Jemaah yang hendak keluar 3 hari atau rakan seusaha tempatan yang menguruskan jemaah (40 hari) masuk ke masjid atau surau perlu mendapatkan surat kebenaran daripada majlis agama Islam terlebih dahulu dan surat tersebut perlu dihantar ke pengerusi masjid/surau selewat-lewatnya 3 hari sebelum jemaah dakwah sampai.
Di Johor, isu-isu agama diuruskan dengan sistematik maka tidak hairanlah perkara ini perlu dilaksanakan bagi memastikan tiada sebarang masalah timbul.
Sepanjang saya berada di sini (kira-kira 2 tahun), didapati peraturan majlis agama ini amat baik kerana ia sebenarnya bukan bertujuan hendak menyusahkan jemaah atau apa-apa tetapi ia lebih kepada memastikan semua berjalan dengan teratur dan memastikan jemaah tidak dihalang masuk oleh pihak tertentu (jika ada) di roote yg ditetapkan.
Bahkan, di pejabat agama, satu kaunter khas 'Ziarah' dibuka khusus untuk urusan jemaah tabligh menguruskan permohonan mendapatkan surat kebenaran itu.
Sepanjang pengalaman saya mendapatkan surat, pegawai-pegawai kaunter dan lain-lain kakitangan sungguh prihatin dan mengambil berat terhadap permohonan mendapatkan surat jemaah Tabligh. Usaha komited mereka perlu dipuji. Lebih-lebih lagi mereka sentiasa bertugas secara profesional dan urusannya dipermudahkan.
Ada ketikanya, saya datang tidak kena masa sebab kekangan waktu pejabat, contohnya saya datang ke pejabat agama pada waktu lunch dan walaupun kaunter tutup, ada kakitangan yang sanggup menguruskan surat tersebut.
Jika datang pada waktu pejabat lain pun, biasanya, tempoh menunggu untuk mendapatkan surat adalah amat cepat selepas mengisi borang ringkas seperti nama masjid atau surau yang hendak dimasuki, tandatangan dan dirujuk sekejap kad pengenalannya. (Urusan cepat selesai mungkin sebab tak ramai yang hendak mengambil surat sedemikian).
Selepas diproses, maka orang yang mengambil surat dianggap amir jemaah. Dia akan diberi 2 surat yang mengandungi letterhead majlis agama Islam dan cop urusan kerajaan dan cop majlis agama yang mana kesemua cop ini hanya untuk tujuan urusan rasmi kerajaan. (Bermakna urusan keluarkan jemaah dianggap urusan rasmi kerajaan negeri, yang mana
hal ehwal agama bagi negeri adalah di bawah tanggungjawab oleh mufti dan seterusnya di peringkat tertinggi).
Ni surat jemaah 3 hari kami minggu lepas, cuba tengok cop urusan kerajaan di depan surat dan cop rasmi di belakang surat tu...pengerusi masjid/surau yang dapat surat macam ni biasanya serta merta bersetuju terima jemaah.
Dengan 2 surat itu, satu untuk pengerusi surau/masjid dengan letterhead majlis agama dan surat kedua disimpan oleh amir jemaah sebagai reference.
Pendapat peribadi saya, peraturan tersebut adalah baik kerana:
1) Jemaah tabligh adalah jemaah yang sentiasa mengikut undang-undang jadi tiada sebarang masalah untuk mengikut peraturan itu.
2) Secara tak langsung majlis agama tahu berapa jemaah dapat dikeluarkan dalam sebulan atau tempoh tertentu. Purata sebulan berapa jemaah, kalau kurang jemaah mereka akan ambil fikir risau juga.
3) Kerajaan negeri melalui majlis agama Islam terlibat sama dalam urusan pengeluaran jemaah dan mengambil berat tentangnya.
4) Jika ada satu, dua masjid atau surau yang jemaah tak dibenarkan masuk oleh pengerusi maka majlis agama boleh beri advice untuk diuruskan.
5) Pengerusi masjid atau surau yang menerima surat berletterhead majlis agama dan cop mohornya biasanya akan 'akur' untuk menerima jemaah.
6) dan banyak lagi hikmahnya.
Nabi s.a.w ada menghantar surat juga untuk tujuan dakwah.
Berikut adalah diambil daripada muka surat 101 hingga 106 dalam kitab Insan Teladan Sepanjang Zaman oleh Syeikhul Hadis, Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi (Disusun Mufti Ahmed Ebrahim Bemat ; terjemahan Abdul Aziz Abdul Hamid).
Boleh juga didapati di perpustakaan bahagian hal ehwal undang-undang Jabatan Perdana Menteri Malaysia
http://library.bheuu.gov.my:8080/library/FullDisplayRetriever.jsp?0000004686
http://newarrivals.nlb.gov.sg/itemdetail.aspx?bid=7532923
(Di mana-mana markas dakwah dan tabligh buku ini biasanya mudah ditemui). Di bawah kesemua adalah apa yang diambil dari page 101 hingga 106 kitab itu: