Monday, February 15, 2010

Syahid di jalan Allah

Gambar hiasan (ruang dalaman masjid roote 3 hari bulan lepas). 

Tiba2 direkodkan perbualan di bawah semasa jemaah berada di sebuah masjid pada hari ke tiga:

Karkun 1: Amir sab!!!
Amir Sab: Ada apa?
Karkun 1: Dah syahid... tadi ada..
Amir Sab: Apa bendanya?
Karkun 2: Tong gas dah syahid
Amir Sab: Innalillah... tong gas hilang ke?
Karkun1 : Hilang amir sab, ada orang pinjam agaknya, sangka baik. 
Karkun 2: Sebelum maghrib tadi ada, mungkin dia ghaib masa orang tengah solat kot.
Amir sab: Insya-Allah, doakan jadi asbab hidayat.

----->Teringat pula kisah, seorang pencuri yang melarikan lota dari rumah wali, Rabiatul Adawiyah kemudian lota itu menjadi asbab hidayat untuk dia bertaubat dan menjadi orang soleh.

10 comments:

Peluncur Islam said...

betul2... smga jadi asbab hidayat..kat kampung sini..bkn setakat tong gas tetapi keranda pun... huhuhu

musa said...

Morhallah saya dulu awal tahun 80an kita pakat-pakat beli sesiapa mampu beli satu atau 2 jenis alat taam.maklumlah masatu nak beli sendiri duit ada kurang, satu ketika kita beri pinjam set taam tersebut pada jemaah 40H yang datang tempat kita yg tidak bawa set taam (tak ikut tertib punya jemaah)dah habis 40H mereka tangguh, sekali dgn set taam hilang (Tak boleh harap punya jemaah). Kita beli semula beri pinjam lagi dan hilang lagi, sudah 2 kali. Kalini saya sendiri beli set taam sendiri dan simpan di rumah untuk 3H dan 40H, memanglah benda makhluk dia tidak kekal, cuma sempat guna sekali keluar 40H dan beberapa kali keluar 3H, beri pinjam lagi (Tak payah habaqlah jemaah mana tapi morhalah yg kuatlah) datang,selesai keluar mereka hantar semula melalui rakan tempatan, bila ahliah buat pemeriksaan 10 jenis barang hilang termasuk cerek besar, tudung periuk, 10 biji cawan, pisau, 3 biji talam besar ada lagi 7 jenis barang, tak tahulah serik nak bagi pinjam, Alhamdulillah ahliah istiqomah masturat jadi dia cuma Alhamdulillah sahaja,katanya semua taqdir Allah benda baharu akan binasa. Cubaaaaaaan

Ahmad Al-Hadi said...

Dalam bab ini ana paling takut kalau set taam saja yg dapat hidayat keluar..... saya dah tak keluar keluar.....

Admin said...

tong gas hilang tak pa.. jangan iman hilang.

Husaini said...

haha..suspen jer citer..doa2 la hidayat kat org tuh..amin..

ahlia hubbee said...

Salam

Ohh pernah masa kat Mekah, makcik sebilik dgn saya bagitau, org tempat dia tak suka org tabligh sebab ada yg datang masjid kg dia, pastu hilang cawan dsbnya. Alaa saya cakapla pada makcik tu, orang Tabligh ni baru nak belajar jadi baik, mungkin tersilap/terlupa dsbnya.

Tapi agaknya mungkin bab khidmat toam among men kurang ditekankan bab2 ni(kadangkala kecik pada pandangan org lain tapi besar pd pandangan org lain). Tapi perkara macamni bukanke masuk bab muasyarat..ini adalah agama. Saya juga pernah jaga set toam marhala...aduh..saprah plastik bila saya nak pinjam nak guna, rupanya dah hitam berkulat. Pastu kes tudung periuk hilang, kadang2tu periuk tak basuh lagi dan mcm2 hal. Memang nak kena terus check set toam bila men balik khuruj...kena bersihkan dan kemaskan balik. Yang kena khidmatni boleh lah anggap Allah nak bagi kiat kerja, Alhamdulillah.

van qif said...

ada sorang kawan citer, masa khuruj kat satu masjid ni...ada ler seorang lelaki duduk join jemaah ni...x kenal pun, bukan koriah kg tu pun kot...dah sifat karkun Ikram muslimin, layan jer...

aleh aleh waktu balik gash...lelaki td hilang, tong gas pun hilang....ahaks

zarch said...

Terbayang tangga-tangga Nizamuddin yang suatu waktu dahulu dipenuhi dengan barang-barang taam set, dari ceret alu ketembaga, talam, cawan semua ada, free aje.

Tapi semua buat tak kisah, kalau ambil pun, hanya untuk khuruj, malah ada yang beli lain dan tinggalkan disitu lepas khuruj untuk jemaah lain pula.

Bagaimana pun, sentiasa dipesan lepas hayatu sahaba, "protect your Iman and your saman (barang)".

- Moga pencuri tong gas tu dapat hidayat dan jadi wali tong gas...

zarch said...

Ada satu kisah tentang Junaid Al-Bagdadi rah, satu hari dia balik rumah, didapati ada penyamun dalam rumah dia tentang kutip semua barang dia dan dibungkus.

Ada dua-tiga bungkus, lalu Junaid rah pun bertanya kalau dia boleh menolong sipenyamun untuk mengangkat barang-barang tersebut kerumah sipenyamun.

Sipenyamun yang tidak tahu itu tuan rumah pun gembira kerana ada orang nak membantunya.

Bila sampai kerumah sipenyamun, sipenyamun pun berkata pada Junaid rah, kamu ambillah sedikit dari barang samunan ini buat upah.

Tapi Junaid rah menolak dengan berkata, "Ambillah kesemuanya, rumah yang kamu samun tu, rumah saya, jadi tak apalah, saya sedekahkan pada kamu."

Sipenyamun terkejut dan terus bertaubat. Hebat orang-orang dulu yang tak ada dunia. Kalau kita, tak tahulah apa jadi...

Ziarah76 said...

salam,
terima kasih kepada pengomen2 budiman semua. Ulasan komen anda ada dimuatkan dalam entry terbaru selepas ini special untuk tuan2 dan puan2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails