بسم الله الرحمن الرحيم
....Perkara tersebut termasuk dalam fadha'il al amal (kelebihan amalan) dan tidak berkaitan langsung dengan hukum halal atau haram.
Atas dasar inilah, ulama membina kaedah yang mengharuskan beramal dengan hadis-hadis daif yang berkaitan dengan fadha'il amal, selagi hadis-hadis tersebut bukan maudhu' (palsu atau rekaan) atau batil, dengan syarat-syarat yang muktabar (diiktiraf) dalam bab ini.
Jika kita mengikut syarat yang agak ganjil ini (menyalahi kaedah), nescaya kita tidak mungkin dapat menyebut sirah Nabi Muhammad sama ada sebelum baginda diangkat menjadi nabi, atau pun sesudahnya.
Sedangkan, kita mendapati dalam kitab-kitab karangan para hafiz hadis yang menjadi sandaran dan perbuatan mereka tersebut menjadi rujukan utama kita juga mengetahui daripada mereka hadis-hadis daif yang boleh disebut dan yang tidak boleh disebut ternyata sarat dengan hadis-hadis maqtu' (terputus sanad) dan mursal (hadis yang disandarkan kepada Tabi'in).
4 comments:
mudah2an Allah beri kefahaman pd semua manusia,,insyaAllah
alhamdulillah..byk berjasa kitab ni.. (",)
Siap yang berani komen, ini kitab disusun oleh Muhaddisin
hj musa,
ada jugak segelintir puak yg terikut2 mempertikaikan fadhail amal kerana menganggapnya terkandung hadis dhaif, padahal ulama telah lama sepakat menerima kitab ini dan mengharuskan beramal dgn hadis dhaif, lebih2 lagi ia bukan berkaitan soal hukum.
puak yg pertikai tu merasakan dirinya lebih pandai daripada orang lain.
wallahualam
Post a Comment