Thursday, June 24, 2010

Balik ijtimak untuk buat kerja, persiapan

Masjid Merlimau Utara, Melaka. (errr... nama masjid saya tak sure, sapa bole bagitau?)

 Dengan limpah kerahiman Allah s.w.t, ijtimak zon selatan yang diadakan di Merlimau Melaka mulai 20 Jun lalu berjalan lancar dan mudah-mudahan menjadi asbab hidayat seluruh alam.
Dikatakan antara 3,500 hingga 4,000 orang umat nabi s.a.w dari markaz Johor Bahru, Melaka dan Batu Pahat telah hadir dan ada juga yang mengatakan mencecah hampir 5,000 orang berhimpun daripada pelbagai lapisan golongan atas maksud agama. Begitupun bukan lah maksud bilangan, jumlah yang hendak dititik beratkan di sini.
Dan juga tidak lah layak untuk dikisahkan laporan ijtimak oleh saya yang kerdil di sini, apatah lagi di blog sebegini. Maka tiada lah apa-apa yg hendak dinyatakan melainkan ijtimak ini sudah barang tentu memberi kesan mendalam keruhanian yang luar biasa kepada mereka yang hadir.
Apa yang penting ialah nasihat-nasihat ulama yang sungguh memberi kesan... maka ramai lah lelaki-lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya telah bangun memberi nama untuk berkorban dan berada di jalan Allah.
Lalu jemaah dibentuk pada hari terakhir untuk diutus ke seluruh alam......
Selain itu, sebahagiannya tangguh daripada ijtimak dengan niat untuk membuat persiapan untuk keluar di jalan Allah pada masa terdekat nanti. 
Untuk itu, mereka yg pulang ke marhalah adalah untuk terus membuat kerja sama ada makami atau buat persiapan untuk berada di jalan Allah secepat mungkin atau mengikut takaza atau nisab masing-masing.
 
Tawajuh mendengar bayan... 



Dah bukak bedding... tapi kira-kira pukil 1.20 malam yang berkat, hujan rahmat turun mencurah-curah membasahi bedding bagi membantu memudahkan lagi sebahagian rakan seusaha bangun tahajud.

Ya Allah pilihlah hamba-Mu yang hina ini lagi dan lagi.

9 comments:

hainur hapis said...

Assalamualaikum bang

mintak doakan sy, 40 hari scpt mgkn

atau sekurang2nya ujung tahun ni INSYA ALLAH

JUGA MAJU DLM USAHA TEMPATAN INSYA ALLAH

JAZAKA ALLAH HU KHAIRAN KHATIRAN

ASSALAMUALAIKUM

misbah sobah said...

masjid as-syujjaah kot tuan.

ismadiyusuf said...

kerja yang paling tinggi mujahadahnya adalah kerja tempatan...disitulah 6 sifat akan terbentuk...

Ziarah76 said...

hainur hapis,
insya-Allah, kita doa sama-sama agar diri kita, orang kampung tanjung karang, sekinchan, kuala selangor dan seluruh umat dapat keluar di jalan Allah.

misbah al-johori,
jazakumullah, betul tu kot, kawan pun rasa macam ada dengar2 mcm tu bunyinya.

ismadiyusuf,
5 amal tempatan mmg mujahadah. situ le jumpa orang yg kita kenal, jiran etc...

Ishak Zaini said...

aslmkm..

selamat kembali dr perhimpunan dgn seribu keazaman utk tingkatkan kesungguhan dan tambahkan pengorbanan dalam usaha agama..

Unknown said...

insyaAllah...salam juang~

Latest post:Org tanya,saya jawab..nak tanya?

Ziarah76 said...

iqbalsyarie,
nanti sy tengok, komen.

musa said...

Assmkum Zon utara di Beseri Perlis lebih kurang 15 ribu orang hadir. Thailand lebih kurang 2 ribu orang, 31 jemaah dikeluarkan selepas ijtimak

Ziarah76 said...

tn hj musa,
subhanallah, hidayat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails