Saturday, July 9, 2011

Perhimpunan...

OLEH kerana perkataan perhimpunan ketika ini menjadi semakin glamer, jadi adalah baik barangkali jika kita melihat perkataan perhimpunan dari sudut yang lebih suci, murni, mulia dan berkait rapat dengan agama serta penuh dengan janji-janji Allah.
1) Perhimpunan harian =  Solat fardu 5 waktu berjemaah di masjid atau surau.
2) Perhimpunan mingguan =  Jumlah yang lebih besar untuk solat Jumaat.
3) Perhimpunan tahunan =  Kehadiran yang lebih besar lagi iaitu solat Aidilfitri dan Aidiladha berjemaah.
4) Perhimpunan seumur hidup = Menunaikan haji.
5) Perhimpunan amat dahsyat  = di Padang Mahsyar, apabila seluruh manusia dari zaman Nabi Adam a.s hingga bayi yang terakhir lahir sebelum hari kiamat, dibangkitkan semula.

Justeru, perhimpunan lain iaitu diadakan atas maksud keduniaan atau untuk mendapatkan makhluk, apatah lagi penuh penipuan, malah dipimpin pula oleh bukan Islam, maka tiada lah apa-apa erti.

Sekian

9 comments:

zarch said...

Dalam mana juga, saban detik, dosa dan pahala dihimpun buat perhitungan diperhimpunan amat dahsyat iaitu perhimpunan padang Mahsyar.

Semoga Allah melindungi kita semua.

IBNU ARAHMAN said...

perhimpunan yg paling BESIH adalah di Mahsyar, semua org yg hadir akan dibersihkan dari sisa2 dosa dan noda.. (Ma`azallah)

Ziarah76 said...

zarch & Ibnu Arahman,
semoga di Padang Mahsyar, kita diberi buku catatan amal dgn tangan kanan.

Dr. Bentara said...

terperangkap dengan politik kepartian

fiqkofallah said...

mashaallah tuan.
enta mohalla masjid bukhari ke?
ana 5 hari duduk disitu untuk prog sheikh nurudin.

Unknown said...

fiq,aku dah bagitau ko dah...aduhai..

perhimpuan malamnya di sri petaling...

Ziarah76 said...

fiq,
ya, doakan saya yg lemah ini di mahallah saya.
saya pun ada duduk sebahagian prog. syeikh nurudin. rakan2 seusaha lain pun ada juga yg dtg.

APS,
mlm markaz, insya-Allah

musa said...

Wah hebatnya, perbandingan yang anta beri tu memanglah sepatutnya menjadi renungan dan fikiran kepada mereka yang berakal, kepada siapa yang mereka sepatutnya mengikut.

Ziarah76 said...

ben,
masalah bila x sedar sedang tperangkap

hj musa,
peringatan kpd diri sy sendiri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails