Saturday, July 17, 2010

Kampung Tehel yang istimewa

Menziarahi
Alhamdulillah, baru-baru ini dapat berkunjung menziarahi orang korban tinggi, Cg Hj Raof yg juga suami kepada Kak Umma-Ali di Kampung Tehel, Melaka.
Kunjungan itu adalah selepas selesai urusan keluarga di Sungai Rambai seperti dikisahkan dlm posting lepas.
Kami terhutang budi dengan kemesraan, keramahan dan baik budi cikgu sekeluarga yg sudi menerima kami bermalam. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi dan jasa tuan/puan.
Pada mulanya segan juga, tapi kesediaan dan ajakan tuan rumah tidak bisa dihampakan oleh kami.
"Ingat ye ini rumah orang, jangan buat perangai," kata mama naufal.
"Kan makcik tadi dah kata buat macam rumah sendiri," kata naufal.
Terima kasih lah kepada cikgu dan kak umma-ali kerana bersabar dgn perangai anak-anak kami.

Kampung Tehel
Rupa-rupanya Kampung Tehel bukan sebarangan kampung.
Sebab kampung ini ada sikit ciri seperti kawasan di negara padang pasir pengeluar minyak terbesar dunia. Nak tahu apa dia? Kampung ini ada satu persamaan yakni mempunyai ladang kurma yg diusahakan oleh cikgu.
Biarpun ladang tu saiznya tidak lah begitu besar tapi sudah cukup untuk menggambarkan pengusahanya berjiwa besar kerana hendak menanam sesuatu yang orang lain tak tanam bukan sesuatu yang biasa di negara ini.
Hari ini beliau boleh dianggap berjaya kerana berkat usaha gigihnya, anak-anak pokok kurmanya menjadi dan memberikan hasil sejak ditanam 3 tahun lalu dengan izin Allah.
Hj. Raof memegang polibeg anak pokok kurma... sapa nak beli boleh contact beliau. Kalau nak blaja math pun boleh, cikgu ni pakar math. Call Hj Raof di 013-6476591 atau emel di rahofmra@yahoo.com.my.

Berjumpa bloggers
Di Kampung Tehel juga terpahat sejarah tersendiri bila saya buat pertama kalinya bertemu dgn bloggers yang sebelum ini tak pernah berjumpa iaitu al-Fadhil Ustaz, Ishak Zaini al-Korbani . Alhamudlillah kerana dapat bertemu, dan terima kasih lah kerana sudi bertemu, kerana ada sesetengah orang keberatan atau tak sedia nak bertemu dgn bloggers yg tak dikenali.


Sepanjang berada di Kampung Tehel, banyak benda yg dapat dipelajari selain berkongsi pandangan bersama Cikgu, Ishak dan sempat juga nusrah jemaah masturat Indonesia yg berada di Alai, Melaka.

Water Park
Keesokannya, kami bertolak bawak anak-anak mandi di Wet World Batu Pahat. Sebelum tu dari Water Park Melaka dan seterusnya terus ke rumah.

Kesimpulannya, seronok sungguh la kami jalan-jalan dan jumpa orang...

5 comments:

misbah said...

salam,wah perjalanan yang menghiburkan!

Umma-ali said...

Aslm,
Aduii...pemes pulak abg i nanti...
ni yg jeles ni...hehe.
Haa...jgn serik, dtglah lagi, tak cukup nyiru, padang bola kami tadahkan menanti kunjungan tamu...

Ziarah76 said...

misbah,
anak2 paling seronok


Kak umma-ali,
ada padang bola ke?

Ishak Zaini said...

Aslmkm, akhi ziarah76 al utusani. hj rauf la patutnya al kurbani tu, beliau lagi banyak korban.. Alhamdulillah kerana kerana kalimah yang sama yang ada dalam hati kita, dan kerana kita ini bersaudara di dunia dan akhirat. Maka kita telah dipertemukan di tehel tempohhari. Moga silaturrahim sesama kita bertambah erat selepas ini. Saya tumpang bahagia tengok tuan dan gelagat anak anak. Dan seronok dapat berjumpa dengan hj rauf serta mck ummu ali. Selamat berjumpa kembali setelah perjumpaan blogers kecil2an tempohari. Semoga Allah adakan manfaat.. Sehingga bertemu lagi dalam rangka ziarah yang seterusnya. Sekebun kurma semanis ukhwah..

Ziarah76 said...

Ishak,
insya-Allah, panjang umur murah rezeki mudah-mudahan kita dapat bertemu dlm next bloggers gathering. hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails