Wednesday, February 17, 2010

Cerita set toam, pengomen

DI KAMPUNG 17 Feb. _ Cerita pasal set taam atau toam kadang kala memang melucukan dan tak kurang juga yang menjadi sumber hidayat dengan izin Allah.
Mana tidaknya, manusia ada macam2 jenis maka tidak hairanlah 1,001 kisah boleh timbul hingga pasal benda simple menjadi huru hara atau sebaliknya.
Sebut pasal set toam ini, tentu lah rakan2 seusaha mempunyai banyak kisah yang boleh dikongsikan, al maklumlah kalau khuruj itu bab makan ini perlu diberi perhatian juga. Sebab silap hari bulan boleh pecah hati ooo...
Pernah juga dengar cerita kegigihan seorang karkun bawa tong gas naik moto untuk ke mahallah yg dimesyuaratkan untuk bayan hidayat waktu malam.
Malangnya on the way karkun tu accident, moto terpelanting, karkun tu ok, tapi tong gas dia tercampak ke dalam gaung kecil semak samun!
Sebab malam, gelap, akhirnya, esok pagi je lah dia dan karkun lain cari tong gas tu.
hemmm macam-macam!
Apapun entry kali ni hendak memberi laluan kepada pengomen2 menambah cerita mengenai set taam kerana rasanya menarik juga komen-komen yang diberikan dalam posting sebelum ini yang bertajuk Syahid di jalan Allah. Selain itu, tujuannya juga untuk menghargai pengomen budiman!
Jejaka Baru Tangguh IPB, Peluncur Islam yang mengulas mengenai kehilangan tong gas jadi asbab hidayat, berkata: "Betul2... smga jadi asbab hidayat..kat kampung sini..bkn setakat tong gas tetapi keranda pun... huhuhu."
Selain itu, Musa selaku orang lama dari Kuala Kedah berkata, mahallahnya dulu zaman 80-an 'pakat-pakat' beli sesiapa mampu beli satu atau 2 jenis alat taam, tetapi katanya, banyak kali hilang lepas dipinjam.
"Selesai keluar mereka hantar semula melalui rakan tempatan, bila ahliah buat pemeriksaan 10 jenis barang hilang termasuk cerek besar, tudung periuk, 10 biji cawan, pisau, 3 biji talam besar ada lagi 7 jenis barang, tak tahulah serik nak bagi pinjam, Alhamdulillah ahliah istiqomah masturat jadi dia cuma Alhamdulillah sahaja,katanya semua taqdir Allah benda baharu akan binasa. Cubaaaaaaan," jelasnya.
Bapa kepada 3 orang anak yang menetap di Kajang, Ahmad Al-Hadi yang baru-baru ini ikram family ke tempat tinggi pula berkata dengan nada risau bimbang: "Dalam bab ini ana paling takut kalau set taam saja yg dapat hidayat keluar..... saya dah tak keluar keluar....."
Apapun, ringkas dan padat adalah statement Kilat yang membuat perbandingan dengan berkata: "Tong gas hilang tak pa.. jangan iman hilang."
Husaini yang kini merantau jauh dengan semangat kental menuntut ilmu mendoakan hidayat: "Haha..suspen jer citer..doa2 la hidayat kat org tuh..amin.."
Walaupun belum sudi memberi link, namun komen ahlia hubbee boleh dijadikan iktibar dan bermanfaat untuk kita, iaitu:
"Ohh pernah masa kat Mekah, makcik sebilik dgn saya bagitau, org tempat dia tak suka org tabligh sebab ada yg datang masjid kg dia, pastu hilang cawan dsbnya. Alaa saya cakapla pada makcik tu, orang Tabligh ni baru nak belajar jadi baik, mungkin tersilap/terlupa dsbnya."
"Tapi agaknya mungkin bab khidmat toam among men kurang ditekankan bab2 ni(kadangkala kecik pada pandangan org lain tapi besar pd pandangan org lain). Tapi perkara macamni bukanke masuk bab muasyarat..ini adalah agama. Saya juga pernah jaga set toam marhala...aduh..saprah plastik bila saya nak pinjam nak guna, rupanya dah hitam berkulat. Pastu kes tudung periuk hilang, kadang2tu periuk tak basuh lagi dan mcm2 hal. Memang nak kena terus check set toam bila men balik khuruj...kena bersihkan dan kemaskan balik. Yang kena khidmatni boleh lah anggap Allah nak bagi kiat kerja, Alhamdulillah."
Kelakar juga dengar cerita Van qif yang meriwayatkan kisah kawannya:
"Ada sorang kawan citer, masa khuruj kat satu masjid ni...ada ler seorang lelaki duduk join jemaah ni...x kenal pun, bukan koriah kg tu pun kot...dah sifat karkun Ikram muslimin, layan jer..."
"aleh aleh waktu balik gash...lelaki td hilang, tong gas pun hilang....ahaks" kata Van qif yang merupakan antara orang awalin dlm memberi komen di Ziarah76.
Pengomen feveret yg ditunggu-tunggu, Zarzh pula sempat mengimbau zamannya di Nizamuddin waktu dahulu dengan berkata:
"Terbayang tangga-tangga Nizamuddin yang suatu waktu dahulu dipenuhi dengan barang-barang taam set, dari ceret alu ketembaga, talam, cawan semua ada, free aje.
"Tapi semua buat tak kisah, kalau ambil pun, hanya untuk khuruj, malah ada yang beli lain dan tinggalkan disitu lepas khuruj untuk jemaah lain pula.
"Bagaimana pun, sentiasa dipesan lepas hayatu sahaba, "protect your Iman and your saman (barang)".
"-Moga pencuri tong gas tu dapat hidayat dan jadi wali tong gas..." katanya.
Zarzh juga menambah:
"Ada satu kisah tentang Junaid Al-Bagdadi rah, satu hari dia balik rumah, didapati ada penyamun dalam rumah dia tentang kutip semua barang dia dan dibungkus. "Ada dua-tiga bungkus, lalu Junaid rah pun bertanya kalau dia boleh menolong sipenyamun untuk mengangkat barang-barang tersebut kerumah sipenyamun.
"Sipenyamun yang tidak tahu itu tuan rumah pun gembira kerana ada orang nak membantunya.
"Bila sampai kerumah sipenyamun, sipenyamun pun berkata pada Junaid rah, kamu ambillah sedikit dari barang samunan ini buat upah.
"Tapi Junaid rah menolak dengan berkata, "Ambillah kesemuanya, rumah yang kamu samun tu, rumah saya, jadi tak apalah, saya sedekahkan pada kamu."
"Sipenyamun terkejut dan terus bertaubat. Hebat orang-orang dulu yang tak ada dunia. Kalau kita, tak tahulah apa jadi..."

-end-

23 comments:

Munir Kangsari said...

gambar ta'am tu yang masuk Paper haritu kan? Geng2 Muar kan?

azharjaafar said...

Aku baru balik dari 3 hari 11 mlm tadi.. Tuu, set taam dok dalam kete lagi.. Aku belum ada kerajinan untuk memunggahnya..

Unknown said...

salam,pengalaman sy depan mata nie bende nie berlaku,kami sjemaah student politeknik kulim keluar 1 1/2 hari di bulan puasa sekitar tahun 2007,selepas pulang dari jaulah ,kami berehat sebentar sambil menunggu waktu berbuka,tiba2 dtg serang pakcik (tak dikenali tp org kampung tersebut) dtg dan membuat onar pada makanan kami,dia telah menuangkan makanan berbuka kami ke tanah,habis semua dituangnye,katenye kami masuk suraunye tanpe kebenran(sdgkan kebenaran sudah pun diperolehi oleg pengerusi)cuba tuan2 bygkan hampir masuk waktu berbuka,kami diberi ujian tersebut,lalu seorg student yang first time keluar masuk dlm masjid,terus doa kebinasaan pd pakcik tu? 10 minit kemudian,kami tegok depan kami(stdnt politknik) lihat pakcik tu kene langgar dengen kereta)kesan dia dia hilang 1 kakai...2 minggu kmudian,kami semua karkun p ziarah dia di hospital dan minta maaf,dgn nada yg sebak dia pun minta maaf kt kami dan dia nyesal sngt2...

Ahmad Al-Hadi said...

Baik tengok berita terbaru ni....

http://alhadi64.blogspot.com/2010/02/remaja-curi-4-telefon-milik-jemaah.html

Unknown said...

salam,tuan ziarah76,,nanti tuan ulas citer dalam mastika bulan MAc 2010,budak skinhead kene dakwah dengan orang tabligh....kami kat cini susah nak cari mastika????wakil pelajar politeknik tuanku sultanah bahiyah,kulim,kedah,

Ziarah76 said...

munir,
tak sure pulak, agaknya kot, aku jumpa time browse dlm internet pastu copy paste je.

azhar,
pelan2 brader, kalau semua bendanya cukup takpe. Baru balik kira iman kena caj jadi meningkat la... tak bawak henpon pulak tu.

anak pendang,
time keluar mulut memang kena jaga2, doakan yg baik2. Kalau dia doa hidayat hari tu mungkin satu kampung keluar 4 bulan, 40 hari. Semoga Allah terima pengorbanan tuan semua.

pasal mastika tu, saya jarang baca, ok nanti saya check kalau dan, insya-Allah.

Ziarah76 said...

ahmad al-hadi,
dah baca kes tu. alhamdulillah berjaga malam beribadat memang ada macam-macam kelebihan e.g keselamatan dan kesihatan.
Masa dulu, ada kawan saya yg terpaksa bawa laptop masa keluar, hilang laptop dia dicuri waktu malam.

musa said...

Assaamualaikum ni nak sambung kes set taam. Dulu masa saya mula keluar zaman student sekolah menengah tahun 70an,periuk, belanga semua hitam sebab pakai dapur kayu,awal tahun 80an bila kita keluar 4b/40h dalam negeri, bukan macam sekarang keluar ikut morhalah @ halkah @markas, tapi kita campur semua markas dalam malaysia ni walaupun ada juga yg keluar dengan markas sendiri tapi tak banyak.masalah yang timbul pertama kena beli set taam sendiri. kalau tak beli terpaksalah pinjam dengan markas yg kita keluar.Masak zaman tu semua pakai kayu. jika dibandar kayu kena beli dikedai. masa tu ada jual kayu pokok getah yg ditebang, sekarang pokok getah orang dah buat perabut dah tak jadi bahan bakaran lagi, kalau dikampong kayu kena carilah. Jadi tugas org taam kena masak dan cari kayu api. sebab tulah kalau keluar 40h periuk sudah hilang warna asal, semua hitam pekat melekat jadi sumber hidayat bila orang tengok. tapi bila berjalan/pindah masjid semua set taam kita bungkus rapi orang tak nampak periuk belanga dan seorang tukang pikul diputus oleh amersab untuk bawa.Tempat dimasjid/surau yg kita tinggal sebelum pindah kita bersih lebih baik macam sebelum kita datang. Berlainan di Thailand n Indonesia saya keluar di Thailand tahun 82,Medan 83, Jakarta 86, masa tu semua kita kena masak sendiri, jadi set taam pakat beli mana yg mampu, sana tak pakai kayu tapi di Indonesia kita pakai kompor guna minyak tanah guna sumbu jadi periuk taklah berapa hitam. Tapi Thailand guna kayu juga. Tapi zaman telah semakin maju di Malaysia kita keluar guna kereta sendiri, set taam simpan dalam kereta.masak guna gas jadi periuk taklah hitam lagi.Thailand dan Indonesia sekarang jika keluar tak payah masak lagi mereka ikram makan,Tailand saya keluar pula tahun 2002 40h jemaah lelaki dan tahun 2008 40h masturatmasyaallah mereka ikram hingga kita rasa tak boleh nak buat macam mereka ikram kita jika mereka datang morhalah kita. tapi set taam kena bawa juga sebab itu adalah senjata selepas set Taalim. Walau apapun bila kita bincang dan kita ingat kembali nostalgia lama berkaitan dengan set taam kita senyum sendiri kerana banyak perkara yang mencuit hati dan menguji iman kita. Sebab tulah set taam dan set taalim menjadi senjata semasa kita keluar

azharjaafar said...

Maaf nyebuk kat sini..

Tuan Hj Musa; kalau nak merasa masak pakai kayu api zaman ni kena turun Kemboja..

http://azharjaafar313.blogspot.com/2007/05/kemudahan-asas-kemboja.html

Ziarah76 said...

abg musa,
wah2 menarik sungguh karkuzahri. Betul la skrng dah berubah tapi mujahadah orang lama2 tu asbab hidayat usaha maju sekarang ni.
Skrg timbul pulak satu hal, ramai karkun pulak tak sedia volunteer nak simpan set taam mahallah sampai kena mesyuaratkan sapa yg simpan.
Emmm... doakan saya.

Ziarah76 said...

azhar,
aku dah bc tu, mmg mujahadah ye.
Aku pernah dengar karkuzahri jemaah Malaysia ke Ghana. Yg bagi kakuzahri syura Penanti.
Fuhhh.... lagi meleleh air mata dengar, salah satu nye bekalan air amat terhad, hidup serba dhaif, tapi Allah beri byk nusrah kpd jemaah.
salah seorang ahli jemaah syahid di negara tu.
Semasa syurah tu beri karkuzahri dia kata: "Alangkah bagusnya kalau dia (arwah yg syahid tu) adalah saya."
Baru dgr karkuzahri dah meleleh air mata ramai orang di markaz, kalau sendiri pergi tak tau lah macam mana.
Semoga Allah pilih saya dan tuan lagi dan lagi hingga tiada lagi.

musa said...

Memang baiklah macam saranan saudara Azharjaafar untuk orang yg tak biasa merasa masak guna kayu api dijalan Allah elok lah pergi ke Kemboja atau yang sama dengan nya supaya sekurang-kurangnya dapat merasa macammana rasulullah mencari kayu api didalam satu Ghuzwah baginda saw, dengan cara ini dapat amal satu sunnah juga mencari kayu utk khidmat pada Jemaah.

ahliahubbee said...

Salam

Teruja dgn karguzari si anak Pendang. Doa student itu makbul kerana dia adalah
1 - orang yg dizalimi
2 - orang yg berpuasa
3 - orang yg keluar jln Allah
Sayangnnya kalau tak doa utk umat..

Pernah dengar ada karkun Thailand khuruj, bawa tong gas dari rumah..dan isteri di rumah sabar dengan kayu api.

Teringat cerita hubbee masa dia first time 40h kat US...masa student. Kena khidmat toam. Kat sana kebanyakkannya rumah2 disewa oleh pak2 Arab utk dijadikan surau. Amir sab dia baik, ajar macamana nak masak nasi.(Dia puji sangat 1st amir sab diatuu). Sekalitu dia kena masak nasi, tapi d'hot plate' kat dapur tak panas walaupun dia on kan(dapur letrik surautu). Dia basuh beras, letakje periuk kat situ dan tinggalkan. Alhamdulillah, bila time nak makan, nasinya masak walaupun tak panas! Diam2 dia yakin ini Allah punya kerja.

Sekalitu pulak diakhir2 khuruj dia kena giliran utk khidmat toam lagi. Masatu tinggal kobis dan lebihan rempahje. Nak beli2 pun dah nak tangguh, so dia masakje guna apa2 yg ada. Waktu nak makan lepas Isyak, ada sorang Pak Arab, org tempatan, bukan karkun. Jadi, dijemput makan...dan Pak Arab suka sangat dengan masakannya yg main campak2 je. Tambahlah yakin budak baru belajarni dgn perihal khidmat toam.
Sekalitu pulak, marhalah dia nak buat mesyuarat dan nak buat makan sikit utk org mesyuarat. Masalahnya ayam sembelih kat masjid ada sekor je. Masakje. Bismillah. Alhamdulillah cukuppun utk dlm 20 org. Tambah yakin lagi.
Alhamdulillah dgn asbab khidmat toampun boleh belajar yakin.
Pernah juga dgr karguzari, seorang tua ditanya, bagaimana dia dapat hidayat nak buat usaha tahriqul imanni. Dia kata dia ternampak jemaah Pakistan junjung periuk (tahun 60an). Dan teringat pesanan guru dia "Ikutlah jemaah yg junjung periuk".

Unknown said...

slm,teringat cerite sy di putuskan untk masak pd jemaah,masa tu,dh la sy x reti masak,plan nk buat tom yam,mula2 buat la tom yam,buat punya buat,dah siap,sy rase la tom yam tu,mak ai,,,pahitnya,selepas diperiksa,baru teringat,kami terbubuh kulit limau perut sekali,,mak ia,pahit giler,mcm na nk buat ni,jemaah dh ready nk mkn tu,kami tawakal jela je,hidang la sup kt jemaah tanpa sbrg penyesalan,bila diorg makan,x bunyi,x sungut apa2,siap nk tambah lagi tomyam tu...kami dah gelak dah..fuh,,Allah punya kuase????/

satu karkhuzri,bila keluar sbelum ijtima ritu,kat sabah,dlm jemaah kami ada seorg penyebar roti canai,punya nak lepas gian,bonet depan kereta waja milik karkun tempatan dijadikan tempat untuk menyebar roti canai,,,yang paling best tu tok iman masjid pun makan sekali roti canai tu....aduh manis sungguh kenangan .....

seorangnenektua said...

masa tok janggut muda muda dulu pun khuruj,masak cari kayu api gak.sebelum masak tu periuk lumur tebal tebal dengan sabun.senang tanggal gelaga hitam.
Ada karkun jemaah pedal dari indonesia cerita.Dia org keluar tak bawa set taam. kalau nak masak, korek tanah,beras masuk dalam kain[mungkin alas daun ke hapa pasal dia orang tua dan cerita pula dengan anak saya] bungkus elok elok dan tanam atasnya buat unggun api ta! da! Allah bagi masak! minum air sungai.

Ada satu jemaah dari India kat surau kita orang pun tak ada set taam lengkap.bawa kole aje.Masa makan, dia org keluarkan berteh[nasi yang dikeringkan] dan rendam dalam air. Tok janggut teruja nak ikut.

Ada satu karkun dari India masa makan suka menyendiri, rupanya makan daun aje! Allah bagi kenyang.

Nak cerita sikit mujahadah anak saudara saya[darjah 4] khuruj 40h bersama bapanya diperkampungan orang asli. mana nak ada kedai,jauh nun dalam hutan,tak tahan hari hari makan nasi lauk petai mentah!.bila mesyuarat sentiasa syor"kita kena cari kedai jugak jugak" time tangguh bapa dia bagi RM10."ko makan la apa ko nak makan" berlari dia...hu hu hu

Ahmad Al-Hadi said...

Teringat kisah masa kua kat India....

Menjelang tengahari semua ahli jemaah malaysia dah kelaparan...

Kebetulan yang khidmat taam, karkun tempatan di India....

Punya la lapa ... ditambah pulak haruman semerbak yang datang dari dapur.....

Masing2 dah terbayang macam hidangan istimewa....

Tengok tengok menu yang dihidangkan ..... nasi lauk dhal kacang hijau sahaja.....hahahaha...

Melompat budak budak malaysia tak tahan.... cari telor goreng buat tambahan.....

Piawai mujahadah berbeza....

Kita ingat makan nasi lauk ikan masin telo goreng dh mujahadah....

Tak tahan piawai makan mujahadah dah lain di India....

Ishak Zaini said...

Aslmkm..

hehe.. macam2 cerita pasal set ta'am.. :) tinggi2 suma fikir pasal makan.. sama tinggi dengan fikir risau atas umat.. set taam ja pun dah macam2 cerita..
menunjukkan bahawa empunya blog dan pengomen2 semuanya handal2 dalam memasak.. ni la untungnya keluar di jalan Allah dari tak pandai masak boleh jadi pakar masak.. bukan senang nak dapat laki yang pandai dan rajin masak..

adei.. geli hati baca tebar roti canai kat bonet kereta tu.. saya penah alami pengalaman yang hampir serupa itu.. hehe.. karkun2.. kalu tanya sorang2 mesti banyak menu best yang kelakar ni..

saya dulu nak perah santan pun tak tau.. memang lawak.. main perah ja kelapa parut masa awal2 khuruj 3h,(tak pernah turun ke dapur la ni) pastu heran apasal puas dok perah ni tapi sikit ja keluar santannya.. ciput ja dpt santannya.. alahai.. saya pun ngadula kat amir sap.. santan kurang la.. jeng3.. tiba2 amir sap datang sambil tersenyum.. mengambil kelapa tersebut lalu mencampurkannya dengan air.. kemudian baru perah.. oh.. begitu rupanya cara mendapatkan santan.. malu betul bila ingat2 balik.. hehe..

dengan tak reti pegang pisaunya.. bagi potong apa pun tah apa rupa.. masak tah apa rasa.. set ta'am yang telah mengajarku erti 'memasak'.. hehe.. Allahummahdina wahdibina waj'alna sababan limanihtada..

pasni leh la muzakarah adab masak plak..

Ziarah76 said...

terima kasih semua kerana sudi memberi komen yg sungguh menarik.

saya baru balik kursus. baru bukak balik internet ni hahh..

van qif said...

ada sorang brother cakap...waktu khuruj ni, bab taam ni x boleh "hidayat", kena kasi baik punya...takut ada pecah hati...wallahualam...

aku masih lagi beljar..khidmat taam paling susah dilakukan..sebab aku jenis cepat hot...

Mohd Iznan Shamsuddin said...

bab taam mmg best....masa kuar kt sg tong utk 40 h lepas SPM, saya khidmat taam utk hari terakhir berpuasa....mmg saya dah maklum gas tinggal sikit...tp tak sangka tengah masak nasik pagi sahur tu gas akan habis...sy pergi kt amir sab yg sdg qiyamulail..lepas dia bg salam..saya bisik "GAS HABIS!"....amer sab terus sound.."dah nak habis kuar 40 h pun tak belajar iman lagi ke??? pergi solat 2 rakaat!"

saya terus blah dgn tensen dan belasah solat 2 rakaat.....usai solat ada bhai jual kain yg duduk dekat surau datang pikul gas...

"ini gas boleh pinjam kasi masak itu nasik...."

TAKBIR!

Penglipur Lara said...

Salam ziarah..
kekek2 saya gelak baca kisah2 orang lama buat usaha.. mcm2 cerita ada.. saya baru lagi dlm usaha ni..takde pengalaman khidmat sy nak share.. tp time keluar, paling suspen skali kalo kna jadi orang khidmat..sbb tak pandai masak..

Doakan saya tuan2..

Ziarah76 said...

nummerzwei,
kes set taam punya hal dapat blaja yakin. masya-Allah.
Allah hantar gas gunakan bhai tu.

Penglipur lara,
suspen tu boleh jd pencetus hidayat. hehe.
Sama2 doa insya-Allah.

Jalani al-Barawiy said...

saya pernah dengar laporan jemaah yang keluar di Afrika (kalau tak silap). Jemaah tu tak dapat sempurnakan masa mereka di rut yang diberi sebab di kawasan tu, penduduknya makan tanah!.terpaksa tangguh.makan daun buleh gagah lagi.

seorang karkun kulim bercerita, masa keluar 40hari, suatu hari dia kena khidmat masak. Masa tu kayu api basah (lembap kot?). Khidmat ada dua orang, seorang lagi kata kat dia, "hang buatlah apa-apa yang patut, aku nak solat 2 rakaat jap". Maka karkun kulim ni pun nyalakanlah paper nak pelekat api, tup tup kayu yang lembap tadi menyala, sedangkan orang khidmat yang seorang lagi belum lagi sempat masuk ke dalam masjid. Tu dia, baru niat nak solat dua rakaat, bantuan Allah telah turun. Inilah kesan apabila hati tawajjuh betul kepada Allah, Allah boleh bakar apa yang ikut adatnya tak terbakar, sepertimana Allah tidak bakar Ibrahim alaihissalam yang ikut adatnya terbakar.

anak pendang sekeluarga.
hangpa keluaq rut mana yang pakcik buat onar tu?

ahliahubbee
Saya pernah dengar karkuzari belasan tahun yang lalu, malangnya saya tak dapat ingat kejadian ni berlaku di mana. Kira-kira kisahnya berbunyi begini. Di suatu kampung, seorang Tuan Guru mengajarkan sunnah sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam kepada anak-anak muridnya. Ada anak murid yang bertanya, " Wahai Tuan Guru, bagaimanakah hendak mengamalkan sunnah pada zaman ini? Ini adalah sesuatu yang sukar." Tuan Guru itu berkata, pada suatu masa akan datang, akan ada rombongan manusia yang menjunjung periuk, kamu ikutlah rombongan itu, maka akan mudah untuk kamu amalkan sunnah-sunnah yang telah aku ajarkan ini. Masa berlalu. Puluhan tahun berlalu. Tuan Guru telah meninggal dunia. Anak murid ini pun telah menjadi tua. Suatu hari beliau ternampak suatu rombongan manusia, di mana sebahagian daripada mereka sedang menjunjung periuk. Maka beliau teringat akan pesanan gurunya puluhan tahun yang lampau, maka beliau pun menyertai jemaah itu. Maka beliau dapati, benarlah sepertimana yang dikatakan oleh gurunya, telah jadi mudah untuk beliau amalkan sunnah yang dipelajarinya dahulu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails