih barang yang ada pilihan selain daripada produk AS, Yahudi. Ini juga banyak terutama dlm makanan, pakaian, hiburan dan barang2 yang bersifat perhiasan/eksesori dlm kehidupan. Kalau langkah ini tidak boleh dimulakan maka lupakan boikot yang lain. Dlm makanan misalnya, orang Islam takkan kebulur kalau tak makan McD, coffebean, coca-cola dan benda2 yg bukan saja mahal tapi banyak pilihan lain. Beli la makanan melayu atau yg dihasilkan/disediakan orang Islam. Utamakan usahawan/peniaga/kedai orang Islam. Dengan cara ini ekonomi orang Islam berkembang pesat dan akan mencambahkan lagi banyak alternatif terhadap produk. Sekaligus, makanan jenama AS etc.. terboikot dgn sendiri kerana sikap orang Islam menghindarinya. Barang yang boleh diboikot krn ada pilihan kita boikot, kalau takde pilihan jangan boikot.
3-Filem AS, misalnya, banyak yang sudah tentu boleh diboikot kerana terlalu banyak propaganda yg melemahkan roh/jiwa umat Islam, menanamkan keagungan/idola barat, maksiat, pergaulan bebas, budaya kuning, melekakan dan sebagainya. Industri hiburan Hollywood AS yang diimport ke negara Islam memberi pulangan amat besar kpd AS sedangkan sebahagian besar merosakkan dan tidak sesuai dgn agama dan budaya setempat. Ini perlu diboikot dgn beralih kepada filem tempatan, negara lain yg Islamik dan nilai2 kemanusiaan tinggi. (Apapun, umat Islam sebenarnya tak perlukan sangat hiburan seperti itu kerana jika jiwa kosong - yg kononnya perlukan hiburan - sebenarnya boleh diisi dgn zikrullah, bacaan al-Quran, hadis, perbanyakkan amalan sunat disamping tegas menjaga yg fardu, masa dipenuhi dgn kerja agama, jumpa orang cakap kebesaran Allah, lima amal masjid dan sebagainya. Jika ini dilakukan maka kesan cukup besar dan umat Islam tak ade masa untuk hiburan ala barat kerna dgn amalan agama, hati kita dihiburkan Allah sentiasa. Mengamalkan cara hidup Baginda Nabi s.a.w dengan sendirinya cara hidup yahudi, nasrani dan bertentangan dgn agama terkeluar daripada kehidupan kita. Kalau seseorang ada kekuatan pakai jubah selalu maka baju/pakaian seperti seluar jeans levis tak dipakai lagi. Maka terboikot la produk Yahudi itu. Ataupun pilih la jenama lain.)
4-Apa hukum boikot? Ini kena pegi rujuk/check/tanya ulama muktabar dan ustaz yang mursyid dan layak dlm mengistinbatkan hukum/fatwa (Bab mengistinbatkan hukum bukan bahan mainan sebarangan orang). Tetapi secara umum ada ulama yang menyokong boikot dan ada yang menentang boikot. Disebabkan mereka berbeza pendapat, maka terserah kepada orang Islam untuk memilih. Yang penting kita perlu berlapang dada dalam hal ini, jangan berpecah belah hingga AS, yahudi bertepuk tangan. Dan perlu menjaga akhlak untuk sentiasa bersangka baik terutama kepada ulama, mana-mana golongan sama ada yang memboikot atau tidak memboikot. Antara yang menyokong boikot adalah ulama Yusof al-Qaradawi.. Ulama yang tidak menyokong boikot juga mempunyai hujah dan dalil masing-masing. (Ada banyak, boleh check sendiri, hujah mereka antaranya di sini). Ada pula ulama yang tidak bersetuju boikot secara bersyarat iaitu jika boikot itu dipersetujui oleh pemerintah maka ia boleh dilakukan.
Di Malaysia, ada majlis agama (pemerintah kerajaan negeri) yang mengeluarkan teks khutbah Jumaat menyeru umat Islam memboikot mengikut kadar kemampuan. Di luar negara, mungkin berbeza kemaslahatannya dan peranan boleh dilakukan dalam aspek lain. Selain itu kerajaan pusat Malaysia menganjurkan kempen beli barang tempatan. - satu pendekatan berlapik supaya rakyat memboikot/menghindari barang negara lain. Ironinya, ketika seruan memboikot bergema di pelusuk negara ini, rata-rata tiada satu pun ulama dan mufti di negara ini yang menentangnya, bahkan banyak pula yang menyokongnya.
5-Pernah atau tidak Nabi s.a.w memboikot? Gerak geri dan prilaku Nabi memboikot memang ada, tapi itu boikot terhadap 3 sahabat yang tak pergi berjihad di jalan Allah. Menjawab salam adalah wajib, tetapi semasa memboikot, Nabi tidak menjawab salam sahabat yang diboikot. Layan suami wajib, tetapi isteri sahabat diarahkan boikot tempat tidur hingga ayat turun memberitahu keampunan kepada sahabat tersebut.
Tetapi itu dalam kes tidak berjihad di jalan Allah, maka bolehkah pendekatan boikot dilakukan dalam kes lain? Walaupun boikot Nabi dalam kes sahabat tak pergi berperang tetapi umum mengetahui bahawa dalam syariat Islam yang mulia, pendekatan memboikot ada digunakan untuk maksud yang lain. Sebagai contoh, dalam kes nusyuz (derhaka isteri kepada suami) maka syariat menganjurkan suami memberi nasihat, jika tidak berkesan maka suami boleh membuat ta'dib kepada isteri iaitu memberi pengajaran dengan langkah2:
1) pisahkan tempat tidur hingga isteri meninggal nusyuznya
2) tidak bertegur sapa tidak lebih 3 hari
3) pukul dgn alat yg tidak memudaratkan anggota badan dan tidak pada muka sekadar memberi ta'dib.
Nombor 1 dan 2 adalah gerak geri boikot untuk tujuan memulihkan hubungan suami isteri (boikot itu bukan kerana seseorang tidak mahu keluar di jalan Allah). Boikot tempat tidur kerana nusyuz berdasarkan perintah Allah dalam surah Nisa: 34 yang bermaksud: .... dan perempuan2 yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukan lah mereka di tempat tidur....Jika nasihat tidak memberi kesan untuk mengubah tingkah laku isteri, jika tidak menunjukkan perubahan sikap maka suami perlu mangadakan majlis hakam yang dikendalikan oleh keluarga suami atau wakil yang dilantik oleh suami isteri untuk membantu menyelesaikan konflik. Jika masih gagal maka perkara itu boleh dibawa ke mahkamah untuk langkah seterusnya.
Tulisan ini tidak bermaksud untuk bercerita mengenai hal nusyuz tetapi hendak memberitahu bahawa kaedah boikot ada dalam syariat untuk tujuan yang pelbagai - bukan boikot itu hanya kerana tidak mahu keluar di jalan Allah semata-mata.
Begitu juga di sesetengah madrasah yang dikendalikan oleh maulana, kita biasa dengar bahawa pelajar diboikot atas arahan ustaz dalam tempoh yang tidak memudaratkan bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dan ia berkesan walaupun ia hanya kes terpencil dan jarang-jarang digunakan. Banyak lagi contoh boikot, tetapi tak perlu dinyatakan di sini kerana bimbang tulisan ini akan menjadi terlalu panjang.
Mungkin Al-Qardawi tidak menunjukkan contoh2 di atas dalam hujah memboikotnya kerana ia hanya lah dalil asas yang justifikasinya mungkin telah sedia maklum. Namun keberkesanan memboikot yang Qaradawi nyatakan untuk tujuan melemahkan ekonomi AS - adalah sesuatu yang ada pihak mempertikaikan sejauh mana ia berkesan, kerana terdapat sesetengah pihak berkata ia seperti mengapak kaki sendiri yakni memberi mudarat kepada umat Islam sendiri.
Jadi bagaimana pula, kes membeli barang dari bukan Islam sedangkan Nabi s.a.w sendiri membeli baju besi daripada orang Yahudi. Maka bersandarkan hujah bahawa prilaku seseorang memboikot adalah berbeza jika ketika tidak memboikot. Seperti dinyatakan tadi bahawa menjawab salam adalah wajib tetapi ketika memboikot, Nabi s.a.w tidak menjawab salam Kaab r.a. Begitu juga membeli barangan bukan Islam tiada masalah apa2 dari segi hukum, tetapi ketika memboikot, mereka memboikot tidak membelinya.
6-Memaksa pandangan kita untuk ditelan orang lain adalah tidak bijak dan merugikan umat kerana dikhutiri umat Islam terjerumus kepada perpecahan. Sepatutnya kita meraikan perbezaan pendapat, kerana iktilaf para ulama adalah rahmat tetapi kita bukan ulama maka ia mendidik kita supaya menghormati perbezaan pendapat saudara seIslam kita yang lain, bersifat terbuka dan bersangka baik.
Kita tidak boleh melihat isu ini dari sudut zero sum game dan absolutism atau sama ada hitam atau putih sahaja walhal ulama-ulama pun berbeza pendapat dan mereka dari mana-mana kumpulan mempunyai dalil-dalil yang bukan sembarangan.
7-Dari sudut kepenggunaan, boikot di Malaysia dipelopori oleh persatuan pengguna Islam dan sebagainya. Bagi mereka, menjadi satu taboo yang tidak boleh dimaafkan jika anda tidak menyokong boikot. Aktivis pengguna melihatnya dari sudut kuasa beli pengguna yang boleh menentukan pasaran. Ini ada asasnya, lebih-lebih lagi bagi pasaran Malaysia yang lebih kepada consumer based. Tetapi mempercayainya dengan keterlaluan menjadikan golongan ini idealist dan bukan realist - sedangkan kedua-duanya diperlukan. Untuk mencari dalil menyokong boikot, anda boleh pergi rujuk mereka.
8-Baik. Dari sudut ekonomi, hujah pihak yang memboikot ialah untuk menghancurkan ekonomi AS, Yahudi. Pada pendapat saya, ini tidak benar dan tidak boleh berlaku begitu sahaja dalam putaran ganas dunia kapitalis yang mencengkam negara-negara Islam dan umatnya. Ekonomi AS kini sedang mengalami antithesis kejatuhan dan ia bukan disebabkan orang memboikotnya kerana ia adalah kesan sebelum Gaza diserang lagi. Begitu pun saya bersetuju jika boikot produk As, Yahudi akan melemahkan sedikit ekonomi mereka. Kerana secara asasnya apabila ada penawaran barang tetapi tiada permintaan yang boleh menjuruskan kepada jualan/transaksi maka ia tak dapat apreciate dlm market. Kalau tuan jual nasi lemak, tapi takde orang beli maka lama-kelamaan bisnes lingkup. Maka hujah yang menyatakan memboikot adalah melemahkan sedikit walaupun tak dapat meruntuhkannya - adalah realistik untuk diterima.
Pakar ekonomi (antara tokoh negarawan, Tun Mahathir) sendiri bersetuju bahawa jika 20peratus saja daripada 1.3 bilion umat Islam memboikot produk AS, Yahudi, maka ia sudah cukup memberi kesan negatif kpd ekonomi AS, Yahudi. Perlu juga diingat, orang bukan Islam termasuk Yahudi pun ada turut serta boikot produk AS, Yahudi. Maka sasaran untuk melemahkan ekonomi AS, yahudi nampaknya boleh dicapai kerana jumlah pemboikot semakin ramai (pada masa yang sama ada juga umat Islam yang tidak memboikot).
Bagaimanapun, kalau umat Islam memboikot membuta tuli, kesan negatif akan dirasai umat sendiri sebaliknya boleh berjaya jika dilakukan secara selektif dan bijaksana.
Banyak sebab kenapa ini perlu diteliti, antaranya ialah Foreign Direct Investment (FDI) negara2 Islam banyak bergantung kpd AS yang menjadi father of capitalism manakala Israel used America as a proxy. FDI paling besar Msia ialah dari AS. Msia jadi rakan dagang ke-10 terbesar bagi AS. Begitu juga negara Islam lain. Sistem ekonomi dunia ialah berpaksi kapitalism yang secara prinsipnya mana-mana yang mengikut telunjuk sistem ini akan mendapat manfaat dan jika tidak, akan ditekan oleh pasaran. FDI tadi menyuburkan economic growth, pelaburan asing, mewujudkan peluang pekerjaan, kemasukan MNC, menghidupkan syarikat tempatan melalui partnership bumiputra, industri hiliran, IKS dan etc. Ini banyak berlaku di Malaysia. Bagaimanapun, syarikat MNC hanya bertuhankan keuntungan dan tidak ada kesetiaan kepada mana-mana negara apatah lagi negara Islam. Kalau perlu, mereka boleh tutup kilang di Malaysia dan buka di China atau mana-mana lokasi yang buruhnya lebih murah, mereka tidak peduli jika pekerja mereka tiba2 jadi penganggur. Syarikat Intel di Penang mengecilkan saiz operasi, menutup operasi dan memberhentikan sebahagian pekerja, menarik keluar pelaburan. Di sesetengah negara, syarikat gergasi AS turut melakukan serupa akibat kesan kemelesetan ekonomi global. Singapura mula mengambil keluar wang simpanannya di luar negara manakala Pakistan, Aghanistan, Mexico dan sebagainya mula mendapatkan pinjaman wang dari Bank Dunia dan IMF.
Di Malaysia tak dengar lagi kita menambahkan pinjaman dari luar, tapi betulkah tiada? Atau kita yang tidak tahu? Dan benarkah ekonomi kita kebal? Malaysia perlu menguruskan betul2 ekonominya pada saat genting ini bukan sibuk kelam kabut dengan politik lompat melompat.
Peraturan krisis ekonomi AS, bukan sahaja memberi kesan kepada negara itu tetapi juga negara-negara yang mempunyai hubungan rapat dari segi ekonomi. Dubai yang sebelum ini dikatakan boom dengan ekonominya tiba-tiba terpaksa mengarungi detik-detik memasuki fasa kemelesetan dengan banyak projek mega termasuk menara Dubai dikhabarkan terpaksa dihentikan dalam fasa tertentu.
Selain itu, beberapa syarikat AS, Yahudi yang berkaitan makanan juga dikhabarkan mengalami kemerosotan jualan di negara-negara Islam akibat tindak tanduk boikot. Bagaimanapun mereka menjangkakan ia hanya bersifat bermusim. Di Malaysia, KFC adalah milik J-Corp - sebuah syarikat milik Johor. Memboikot KFC adalah tindakan tidak cerdik kerana walaupun jenamanya berasal dari AS, tetapi ia milik Malaysia yang mana CEO J-Corp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim adalah pelopor jihad bisnes dan banyak membantu usahawan Islam.
Bagaimanapun, jika umat Islam mengetahui fakta maka memboikot produk AS akan memberi kelebihan kepada KFC Malaysia, kerana jika makanan segera lain dari AS diboikot maka selera makanan segera itu mungkin terkumpul ke KFC.
Maaf, saya tidak dapat menyatakan angka-angka dalam tulisan yang dibuat secara sekali lalu saja ni, tetapi jika tuan mengambil inisiatif sendiri maka fakta-fakta dan angka ini boleh ditemui dalam pencarian maklumat anda.
8- Kesimpulannya ialah (1) memboikot perlu selektif kerana memboikot membuta tuli memudaratkan umat dengan izin Allah. (2) boikot memberi kesan untuk melemahkan ekonomi (walaupun hanya sedikit tapi lebih baik daripada takde), (3) orang yang memboikot perlu menghormati orang yang tidak memboikot dan begitu juga orang yang tidak memboikot perlu menghormati tindakan orang memboikot, perlu meraikan perbezaan pendapat, kesederhanaan dan toleransi dalam menerima pendapat dan tidak memaksa orang lain.
(4) Jika umat Islam mempercayai bahawa memboikot adalah satu-satunya jalan untuk menyelesaikan masalah Gaza atau senjata ekonomi saja perlu digunakan - ADALAH SATU KESILAPAN AMAT BESAR. Dengan hanya mengambil kisah misalnya, Raja Malik Faisol dalam kes minyak hingga menyebabkan kuasa dunia mengelabah - juga satu kesilapan. Tuan-tuan pun mengetahui bahawa minyak pun semakin turun harganya dan ia tidak menentu.
(5) Sebaliknya, umat Islam hanya boleh menang ke atas musuhnya dengan bantuan Allah. Tidak pernah dalam sejarah, umat Islam menang kerana bantuan material atau apa2 kekuatan yang ada pada umat Islam. Bahkan, dalam sejarah, banyak kisah di mana umat Islam menang walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Contohnya Perang Badar dan banyak lain kita boleh scan and trace back dari zaman khalifah rasyidin, uthmaniyah, abbasiyah hingga ke akhir sekali turki uthmaniyah. Allah janjikan dalam al-Quran bahawa bantuan-Nya akan diberikan kepada orang beriman dan beramal soleh - akan dijadikan khalifah di muka bumi ini. Hari ini orang Islam gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai orang Islam bahkan perkara yang asas seperti solat pun dicuai-cuaikan, jadi bagaimana dia boleh diberikan tanggungjawab untuk menjadi khalifah muka bumi? Kalau anda seorang pengurus besar syarikat, ada seorang pekerja bawahan yang kerja menghantar surat tetapi kerja itu pun dia gagal, takkan anda hendak lantik dia jadi pengurus pangkat yang lebih tinggi untuk beri tanggungjawab yang lebih besar sedangkan tanggungjawab asas hantar surat pun dia tak mampu.
(6) Senjata umat Islam adalah dakwah dan doa. Senjata ini kita ada tapi semua berkarat, tumpul dan tak berkesan. Senjata ini boleh dikembalikan berkesan dengan perantaraan usaha dakwah yang hak, mengikut cara baginda Nabi Muhammad s.a.w., umat perlu kembali kepada maksud sebenar kita dihantar.
(7) Tanpa dakwah maka keimanan dan ketaqwaan menurun maka segala jenis kemunduran akan datang sebagai natijahnya seperti - kemunduran ilmu, teknologi, perubatan, ekonomi, politik, perpecahan dan sebagainya. Kesilapan umat hari ini ialah cuba merawat natijah-natijah itu tetapi tidak merawat punca akar umbi yang menyebabkan natijah itu. Iaitu meninggalkan kerja dakwah itu. Dengan kerja ini umat menjadi mulia.
(8) Praktikal solution ialah, perlu kita melapangkan masa di jalan Allah pada waktu dan tempoh yang ditertibkan ulama 4 bulan, 40 hari, 3 hari mengikut mesyuarat, 5 amal masjid dan sebagainya. Punca Masjidil Aqsa dibedil pertama kali oleh Israel dalam 10 days war (serangan pertama) adalah kerana masjid itu tidak dimakmurkan oleh penduduk sekitarnya. Beberapa tahun sebelum dibedil, satu jemaah tabligh dihantar ke situ yang salah seorangnya ialah syura Malaysia, Tuan Guru Haji Salleh (penanti). Tuan Guru ketika ketika menceritakan perkara itu, masa itu hanya imam yang ada di masjid dalam selepas selesai solah maka dia balik. Apabila jemaah bertanya kepada imam, maka imam itu menjawab memang begini la yang terjadi setiap hari. Jemaah berkata, keadaan ini yakni masjid kosong amat merbahaya kerana Allah boleh hantar musibah pada bila-bila masa. Apabila jemaah tangguh dan balik maka tidak lama kemudian terjadilah serangan pertama itu. Butiran laporan ini mungkin akan ditulis dalam entry akan datang, termasuk bagaimana kerajaan kuat Parsi boleh jatuh.
Pokoknya, seluruh kekuatan bukan Islam sebenarnya tidak lebih seperti lemahnya sarang labah-labah yang boleh disapu bersih dengan mudah. Tetapi umat Islam lah yang sebenarnya tidak tahu menggunakan taring dan kekuatannya sendiri. Wallahualam bissawab.


**TAMAT. Pada mulanya saya ingin membincangkan tajuk ini secara ilmiah dan ekonomik tetapi kerana bimbang ia jadi terlalu panjang, berbelit-belit, membosankan, meletihkan dan bukan ramai pon yang membaca dalam blog ini - maka hasrat itu dibatalkan. Sebaliknya ia hanya secara sependek mungkin, ringkas dan umum saja, lagi pulak sebenarnya pemilik blog mempunyai saluran lain yang lebih berkesan untuk mengetengahkan pandangan dengan capaian yang lebih besar.

Saturday, February 7, 2009

Lompat melompat punya pasal

DENGAN tak semena-mena, tiba-tiba perbualan 'off the record' direkodkan seperti di bawah:
"Yang korang berdua lompat keluar dari bot ni, kenapa?," kata Pak Jar dengan marah dan bersungguh-sungguh.
"Laa... takkan lompat bot pun tak boleh, lagi pun kat sini boleh jadi bebas," kata Jamal sambil berkerut dahi.
Pak Jar yang berusia 50-an, cepat menambah lagi: "Tak boleh buat macam tu, itu namanya tak setia, pengkhianat..*&^%*&^#@#@@!#%&*+,"
Man menyampuk dengan berkata: "Apa pulak pengkhianat, kami tak buat salah pun, lagi pun lebih selesa kat sini."
Pak Jar duduk mencangkung di satu sudut manakala Jamal, 40-an dan Man, 50-an, berdiri depan Pak Jar. Mereka memang selalu bertengkar.
"Tu la korang cuma pentingkan diri, sampai sanggup buat orang lain susah, sekarang aku dah hilang kuasa," tengking Pak Jar dengan suara seperti orang menjerit.
Jamal yang berasal dari Behrang pun naik berang lalu berkata: "Astaga....apa pulak nih, aku nak lompat mana-mana pun aku punya suka la."
"Apasal tu!!!" kata Pak Su yang tiba-tiba muncul.
Man yang gemar memakan jering menjawab: "Nih.. Pak Jar ni tiba2 marah kami lompat bot."
Pak Su berkata: "Yang sebenarnya Pak Jar tu lepas tengok berita TV tadi belum makan ubat lagi pasal tu jadi macam tu terbawak-bawak apa yang ditengoknya dalam berita."
"Menderhaka? kah..kah..kah...aku dengar korang dapat duit juta2 dan dijanjikan kes court selesai kalau lompat, itu bukan derhaka kepada raja dan rakyat namenya? korang percaya kat kuda trojan? kah..kah..kah," Pak Jar berkata dan ketawa sorang-sorang sambil menghadapkan tubuhnya yang sasa ke dinding lalu terus bercakap sendirian.
Man berkata kepada Pak Su: "Laa...patut la dia macam orang tak betul je. Saya rasa lebih baik bagi dia makan ubat cepat sebab takut nanti dia baring atas jalan pulak."
Pak Su berkata: "Ini nak bagi ubat la ni, ubat korang berdua pun ada jugak, makan sekali."
Sambil berpaling antara satu sama lain, Jamal menjelaskan sesuatu yang terbuku dalam hati: "Tapi kami dah tak gila!."
Pak Su yang menetap di Taman Kemas, Tampoi berhampiran dengan hospital dia bekerja, menegaskan: "Mana ada orang gila mengaku gila, sudah lah makan ubat nih dan tak usah main bot-bot lagi dan kalau nak melompat, jangan melompat depan Pak Jar, dia tengah sensitif tu. Sekarang saya nak pergi ke wad sebelah yang ada sorang lagi yang lebih kurang sama macam Pak Jar."

**TAMAT CERITA. Peristiwa di hospital sakit jiwa antara Pak Su (petugas hospital) dengan dua pesakitnya di atas tidak ada kena mengena dengan orang yang masih hidup atau pun yang sudah mati, sama ada di Perak atau di luar Perak.

Thursday, February 5, 2009

Ijtimak Malaysia 9 Julai 2009

Semoga Allah pilih saya/kita semua untuk khuruj fi sabilillah pada ijtimak ini, amin.

************************************************
Diambil dari blog Azhar Jaafar.

Ijtimak Malaysia
Tarikh ijtimak Malaysia 9,10,11 & 12 Julai 2009 insyaAllah.
Umat Islam seluruh Malaysia (lelaki shj) dijemput, diminta dan diharap dapat hadir.
Tempat dan tujuan ijtimak; KLIK SINI.
Kemudian elders akan ke Filipina, Jakarta dan Singapura.
Tak dibenarkan sesiapa ikut jemaah elders ke tempat2 ijtimak di negara lain kecuali dengan kelulusan syura Malaysia.
Jemaah Asar - Isyak
Jemaah ini perlu dirombak semula
Hanya orang yang telah sempurna 2½ jam di masjidnya pada hari itu sahaja yang boleh menyertai jemaah ni.
Perlu hadir malam markas.
Gash umumi dan 3 hari bersama masjid sendiri.
Selepas 40 hari, jemaah dibubarkan dan diganti dengan jemaah lain.

Karguzari ringkas ijtimak Tongi 2009
Kehadiran lebih 2 juta orang, 17,000 foreign dari berbagai negara termasuk Arab, Turki, China, Rusia dan bekas Rusia. Dari Malaysia 1000 orang hadir.
Pesan elders, umat terbahagi kepada 4;
Orang yang buat usaha agama. Akan dapat pertolongan Allah di dunia dan di akhirat.
Orang beramal untuk diri sendiri dengan menjaga segala hukum2 Allah. Tiada pertolongan Allah di dunia tetapi ada di akhirat.
Orang yang buat amal tatapi banyak melanggar hukum Allah. Tiada pertolongan di dunia, akan diazab di akhirat tetapi akhirnya dapat masuk syurga.
Orang yang tiada iman. Akan kekal selamanya di neraka. (nauzubillah!)
Jika tiada golongan pertama, maka golongan 4 akan menguasai/memerintah umat Islam.
Untuk itu;
Buat kerja dakwah.
Baiki solat sehingga solat dapat menarik bantuan Allah dan menyelesai segala masalah.
Zikrullah terutama zikir pagi dan petang.
Taubat dan istighfar untuk diri. Juga untuk seluruh umat Islam seperti seorang anak yang memohon belas kasihan bapa supaya tidak merotan adik yang melakukan kesilapan (umat ini sedang dirotan oleh Allah kerana meninggalkan kerja dakwah).
Buat keputusan untuk buat kerja ini sampai mati.


Nota Tambahan
Sekarang ni ada jemaah Perancis, Belgium dan Yaman di Kuala Lumpur. Jemaah Perancis diminta beri sedikit laporan usaha di Perancis.
Usaha bermula pada akhir tahun 70an. Hanya ada 1 masjid di Paris. Itupun untuk tujuan pelanconngan.
Setelah usaha dibuat, sekarang ada 800 masjid di Paris dan 6000 masjid di seluruh Perancis. 1 juta orang kulit putih Perancis masuk Islam.
Elders putuskan bahawa setiap jemaah 3 hari yang keluar di Perancis pelu ada orang baru.
Jemaah2 dari Perancis sudah mula dihantar ke seluruh dunia. Beberapa tahun lepas, satu jemaah di hantar ke Argentina. Selama 3 bulan lebih mereka buat usaha hanya di satu masjid. bukan setakat usaha dari rumah ke rumah tetapi dari orang ke orang sehingga mereka jumpa setiap individu di kawasan itu.
Usaha masturat (suami isteri) juga bergerak maju di Perancis.
Pemain bolasepak Perancis, Anelka juga telah memeluk Islam dan telah keluar di jalan Allah. Subhanallah!

Tuesday, February 3, 2009

Kelab Rotari dan Lions diharamkan?

JAKARTA 2 Feb. - Ulama Indonesia hari ini mahu pertubuhan antarabangsa seperti Kelab Rotari dan Kelab Lions diharamkan atas dakwaan ia adalah sebahagian daripada konspirasi Zionis.
Forum Ulama Umat (FUU) mendakwa dua kelab tersebut adalah barisan depan "kafir" Freemason dan pergerakan Zionis dunia yang mengancam Islam di negara ini.

Baca selanjutnya dalam Utusan Malaysia.

Monday, February 2, 2009

Participation in haraam rallies not permissible

A GOOD friend of mine sent this email to me and I'm totally agree with the content about the issue of rally/demonstration long time ago, even before Gaza strike occured. The original letter as mentioned below:

-----------------message forwarded---------
From: Jamiatul Ulama of South Africa J.U.S.A
Sent: Monday, 12 January, 2009 5:14:35
Subject: Rally, not permissible


15 MUHARRAM 1430 – 12 JANUARY 2009
JAMIATUL ULAMA OF SOUTH AFRICA (JUSA)
.................................................................................
Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuhu

Address correspondence in this matter
to our Port Elizabeth address or our e-mail address

PARTICIPATION IN HARAAM RALLIES
NOT PERMISSIBLE

Question
On Wednesday 14 January 2009, a 'mass rally' has been organized to protest against the Israeli massacre of the Muslims of Gaza. The rally will ofcourse be a mixed event of males and females, and of different religions. From the pamphlet being circulated, the person whom The Majlis has dubbed Reverend Abraham will be participating on behalf of Muslims. Is it permissible for Muslims to join this type of rally? (Brother from Gauteng)

Answer
There should be no difficulty for Muslims to understand the impermissibility of participating in the haraam rally. The Reverend Abraham does not represent any segment of the Muslim community since he had reneged from Islam several years ago. Let us therefore not delve on this redundant entity.
Every Muslim with even a little intelligence and a very cursory understanding of Islam knows that this type of rally is haraam for the following three main reasons:
Intermingling of sexes
Interfaith event
Haraam photography

Besides these fundamental haraam elements, there will be considerable drivel and futility taking place. For example, the Reverend Abraham will speak much rubbish in the name of Islam. Such rallies are the methods of non-Muslims. Islamic culture precludes such rallies. Muslims have a Sunnah culture to follow. The ways and methods of non-Muslims suit them. Their methodology and culture are inappropriate for Muslims, in fact haraam.
There is no ambiguity in Islamic teaching. The Qur'aan commands greater Inaabat illallah (turning to Allah Ta'ala in repentance, obedience and supplication) in times of calamity and disaster. Thus, when Bani Israaeel complained to Nabi Musaa (alayhis salaam) about the persecution, torture and their massacre by Fir'oun, the Nabi of Allah did not organize a futile, stupid rally at which toothless resolutions are passed and hollow slogans clamoured to the satisfaction of the participants – Full of sound and fury, signifying nothing – absolutely nothing. What Hadhrat Musa (alayhis salaam) did, was to instruct his people:
"Seek aid from Allah and adopt Sabr. Verily, the earth belongs
to Allah. He grants its sovereignty to whomever He wishes, and
the ultimate victorious end is for the Muttaqeen."
In Islam there are only two ways: (1) If Muslims have power and the capability, then Jihad.(2) In the absence of such capability, are only Sabr (patience) and Dua (supplication). The solution for Gaza is the Battlefield, not shouting slogans and prancing like monkeys in streets thousands of miles away from the arena of the massacre.
Rasulullah (sallallahu alayhi wasallam) has warned us that when the Ummah turns its back to Allah Ta'ala, then He will appoint brutal enemies (such as the Israeli murderers) to dominate and brutalize us. Rasulullah (sallallahu alayhi wasallam) said: "They (the appointed barbarians) will show no respect for your elders and no mercy for your little ones. (At that time when the
massacring is taking place), your pious people (your Buzroogs) will supplicate to Allah for aid, but their duas will be rejected." In other words, the Divine Athaab will run its full course.
While our hearts cry and while we have to supplicate to Allah Ta'ala for succour and to save the Gaza Muslims from this horrendous punishment which has befallen them, and while we should assist them financially to the best of our ability, we should not deny the reality which Allah Ta'ala and Rasulullah (sallallahu alayhi wasallam) had announced to us. The reality is that what is happening today in Gaza is Allah's Decree which no one can thwart. No about of stupid and hollow howling and pretentious and preposterous slogans will avail. Nothing will save the Ummah, but Nusrat-e-Ilaahi (Divine Aid), and this in turn pivots on Inaabat Ilallaah.
Muslims are required to make dua – much dua, individually and in seclusion – in the dark hours of the night and early morning (Tahajjud time). Supplicate to Allah Ta'ala to destroy the Israeli Butcher whose products SANHA has made 'halaal'. Make dua and implore Allah Ta'ala to save the Gaza Muslims from two oppressions: (1) The oppression of the Israeli Butcher, and (2) Their own oppression on their own souls –the oppression which they inflict on themselves with their total transgression and abandonment of the Deen.
It is only when Muslims understand the causes for them having become the scum of mankind, will their eyes open and a new lease of honourable life will begin with sincere Inaabat Ilallaah.
"If you aid (the Deen of) Allah, He will aid you
and plant your feet firmly." (Qur'aan)

PARTICIPATION IN THE HARAAM RALLY IS HARAAM.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails