Saturday, July 16, 2011

Sya'ban

Masuk sahaja waktu Maghrib malam ini maka melangkah masuklah kita ke tarikh 15 Sya'ban. Di kebanyakan masjid pelbagai program diatur untuk meningkatkan amalan dan pada masa yang sama bagi usaha dakwah di negara ini, waktu ini adalah musim  menuai hasil mengeluarkan jemaah. Ketika ini jemaah mungkin sudah bergerak atau berada di Seri Petaling. Student-student madrasah juga ramai yang khuruj waktu ini.
Jumlah pengeluaran jemaah di kawasan masing-masing boleh lah dibandingkan dengan waktu yang sama pada tahun lalu, dengan itu kita boleh lihat berlaku peningkatan atau pengurangan agar boleh dilipatgandakan usaha pada masa sekarang dan masa depan. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayat kepada kita, dan semoga usaha di tempat-tempat saya dan tuan terus maju.
Dalam masa beberapa hari ini juga, kawasan-kawasan kita juga akan didatangi banyak jemaah yang berhijrah (seperti kaum muhajirin) dari luar  kawasan kita untuk membantu kita membuat usaha di tempat kita. Alhamdulillah maka di sini lah peranan kita yang yang berada di kawasan untuk memberi nusrah (bantuan) sebagaimana kaum ansar.

Mengenai fadhilat bulan Sya'ban, Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketikaku berpuasa. (HR an-Nasaie).
Tentang kelebihan malam nisfu Sya'ban pula, sebagaimana yang tuan-tuan sudah ketahui, telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”(H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban).
Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Bagi saya yang daif ini, setiap kali menjelang Sya'ban, maka terkenang semula dalam sejarah hidup suatu ketika dahulu bahawa pertama kali keluar 40 hari ialah pada 15 Sya'ban. Waktu itu route ke Jerantut lalu diputuskan ke sekitar Kuala Lipis, Merapoh dan kawasan sekitarnya.
Sesetengah orang kata, 1st time keluar 40 hari biasa jadi kenangan yang susah nak lupa, betul tak?. Tapi tak perlulah kisah itu di story kan di sini.
Sebagaimana yang sudah ditentukan Allah, arwah ayah saya juga pertama kali keluar 40 hari ke Jerantut juga. Alhamdullah berkat doa arwah, agaknya, dan pastinya dengan taufik hidayat daripada Allah Yang Maha Esa, kesemua tujuh anak lelakinya terlibat dalam usaha dakwah ini dengan dua daripadanya sudah ke IPB manakala seorang bakal menamatkan pengajian alimnya sedikit masa sahaja lagi.
Semua sudah menjadi ketentuan Allah. Sesungguhnya kita tiada ada apa-apa, Allah lah yang buat segala-galanya. Alhamdulillah syukur.
Maka tidak lama lagi, Ramadhan pun bakal menjelang, bagaimanapun hanya Allah Yang Maha Mengetahui sama ada sempat atau tidak seseorang itu menemui Ramadhan yang dijangka berkunjung beberapa minggu sahaja daripada sekarang ini.
Jika maut menjemput seseorang itu lebih awal maka Ramadan yang lalu adalah yang terakhir buatnya.

4 comments:

musa said...

Allhuakbar beruntungnya anta sekeluarga, mendapat nikmat yang besar dari Allah swt dengan membuat usaha nabi saw, tentulah arwah dialam kubur sana terseyum gembira melihat zuriatnya membuat kerja nabi saw. Apapun bagi kita yang masih hidup buatlah pengorbanan hingga kehembusan terakhir di jalan Allah swt. Sekarang musim orang khuruj jadi saya seru kepada diri saya dan semua kita, jika tidak keluar jadilah kaum ansor dengan membantu jemaah yang datang di tempay kita, insyaallah.

Unknown said...

sy sepatutnya di mesyuarat keluar di bintulu sarawak pada 15 syaaban nie..tapi ada masalah sikit...

tiket flight dh beli..aduhai...knapa la Allah x pilih kali ini...

IBNU ARAHMAN said...

Allahu akhbar
doakan kami juga,azam nak kluar masturat 40h ni, p markaz haritu tak nmpak plak geng2 msturat ni msyuarat.. mklumlah smua sbuk msyuarat nak buat ijtima`, nmpak gayanya mcam kene kluar jmaah rijal je.. haii kalian doa bnyak2 ye..

Ziarah76 said...

Tn Hj Musa,
Mudah-mudahan ruh arwah ditempatkan bersama orang soleh. Amin.
Adik beradik kami 9 orang, adik saya yg paling bongsu lebih kurang umur si anak pendang, kot.

anak pendang,
musyakah apa pulak? ish...ish, doa byk insya-Allah.

Ibnu arahman,
bila tarikh ijtima?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails