Selepas membaca posting terbaru
Tn Haji Musa Kuala Kedah, teringat pula salah satu kisah zaman belajar dulu. Masa tu baru nak berjinak2 ke markaz, pertama kali dibawa ke markaz oleh sorang ahli keluarga sendiri, tapi lepas dah tau pergi sendiri la.
Kelakar, malu pun ada kalau teringat, saya pernah datang ke markaz bersama dua/tiga helai kertas yang dalamnya berisi soalan-soalan untuk bertanya mengenai kemusykilan berkaitan jemaah Tabligh.
Sebenarnya, masa sekitar akhir semester di UIA masa tu, ada member (rapat jugak) yg tak berapa faham tapi berniat ikhlas dan murni meluahkan rasa tak berapa senang bila mengetahui saya sudah ke markaz tabligh.
Saya memang respect member tu (sampai sekarang pun). Masa tu, beliau memang calon ustaz sebagai pelajar lepasan sekolah agama yg seterusnya mengambil jurusan agama peringkat ijazah.
Jadi dia memberi nasihat agar berhati-hati, jangan mudah terikut-ikut. Seorang lagi rakan yg tak kurang hebat ilmu agamanya (dia jadi rujukan saya bila blaja bahasa Arab) pula memberi satu surat yang mengandungi soalan-soalan kemusykilan tentang jemaah tabligh yg dikatakan tak berapa betul dan beberapa hal yg dipertikaikan.
Saya jenis tak reti menjawab, al maklumlah masih baru (lagipun memang tak reti pun, saya bukan jurusan agama), tapi saya katakan kpd mereka, mari lah ke Sri Petaling untuk bertanya ustaz-ustaz di sana. Tetapi member tu enggan (segan agaknya) sebaliknya mencadangkan agar saya saja yang bertanya kepada ustaz2 di Sri Petaling.
Disebabkan saya menganggap kemusyilan mereka ikhlas maka saya berasa mahu juga soalan-soalan mereka dijawab supaya hati berasa lapang, lalu pada suatu hari, kertas-kertas yg mengandungi soalan-soalan itu pun saya bawa ke markaz.
Dipendekkan cerita, bila dengar bayan markaz... tiba-tiba beberapa point bayan seolah-olah terkena pada batang hidung sendiri je, entah kenapa rasa tak keruan. Rasa lain macam dengar bayan, menusuk ke qalbu. Bila habis dengar bayan markaz hari tu..... saya berasa soalan-soalan tu seolah-olah sudah terjawab. Pelik sungguh. Rasa 'macam' dah terjawab walaupun bukan lah bayan itu untuk menjawab kemusyilan senarai soalan-soalan tu.
Jadi rasa malas pulak nak diajukan soalan-soalan tu kpd mana-mana ustaz di situ. Kalau diajukan tentu saya berasa malu saja.
Sorang member di markaz kata, kalau nak tahu kena keluar lagi dan lagi. Saya sengih je, dlm hati makin bulat tekad nak belajar2 buat usaha agama ni kalau nak tahu lagi. Bila keluar sikit-sikit jalan Allah, sedikit demi sedikit perkara yg dibangkitkan semakin jelas.
Masa first time nak keluar 3 hari, dlm fikiran, "Tak kisah lah apa korang nak kata pasal Tabligh, yg penting kalau aku dapat jaga sembahyang macam diorang dapat buat, tu dah kira untung besar dah."