---------------------------------------
gambar hiasan je |
Selepas dia melihat perempuan itu lalu dia jatuh cinta kepada perempuan itu. (Kemudian) dia (muazzin itu) pergi kepada ibu bapa dia (perempuan itu) lalu berkata: "Kahwinkan lah saya dengan anak perempuan kamu."
Ibu bapa perempuan berkata: "Kamu orang Islam macam mana boleh kahwin dengan anak saya, kami orang kristian, kamu kena tinggalkan Islam dulu."
Muazzin kata: "Saya sedia tinggalkan Islam."
Ibu bapa perempuan itu kata: "Hanya dengan kamu cakap saya tinggalkan Islam, kami tak percaya, kamu kena tunjukkan kepada kami cara praktikal. Kamu kena makan daginig babi, minum arak baru lah kami terima kamu telah tinggalkan Islam."
Muazzin kata: "Saya sedia."
Lalu dia (muazzin) memakan daging babi dan minum arak, (dalam seumur hidupnya) tak pernah (dia) minum arak dan makan babi dan (lalu) dia telah mabuk.
Dan orang itu (ibu bapa perempuan itu) kata: "Kamu naik atas (rumah), anak saya akan jumpa kamu di atas, kamu sudah dinikahkan dengan anak saya."
(Maka) Dia (muazzin itu) naik tangga untuk naik ke atas, (dalam keadaan) dia mabuk, (tiba-tiba) dia telah terjatuh dan telah mati.
******
Siapakah dia tuan-tuan? dia (seorang yang) telah azan selana 32 tahun lalu bersembahyang.
Ada orang azan dan sembahyang tapi dia punya azan dan sembahyang tidak dapat selamatkan dia dan dia telah mati dalam keadaan tiada iman. oleh itu, kita kena takut macam mana keadaan kita yang akhir,
kita kena menghargai setiap rakan-rakan kita, jangan kita pandang rendah kepada mana-mana kawan kita.
Kalau sesiapa mula pandang rendah terhadap orang lain dia akan jatuh daripada pandangan Allah.
---------------------------------
*Di atas adalah sedutan bayan Maulana Syamim di Sri Petaling, baru-baru ini. Diterjemah oleh Syura Haji Maidin.
16 comments:
benarrrrrrr sekali. tak de sapa tau bagaimana akhir hayat kita. semoga Allah ambil kita sewaktu kita menjadi seorang mukmin sejati
Terimakasih saudaraku krn menerbitkan sebuah kisah yg memberi ingat kpd diriku yg lupa. Semoga Allah memelihara dan selamatkan ummah ini dari bencana yg dasyat...emberi ingat kpd diriku yg lupa. Semoga Allah memelihara dan selamatkan ummah ini dari bencana yg dasyat...
mahu husnul khatimah amin!
benar... selalu sangka baik.
mata kita banyak menipu menampak kelemahan dan keburukan org lain....
semoga Allah pelihara kita
menakutkan.. moga2 tak terjadi kat diri sendiri..
terima kasih atas peringatan yg sgt bermanfaat ni..
Amirhailmi ~ Allah sahaja yang mengetahui apa yang akan berlaku. Kena sentiasa risau tentang mati dan buat persiapan.
merah_s ~ peringatan memberi manfaat kepada orang mukmin.
CS ~ Allahummatimlana bi husnil khatimah
Dr. Ben ~ betul, ikram muslimin
APS ~ Bila keburukan diri sendiri kita tak nampak, itu yg jd masalah.
Hj Musa ~ Amin...
Fuad Ansari ~ semoga kita sentiasa berwaspada
Assalamu'alaikum.
Bagaimana pula agaknya nasib kesudahan kita nanti.. Allahu..
Nauzubillahi min zalik...ya Allah jadikan hari daku bertemu dgn Mu kelak, hari yg terbaik dlm hidup ku...aamiin...
Allahummaghfirli ummati Muhammad SAW wali jami'i man aamanabik...
Ishak~ itu yg saya risau
kak Umma-Ali ~ aamiin...
Assalamualaikum n3 yang cukup bermakna Tuan,buat renungan untuk diri kita semua yang terlibat dalam usaha.P/S:-Suami sampaikan salam Assalamualaikum pada tuan sekeluarga,semoga Allah tetapkan kita semua dalam usaha n istiqamah hingga kita kembali kepadaNya.
Marina Ali ~ waalaikum salam, smoga kita dpt istiqamah, amin
masyaAllah,,,tkot gak,,,risau la,,,moga Allah kekal kan kite sume dlm hidyah Nya,,,insyaAllah
abu zarim ~ dlm bayan tu ada jugak kisah seorang ulama terkenal tapi sebab dia terpandang hina kepada orang maka 10 tahun dia jadi penjaga babi, pakai pakaian kristian. lagi takut dengar kisah tu.
Moga Allah kekalkan saya & sahabat dalam hidayahnya.
Insyaallah.
Post a Comment